Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Chewy Cheese Ball KFC






Alhamdulillah berjaya jugak Azney buat cheese ball ala kepsi nie. walaupun terselup jari sekali dalam minyak panas huhu. Resepi nie senang giler. Dah berangan nanti ada anak dah sekolah boleh lah buat banyak-banyak simpan dalam peti ais. Nanti masak pastu tapau bawak bekal pegi kelas hahahaha. beria sangat angan-angan tue hehehe. 


MIL dengan enche somi pun suka. seronoknyaaaa bila kita masak ada orang puji dan suka !!! Siap ada request suruh buat laksa lemak sabtu nie. wahh wahhh berjaya kah Azney nanti membuatnya ?? kita tungguuuu. sekarang nie nak share resepi yang Azney google minggu lepas hahahaha.

******************************

Chewy Cheese Ball

 resepi asal : Kak chaq

BAHAN-BAHAN :

4 biji KENTANG (saiz sederhana)



1 1/2 cawan TEPUNG GANDUM
(ikut sukatan kentang, kalau kentang lebih, lebihkan tepung)



secubit GARAM

LADA HITAM secukup rasa




1/2 KEJU CHEDDAR (dipotong kecil-kecil)




SERBUK ROTI



2 biji TELUR



CARA-CARANYA :

1. Rebus kentang bersama garam. Garam tu agak-agak je. Jangan banyak sangat, kang termasin sangat. Bila dah empuk, angkat dan toskan. Ketepikan.

2. Gaulkan kentang tadi bersama tepung gandum. Jangan terlebih letak tepung gandum, nanti terkenyal dah jadi macam cucur ikan bilis aka jemput-jemput. 

3. Masukkan bersama lada hitam sebab tak ada lada sula. hehee Gaulkan hingga sebati. *azney tak letak sebab MIL tak boleh makan huhuhu

4. Bentukkan adunan kentang--tepung gandum--lada putih tadi menjadi bebola kecil.

5. Masukkan keju/cheese yang dipotong kecil ke dalam bebola kecil tadi. Caranya lebih kurang macam buat kuih buah melaka tu.

6. Dah siap bubuh keju/cheese tu salutkan dengan serbuk roti. Kemudian, gaulkan pula dengan telur yang dah dipukul. Kemudian, gaulkan lagi sekali dengan serbuk roti. |serbuk roti --> telur --> serbuk roti |

7. Sedia untuk digoreng. Balance simpan dalam peti ais hehe dah macam frozen pulak .




Doakan saya cepat dapat baby !!


Like fanpage saya
  



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Roti Telur Cheese Leleh



Roti Telor Cheese Leleh!!
Leleh lah sangat hehe. Senang ya amat membuatnya. Tak sampai 20 minit kalau nak buat. Bahan bahan pun senang nak cari. Alhamdulillah enche somi dengan MIL suka hehehe. *kombang sekejap

Okay memandangkan Azney dah buat pagi tadi so sekarang nie nak share pulak cara membuatnya.Hehehe

Roti sandwich. tak kisah lah jenama apa pun semua boleh guna

Azney guna 4 biji telur ayam. Telur itik pun boleh kalau ada itik. Jangan telur masin sudah.hehe

Cheese untuk sandwich . Tak kisah jugak jenama apa janji halal.

Sedikit garam .jangan banyak banyak nanti masin pulak.

Pecahkan telur masukkan garam

Pukul telur.ala macam buat telur dadar tu. Tak payah pukul beria sangat macam buat kek.

Celupkan roti ke dalam telur

letakkan sekeping cheese ke atas roti tadi kemudian letak lagi sekeping roti.macam burger tue.

Panaskan kuali masukan sedikit minyak dan masukkan roti tadi.

taraaaa dah siap pun roti telur cheese  !!

Selamat mencuba



Doakan saya cepat dapat baby !!


Like fanpage saya
  



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Resepi Ikan Baung Kenerak Masak Kari

Kalau orang Temerloh memang kenal dengan Ikan Baung Kenerak nie tapi malang sangat Azney yang orang Temerloh pun tak kenal ikan nie hahaha. Sampai lah semalam enche somi bawak balik Ikan Baung Kenerak nie.

Mula-mula memang pelik dengan ikan nie sebab nampak macam menakutkan je rupa bentuk dia. Ikan yang enche somi bawak balik lupa nak amik gambar.so Azney google lah kot-kot ada jugak yang tak tahu apa itu Ikan Baung Kenerak cam Azney nie hehehe.


sumber gambar Ikan Kenerak atau Baung Kenerak
Nampak pelik kan ? ke Azney sorang je nampak pelik mihmihmihmih. 

Memandangkan enche somi terlalu excited sebab dapat ikan. Padahal tak memancing pun tetapi tahan tajur kat Sungai Pahang. Tahu ke tahan tajur tue ape ? nanti Azney cerita ye. Sekarang nie jom Azney kongsikan Resepi Ikan Baung Kenerak Masak Kari yang paling simple hehe.


