Roti Telur Cheese Leleh



Roti Telor Cheese Leleh!!
Leleh lah sangat hehe. Senang ya amat membuatnya. Tak sampai 20 minit kalau nak buat. Bahan bahan pun senang nak cari. Alhamdulillah enche somi dengan MIL suka hehehe. *kombang sekejap

Okay memandangkan Azney dah buat pagi tadi so sekarang nie nak share pulak cara membuatnya.Hehehe

Roti sandwich. tak kisah lah jenama apa pun semua boleh guna

Azney guna 4 biji telur ayam. Telur itik pun boleh kalau ada itik. Jangan telur masin sudah.hehe

Cheese untuk sandwich . Tak kisah jugak jenama apa janji halal.

Sedikit garam .jangan banyak banyak nanti masin pulak.

Pecahkan telur masukkan garam

Pukul telur.ala macam buat telur dadar tu. Tak payah pukul beria sangat macam buat kek.

Celupkan roti ke dalam telur

letakkan sekeping cheese ke atas roti tadi kemudian letak lagi sekeping roti.macam burger tue.

Panaskan kuali masukan sedikit minyak dan masukkan roti tadi.

taraaaa dah siap pun roti telur cheese  !!

Selamat mencuba



Doakan saya cepat dapat baby !!


Like fanpage saya
  



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Resepi Ikan Baung Kenerak Masak Kari

Kalau orang Temerloh memang kenal dengan Ikan Baung Kenerak nie tapi malang sangat Azney yang orang Temerloh pun tak kenal ikan nie hahaha. Sampai lah semalam enche somi bawak balik Ikan Baung Kenerak nie.

Mula-mula memang pelik dengan ikan nie sebab nampak macam menakutkan je rupa bentuk dia. Ikan yang enche somi bawak balik lupa nak amik gambar.so Azney google lah kot-kot ada jugak yang tak tahu apa itu Ikan Baung Kenerak cam Azney nie hehehe.


sumber gambar Ikan Kenerak atau Baung Kenerak
Nampak pelik kan ? ke Azney sorang je nampak pelik mihmihmihmih. 

Memandangkan enche somi terlalu excited sebab dapat ikan. Padahal tak memancing pun tetapi tahan tajur kat Sungai Pahang. Tahu ke tahan tajur tue ape ? nanti Azney cerita ye. Sekarang nie jom Azney kongsikan Resepi Ikan Baung Kenerak Masak Kari yang paling simple hehe.


  • 1 biji bawang besar *blender
  • 3 ulas bawang putih *blender
  • 3 sudu lada kering *blender
  • 1/2 inci halia*blender
  • Ikan baung kenerak
  • 3 sudu serbuk kari
  • sedikit garam kasar
  • 1 biji santan kelapa
  • minyak masak
  • 1-2 biji tomato

  1. Bawang besar, bawang putih, halia dan lada kering kena blender dulu buat pes katekan.
  2. Bahan-bahan blender tadi campurkan dengan serbuk kari.
  3. Panaskan minyak dalam periuk.
  4. Masukkan bahan-bahan yang dicampurkan tadi kedalam periuk.
  5. Kacau sampai naik bau Kalau sampai dah melekat-lekat pada periuk baru masukkan santan.
  6. Masukkan ikan baung kenerak ke dalam periuk.
  7. masukkan sedikit garam secukup rasa
  8. Kacau sampai masak kuah jangan sampai berketul-ketul. Nanti tak cantik hehe.
  9. Agak-agak nak masak tu, masuk tomato/bendi ke dalam periuk.
  10. Angkat dan boleh di hidangkan.



Selalunya orang ramai masak ikan baung kenerak nie gulai asam rom tapi semalam enche somi excited nak masak kari. Makan dengan nasi panas perghhh terangkat . Rasa daging ikan nie cam ikan tenggiri pun ada. tak de tulang halus-halus. tapi memang sedap !!

Haaa ape lagi jom lah cuba :)
Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
azneyshamsuddin
klik iklan nuffnang

Kenapa cicak harus dibunuh?




CICAK!
Kenapa cicak harus dibunuh?…

1] kerana dahulu kala ketika Nabi Ibrahim As dilemparkan ke dalam api, sesungguhnya semua haiwan-haiwan di muka bumi ini berusaha membantu Nabi Ibrahim As dengan cara memadamkan api tersebut. Namun cicak malah sebaliknya, dia malah meniup-niupkan apinya agar apinya semakin membakar tubuh Nabi Ibrahim As. Maka Rasulullah Saw memerintahkan kepada kita (selaku ummatnya) untuk selalu membunuh cicak!


2] Ada seekor cicak di dalam Gua Tsur yang sedang berbunyi kuat dan nyaring serta bergema. Mendengar suara cicak yang begitu kuat, para kaum kafir Quraisy yang sedang memburu Rasulullah Saw menjadi sangat yakin bahawa Rasulullah Saw bersembunyi di dalam Gua Tsur tersebut. Namun, untungnya ketika kaum musyrikin melihat pintu gua tertutup dengan sarang labah-labah, mereka tidak percaya. Kalau orang masuk ke gua itu, tentu sarang labah-labahnya rosak. Maka terlepaslah Nabi Muhammad Saw dan sahabatnya. Maka dari itu, cicak disunatkan untuk selalu dibunnuh!

3] Di dalam suatu keterangan mengenai hadis sahih, Nabi Muhammad Rasulullah Saw pernah melaksanakan solat. Ketika dia sedang solat, tiba-tiba dia dikencingi serta diberaki oleh cicak yang berada di atas nya, sedangkan tahi cicak dan air kencing cicak itu sangat bau dan najis. Oleh kerananya, Nabi Muhammad Rasulullah Saw menamai cicak dengan nama Fuwaisiq (Si penjahat kecil).

Nah itulah indahnya Islam, walaupun cicak disunatkan untuk dibunuh oleh setiap kaum Muslim, tetapi tetap saja, ummat Islam diharamkan untuk berlaku zalim dan kejam terhadap semua makhluk termasuk cicak!

Sekali pukulan yang dapat mematikan bagi sang cicak, maka pahalanya sangat besar daripada pukulan berikutnya yang selalu mengurangi pahala dari membunuh cicak.

Apalagi pada pukulan keempat dan sebagainya, maka pahala kita menjadi kosong, malah yang ada mungkin kita menjadi dosa kerana telah menganiaya cicak.

Dan lebih banyak lagi mengenai cicak dalam Islam (Rahmatan lil ‘alamin) yang menceritakan bahawa cicak itu bukan binatang yang sopan, dan cicak juga sering memakan makanan-makanan kita sendiri yang pada akhirnya kita akan merasa jijik dengan makanan kita sendiri.

Jadi kalau anda melihat cicak, bunuh saja ia!!!

Cara yang betul untuk membunuh cicak adalah dengan menggenggam tubuhnya, kemudian kepalanya diletakkan di antara jari telunjuk dan ibu jari, kemudian tekan kepalanya dengan keras!

Kalau saya sendiri masih geli untuk membunuh cicak dengan cara demikian. Membunuh cicak dengan cara dipukul pun tidak mengapa. Ingat, jangan menyiksanya!

Bagi yang tidak ingin mengamalkannya, silakan, tapi sebagai seorang muslim kita harus percaya bahawa cicak adalah binatang yang disunatkan untuk selalu dibunuh, kerana sumbernya secara lansung dari hadis Rasulullah Saw yang sahih!

Wallahu’alam Bissowab!

Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
azneyshamsuddin
klik iklan nuffnang

Whitening Intensive Booster Skincare dah sampai



Yeayyy yeay yeay dah sampai yeay yeay dah dah sampai. hehe kemain lagi Azney teruja. Hadiah dari Giveaway Whitening Intensive Booster Skincare selamat sampai tadi. Azney join GA yang Kak Mia anjurkan dengan My Beauty Herbs. Azney antara 50 blogger yang join GA Kak Mia yang terpilih untuk menerima produk Whitening Intensive Booster Skincare.


nie lah produk Whitening Intensive Booster Skincare. Tak sabar nak cuba !!



Doakan saya cepat dapat baby !!


Like fanpage saya
  



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Bagaimana cara nak rasa duit gaji sentiasa cukup walaupun sedikit?



Bila dah terima gaji, bagaimana cara nak rasa duit gaji tu sentiasa cukup je walaupun sedikit?


Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:


1.Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!


2.Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!


3.Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!


4.Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!


5.Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.


6.Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu dahulu sblm bsdkah atau nk bntu Orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat! Kerana sabit dlm hadis Rasul SAW


7.Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan2 & saudara-mara...


*Marilah kita banyakkan berselawat ke atas Rasulullah SAW, nabi yg kita rindui...
..اللهم صل على محمد و على ال محمد .. ...



Jenaka Ustaz Azhar .....

Kadang-kadang Allah hantar seekor kucing untuk menjadi guru dan menguji kita supaya kita muhasabah. Jika seekor kucing datang meminta makanan, tapi kita halau dia, itu tanda kita kedekut dengan rezki yang Allah beri pada kita. Padahal kucing tu minta sedikit sahaja dari sisa makanan kita. Kita ada duit beribu-ribu, apa ruginya beli sebungkus nasi beri pada kucing. Kadang-kadang kucing bawa lari seekor ikan kembong yang kita beli di pasar. 

Anggaplah itu rezeki untuk kucing tu. Tak payahlah kejar kucing tu keliling kampung! Dia bukan ambil semua, seekor saja. Lainlah kalau kucing tu bawa lari peti sejuk, boleh la kejar sebab mahal.Kita cita-cita nak syurga firdaus, tapi kita kedekut pahit. 



Muhasabahlah diri kita.Jika nak jadi cepat kaya, murah rezeki,panjang umur, dan terang dalam kubur nanti, selalulah kita beri makan pada binatang. Setiap makanan kita beri makan binatang itu dikira sedekah. ( Ustaz Azhar Idrus)



Rasulullah SAW bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."(HR. Al- Bukhari)