Showing posts with label Donut Ball. Show all posts
Showing posts with label Donut Ball. Show all posts

Donut Ball Sedap : First time buat !!


Haiiii !!!! comel tak dunot ball?? hahahaha. 


Nie first time dalam hidup azney buat donut. Tak tahu lah azney sekarang nie suka sangat mencuba benda baru, padahal dulu memang tak suka ke dapur nak buat kuih muih nie huhu. semalam tetiba rajin pulak nak mencuba buat donut ball. sindrom mak-mak ke nie ? hahaha


Petang semalam sebelum balik rumah singgah beli mauripan. siap beli 2 lagi tuuu kot-kot berjaya ke buat donat tersedap di alam semesta ke hahaha. Lepas makan malam baru azney mulakan eksperimen donut nie hehehehe.


Resepi azney ambil dari sini 


Donut Mudah 

Sumber; : iezamel78 Donut @ MYR 
Oleh; Mamasya 

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji ) 
  • 3 cawan tepung gandum 
  • 1 cawan air suam kuku 
  • 2 sudu besar mentega 
  • 6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis) 
  • 3 sudu besar susu pekat manis 
  • 1 paket yis (jenama mauripan) 
  • 1 biji telur 

Cara-cara 
  • Cairkan mentega dan ketepikan. 
  • Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut.
  • masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit. 
  • Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau. 
  • Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit. 
  • Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.(ini utk buat bentuk ring donut) 
 

rupa selepas kembang hahaha kemain kembang
  • Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. 
  • Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice..

Azney buat malam so kena goreng separuh masak dulu sebelum di simpan dalam freeze. Pagi tadi baru goreng hehehe mujur lah enche somi dengan MIL makan . Takut jugak dorang tak sanggup nak makan hehehe.jom lah cuba !!! memng lembut tapi rangup di luar ..

Doakan saya cepat dapat baby !!


Like fanpage saya
  



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang