Showing posts with label selepas banjir. Show all posts
Showing posts with label selepas banjir. Show all posts

#Banjir : Temerloh kini



keaadan temerloh makin teruk sekarang nie..hujan turun dari petang sampai pagi..walaupun tak lebat tapi berterusan menyebabkan air sungai semakin melimpah ke kawasan-kawasan yang rendah..

bangun pagi tadi sebelum mandi bukak pintu belakang..kemain teruk rumah belakang nie haa..cepat benor air naik..sampai separuh rumah dia..time nie hujan turun renyai renyai..bencinta betul nak mandi nak pegi kerja dalam hujan..sejuk pulak tue..



lokasi di Kg Durian Tikus .. air sungai dah sampai ke jalan..korang boleh tengok sangkar ikan pun dah boleh bergerak ke sini kalau air laju..Ya Allah kawasan nie dekat dengan rumah ma abah aku..kampung aku tak jauh mana dari kampung nie..sebelah je pun..risau jugak..macam aku pernah bagitahu sebelum nie..belakang rumah aku paya..kalau air besar memang air paya boleh sampai dekat dengan rumah aku..


gambar yang nie pulak dekat Kg Telok sebelum Kelab Golf Bera..air pun dah naik sampai atas jalan..ramai yang bagitau yang kenderaan kecik dah takleh lalu..kalau lalu tak tau lah gone nanti huhu..so jangan buat-buat pandai lah ye..kalau ada hilux ke 4x4 ke tak pe jugak..


yang nie keaadaan #Esplanade Temerloh..habes dah air naik dengan cepat ..kete kecik ke moto ke memang tak leh lalu dah ..kang tak pasal-pasal hanyut ke sungai..ofismate cakap banyak kereta menuju ke sini tapi patah balik sebab air naik dah tinggi..time dekat pukul 9 rasanya..

yang nie gambar pukul 7 pagi tadi..cuba bayangkan dalam berapa jam air dah boleh melimpah cam gam di atas tadi ..besar tak besarnya air sungai pahang sekarang nie..


lokasi tak sure tapi rasanya di Lubuk Kawah ke sanggang..jalan pun dah tutup bahaya kepada pengguna ..air laju nanti susah kalau benda yang tak elok berlaku..



Kampung Pangsenam Jalan Triang


Petronas Kampung Durian Tawar Jalan Triang


Taman Rekreasi Kubang Gajah bawah jambatan Temerloh


update info jalan yang tutup untuk dilalui 


Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin


klik iklan nuffnang nak kawen.

Banjir Di Sekitar Kawasan Kuantan



Hujan yang berterusan sejak 2 3 hari di sekitar negeri Pahang telah menyebabkan beberapa kawasan rendah sudah pun dinaiki air..

Di Temerloh walaupun hujan berterusan tetapi masih belum ada kawasan yang dinaiki air. harap-harap rumah aku tak tenggelam lah nanti..pegi kerja pun payah kalau hujan nie..baju banyak yang nak basuh kering?? memang payah lah..terpaksa lah on kipas siang malam..haiii takrif letrik pulak naik..dalam dilemma dibuatnya..


musim hujan sekarang nie benda paling wajib sekali payung..nak ke taknak memang kena beli..dah jadi benda paling wajib huhuhu..so semalam redah kasi pecah jugak dalam hujan semata-mata nak beli payung huhu..

jom kita lihat gambar-gambar yang diperolehi daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai.









sedikit info untuk korang sekiranya kawasan korang hampir-hampir dilanda banjir ..

PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR
• Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
• Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
• Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
• Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
• Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
• Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.



SEBELUM BANJIR - SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN
• Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
• Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
• Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
• Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
• Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.



SEMASA BANJIR - SEMASA PEMINDAHAN
• Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
• Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
• Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.



SEMASA BANJIR  - DI DALAM KENDERAAN
• Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
• Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah. ke tempat yang selamat
SEMASA BANJIR - DI DALAM RUMAH
• Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
• Bersedia dengan peralatan kecemasan.
• Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.



SEMASA BANJIR - DI LUAR RUMAH
• Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
• Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
• Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
• Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
• Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
• Jangan minum air banjir.



SELEPAS BANJIR
• Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
• Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
• Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
• Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.



SELEPAS BANJIR - SEMASA MEMASUKI BANGUNAN
• Pakai kasut.
• Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
• Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
• Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.



SELEPAS BANJIR - PERIKSA ANCAMAN BAHAYA
• Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
• Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
• Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
• Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
• Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
• Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
• Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.
Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin


klik iklan nuffnang nak kawen.