Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

Kekejaman remaja Denmark!

  4 comments    
categories: 


Pernahkah korang tengok warna air laut tetiba jadi merah, bukan merah sikit tapi banyak dan ianya bukan sebab iklim semula jadi tapi disebabkan kekejaman manusia yang tidak bertamadun yang membunuh beratus-ratus ikan lumba-lumba Calderon yang terkenal dan bijaksana.
Keadaan ini akan berlaku setiap tahun di Pulau Fereo di Denmark dan pembunuh utama ialah REMAJA.


Kenapa mereka semua membunuh? Ia disebabkan untuk menunjukkan bahawa mereka sudah dewasa dan matang! Dalam pesta ini, semua remaja akan membunuh ikan lumba-lumba, dan penonton pun menyokong sambil bergelak ketawa melihat aksi yang kejam itu.


Ikan lumba-lumba ini kan sangat jinak, so ikan ini datang ke tepi pantai dan ketika itu lah remaja jahanam ini membunuh tanpa belas kasihan. Lebih kejam lagi, ikan lumba-lumba itu dipotong 2,3 kali dengan kail yang tebal walaupun tidak mati lagi. Masa itu juga, ikan ini menghasilkan bunyi seperti bayi yang menangis suram. Lama-kelamaan, ikan ini mati dalam darahnya sendiri. Sangat Kejam!So, aku nak korang sebarkan berita ini agar 1 dunia tahu tentang kekejaman ini.SUMBER

Annual Warehouse Sale CLOVER PLASTIK SDN BHD

  1 comment    
categories: 






okay sekarang nak cerita..kat company kite sekarang kemain sibuk sangat sebab nanti kitorang kat sini akan adekan Warehouse Sale besar-besaran..kira macam jualan dari gudang lah kihkihkih..sape-sape yang suka barang plastik ala-ala IKEA tue meh lah datang sini..kat mana??Merlimau Melaka jep..banyak sangat barang-barang yang kitorang ada kiranya lengkap lah untuk 1 rumah serta luar rumah..antara barang-barang yang kami akan jual seperti Prattan Stocker,Prattan Closet,File Stand,Dish Drainner,Grip Hanger,,cat Pit,,Dog Pit,Cottage..haaa yang ISTIMEWAnya hanya di company kitorang je kat tempat lain takde..sebab product-product ini hanya dieksport ke luar negara sahaja..










menarik bukan..nie baru sikit.ade banyak lagi barang-barang yang kami ada di sini..huhu so  apelagi jom lah meriahkan jualan gudang kami..orang-orang berhampiran dengan company kami cepat-cepat datang..bila?? JUMAAT 3.30 petang sampai 8.00 malam dan SABTU dan AHAD 10.00 pagi sampai 6.00 petang..haaa ape lagi jom lah serbu kami di sini..



Jual Benih bernilai RM100K

  4 comments    
categories: 


IDEA bank sperma pernah menimbulkan polemik di Malaysia pada lebih lima tahun lalu sedangkan bank seperti itu telah lama beroperasi di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.Bank itu popular dalam kalangan wanita bujang atau pasangan yang gagal mendapatkan zuriat sendiri.Mereka boleh membeli sperma seperti membeli baju dengan memilih jenis air mani berasaskan etnik, bentuk fizikal, latar belakang pendidikan dan kesihatan penderma.


Hakikatnya isu itu belum ada kesudahannya. Tiada undang-undang yang digubal khusus untuk menangani masalah itu.Bukan setakat menjual sperma, ovum wanita juga popular di seluruh dunia. Ia melibatkan urus niaga yang mencecah berbilion dolar setahun.Baka manusia itu boleh dibeli dengan mudah sehingga mencecah harga RM100,000 sebotol, bergantung pada siapa si pendermanya.


Golongan penderma wanita yang menjadi sasaran firma kesuburan pula ialah pelajar universiti khususnya wanita berketurunan Asia.Puncanya, golongan itu mudah dipujuk atas desakan wang, kos pengajian yang tinggi di samping keinginan untuk hidup mewah.Seorang wanita yang mengaku menjual ovumnya, Kline, berkata jual beli itu ibarat satu pelaburan yang menguntungkan.Dia yang berketurunan Cina-Vietnam mendakwa telah tiga kali terlibat dalam proses itu dengan memberikan ovumnya kepada sebuah agensi pembekal ovum di California, AS.


Kline memperoleh bayaran hampir RM100,000 untuk semua urus niaga itu."Mereka mengatakan banyak keluarga yang sukakan ovum wanita Asia," kata pelajar sebuah kolej di AS yang berumur 26 tahun ini.Natasha, seorang imigran Rusia yang bekerja di sebuah klinik di Cyprus juga terlibat dengan kegiatan menjual ovum.Katanya, dia berhijrah ke Cyprus setelah berkenalan dengan teman lelakinya melalui internet.


Malangnya, pengorbanannya itu tidak berbalas. Mereka akhirnya berpisah. Natasha hidup seperti pelarian di Cyprus. Dia tiada visa dan tempat tinggal, malah tiada pekerjaan."Mujur saya cantik dan sihat menyebabkan ovum saya bernilai," katanya yang meraih kira-kira RM50,000 untuk urus niaga itu.


Carmen Pislaru, seorang wanita dari Romania yang bekerja di Cyprus pula mendakwa kesempitan hidup selepas melahirkan anak keempat sebagai punca dia terjebak."Doktor bertanya adakah saya ingin menjual ovum. Dia seakan-akan mengetahui saya tertekan gara-gara tidak mampu membayar kos perubatan."Seminggu selepas memikirkannya, saya menerima tawaran itu dengan bayaran RM8,000," ceritanya yang tidak menyesali tindakannya itu.Satu kes unik di Sepanyol pula melibatkan seorang imigran dari Chile, Nicole Rodriguez yang menyambung pengajian di negara itu.




AKTIVITI menjual sperma dan ovum menggalakkan pertambahan golongan gay dan lesbian."Saya baru memasuki sebuah kolej di Sepanyol. Peraturan di negara itu tidak membenarkan saya bekerja sambilan, jadi menjual ovum ialah cara mudah untuk mendapatkan wang," tutur Rodriguez.


Ceritanya, musim sejuk membantunya kerana kulitnya yang berwarna hitam menjadi agak putih."Selepas menjalani proses yang memenatkan itu, di tepi bantal saya terdapat sampul surat yang agak tebal berisi wang."Saya seperti seorang pelacur yang mendapatkan ganjaran dengan menjual tubuh," katanya.Bayaran RM6,000 itu lebih daripada mencukupi untuk Rodriguez menanggung kos sara hidup selama tiga bulan di Sepanyol.


Derma ovum

Sejak berdekad lamanya permintaan global terhadap ovum manusia berkembang pesat sehingga tidak mampu dikawal lagi dengan lebih 250,000 bayi telah dilahirkan melalui cara itu.Keinginan wanita bujang, wanita tua yang sudah menopaus dan pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak merancakkan lagi perniagaan pelik ini.Wanita dari negara miskin juga akan menjual telur mereka kepada doktor tempatan yang kemudian menjualnya dengan harga yang mahal kepada keluarga kaya di Barat.


Cyprus yang merupakan negara Kesatuan Eropah membenarkan aktiviti itu dengan alasan ia lebih berbentuk derma yang akan diberi pampasan berupa wang.Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Menteri Kesihatan negara itu, Carolina Stylianou.Kerajaan Cyprus menganggarkan nisbah 1:50 wanita di negara kepulauan itu yang berumur 18 hingga 30 tahun terlibat dengan aktiviti menjual ovum.


Seorang pakar biologi dari Universiti Northwestern, Chicago, AS, Laurie Zoloth berpendapat, fenomena menjual ovum adalah sisi buruk sistem kapitalis yang sanggup memperdagangkan apa sahaja yang bersumber daripada manusia.Seorang peguam, Andrew Vorzimer menyifatkan urus niaga itu menunjukkan 'kejahatan budaya Barat'.


"Saya pernah melihat kontrak penderma ovum yang memperoleh bayaran sebanyak RM600,000," katanya.


Sebuah firma kesuburan di Britain baru-baru ini mencetuskan kontroversi kerana menawarkan bayaran RM3,000 kepada pelajar Universiti Cambridge yang sanggup menderma ovum mereka.Secara umum, penderma perlu mengambil dadah untuk merangsang pengeluaran telur. Sasaran mereka ialah pelajar berumur 18 hingga 35 tahun selain memiliki sifat baik hati, jujur dan sihat tubuh.Pengarah Perubatan Klinik Kesuburan Create London, Geeta Nargund, berkata idea itu mengundang risiko yang tinggi.Bagi Josephine Quintavalle daripada kumpulan kempen Comment on Reproductive Ethics, retorik menderma ovum untuk mendapatkan pampasan merupakan helah pihak tertentu bagi menjana keuntungan mudah.



Soal etika
TERDAPAT segelintir pelajar kolej di Barat yang menjual ovum disebabkan desakan wang. - Gambar hiasan


Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman memberitahu, dahulu negara ini pernah dikejutkan dengan polemik pengenalan bank sperma."Mungkin ada syarikat tertentu dan hospital swasta yang menawarkan perkhidmatan sebegini termasuk menjual ovum wanita dan sperma lelaki.


"Saya yakin ia berlaku di negara ini walaupun saya tidak pernah menerima sebarang aduan," katanya.


Ujarnya, ini mungkin disebabkan tiada pasangan atau individu yang mahu melaporkan perkara itu kerana malu."Masyarakat negara kita terkenal dengan adat ketimuran. Ia kes terpencil selain mereka mendapatkan rawatan itu di luar negara."Bagi mereka yang beragama Islam, perkara ini dilarang sama sekali dalam agama," katanya.


Menurut bekas Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM), Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed, jualan sperma dan ovum hanya menggalakkan pasangan gay dan lesbian untuk memperoleh anak."Ini boleh menimbulkan masalah sosial yang serius apabila ramai lelaki dan wanita menganggap institusi perkahwinan tidak lagi penting," ujarnya.


Tutur Abdul Latiff, membeli ovum yang dijual tidak menjamin pembelinya mendapat anak yang bijak dan sihat."Walaupun baka terdiri daripada individu terpelajar, faktor persekitaran dan pembelajaranlah yang akhirnya merangsang perkembangan pemikiran anak."Malah, individu yang menderma juga tidak dikenali. Sekiranya berlaku ketirisan atau kecuaian, anak yang lahir mungkin mengalami penyakit yang serius," katanya.




Iskandar memerlukan bantuan..

  No comments    
categories: 







Nama bayi di atas, Iskandar Syahlizan, berusia 10 bulan. Ketika gambar dirakamkan oleh ibunya, Siti Aminah Amir, 28 tahun, mata anaknya itu masih terbuka.


Kini keadaan dilaporkan berbeza.


Saya menghubungi Aminah kira-kira pada jam 4 petang tadi. Guru bahasa Inggeris mengajar di sekolah rendah di Johor Bahru, Johor terbabit berada di Hospital Sultanah Aminah bersama suaminya.


"Atas budi bicara Guru Besar, saya diberikan cuti tanpa gaji untuk menjaga anak tunggal kami. Keadaan Iskandar kini semakin kritikal dan dia terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan. Doktor hanya memberikan bekalan oksigen sahaja. Percubaan kami untuk memindahkan Iskandar ke Hospital Kuala Lumpur, HKL, gagal kerana ketiadaan ambulan dilengkapi peralatan Unit Rawatan Rapi, ICU. Sebelum ini doktor di HKL menyarankan agar anak kami dirawat di Kuala Lumpur," ujar Aminah.


Suaranya kedengaran sebak.


Untuk rekod, suami Aminah, Syahlizan Saimin, 34 tahun, bertugas sebagai Pembantu Perpustakaan di Majlis Bandaraya Johor Bahru.


"Doktor di sini keberatan untuk menghantar Iskandar ke Kuala Lumpur, bimbang pihak HKL enggan menerima anak kami berikutan penemuan jangkitan baru di tubuhnya Adenovirus Phneumonia, sekaligus mengakibatkan paru paru Iskandar menjadi lebih kritikal," sambung ibu itu.


"Adakah puan telah bertanya kepada pihak HKL samada mereka mahu menerima dan merawat Iskandar atau tidak?," soal saya.


"Itu saya kurang periksa," balas Aminah kini menetap di Larkin Perdana bersama suami.


Berikut rayuan dikemukakan suaminya kepada rakan di Facebook untuk mendapatkan bantuan sewajarnya.



'Assalamualaikum.

Iskandar dilahirkan pada 16 Julai 2011. Dia anak comel, sihat dan suka tersenyum.

Pada Disember 2011, dia dimasukkan ke Wad Kanak Kanak di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor kerana jangkitan kuman di paru paru. Pada Mac 2012, Iskandar dimasukkan sekali lagi kerana demam kuat.

pada 3 Mei 2012, sewaktu pemeriksaan mingguan, dia diwadkan sekali lagi kerana pernafasan terlalu laju dan bibirnya menjadi kehitaman. Dia kemudian menjalani pelbagai ujian termasuk ECHO, dan CTScan, hasilnya jantung dan paru paru dia dapati baik. Ujian darah menunjukkan kandungan darah putih agak tinggi,dan ubat sepatutnya diberikan.

Doktor di Hospital Sultanah Aminah tidak dapat mengesahkan penyakit sebenar Iskandar dan meminta Doktor Asiah Kasim dari HKL untuk memeriksa Iskandar. Berikutan itu pada 15 Mei 2012, Iskandar disahkan menghidap ILD, Interstitial Lung Disease. Rawatannya hanya boleh dilakukan di HKL, dan Doktor Asiah telah memberi kami masa untuk berfikir. pada 17hb, saya dan isteri telah bersetuju menghantar Iskandar ke HKL untuk mendapatkan rawatan.

Sejak 15 Mei 2012, ubat dan antibiotik Iskandar telah diberhentikan dan Iskandar hanya diberikan ubat demam dan bantuan Nebulizer setiap 6 jam.

Pada 18 Mei 2012, Iskandar dimasukkan ke ICU kerana paru parunya gagal berfungsi dan bergantung kepada mesin pernafasan. Apabila soalan diajukan, doktor mengatakan keadaannya stabil.

Setiap hari kami bertanya, bilakah mahu menghantar Iskandar ke HKL? Tetapi jawapannya masih tidak tahu kerana memerlukan ambulan dilengkapi katil ICU dan pihak HKL juga perlu menyediakan bilik rawatan ICU untuk Iskandar.

Sehingga ke hari ini, oksigen Iskandar telah dinaikkan ke 70% dan jawapan sama masih lagi dikeluarkan oleh doktor.

"Iskandar tidak stabil dan memerlukan ambulan yang lengkap untuk ke HK"

Kami kecewa dan terus kecewa.

Jadi kami meminta bantuan kalian, rakan rakan supaya dipanjangkan makluman ini kepada pihak bertanggungjawab supaya dapat membantu Iskandar supaya lebih cepat mendapat rawatan.

Panjangkan kepada HKL, KKM, malah kepada PM sendiri kalau boleh.

Dapat dipanjangkan kepada Bro Mazidul atau sesiapa yang boleh mengetengahkan isu ini kepada pihak lebih bertanggungjawab.

Kami sayang anak kami, dan kami mahu dia senyum kembali.

Saya boleh dihubungi di talian 0197419790 dan isteri saya 012-4833462'


Saya percaya, setiap rakyat Malaysia berhak untuk mendapat rawatan kesihatan. Jika tidak, masakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencetus dan melaksanakan projek klinik 1 Malaysia.


Jika benar dakwaan ketiadaan ambulan dilengkapi kemudahan ICU, menjadi penghalang utama untuk Iskandar mendapat rawatan di HKL, saya percaya masalah itu boleh ditangani.


Mohon hebahkan maklumat berhubung kes ini agar mendapat perhatian mereka bertanggungjawab membantu.


Berikut gambar terkini Iskandar.



Ya Allah! Selamatkan anak ini dan berikan dia peluang untuk hidup seperti anak kami.


thanks for reading this entry..



love,
aznishamsuddin

Alhamdulillah Mogok Lapar Palestine Berakhir

  1 comment    
categories: 



Mogok Lapar Palestin Berakhir 

RAMALLAH – Beribu-ribu penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza semalam keluar menyambut meriah langkah Israel memberi layanan lebih baik membolehkan tahanan Palestin sekali gus menamatkan mogok lapar mereka selain mengingati ‘malapetaka’ apabila Israel diasaskan pada 1948 atau ‘Nakba’.



Israel kini bersetuju membenarkan anggota keluarga melawat tahanan Palestin dan cuba mengelak menahan penduduk tanpa didakwa. Sebagai tukaran, kumpulan pejuang Palestin memberhentikan serangan.



Nasib tahanan itu adalah satu perkara sensitif kepada penduduk Palestin kerana hampir semua mereka mengenali jiran atau saudara yang pernah dipenjara Israel. Beratus-ratus warga Palestin keluar di dua kota utama itu sambil membawa gambar anggota keluarga yang ditahan Israel.



