Review Filem Mael Lambong

  2 comments    
categories: ,




malam sabtu aritue enche bakal ajak kite pegi tengok cite Mael Lambong..excited dia awal-awal lagi dah pegi beli tiket kihkih..kitorang tengok yang midnight punye..ya ampun punye lah penuh panggung tahu..masuk dah lewat tapi nasib baik cite tak mula lagi..sebelum tue nak share tentang sinopsis tentang filem Mael lambong nie..

Mael Lambong atau pun Ismail Embong (Zizan Razak) merupakan seorang penarik kereta profesional yang cukup dikenali di Kuala Lumpur. Hidupnya mula berubah apabila secara tidak sengaja bertemu dengan Maria (Juliana Evans) yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri daripada penjahat kerana mereka memburu Maria kerana mahukan mikrocip yang di dalamnya penuh dengan maklumat tender projek kerajaan.

Usaha untuk menyelamatkan diri membawa mereka ke Terengganu yang juga kampung halaman Mael. Bila tiba di kampung, Mael bertemu pulak dengan Rozie (Shenty Feliziana) iaitu bekas kekasihnya yang telah bertunang dengan Tiger (Taiyuddin Bakar). Konflik mula timbul apabila Tiger tidak menyenangi kepulangan Mael kerana cemburu dengan hubungan antara Mael dan Rozie dulu.

Penjahat yang memburu Maria di Kuala Lumpur akhirnya dapat menjejaki mereka di Terengganu. Apakah yang akan berlaku selepas itu ? kena lah tengok...hehehe


okay nak cakap cite nie memang best sebab ade unsur-unsur komedi..korang kalau tengok mesti tak kering gusi kalau tengok..serius tak rugi..lagi pun lakonan Zizan nampak real jek,,ayat-ayat yang keluar dari mulut dia pun sempoi je..Lakonan Taiyuddin , Jueliana dan Shenty pun okay jugak kire menghidupkan lagi jalan cerita Mael lambong nie..kire cerita nie memng best lah..8/10 lah aku bagi..

antara babak-babak yang menarik dalam filem nie 

zizan kena tembak,,menari-nari dia mengelak peluru..memang gelak habis..

part yang nie yang membuatkan 1 panggung gelak habis..memang kelakar giler..aku memang dah tak leh control dah gelak time nie kahkah..kalau nak tahu kenalah tengok..

tibe-tibe mael di tolak dan terus kena menari ulik mayang dengan Rozie hahaha..terkial-kial Mael menari..

akhirnya berjaya gak Mael Lambong dapatkan laptop dia dari penjahat..heee

Sebuah filem dalam kategori boleh tonton dan rasanya Mael Lambong akan box office juga nanti dipanggung. Good luck team Mael Lambong! So, apalagi, jom serbu panggung, layan, bergelak ketawa dan support Mael Lambong!

campaign image

2 comments:

  1. macam best...hjg mggu ni klau still ada ingt nk p tgk...hehehe...

    ReplyDelete
  2. @pinky

    wajib tengok sebab memang best giler hehehe

    ReplyDelete

Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!