  • 1 biji bawang besar *blender
  • 3 ulas bawang putih *blender
  • 3 sudu lada kering *blender
  • 1/2 inci halia*blender
  • Ikan baung kenerak
  • 3 sudu serbuk kari
  • sedikit garam kasar
  • 1 biji santan kelapa
  • minyak masak
  • 1-2 biji tomato

  1. Bawang besar, bawang putih, halia dan lada kering kena blender dulu buat pes katekan.
  2. Bahan-bahan blender tadi campurkan dengan serbuk kari.
  3. Panaskan minyak dalam periuk.
  4. Masukkan bahan-bahan yang dicampurkan tadi kedalam periuk.
  5. Kacau sampai naik bau Kalau sampai dah melekat-lekat pada periuk baru masukkan santan.
  6. Masukkan ikan baung kenerak ke dalam periuk.
  7. masukkan sedikit garam secukup rasa
  8. Kacau sampai masak kuah jangan sampai berketul-ketul. Nanti tak cantik hehe.
  9. Agak-agak nak masak tu, masuk tomato/bendi ke dalam periuk.
  10. Angkat dan boleh di hidangkan.



Selalunya orang ramai masak ikan baung kenerak nie gulai asam rom tapi semalam enche somi excited nak masak kari. Makan dengan nasi panas perghhh terangkat . Rasa daging ikan nie cam ikan tenggiri pun ada. tak de tulang halus-halus. tapi memang sedap !!

Haaa ape lagi jom lah cuba :)
Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
azneyshamsuddin
klik iklan nuffnang

Fettuccine Carbonara Sedap Tapi Simple

Sabtu baru nie ajak encik somi pergi shopping barang dapur. Alang-alang ambil barang untuk buat Carbonara. Dekat 2 bulan dok teringin nak makan Carbonara. Tu pun lepas rasa anak buah encik somi masakkan bila kami sekeluarga datang ke Bentong.


Sebelum nak buat tue ada lah jugak usha-usha resepi yang simple tapi mudah. yelah benda tak pernah buat semua rasa susah tapi bila dah buat. ek elehhhh senang je rupanya hahaha.



Okay jom kita mulakan macam mana nak buat Fettuccine Carbonara Sedap Tapi Simple nie.

Bahan-bahan :-

  • 1 Biji Bawang Holland
  • 1 Ulas Bawang Putih 
  • 8-10 ekor Udang/Ayam/Daging
  • Fresh Shitake Mushroom
  • 3-4 Sosej
  • 1/4 Susu Full Cream Dutch Lady
  • Fettuccine/Spagheti/Small Shell
  • 1 Tin Carbonara Cendawan Prego
  • Sedikit Parmesan cheese







Mula-mula tumis sebijik bawang Holland dengan bawang putih. Minyak jangan banyak sangat. Dalam 2-3 sudu makan sudah :)



Agak-agak dah garing masukkan Udang/Ayam/Daging. Kemudian masukkan Fresh Shitake Mushroom ke dalam kuali. Bila dah masak, masukkan Carbonara Cendawan Prego dan kacau sehingga sebati selepas itu tuangkan Susu Full Cream Dutch Lady ke dalam kuali. jangan banyak sangat sampai sekotak. Ala-ala cukup. hehe kemuadian masukkan Parmesan cheese. Gaul sehingga sebati dan masak. 







Masukkan air ke dalam periuk dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan 1-2 sudu cawan minyak ke dalam periuk. Masukkan Fettuccine/Spagheti/Small Shell ke dalam periuk dan tunggu sehingga lembut. 


last sekali angkat dan toskan air rebusan !




Letak kan Fettuccine/Spagheti/Small Shell dan sos carbonara dan taburkan Parmesan cheese. Siap boleh di makan. Sekejap je buat carbonara nie. sambil pejam mata pun boleh.


KARI SARDIN HOMEMADE

bila bulan puasa nie tekak nie macam -macam nak makan. teringin betul dengan kari sardin. amboi melelh air liur sambil taip entry. gigih balik dari kerja singgah beli bahan-bahan untuk masak. 

nie resepi anak dara bujang je. pakai bantai je masak. sedap ke tak lain kira. haha jom kita belajar memasak hahaha.



KARI SARDIN HOMEMADE

BAHAN A

1 tin sardin besar tak kesah sardin apa
2 biji ubi kentang
1 biji tomato
30 gm serbuk kari ikan
20 gm cili blender/cili giling pun tak pe
2 biji tomato
Serbuk kari ikan dan cili blender di-campur dengan sedikit air menjadi pes
30 gm asam jawa di ramas dengan 300 ml air dan tapis.
1 cawan santan
Garam secukup rasa
lada merah

BAHAN B

1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih,belah 2
5-6 sudu makan minyak
1 inci halia

cara-cara memasak

1- Tumbuk atau blender bawang besar , bawang putihdan halia. kasi hancur itu bahan ya. Tumis bahan bahan-bahan tadi sampai kekuningan kira ada bau lah.
2- masukkan campuran kari+lada blender ke dalam kuali.
3- biar sampai pecah minyak
4- masuk kan air asam jawa
5- masukkan santan dengan lemah lembut ke dalam kuali.
6- masukkan kentang yang dipotong 4 atau 6. lagi banyak lagi pekat kuah nanti.
7- tunggu sehingga kentang hempuk. kalau tak hempuk puas pulak nak makan dengan nasi nanti. nak tahu hempuk camne. tekan dengan sudip tue kalau tembus maknanya dah hempuk lah.
8- apabila kentang sudah hempuk baru masuk kan sardin. masuk awal awal nanti hancur pulak . asyik gode je kan.
9- kemudian masukkan garam ikut citarasa masing-masing tak masin tak tawar. padahal bahan je time masak baru nie.
10- campak tomato dan lada ke dalam kuali jangan kuat sangat campak nanti keluar pulak sardin haha campak lemah lembut je tau . masak dalam 3-5 minit. kacau jangan sampai berketul ketul pulak kuah.
11- taraaaa siap untuk dihidang hehehe



Like fanpage saya
  
hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.