Beribu-ribu lagi melakukan tunjuk perasaan di bandaraya selatan Hebron yang bertukar menjadi laut merah, putih, hitam dan hijau dengan bendera Palestin dengan mereka meraikan kejayaan menamatkan mogok lapar.



Di Gaza, penduduk Palestin menjerit ‘Allahu Akbar’ dan ‘Alhamdulillah’ menggunakan pembesar suara ketika menyambut persetujuan antara tahanan dan pihak berkuasa penjara Israel.



Selain mengibar bendera, mereka juga mengedarkan manisan dan ada yang melakukan sujud syukur.
Perjanjian itu menamarkan salah satu bantahan terbesar tahanan Palestin apabila dua lelaki memulakan mogok lapar pada 28 Februari lalu dan tidak makan selama 77 hari, mogok lapar paling lama.



Selain itu, 1,600 tahanan Palestin lain, lebih sepertiga daripada bilangan tahanan dan menyertai mogok itu pada 17 April lalu yang berlangsung selama 27 hari.

“Tahanan membuktikan kepada dunia bahawa perut kosong adalah lebih kuat daripada mana-mana pemerintah atau penindas,” kata jurucakap kerajaan Gaza, Fawzi Barhoum.



Kemeriahan juga dibantu sambutan ‘Nakba’. Tarikh 15 Mei adalah detik penduduk Palestin mengingati ‘malapetaka’ apabila beratus ribu lari atau diusir dari kediaman oleh pengganas Israel.



Siren kuat dibunyikan di seluruh bandaraya Ramallah pada waktu tengahari menandakan ulang tahun di mana penduduk meraikannya dengan senyap selama satu minit menjelang perarakan besar di ‘Clock Square.’



Di seluruh bandar itu, kereta mengibarkan bendera hitam membawa gambar satu kunci dan perkataan ‘kembali’ dalam bahasa Inggeris dan Arab untuk mengingati rumah yang ditinggalkan mereka atau dipaksa ditinggalkan dan kini menjadi sebahagian Israel.– AFP

KESEDARAN tentang Mogok lapar yang terbesar dalam sejarah

  No comments    
categories: 




Kita sering berbincang tentang topik yang kecil skopnya dan fokus-kan hanya kepada cinta pasangan, cinta keluarga dan lain-lain.. Tapi entri kali ini berbeza, kerana fokus yang ingin ditujukan ialah kepada saudara-saudara kita di palestin yang masih menentang kekejaman zionis..



Memang sukar untuk kita lakukan sesuatu sekrang, kerana mungkin dalam posisi yang tidak membolehkan kita berjuang bersama-sama mereka membebaskan negara dari cengkaman dan serangan Israel.


Dengan ini dengan lemah diri kita, dan ada nya teknologi didepan kita.. Kita protest secara aman, walaupun kelihatan sangat lemah dan tak berdaya tindakan kita… Tapi admin ingin mengajak semua bersama admin, bagi mengikuti kempen yang dijalankan saudara kita..


  “Dengan Hanya menukar Profile Picture”



Walaupun tindakan ini sangat lemah dan seperti tak berupaya, tapi jadikanlah ikhlas hati dan sertakan doa semoga mereka lebih kuat menghadapi segala kesusahan di sana.. Ameen.. Ameen..



Berikut Adalah Pilihan Profile Picture (Download dan Tukar Profile Picture anda)


http://www.ayatayatcinta.net/wp-content/uploads/2012/05/free-palestin-malaysia01.jpg

http://www.ayatayatcinta.net/wp-content/uploads/2012/05/free-palestin-malaysia02.jpg

http://www.ayatayatcinta.net/wp-content/uploads/2012/05/free-palestin-malaysia03.jpg

http://www.ayatayatcinta.net/wp-content/uploads/2012/05/free-palestin-malaysia04.jpg

http://www.ayatayatcinta.net/wp-content/uploads/2012/05/free-palestin-malaysia05.jpg

http://www.ayatayatcinta.net/wp-content/uploads/2012/05/free-palestin-malaysia06.jpg

http://www.ayatayatcinta.net/wp-content/uploads/2012/05/free-palestin-malaysia08.jpg



Tahanan Palestin yang berada di Mogok Lapar memerlukan Bantuan anda, 
Sila Kongsi Status ini dengan kawan anda untuk menyebarkan KESEDARAN tentang Mogok lapar yang terbesar dalam sejarah ..



Bilal Thiab ... 76 Hari
Thaer Halahleh ... 76 Hari
Hassan Safadi ... 70 hari
Omar Abu Shallal ... 68 Hari
Mohammedd Al-Taj ... 60 hari
Mahmoud Sarsak ... 54 Hari
Faris Al-Natur ... 47 hari
Jafar Ezz Al-Din ... 53 Hari
Abdallah Al-Barghouthi 32 Hari
lebih daripada 2000 Banduan .... 27 hari



Berkongsi dan jangan biarkan Media Barat mengebumikan kes mereka, semua mereka meminta HAK ASASI mereka sebagai tawanan perang, hak Lawatan, Hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.



*mereka terseksa setiap saat, dan boleh mati bila-bila masa sahaja, ada yang telah turun 30 kg, bleeding di beberapa bahagian di tubuh, dan gigi pun luruh,,, sama-sama kita banyakkan taubat & berdoa untuk ikhwah kita di sana,tolong sebarkan ke semua group yg ada, ini antara usaha kecil yg boleh kita buat , Perang Media!



Fakta : Kenapa Israel-Palestin bergolak, sebab rampasan tanah oleh Israel. Bayangkan, anda sebagai Tuan Rumah memberi tempat tinggal kepada tetamu, tetapi anda sendiri kemudiannya dihalau dan ditendang dari rumah anda sendiri.. Itulah sebenarnya yang berlaku..




sumber : sini & sini

thanks for reading this entry..



love,
aznishamsuddin



Sedekah Hanya Dikira Dari Usaha Yang Baik

  1 comment    
categories: 

= hi there =





 "Sedekah Hanya Dikira Dari Usaha Yang Baik"..


Hadith :

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:


“ Sesiapa bersedekah seberat biji kurma dari usaha yang baik, dan tidak naik (sampai) kepada Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya Allah menyambutnya dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Allah memelihara sedekah itu untuk pemiliknya, sebagaimana seorang kamu memelihara anak-anak kudanya sehingga menjadilah sedekah itu setinggi gunung.”

(al-Bukhari dan Muslim)



Huraian :


Pemberian itu merangkumi sedekah dan hadiah. Jika pemberian itu dimaksudkan sebagai satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah, maka ia dinamakan sedekah, tetapi jika ia dimaksudkan sebagai satu penghargaan, sanjungan dan tanda kasih maka ia dinamakan hadiah. Allah menyuruh kita agar menginfakkan harta dan memberi sedekah dengan harta yang halal dan melarang kita daripada menginfakkan harta yang haram sebagaimana ia menyuruh kita agar memastikan agar makan, minum, pakaian dan segala harta benda yang kita gunakan di dunia ini adalah datang daripada sumber yang halal.



Sebenarnya bersedekah adalah antara amalan sunat yang dianjurkan dan digalakkan dalam Islam. Anjuran ini tidaklah hanya ditujukan kepada orang-orang kaya sahaja, malah orang-orang yang kurang berada pun dianjurkan bersedekah menurut kadar kemampuan masing-masing.


love,
aznishamsuddin

Terharu

  No comments    
categories: 

terdetik dalam hati tatkala membaca muka hadapan metro..terharu dan sedih membaca kisah arwah adik muaz yang sanggup bergalang ganti nyawa dia kerana terlalu sayangkan abangnya..



DUNGUN: “Adik sanggup dermakan apa saja asalkan abang selamat,” kata Muhammad Muaz Yusof, 13, kepada ibunya sebelum dia meninggal dunia di rumahnya di Kampung Molek, di sini, semalam, akibat paru-paru berair selepas dua hari mendermakan darah dan sum-sum tulang belakang kepada abangnya yang menghidap leukemia.


Muaz yang juga pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Sultan Omar, di sini, berkata demikian kepada ibunya, Asma Ismail, 51, beberapa minit sebelum memasuki bilik rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, Sabtu lalu, untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakangnya.


Asma berkata, anak kelimanya, Mohd Munawar, 21, disahkan menghidap leukemia sejak empat bulan lalu dan sering mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, sebelum diarah doktor menemui pakar di HUKM.


“Pakar mengesahkan Munawar memerlukan darah jenis A- termasuk sum-sum tulang belakang dan arwah mempunyai darah jenis sama dengan abangnya sebelum kami sekeluarga ke HUKM untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakang,” katanya.



Katanya, sebelum memasuki bilik rawatan itu Sabtu lalu, dia bertanya arwah sama ada takut atau tidak, namun arwah berkata, dia sanggup dermakan apa saja demi menyelamatkan nyawa abangnya itu.



PILU…Asma di sisi jenazah anaknya, Muhammad Muaz, semalam.

HIJABISTA, majalah pertama dunia fesyen berhijab di Malaysia

  No comments    
categories: 


Muka kulit edisi pengenalan majalah HIJABISTA.



HIJABISTA, produk terbaru dalam siri terbitan Kumpulan Media Karangkraf - kini berada di pasaran - majalah pertama di negara ini khusus bagi memenuhi cita rasa dan bertindak sebagai peneraju arah dan inspirasi kepada dunia fesyen berhijab. 


Baca disini untuk tahu yang selebihnya...


love,
aznishamsuddin

Jom SIHAT dengan D'EXPOSE FITNESS CENTRE !!

  5 comments    
categories: , ,

fashion, fit, fitness, happy, healthy


punya excited balik keje semalam terus makan..sikit jekk hahaha nak kurus punya pasal..makan sambal mangga muda & ikan goreng..perghh tue pun dah buat aku kecur air liur..adess boleh hancur diet aku..hukhukhuk..makan tak lebih 1 senduk okay..hahahalepas makan borak-borak dengan makteh..kelmarin dah plan malam nie nak pegi senamrobik lagi.. nak kurus katakan..hahaha excited sebab ahad lepas dah join clas senamrobik nie..tue yang beria-ria sangat nak join..



dalam pukul 7 lebih mandi..siap-siap tunggu pukul 8.30..lepas isyak jek terus keluar rumah..Fashanu,sepupu aku dah mula buat perangai sebab?? nak ikot lah ape lagi..tapi makteh taknak bawak sebab dia suka buat perangai..kang tak jadi pulak nak senamrobik makteh aku cakap.. budak-budak katekan..



sampai di E'xpose Fitness Center..mak aih lagu bollywood dah kedengaran almaklum lahh,, malam nie tema dia bollyfit hahaha.. #ceh ape skema bebenor aku nie..naik aras 1..sampai depan pintu jengah kepala dulu..hahaha malu-malu kucim katekan..masuk letak barang aku ape lagi terus gelek lah wehh !!..hahaha malu-malu tapi bila orang kat situ sporting aku pun dah jadi tak malu dah hahaha...



baru 10 minit dah macam kau orang mandi 1 jam..punyalah berpeluh..gelek punya gelek lebih kurang 10 lagu rasanya..habis dalam masa 1 jam lebih..memandangkan kitaorang tak jadi ahli lagi so kitaorang bayar jelah RM3 sorang huhu murah kan??memang lah promosi punya harga hehehe..kalau dah jadi ahli kena bayar yuran tahunan RM60 lepas tue bulanan RM20 untuk 4 sesi.. kalau RM40 untuk 8 sesi..kalau unlimited sesi kena baya RM90 sahaja..kelebihan menjadi ahli di E'xpose Fitness Centre nie ialah..dapat T-shirt serta boleh menyertai  roudtour di semua lokasi yang terlibat..menarik bukan??


menarik di E'xpose Fitness Center nie  sebab

E'xpose Fitness Centre menyediakan kelas senamrobik bagi yang berminat.mari sertai D'Expose Fitness Center agar kehidupan kita menjadi lebih sihat dan terjamin. Alamilah kehidupan yang cergas dan anda pasti akan menyukainya.

bukan ape bersenam nie ada banyak kebaikanya..antaranya..


