#AETravel : Tasik Chini Resort



Minggu minggu minggu lepas berpeluang pergi ke Chini, bape banyak minggu nie. punya lah lama kepam dalam draft hahaha. sebenarnya bukan untuk bercuti tapi ada majlis perkahwinan sepupu sebelah suami. hoho alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke panggal lengan ye dak?? Ape lagi ambil peluang bercuti lah. kire Pre-honeymoon katenya hahaha.




kitorang gerak secara berkonvoi untuk ke Chini. Azney, Erul,Mak naik sebuah kereta dengan Kak La, Kak Long dan Abang Ar naik kereta masing masing.
Lebih kurang dalam pukul 5 kitorang sampai Chini kalau tak silap tempat pakteh tue nama Pusat Bandar DARA.  

lena mak aka mak mertuaku dengan Suffiah aka anak buah buahan hehe tido sepanjang perjalanan ke rmah Pakteh hehehe




Hari pertama kami stay homestay yang Pakteh sediakan. kecuali Kak Long dan Kak Ani sekeluarga tinggal di Tasik Chini Resort. Mak Ngah sekeluarga pastu keluarga anak-anak Mak Ngah pun tinggal sekali dalam homestay yang disediakan. Azney Kak La dan Suffiah berpeluang ikut Abang Ar hantar keluarga kak Long , Kak Ani (isteri Abang Ar) dan anak-anak ke Tasik Chini Resort. Perjalanan dari Pusat Bandar DARA Chini ke Tasik Chini Resort mengambil masa dalam 15-20 minit. bagi Azney yang tak pernah sampai nie rasa cukup lama duduk dalam kereta untuk kesana. Perasaan jangan cakap. excited okay!! hahaha



teruja !! bila sampai sini. cantik betul bila waktu petang nak nak bila time matahari nak terbenam. 


check in time !!!padahal bukan Azney pun haha Kak Long dengan Kak Ani je huhu. tak pe masa untuk Azney dan Erul esok pulak. selepas kenduri. haishh tak sabar rasanya. lepas dorang check in Azney, Kak La , Abang Ar dan Suffiah pun balik ke homestay .Perjalan waktu malam rupanya dventure sebab lampu jalan di sepanjang ke Tasik Chini memang takde. gelap gelita, seram mehhh. 




Malam kenduri rumah pakteh memang takde kerja nak buat. banyak dihabiskan dengan tengok TV. bukan ape. kebanyak persiapan untuk merewang penduduk setempat dah buat. so kira macam kitorang nie datang untuk makan jelah. seronok bukan?





Hari kedua kenduri berlangsung dengan lancar. pukul 11.30 kitorang sekeluarga makan. bukan ape makan awal. hehe mak nanti susah bila ramai orang. crowded kan. biar settle awal . nanti takde kelam kabut dengan orang sebelah nak makan. Pengantin sampai sedang elok sangat lepas kitorang makan. tak ke mujur tue hahaha.lepas makan balik homestay sebelah rumah Pakteh. gambar lupa nak ambil. tak teringat langsung hehehe.

Pukul 3 cam tue rasanya masing-masing dah mula kemas untuk balik. Anak-anak Mak Ngah ada yang balik awal. selepas salam peluk cium dapat tapau lauk lagi kitorang terus ke Tasik Chini Resort hehe excited sangat dah rasanya.Sampai-sampai terus letak barang dalam bilik. Azney ,Erul ,Mak dengan Kak La ambil bilik KakLong sebab Kak Long ada hal di Kuantan. yang tinggal kami dengan Abang Ar sekeluarga. Rehat-rehat dalam bilik dulu sebelum aktiviti naik bot pusing Tasik !! 



muka excited nak naik bot hehe



Senarai harga sebuah bot mengikut tempat/pax . korang boleh pilih nak sewa sebuah bot dengan lokasi yang korang nak pergi. perkara wajib bila datang sini tau. jangan duk kepam dalam bilik je. tak best langsung kalau cam tu.





Kami sewa sebuah bot dengan harga RM100 untuk pusing Tasik Chini.


muka excited masing-masing hehe

Kak La Erul dan saya Azney :)

Eh eh ada pengantin tengah shoot kat bawah sementara tunggu turn naik bot. Time nie ada 2 famili tengah tunggu turn naik bot. jangan bimbang bukan sebuah bot je ada. ada banyak korang cuma tunggu sahaja.

yeayyy Erul dah standby dengan jaket keselamatan. wajib pakai bila naik bot demi keselamatan. malang tak berbau kan.

hehe teruja sangat time nie hehehe tak sabar dah naik hahaha
masing-masing tengah syok yang belakang je selok nak bergambar hehehe

time nie angin kuat tibe-tibe. cuaca pun gelap je. tapi sempat record video semasa dalam bot. cepat-cepat hantar dalam group famili hahaha kasi jeles sama itu orang lain sebab tak join hehehe.






terpaksa pusing balik sebab hujan turun dengan lebat secara tiba-tiba. nasib baik sempat kalau tak dah terbalik bot yang kitorang naik hehe. tak pasal-pasal jadi benda yang buruk.








