Showing posts with label monolog. Show all posts
Showing posts with label monolog. Show all posts

"saya P E R E M P U A N itu..."

  2 comments    
categories: 










saya perempuan itu..

di mata mereka saya memang 

banyak berkata-kata..

di mata mereka saya memang 

banyak ketawa..

di mata mereka saya memang 

suka tersenyum..

di mata mereka saya 

tidak pernah ada masalah..

di mata mereka saya 

selalu ceria..

di mata mereka saya 

cukup kuat..



tapi saya yang sebenar ialah 


perempuan yang 

kuat merajuk..

perempuan yang 

mudah kecil hati..

perempuan yang 

suka memendam rasa..

perempuan yang 

lemah..

perempuan yang 

cepat tersentuh hatinya..

perempuan yang 

cukup manja..

perempuan yang 

kolot..

perempuan yang 

selenga..

perempuan yang 

lurus..

perempuan yang 

pemarah..





dan yang paling penting saya yang sebenarnya

perempuan yang pendiam bila ada masalah 

dan 

banyak menangis dalam diam...



thanks for reading this entry..



love,
aznishamsuddin

dah nama pun menangguk di air yang keruh..

  4 comments    
categories: ,






tajuk tak sesuai langsung kau senah..keji betul kau nie kan..mengumpat je kejenya..orang kalau ade yang tak puas hati dengan kita memang macam tue..suka mengambil tahu dan memulakan eksperimen yang tak bape nak cerdik..bukan tak bape tapi memang tak cerdik pun kan..low class gitu..erkkk jelik aku tahu..




kebanyakkan orang seperti nie memang suka mengambil tahu hal peribadi orang..lepas tue mula dicanang merata-rata..tak paham aku dengan segelintir umat Nabi Muhammad nie..umat ke??semayang pun tah kemana..harap ke puasa je boleh lah kan..dari takde langsung..hakhakhak..kesian kau kan..xpelah Nabi pun ampunkan umat..bertuah sungguh menjadi umat Nabi Muhammad nie..cuma umat Baginda je yang tak pernah bersyukur..yang tahu hanya sibuk dengan kerja amal menjaja cerita-cerita orang..lepas tue umpat keji..adeshhh malang betul lah..yang beruntung yang dicanang..berbakul-bakul pahala kan..




kalau orang tak bape nak sempurna memang macam tue..dengan keturunan die pun kita tak mahu dekat so jangan nak salahkan orang lain lah bila tak berlaku macam kisah uda dara,,adam dan hawa serta romeo dan juliet..jangan berangan macam HOT stuff..sampai ade yang tergila-gila..nama pun keluarga tak sempurna..suka mengata mencanang orang sape nak..die je yang betul..orang lain pun tak sempurna..takut tak berkembang keturunan nanti je kalau bersama..kesian betul..mujur lah kalau kau sihat kalau tak sihat tak kemana lah jawabnya keturunan kau tue..







kalau orang lain ade masalah bukan nak tolong bagi sokongan tapi dicanang lagi adelah lepas tue mula lah nak kutuk-kutuk umpat keji bagai..ades nie lah yang spesis yang dikatekan jenis menangguk di air yang keruh..bukan tahu ambil iktibar dengan ape orang lain alami..di tambah lagi adelah..adoii tak paham kan..tue lah suka sangat buat dosa kering..haa esok lusa dah mati kat Akhirat sana  cmne nak mintak maaf tue??ingat sikit..kita nie sementara je..so buat amal lah ea..jangan buat ketupat je tahu..kalau boleh makan takpe..kenyang jugak perut dibuatnya..



sebenarnya nak bagi tahu mengumpat itu keji..kihkihkihada yang tersentap??sape suruh tersentap..hahahaha


thanks for reading this entry..



love,
aznishamsuddin




DOWN

  No comments    
categories: 



I don’t know where I’m at
I’m standing at the back
And I’m tired of waiting
Waiting here in line, hoping that I’ll find what I’ve been chasing.

Not ready to let go
Cause then I'd never know
What I could be missing
But I’m missing way too much
So when do I give up what I’ve been wishing for.

I shot for the sky
I’m stuck on the ground
So why do I try, I know I’m gonna to fall down
I thought I could fly, so why did I drown?
Never know why it’s coming down, down, down.
Oh I am going down, down, down
Can’t find another way around
And I don’t want to hear the sound, of losing what I never found.



thanks for reading this entry..



love,
aznishamsuddin

Jangan jadi bodoh kerana Cinta

  2 comments    
categories: 




perlu ke sampai macam tue sekali..tahu tak bila kite kecewa Allah nak duga kita..so maknanya Dia sayang kita..tak perlulah sampai MURTAD..tue maknanya nak jauhkan diri dari Dia..mungkin si pelaku merasa Bila ditinggalkan, si pelaku rasa sudah tiada siapa-siapa lagi dan merasa dunia ini sudah berakhir tapi sebenarnya usahlah merasa dunia ini sudah berakhir kerana dunia ini tidak akan berakhir sebelum tibanya kiamat. Allah maha mendengar rintihan orang yang teraniaya..



Allah maha mengetahui betapa hambanya dalam kesedihan. Percayalah Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan mereka. Bila kita mengadu dan menceritakan kesedihan pada yang Esa, Insyaallah Allah akan suntikkan semangat untuk kita teruskan hidup seperti biasa tanpa orang yang kita sayang. Cepat atau lambat untuk pulih dari kekecewaan, itu urusan DIA.tapi kekecewaan yang tak mampu di bendung dan menyebabkan dan semua ini berlaku ....



Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.


Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.


Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.


Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.


Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.

Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.



Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.


Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.


Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia
.

Hati itu bukan hati aku lagi..

Heal my heart ya Allah..

Bless me with a new heart..


tapi sapelah aku nak menilai mungkin dia tertekan  dan terlalu sayangkan wanita itu..sebab tue dia bertindak sebegitu drastik..tapi aku pernah merasai bagaimana sakitnya bila tidak dihargai oleh orang yang kita sayang..tapi aku kuatkan semangat..aku cakap pada diri aku tak pe mungkin dia bukan yang terbaik dan sesuai untuk aku..walaupun rasa sayang masih bersisa tapi aku gagahkan jugak sebab aku taknak meratapi perpisahan yang aku tak pinta..mungkin ada hikmah semua tue berlaku kan? tengok sekarang aku dah jumpa lelaki yang begitu baik dengan aku dan pandai jaga aku..dan paling penting sangat penyabar..alhamdulillah..cukup lah sekali aku merasa bagai mana sakitnya bila ditinggalkan..




Jangan jadi bodoh kerana Cinta. Kerana hanya cinta, manusia sampai sanggup memurtadkan diri. Astaghfirullahala'zim. Kembalilah ke jalan ALLAH.



Klik di sini untuk meninjau laman Facebook Edward.



thanks for reading this entry..



love,
aznishamsuddin

Maafkanlah bila hati

  No comments    
categories: ,


Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu


love,
aznishamsuddin

Andai kau ditakdirkan untuk aku...

  6 comments    
categories: ,





Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat



Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang dapat menjunjung tinggi Agama Allah



Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh mengurus kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan



Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita







Kerana..










“Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu
Buat bakal imam Ku..”




"Ku berharap, kau adalah bakal imamku..amin ya rabbal 'alamin :)"



love,
aznishamsuddin

Seandainya

  No comments    
categories: ,



Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,
Seandainya telah kau takdirkan dia milikku..
tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi



Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera




Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa




Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya
  



Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku




Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU



Amin.




love,
aznishamsuddin

Ukur baju di badan sendiri dulu lahhh kawan

  No comments    
categories: 


cidade, cute, fashion, girl, loira 

kadang-kadang kita rasa kita cukup sempurna..apa yang orang lain buat di mata kita semua tak betul..ada je yang tak betul..kita je yang perfect..pernah tak rasa macam tue??mesti pernahkan..

macam contoh dalam kelas bila dapat assigment..buat assigment lepas tue kena buat presentation dalam kelas..

sampai giliran kawan kita terdetik dalam hati cakap


eh isi tak banyak mana pun..present pun tah macam ape tah..


suara tak kuat..harap baju je cantik..tapi dressup tah hape-hape..tengok kasut dia..


eleh nak cover cun lah tue..cakap macam berbisik..

padahal orang tue tak buat salah pun dengan kita tapi di hati kita nie ada je berprasangka buruk pada dia atau sape-sape..

perasaan nie wujud bila kita sebenarnya tidak boleh melihat orang lain lebih dari kita..lepas tue mula lah anggap bukan-bukan..nak bodek lecturer lah.. dapat upah lah..ada sugar daddy lah..

tengok tue?? bukan hati je tapi kadang-kadang kita sampaikan kepada orang lain..lepas tue bila dah bercerita tak macam mengumpat ke??


alah dia bukan cantik pun..servis bagus lah tue sebab tue dapat pakwe hensem..


orang miskin tapi mampu duduk apartment,,tengah studi pulak tue..mesti ada orang bela tue..

contoh lah kan..

kita tak tahu bila kita cakap macam tue sebenarnya kita mengata kita sendiri..sebab tue ada pepatah mengatakan cermin diri dulu dan ukur baju di badan sendiri..

  No comments    
categories: 


426059_209848175787704_142253915880464_331192_1777197285_n_large 

aku marah?
mungkin..
aku sedih?
mungkin..
aku gembira?
mungkin..
dan bermacam-macam kemungkinan..
dan segalanya mungkin mungkin..
haish aku tak pasti lagi perasaan apakah ini yang kini kian bermain-main di dalam hati aku..
kau rasa tak apa yang aku rasa sekarang nie?
mungkin tak
sebab hati aku kan..
tapi kau penah kata yang kau boleh rasa apa yang aku rasa
kalau betul
kau tak perlakukan aku sebegitu rupa
ermmmm...
apakah aku bukan yang terbaik buat kau..
adakah kau tak bahagia dengan aku..
bermacam-macam persoalan yang bermain di minda kau ketika ini..
tapi yang yakin dan amat pasti
aku berusaha untuk jadi lebih sempurna..
walaupun aku tahu
aku bukanlah wanita sekaya SITI KHADIJAH
aku bukanlah wanita secantik BALQIS
aku bukanlah wanita setabah SITI HAJAR
tapi sekurang-kurangnya aku mampu buat orang yang aku sayang tersenyum bahagia..

Monolog Rabu..

  6 comments    
categories: 












Dear diaries,,

Aku matang tak??

Ermmm matang tue apa??

kenapa aku tak matang??

macam mana nak jadi matang??

Susah ke jadi matang..

Boleh tak aku jadi matang??

Bila yang sesuai jadi matang??

Aku tahun nie dah 24 tahun..matang ke tue??

2 tahun lagi akan kawen..matang ke??

Ermmm aku baligh pun umur 15 tahun..major kawan-kawan aku dah baligh form 1..serius lambat giler kan..tue tanda aku lambat matang ke??Aku perempuan sulung dalam family aku..kak long selalunya orang cakap matang tapi aku??erkkkk…Adik-adik aku semua lelaki..so aku boleh matang sebab aku kakak..tapi aku matang ke??aku pun cam terencat bila dengan dorang…

Aku tak boleh tengok orang menangis nanti aku nangis sama..Tak matang ke tue??

Aku tak boleh kawal budak-budak sebab aku pun dah macam budak-budak kot..sebabbbb dorang boleh buat derkk je kalau aku marah..saborr jelah..tapi aku boleh sayang budak-budak..itu pun kalau budak itu dengar cakap aku..

Aku kalau kena marah aku mudah sentap tapi kejap je sebab aku tahu salah aku tapi kalau bukan salah aku takkan nak sentap kot..buat bodoh jela..

Mak aku cakap aku degil tapi aku tak penah even sekali pn lawan cakap dia..apa dia cakap or marah ke aku diam je..sebab aku memang malas nak jawab balik..kalau dia tanye pun aku akan jawab apa yang ditanya tak de dah nak kembang-kembangkan isi cam nak buat karangan SPM.. same lah jugak kalau abah aku marah or cakap dengan aku..erkkk kurang ajar tak matang ke tue???

Ok sekarang nie aku nak tahu bila aku nak matang nie???aku dah matang ke???confused…