  • Melancarkan Otak
otak yang cerdas amat penting dalam kehidupan seharian.khususnya bagi mereka yang bekerja dalam bidang yang memerlukan daya pemikiran yang tinggi. Marilah bersenam agar otak kita lebih cergas. Pergerakan variasa dalam senamrobik membantu perjalanan darah ke otak sekaligus membekalkan oksigen dengan baik.

  • Senaman menjaga Saraf
senamrobik mampu untuk membantu saraf kita bekerja dengan lancar dan sihat. Ia juga mampu menghalang daripada penyakit saraf otot dan kehancuran saraf. Tambahan juga, ia mampu untuk menghalang daripada penyakit Dementia atau dikenali sebagai Pelupa & Nyanyuk.

  • Membakar Lemak dan Menyihatkan Badan
Lemak penting untuk badan. Namun, dalam keadaan lemak yang berlebihan, ia amat berbahaya kepada badan. Antara penyakit yang terkenal ialah arteosklerosis (enapan lemak di salur darah yang membawa kepada komplikasi).Kurus tidak bermakna kita sihat. kita mungkin tidak gemuk namun kita mungkin mempunyai banyak kandungan kalori di dalam badan. Senaman membakar lemak. Bagaimana lemak terbakar? Secara biokimia, tenaga pertama yang digunakan di dalam badan ialah karbohidrat diikuti dengan lemak, dan protein. Kandungan karbohidrat di dalam badan tidak banyak. Dalam kekurangan tenaga, karbohidrat akan disimpan untuk kegunaan otak dan jantung, manakala bahagian lain akan menggunakan lemak untuk mendapatkan tenaga. Bersenam memerlukan jumlah tenaga yang banyak. Dalam keadaan kekurangan karbohidrat, lemak akan ditukar menjadi glukosa (lipolysis) untuk menampungi keperluan badan yang inginkan glukosa. inilah yang dimaksudkan dengan pembakaran lemak. Dengan ini kita akan terhindar dari penyakit yang disebabkan oleh lemak, seperti arterosklerosis yang membawa kepada kegagalan jantung berfungsi, strok , obesiti dan lain-lain lagi.





macam korang tengok timetable kat atas tue lah..kalau nak betul-betul badan cantik Cikgu Aya cakap,,#cikgu Aya nie lah instruktur Fitness Centre nie..amik lah classes Zumba & Bollyfit..comfirm suami tak cari lain kehkehkeh..kalau tengok Cikgu Aya punya badan,, dia macam anak dara & aku tak percaya yang anak sulung dia berusia dalam lingkungan 19 tahun..mak aihh memang tiptopp mantapp marveloss lahhh...



aku mula-mula join aku boleh rasa badan aku ringan je..memang lain lah lepas join senamrobik dengan Cikgu Aya nie..aku malam tak penat sangat dah boleh kontrol makan dengan baik..kalau dulu balik keje lepas mandi makan terus terbungkam atas katil..sampai lah keesokan pagi..#ape teruk bebenor anak dara nie weh..tue kisah salam talam silam hahaha



haa sape-sape yang duduk di area Merlimau, Muar & Jasin tue meh lah join E'xpose Fitness Centre nie..bukan sahaja badan cantik tapi badan kita sihat..comfirm dah takde lagi masalah perut buncit dan lemak berlebihan hehehe #dah macam jurucakap produk kecantikan pulak gayanya hahaha..so ape lagi jom lah join..malas nak bebel panjang-panjang huhuhu..


add as friend cikgu Aya -->klik sini


love,
aznishamsuddin

Hukuman Rotan Di Penjara adalah Haram..

  No comments    
categories: ,
dipetik dari buku Anda Bertanya USTAZ AZHAR IDRUS Menjawab Berkenaan Permasalahan Isu Semasa

klik gambar untuk tumbesaran yang sihat



Gempa bumi bermagnitud 8.9 gegar Aceh

  No comments    
categories: 

Gempa bumi dengan magnitud setinggi 8.9 skala richter telah berlaku di bawah laut wilayah utara Aceh Indonesia. Gempa bumi itu mencetuskan amaran tsunami di seluruh Lautan Hindi. Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata ia tidak lagi diketahui sama ada tsunami akan berlaku, tetapi anda dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan persisiran pantai. Pengkaji Geologi Amerika Syarikat, yang mendokumenkan gempa di seluruh dunia, berkata gempa bumi Aceh berpusat 33km (20 batu) di bawah laut kira-kira 495km dari Banda Aceh adalah yang terkuat setakat ini


Sutopo menjelaskan, peringatan tsunami tersebut sebagai dampai gempaberkekuatan 8,9 skala Richter pada pukul 15.38.29 pada kedalaman 10kilometer atau 364 km barat daya Daerah Simeulue. Gempa bumi susulan dengan kekuatan 8.5 SR kembali menggoyang Aceh pada pukul 15.38.33. "Saatini, kami masih terus melakukan koordinasi dengan badan penanggulanganbencana daerah (BPBD) tempatan," katanya.
Menurut dia, pihaknya masih kesulitan melakukan koordinasi kerana beberapapihak di daerah sukar dihubungi. "Namun, BNPB juga telah melakukan kenalandengan TNI," katanya.


sumber


CINTA, KASIH, SAYANG & HATI.

  No comments    
categories: 


blonde, blouse, cupcake, cute, dress


CINTA : 

(sebelum kahwin)

C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
  A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin) 

C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
  A = api dalam neraka.

KASIH : 

(sebelum kahwin) 

K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
  H = hatiku hatimu jua.

 (selepas kahwin) 
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG : 

(sebelum kahwin) 
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin) 

S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

 HATI : 

(sebelum kahwin) 
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

 (selepas kahwin)

H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?

Siti Nur Fatihah Mahadi rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelaki

  No comments    
categories: 
 

hari tue duk kecoh-kecoh budak nie kena culik alih-alih mengaku sendiri tak diculik..sebab rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelaki..ape nak jadi adik nie..baru 15 tahun dah buat negara tergempar..cari publisiti ke hape hah..mak ayah bukan main risau lagi kau boleh pulak cakap tak diculik..kalau kena culik betul-betul baru tahu agaknya langit tue tinggi ke rendah..kecik-kecik lagi dah buat perangai esok lusa ape pulak yang kau buatkan..

KUANTAN – Remaja perempuan yang ditemui dua hari selepas dia dikatakan diculik ketika membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lalu, akhirnya mengaku kepada polis bahawa dia sebenarnya tidak diculik.

Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, mengaku dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya berusia 26 tahun setelah mengalami tekanan emosi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T. Narenasagaran berkata, pengakuan itu dibuat ketika polis menyoal siasat gadis itu selepas dia ditemui di rumah keluarga teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan, petang semalam.

“Setelah menyiasat kes ini, polis mendapati Siti Nur Fatihah bukan diculik. Remaja ini keluar dari rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak.

“Gadis ini mengaku dia lari dari rumah untuk menenangkan fikiran dan mahu tinggal sementara dengan keluarga teman lelakinya,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ahad lalu, Siti Nur Fatihah dilaporkan `diculik’ oleh tiga individu termasuk seorang wanita semasa keluar membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini.

Gadis itu bagaimanapun ditemui selepas polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an di Kampung Merchong, kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Dia dibawa ke kampung tersebut yang terletak kira-kira 120 kilometer dari bandar ini.

Narenasagaran memberitahu, remaja itu sendiri menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita itu untuk menghantarnya ke rumah teman lelakinya di Kampung Merchong pada hari dia dilaporkan hilang oleh keluarganya.

Menurutnya, Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Sultanah Fatimah di sini untuk diberi kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu ditemui sesiapa.

Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 20-an yang didakwa melarikan gadis tersebut, Narenasagaran berkata, mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil untuk memberi keterangan.

“Mereka tidak melakukan penculikan. Mangsa sendiri mengaku tidak diculik serta tidak dikasari atau dipaksa,” jelas beliau sambil memberitahu kes ini dianggap selesai.


Ibu Jual anak di Facebook

  2 comments    
categories: ,
tadi syok-syok online facebook..tibe-tibe ternampak 1 gambar baby comel tapi caption dia berbunyi camnie..

Kepada sesiapa yg ingin membeli baby gurl,sila hubungi 0122705354 sebelum di buang k dalam tong sampah!

mengucap panjang aku bila baca dan lihat sendiri..kalau korang tak percaya korang boleh tengok sendiri gambar-gambar di bawah nie..aku ingat baju kasut tudung je ada jual kat facebook..rupanya baby pun dah ada..

aulia baby yang mahu "dijual" oleh ibunya

gambar dibawah nie aku print screen untuk membuktikan apa yang aku nampak dan baca..aku berharap apa yang aku nampak nie hanya rekaan semata-mata kerana bayi tue tak tau apa-apa..masih kecil..kenapalah mak dia sanggup buat dia macam tue..orang lain yang kawen bertahun-tahunpunya lah tunggu nak dapat baby..dia nie dah dapat nak jual-jual pulak..dah macam anak patung barbie pulak dibuatnya..


klik untuk lebih jelas

klik untuk lebih jelas 

klik untuk lebih jelas 

klik untuk lebih jelas 

dan kalau lah betul seperti Mohd fazlan nie tak pe..tapi kalau sebaliknya dan ada niat untuk menjualnya subahanallah kejam dan tak tahu nak cakap apa..

aku bukan lah sempurna dan aku harapkan apa yang aku kongsikan tidak benar..tak sanggup rasanya..dah lah kes-kes pembuangan bayi dah berlambak-lambak..nie kes penjualan bayi pulak..laman sosial dah banyak disalah gunakan bagi sesetengah pihak..

klik untuk lebih jelas 

Manusia ke Dunia makin kejam??

  No comments    
categories: 


‘Lelaki  tarik kakak’

Ya allah dah macam dulu-dulu pulak..dulu pun pernah tergempar kes-kes penculikan orang nie..kalau dulu kecik-kecik takotnya nak kua..sebab ma abah selalu cakap ada orang culik budak-budak..sekarang aku dah besa pun masih ada..aku pulak rasa takut nak keluar..

Mangs remaja perempuan berusia 15 tahun sebelum dipercayai diculik tiga individu termasuk seorang wanita ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli kad prabayar bersama dua adiknya kira-kira 100 meter dari rumahnya di Taman Tas..eh dalam negeri aku tue,,korang tengok kat mana-mana tempat pun sekarang nie dah tak selamat..adakah manusia atau dunia akhir zaman yang kejam..subahanallah..pergi kedai nak beli topup pun dah tak selamat..aku pulak naik seram..

kalau diri dah dikuasai dengan perasaan syaitan hasad dengki iri hati dendam..halal haram dah tak ingat dah..gara-gara bercerai dengan mangsa dua bulan yang lepas.. sebuah keluarga hidup dalam ketakutan gara-gara dua lelaki yang dikenali cuba membakar rumah mereka dengan membaling molotov koktel ..lelaki tue dah macam gila talak pulak aku rasa..sebab bekas isteri penyerang tue dah kawen dengan orang lain pun..tengok sampai nak berbunuh-bunuh pulak..sekali dengan orang lain sekali terlibat..

selagi hidup dikuasai dengan nafsu syaitan sampai mati lah camnie..makin takut aku..

