Ingin Menjadi Sempurna di mata L E L A K I

  5 comments    
categories: ,



Ingin menjadi impian para jejaka? Segala percakapan, pemakaian dan perlakuan si gadis penting bagi menyempurnakan ideologi untuk bergelar pasangan terbaik.Tidak pasti bagaimana caranya? Jom teliti sikap perempuan yang cukup disenangi jejaka.


Sikap Keibuan
Biasanya lelaki lebih terpikat pada gadis yang bersikap lembut, mengambil berat serta penuh kasih sayang.Wajah yang ayu mampu membuatkan lelaki berasa tenteram ketika stres, cemas dan gelisah serta senang hati ketika mahu bermanja.


Penuh Pengertian
Sikap pengertian membuatkan lelaki dihargai dan berasa diterima seadanya.Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan lain-lain.Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, gadis yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh yang bukan-bukan,sebaliknya cuba mengerti bait persoalannya.


Menghargai
Berbeza dengan perempuan yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai. Saat dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan, penghargaan tersebut membuatkan mereka berasa bangga dan disayangi.


Menjaga Penampilan
Sudah menjadi lumrah setiap gadis menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Tatarias yang baik mencerminkan perempuan tersebut menghargai dirinya.Jika ditakdirkan suatu hari nanti pasangan tersebut akan menjadi teman hidup, tidakkah si jejaka mahukan seorang yang boleh menjaga diri serta temannya juga?

Pandai Berbicara
Gadis yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual merupakan ciri-ciri yang membuatkan lelaki tertarik! Meski topik perbualan yang disukai berbeza, namun sang dara tetap berupaya mengimbanginya.Dengan kata lain, menjadi pendengar yang baik serta bijak mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Jika gadis itu seorang yang pandai berseloroh lantas boleh menerima jenaka dengan baik, tentunya dia melengkapkan ciri-ciri impian si kacak.

Keanak-Anakan
Dalam batasan yang wajar, sifat keanakanakan menjadi sesuatu yang menarik dimata lelaki. Malah tidak dinafikan lelaki akan berasa terhibur dengan keletah kaum hawa.Namun para gadis perlu tahu, sifat keanakanakan bukannya sifat yang terlampau mengada-ngada tetapi ia lebih pada sisi yang menyenangkan serta mencuit hati.

Menghormati Diri Sendiri
Gadis yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan serta tahu apa yang baik dan buruk perlakuan seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang diinginkan dan mengelak sesuatu yang dirasakan perlu serta dalam masa yang sama tetap menjaga maruah dirinya.

Simpati dan Prihatin
Seseorang yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah,menyayangi kanak-kanak dan tidak memilih bulu merupakan ciri-ciri yang paling utama di dalam senarai setiap lelaki. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Kecantikan dalaman yang termaktub dalam dirinya tersergam indah dan cukup jelas untuk dilihat.


Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Para gadis dengan ciri-ciri ini memperoleh lebih nilai di mata lelaki. Mengapakah iamenjadi pilihan lelaki? Ini kerana mereka tahu peranan tatkala berhadapan dengan orang yang lebih tua dan berperangai mengikut suasana, selain mudah diajak ke mana sahaja serta tidak kekok berada di bandar mahupun kampung.


jangan lupa klik bawah nie..sayang korang..
campaign image

Duit aku dalam BSN L E S A P !!

  15 comments    
categories: , ,


sekarang tak tahu nak mulakan cerita macam mana..dalam hati nie cukup rasa sebal sedih kecewa marah dan macam-macam lagi lah..di sebalik keriangan aku untuk membeli blah baju raya di online terjadi sesuatu yang tak diduga oleh aku..sedih wooo huhuhu..duit aku dalam bank hilang cmtue je..korang bayangkanlah aku sepatutnya ade balance Rm200 kot..petang isnin aku nak keluarkan duit kat 7e kat tempat aku tue..alih-alih bila aku tekan punya tekan..baki tidak mencukupi dan traksasi tidak berjaya..haaaa wtf!!!..ape kes pulak nie..padahal aku baru keluar RM450..aku check balance hanya RM49.52 je..perghhhh nak menangis je aku rasa..


Semalam lepas habis kerja aku tak puas hati lagi..pegi ATM BSN caw Merlimau..aku buat penyata mini..tue pun sebab akak opismate aku tue yang suruh..dan nie yang keluar..


nampak tak??ada orang yang keluarkan duit aku sebanyak RM170 tahu..perghhhh aku tak tahu nak carut ape nie tapi aku rasa pelik lagi hairan sebab sepanjang bulan nie memnag aku tak pernah jejakkan kaki ke atm melainkan pada 1hb aetu..sampai rumah aku terus membebel sorang-sorang sebab nak ingatkan ade ke tak aku keluarkan duit pada 27hb tue..dengan nama Allah aku memang tak keluarkan..kalau bukan aku sape pulakkan..???nie yang aku pelik nie....walaupun ade yang cakap tak banyak tapi RM170 duit jugakkan..


