Showing posts with label lori bijih. Show all posts
Showing posts with label lori bijih. Show all posts

#Banjir : 11 kereta dilanggar lori bijih besi

11 kereta dilanggar lori bijih besi

JERANTUT- Sebuah lori yang sarat dengan muatan bijih besi bertembung dengan 11 kereta apabila gagal menekan brek ekoran jalan utama di Kilometer 19 jalan Jerantut-Kuala Lipis itu dinaiki air sedalam 0.8 meter petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Azid Ismail berkata, kejadian pada jam 2.30 petang itu berlaku apabila lori muatan bijih besi itu yang datang dari arah Kuala Lipis gagal memberhentikan kenderaan pada jarak 150 meter.

Menurutnya, kejadian berlaku semasa lima kenderaan dari arah Jerantut dan enam kenderaan dari arah kuala lipis menunggu giliran untuk bergerak ekoran air naik.

“Semasa sedang menunggu giliran untuk melalui jalan itu tiba-tiba datang lori muatan bijih itu yang dipercayai dipandu laju hilang kawalan terus merempuh kenderaan yang berada di hadapan.

“Sebanyak 11 buah kenderaan mengalami kerosakan teruk namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Beberapa orang dalam kenderaan itu mengalami kecederaan ringan dan mendapat rawatan di Hospital Jerantut dan Kuala Lipis sebagai pesakit luar,” katanya.

video --> SINI
Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin


klik iklan nuffnang nak kawen.