Hari Kedua pukul 8.30 sarapan pagi dulu. kasi perut yang kosong penuh dulu hehehe.selepas makan kami semua dah ready nak naik bot. sementara tue Faries  aka anak buah buahan bawak 1 plastik roti untuk bagi ikan-ikan kat pelantar bot makan. Naik bot nie kira ambil masa dalam 45 minit gitu. orang yang bawak bot tue akan bawak kita pusing-pusing tempat yang menarik di Tasik Chini. Azney pun xtau sangat sebab orang yanag bawak bot pagi nie kurang bercakap. tak macam hari semalam ramah betul. belum lagi sampai lokasi pertama dah banyak cakap. tunjuk nie tunjuk itu tapi sebabkan hujan tak jadi pulak.






selfie dulu sebelum naik bot. haha bukan selalu dapat berkepit cam nie. lagipun Erul nie susah nak bergambar berdua. pas nikah nie lah baru dapat tue pun puas bergaduh dulu hehehe.
tengok lah kemain happy lagi dorang dapat naik bot hehehe. nak nak bile dapat jumpa bunga teratai. serius memang cantik. sampai berebut-rebut nak ambil buah teratai hehe








yeayyyy dah sampai kampung orang asli. Kampung Cendahan




kami di sini oh yeayyy !!!


tengok apa yang kami jumpa. hehehe murah je dorang nie jual. Dorang nie pulak ramah je bila orang luar datang tempat dorang. hehe dan yang pest bila sampai disini ada acara menyumpit. so sape-sape yang tak pernah cuba dan tak tahu camne nak menyumpit boleh lah cuba. serius bila sekali dah main rasa nak main banyak kali tahu. hehehe














okay masa pun dah abes. pemandu bot eh yeke pemandu bot?? lantak lah. ajak kami balik sebab masa kat sini dah habes. korang boleh luangkan masa disini lebih kurang 20 minit. tapi bile dah terlalu asyik sangat dengan menyumpit sampai tak sedar masa nak balik dah dekat hehehe.


perjalan untuk balik ke jeti mengambil masa lebih kurang dalam 10 minit. hehe ingatkan jauh sangat sebab nampak macam jauh tapi sebenarnya dekat je hehe. lepas sampai kami pun balik chalet untuk kemas-kemas barang. Tepat pukul 12 kami checkout dari resort. Pengalaman yang paling seronok bile dah berkahwin kerana dengan percutian ini azney dapat kenal sedikit sebanyak famili Erul. hehe

lepas nie kemungkinan kami ke USS pulak insyaAllah kalau ada keizinan. 




Like fanpage saya
  


hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.

#AzneyErulBigDay | BERTANDANG 31082014



31032014 | Majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki. pengantin gerak awal sebab nak besiap bagai di rumah pengapit perempuan. yang paling syok pengapit perempuan yang mekapkan pengantin hehe. thankyou Ajura hehehe. baju sebelah lelaki azney tempah pastu tambah manik ikut dan 1 hari sebelum nikah haha. baju melayu beli je kat jakel. bukan ape sebab memang pikir nak pakai selepas kawen hehe.



majlis berarak mula dalam pukul 12. itu pun dah kira lewat sebab bila pengantin sampai dengan orang sebelah ramai tetamu dah balik huhu sebab banyak kenduri time nie. erm xpe lah walaupun ramai yang datang kami tak sempat jumpa huhu. sampai rumah pengantin lelaki masuk rumah untuk bersanding sebelum acara makan beradap. daannnn ada kejutan sebab kat rumah pengantin lelaki ada cara potong kek. hehe malu tau haha sebab semua tengok kita potong kek hahaha.




layanan yang diberikan memang cukup  tiptop. siap tolong potongkan ayam dengan ikan lagi letak dalam pinggan famili azney. dorang ape lagi memang takde malu-malu lah makan.haha memang slumber betul. siap dapat bungkus lagi dari tuan rumah sebelum balik. 




nie lah pengapit akan mua tue hahaha cantikkan hehehe





nie pelamin diy pengantin lelaki hehehe


potong kek surprises dari sepupu enche suami hehe


sebahagian famili sebelah azney hehe. yang lain tak muat nak masuk hehehe

malu lah kena suap suap hahaha.


alhamdulillah selamat sudah majlis bertandang. dan lega rasanya bila semua dah selesai. kalau tak macam-macam pikir. makan kcukup ke tak. nanti hujan ke panas ke. pakai baju pengantin nanti berpeluh tak. hahaha memang macam-macam. terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat selamat berhari-hari untuk jayakan #azneyerulbigday.




Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.