Tadi aku mintak tolong dengan Ari mintak tolong bawak aku ke bank BSN..aku tak puas hati betul lah..yelah kan duit dalam bank pun boleh hilang..sampai bank aku tengok ade 2 orang je customer..dalam hati cakap sempat kot sebelum pukul 2..tak sampai 10 minit no aku dipanggil..aku mintak sis *sebab dia cina tue tolong kemaskini buku bank aku..lepas tue aku mintak penyata tarikh sekian sekian untuk rujukan aku..lepas siap print penyata tue aku tanye sis tue..

aku : sis boleh tak saya nak tahu pada tarikh 27hb nie pengeluaran atau potongan??
sis : pengeluaran..
aku : kat mana ye??boleh tak tahu pukul berapa??
sis : ATM  merlimau..tak boleh lah dik..
Aku : errrr bukan ape,,setahu saya,,saya tak pernah keluarkan duit pada tarikh nie..*sedih aku time nie..


last-last akak sebelah sisi tue bagi aku borang..dia suruh aku buat report dulu..bila report dah ada baru boleh buat ada pihak dari cawangan Melaka siasat..*sedikit sinar harapan buat aku..


aku keluar bank pastue jumpa pulak abam polis nie..borak-borak sambil cerita kes aku nie..last-last dia ajar aku macam mana nak isi report tue..heeee ade gak orang simpati huhuhu...sekarang nie kat ofis dah..kalau korang boleh nampak rupa aku sekarang nie ibarat macam ayam berak kapur tahu..punya lah sebal sekali..tapi bila aku ingat semula..pada hari jumaat 1hb buat pertama kali aku keluarkan duit pada pagi tue,,aku memang tak check balance dan print resit tranksasi yang aku buat padahal sebelum-sebelum nie aku buat dan aku simpan sampai resit tue dah takde tulisan..ermmm benda nak jadi kan..aku tak tahu pun yang seminggu sebelum tue yang duit aku dah LESAP !!!




#Wordless Wednesday Love is not a maybe thing. You know when you love someone.

  No comments    
categories: 

Readers lagi penting dari Follower kan :)

  22 comments    
categories: ,


assalamualaikum dan selamat pagi isnin semua

sekarang ini semua blogger gilakan follower. jika follower ramai, adakah ia memuaskan hati korang? bagi blogger baru, mungkinlah tetapi bagi mereka yang dah lama, bukan follower yang dikejarkan..okay jujur aku cakaplah dulu pun aku pun giler kentang giler follower juga, masuk blog orang, suruh orang follow blog kita, tetapi bila dah lama,,tapi takdelah lama sangat berblog nie baru setahun..aku dah tak buat benda macam tue melainkan kalau aku masuk segmen atau giveaway dan contest yang melibatkan follower dan reades..so, sekarang ini, persoalan yang bermain difikiran aku kini ialah ”antara follower atau reader mana satu yang penting ?” .


ok, jika blog korang ada follower 1ribu atau 2ribu 3 ribu lah kan, mesti bangga kan?.tetapi korang tengok entri yang korang post, dapat berapa banyak komen?mungkin ada blog yang mempunyai reader yang setia, tak kurang juga ada yang tak ada reader langsung.kadang-kadang bila blogwalking kat blog yang baru 2 bulan  ada nie follower dah beribu-ribu tapi bila tengok entry takde plak yang komen..


macam  blog aku nie bukan lah blog yang bagus-bagus sangat, kalau komen pun ada lah 6, 8 lebih kurang macam tue lah..tapi dah kira ok daripada tak ada langsung kan. so, sekarang ini, cuba korang duduk diam2 dan fikirkan balik, matlamat korang berblog ni, untuk dapatkan follower atau reader?


niat mula-mula aku berblog dulu memang nak kumpul follower je..bayangkan dalam 1 hari aku duk sibuk suruh orang follw blog aku..padahal kalau aku jadi orang tue aku rasa blog aku nie tak de pun yang menarik untuk difollow..jika kita ramai follower tetapi tiada reader, tiada guna kita post entry banyak-banyak..betul tak??


maknanya sekarang readers tue sebenarnya yang memberi nyawa pada blog kita. follower memang kita boleh cari tetapi reader yang setia memang sangat-sangat tersangat lah susah untuk didapati. follower datang dan pergi,,hanya reader akan sentiasa melekat dengan kita...lebih senang dan setia dengan kita..tapi ini bagi pendapat aku..pendapat korang macam mane pulak ye..

#Wordless Wednesday Love is like a lost object

  No comments    
categories: