Showing posts with label bsn. Show all posts
Showing posts with label bsn. Show all posts
Duit aku dalam BSN L E S A P !!
sekarang tak tahu nak mulakan cerita macam mana..dalam hati nie cukup rasa sebal sedih kecewa marah dan macam-macam lagi lah..di sebalik keriangan aku untuk membeli blah baju raya di online terjadi sesuatu yang tak diduga oleh aku..sedih wooo huhuhu..duit aku dalam bank hilang cmtue je..korang bayangkanlah aku sepatutnya ade balance Rm200 kot..petang isnin aku nak keluarkan duit kat 7e kat tempat aku tue..alih-alih bila aku tekan punya tekan..baki tidak mencukupi dan traksasi tidak berjaya..haaaa wtf!!!..ape kes pulak nie..padahal aku baru keluar RM450..aku check balance hanya RM49.52 je..perghhhh nak menangis je aku rasa..
Semalam lepas habis kerja aku tak puas hati lagi..pegi ATM BSN caw Merlimau..aku buat penyata mini..tue pun sebab akak opismate aku tue yang suruh..dan nie yang keluar..
nampak tak??ada orang yang keluarkan duit aku sebanyak RM170 tahu..perghhhh aku tak tahu nak carut ape nie tapi aku rasa pelik lagi hairan sebab sepanjang bulan nie memnag aku tak pernah jejakkan kaki ke atm melainkan pada 1hb aetu..sampai rumah aku terus membebel sorang-sorang sebab nak ingatkan ade ke tak aku keluarkan duit pada 27hb tue..dengan nama Allah aku memang tak keluarkan..kalau bukan aku sape pulakkan..???nie yang aku pelik nie....walaupun ade yang cakap tak banyak tapi RM170 duit jugakkan..
Tadi aku mintak tolong dengan Ari mintak tolong bawak aku ke bank BSN..aku tak puas hati betul lah..yelah kan duit dalam bank pun boleh hilang..sampai bank aku tengok ade 2 orang je customer..dalam hati cakap sempat kot sebelum pukul 2..tak sampai 10 minit no aku dipanggil..aku mintak sis *sebab dia cina tue tolong kemaskini buku bank aku..lepas tue aku mintak penyata tarikh sekian sekian untuk rujukan aku..lepas siap print penyata tue aku tanye sis tue..
aku : sis boleh tak saya nak tahu pada tarikh 27hb nie pengeluaran atau potongan??
sis : pengeluaran..
aku : kat mana ye??boleh tak tahu pukul berapa??
sis : ATM merlimau..tak boleh lah dik..
Aku : errrr bukan ape,,setahu saya,,saya tak pernah keluarkan duit pada tarikh nie..*sedih aku time nie..
last-last akak sebelah sisi tue bagi aku borang..dia suruh aku buat report dulu..bila report dah ada baru boleh buat ada pihak dari cawangan Melaka siasat..*sedikit sinar harapan buat aku..
aku keluar bank pastue jumpa pulak abam polis nie..borak-borak sambil cerita kes aku nie..last-last dia ajar aku macam mana nak isi report tue..heeee ade gak orang simpati huhuhu...sekarang nie kat ofis dah..kalau korang boleh nampak rupa aku sekarang nie ibarat macam ayam berak kapur tahu..punya lah sebal sekali..tapi bila aku ingat semula..pada hari jumaat 1hb buat pertama kali aku keluarkan duit pada pagi tue,,aku memang tak check balance dan print resit tranksasi yang aku buat padahal sebelum-sebelum nie aku buat dan aku simpan sampai resit tue dah takde tulisan..ermmm benda nak jadi kan..aku tak tahu pun yang seminggu sebelum tue yang duit aku dah LESAP !!!
Subscribe to:
Posts (Atom)