Showing posts with label Pavlova. Show all posts
Showing posts with label Pavlova. Show all posts

#Wordless Wednesday : Pavlova

  2 comments    
categories: ,






Doakan saya cepat dapat baby !!



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Pavlova


Semalam gigih azney ajak erul pergi beli barang untuk buat pavlova. pavlova nie memang dalam list yang azney wajib cuba selepas stand mixer beli hehe. Sanggup pegi pagi-pagi sebab nak cari whipping cream cam Cik Epal punya hahaha. Mujur azney jumpa kat kedai bakeri Jaqaranda.


Sampai rumah excited sangat nak buat pavlova nie. Resepi cik Epal azney sanggup print, punya lah semangat nak belajar buat pavlova hihihi. Okay jom kita buat pavlova yang mudah giler kentang nie. Nak beli kemain melambung harga padahal mudah giler kentang.





Bahan-bahan Meringue :

4 biji telur putih sahaja
3/4 cawan gula kastor * azney guna 1/2 cup je sebab manis
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka makan



Bahan untuk Topping

strawberi & kiwi (buah-buah masam)
1/2 cup whipping cream
whipping cream nie memang sedap betul. memang dah rasa manis. wangi pulak tue. hihi



cara nak buat Meringue :


  1. pukul telur sampai kembang dan berbuih-buih. bak kata cik epal cam buih mandian tue.
  2. masukkan gula sedikit demi sedikt. masuk sikit pukul masuk sikit pukul. ulang sampai habis gula tue.
  3. Meringue kalau jadi mesti berkilat dan bertanduk. nak tahu cam ne meringue jadi? korang terbalikkan meringue tu. kalau tak jatuh maknanya jadi lah hihi.
  4. masukkan tepung jagung, cuka dan esen vanilla dan di kacau menggunakan spatula. tak payah guna mixer.
  5. lukis bulatan pada baking paper mengikut saiz loyang korang kemudian letak  meringue atas baking paper.
  6. panaskan oven suhu 150C selama 15 minit, pastu bila masukkan meringue dalam oven turunkan suhu kepada 140C. Bakar meringue selama 1jam-1jam 15 minit.

AMARAN 
Bila meringue masak, jangan keluarkan terus dari oven tapi tunggu meringue sejuk dahulu. Bukak sedikit je pintu oven tu.



Topping

Pukul whipping cream sampai kembang. pastu sapukan atas meringue guna spatula.

pastu hias lah buah-buah kat atas tue ikut citarasa masing-masing.

sejukkan dalam peti sejuk baru boleh makan sebab time sejuk memang mabeles.

pavlova nie rangup diluar tapi yang dalam lembut gilos. dah lah manis manis masam. memang sedap betul.



yang nie azney punya pavlova sebelum masuk peti ais
selepas masuk peti ais di bawah nie 




erul dekat 3/4 pavlova nie dia sorang je yang makan. sedap katanya hihihi.
yang nie je tinggal untuk hari nie. 




Doakan saya cepat dapat baby !! 







Like fanpage saya
  



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang