Showing posts with label pertunangan. Show all posts
Showing posts with label pertunangan. Show all posts

PERTUNANGAN DALAM ISLAM :)

  1 comment    
categories: ,
assalamualaikum..

sekarang memang musim orang bertunang ke..bukan apa dalam tempoh sebulan nie ramai yang bertunang nak nak kalangan kenalan rapat hehe tak lupa jugak tuan rumah sendiri kihkih..

okay jom nak share sikit dengan korang tentang pertunangan dalam islam..tadi saje search tentang kursus kawin tapi terjumpa pulak tentang nie..macam menarik je untuk kongsi hehe



hantaran DIY tuan tanah hehehe


1. Apakah yang dimaksudkan dengan ikatan pertunangan?

Ikatan pertunangan ialah suatu perjanjian yang diadakan di antara pihak lelaki dan perempuan untuk berkahwin.

2. Bagaimanakah pertunangan ini dijalankan?

Pertunangan ini biasanya dijalankan mengikut adat dan budaya masyarakat setempat.

3. Bolehkah perjanjian pertunangan ini dibuat secara lisan atau bertulis?

Perjanjian pertunangan boleh dibuat secara lisan atau bertulis tetapi sebaik-baiknya perjanjian ini dibuat secara bertulis untuk memastikan hak-hak pihak-pihak dalam perjanjian terjamin.

4. Apakah syarat-syarat asas untuk pertunangan?

Syarat-syarat asas untuk pertunangan adalah:

i) Tiada halangan di antara pihak lelaki dan pihak perempuan untuk berkahwin.
ii) Pihak lelaki atau pihak perempuan belum ditunangkan dengan orang lain.
iii) Pihak-pihak bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan.

5. Apakah halangan-halangan untuk berkahwin?

Halangan untuk berkahwin ialah hubungan muhrim di antara lelaki dan perempuan yang disebabkan oleh keturunan, perkahwinan atau sepersusuan.

6. Apakah perkara-perkara penting yang perlu dipersetujui dalam pertunangan?

Perkara-perkara penting yang perlu dipersetujui adalah seperti:

i) Tempoh pertunangan.
ii) Jumlah mas kahwin.
iii) Jumlah hantaran perkahwinan.
iv) Belanja perkahwinan.
v) Cara atau bentuk pembayaran mas kahwin dan hantaran perkahwinan.
vi) Tempat perkahwinan akan diadakan.
vii) Tuntutan gantirugi dan atau remedi-remedi yang boleh dituntut jika berlaku kemungkiran pertunangan.

7. Sekiranya pihak lelaki gagal melangsungkan perkahwinan, bolehkah pihak perempuan mengambil tindakanundang-undang?

Ya, pihak perempuan boleh mengambil tindakan undang-undang jika pihak lelaki gagal melangsungkan perkahwinan.

8. Apakah undang-undang yang khusus berkaitan dengan pertunangan?

Undang-undang yang khusus berkaitan dengan pertunangan ialah peruntukan Seksyen 15 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.


saje je letak gambar tuan tanah hehehe

9. Adakah anda berhak untuk menuntut kembali semua pemberian semasa pertunangan jika pihak lelaki memutuskan pertunangan tanpa sebab yang munasabah?

Ya,anda berhak untuk menuntut kembali semua pemberian semasa pertunangan sekiranya perkara tersebut dipersetujui pada masa perjanjian pertunangan dijalankan.

10. Apakah remedi-remedi lain yang boleh dituntut daripada pihak yang mungkir?

Remedi-remedi lain yang boleh dituntut:
i) Ganti rugi hantaran yang telah diberikan kepada pihak yang mungkir.
ii) Ganti rugi perbelanjaan langsung atau tidak langsung dalam membuat persediaan perkahwinan.
iii) Ganti rugi hadiah pertunangan.
iv) Lain-lain bentuk ganti rugi yang telah dipersetujui oleh pihak-pihak dalam ikatan perkahwinan.

11. Sekiranya pihak yang mungkir pada perjanjian pertunangan tidak mahu membayar gantirugi di atas, bolehkah tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang mungkir ?

Ya, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pihak yang mungkir.

12. Bagaimanakah tindakan itu boleh diambil ?

Sekiranya anda berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang, anda adalah dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan daripada pengamal undang-undang.

sumber
Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin


klik iklan nuffnang nak kawen.