5 Tanda Kita Dah Ready Untuk Berkahwin

  No comments    
categories: 
Hidup berumahtangga merupakan suatu pengalaman manis yang berlaku dalam sejarah lakaran hidup kita.


Tapi adakah kita benar-benar tahu dan yakin yang kita telahpun bersedia untuk memulakan ikatan perkahwinan tersebut? Bagaimana kita boleh mengetahui tanda-tanda yang kita telah bersedia untuk melayari bahtera perkahwinan tersebut?


Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan bersama kita 5 petanda yang jika kita sedang laluinya ataupun ianya terdapat dalam diri kita,kita memang dah sedia nak kahwin.

Petanda 1: Rela Berkongsi

Rela berkongsi bermaksud kita bukan hanya sanggup dan telah bersedia untuk berkongsi kasih, sayang dan cinta diantara korang berdua.

Tetapi, ia jauh meliputi lebih banyak aspek dalam kehidupan seharian kita. Aspek-aspek yang dimaksudkan adalah seperti wang, perasaan, masa, pendapat, harta-benda, rumah, makanan, dan lain-lain perkara dalam kehidupan seharian kita.


Petanda 2: Boleh Berfikir Secara Terbuka

Kadang-kala, ketika kita melayari bahtera rumahtangga kita, perselisihan pasti akan terjadi. Justeru itu, kita haruslah berfikiran terbuka dan boleh berbincang dengan baik dan tenang sesama korang berdua ketika sesuatu perselisihan itu berlaku.

Mungkin punca perselisihan korang berdua hanyalah kerana perkara-perkara remeh. Jika kitaa berfikiran terbuka dan boleh menerima kesilapan diri masing-masing, perjalanan hidup berumahtangga korang pasti lebih mudah dan berjalan dengan lancar.


Petanda 3: Anda Boleh Menjawab Soalan “Kenapa Aku Nak Kahwin” Dengan Baik

Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main-main. Seumur hidup, sekali je kahwin ni. Beberapa persoalan yang perlu kita tanya diri kita sendiri sebelum berkahwin adalah seperti

Mengapa kita perlu berkahwin?

Adakah kedua-dua belah pihak keluarga kita berdua boleh menerima kita berdua untuk berkahwin?

Apakah yang ingin kita berdua capai dalam hidup setelah berkahwin untuk jangka masa panjang?

Jika kita boleh menjawab soalan-soalan tersebut dengan baik, maka memang telah terbuktilah kita berdua telah bersedia untuk berkahwin.


Petanda 4: Sanggup Bertolak Ansur

korang berdua boleh bertolak ansur jika sesuatu pilihan atau keputusan kritikal perlu dibuat. Ada juga kadang-kala korang berdua akan berselisih faham. Jika perkara tersebut berlaku, salah-satu pihak harus beralah dan bertolak ansur. Jangan ikutkan sangat ego kita.


Petanda 5: Bersedia Menerima Sifat Dan Tabiat Pasangan

Memang kita perlu akur, ketika bercintan-cintun dulu, semuanya indah-indah dan baik-baik belaka. Bak kata orang, nak control macho la (kalau yg lelaki) atau nak control cun bagi yang perempuan.

Setelah berkahwin nanti, sifat-sifat atau tabiat-tabiat yang selama ini tersembunyi dan tidak ditunjukkan secara terus ketika bercinta dulu, harus kita terimanya dengan hati yang terbuka. Memang tiada sesiapa pun yang sempurna di dunia ini. Pasangan kita pasti mempunyai kekurangannya yang tersendiri.

Begitulah beberapa petanda jika ianya telah muncul dalam diri kita, usah teragak-agak untuk hantar rombongan meminang (bagi yang lelaki) atau cepat-cepat suruh kekasih kita belikan cincin tunang (bagi gadis).


Alhamdulillah Wan Hazim ditemui

  No comments    
categories: 
pix_gal0

PETALING JAYA: Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun yang dilaporkan hilang petang kelmarin selepas keluar bersendirian dari rumahnya di Jalan PJS 10/1, Subang Indah, di sini, ditemui semula, awal pagi semalam.
Wan Hazim Mohd Khadir ditemui kira-kira jam 2 pagi oleh seorang lelaki di Lebuhraya KESAS menghala ke Klang ketika kanak-kanak itu sedang berjalan merayau di bawah jejambat berhampiran Summit USJ di Subang Jaya.
Lelaki itu menghantar budak lelaki itu ke Balai Polis Subang Jaya dan budak berkenaan kemudian dihantar rumah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Cheras.

Ibunya, Wan Nor Azma Wan Yusof, 33, berkata beliau menerima panggilan daripada pihak polis pada jam 7 malam semalam menyuruhnya datang ke balai berkenaan untuk membuat pengecaman gambar.

“Sebaik saja tiba di balai itu pada jam 10 malam, saya membuat pengecaman gambar budak lelaki yang dihantar ke JKM Cheras itu. Saya mengesahkan gambar itu adalah Wan Hazim. Saya rasa lega sebab anak saya selamat dan saya akan mengambilnya Isnin ini pada waktu pejabat sebab malam ini dan esok tidak dibenarkan kerana di luar waktu pejabat, ” 
katanya ketika ditemui di balai berkenaan malam tadi.Baca selanjutnya di sini

credit : berita harian

Menarik!! Matahari Palsu di Viganella Itali.

  No comments    
categories: 

Viganella ialah sebuah kampung kecil di Itali bertempat betul di lembah yang dalam , dan dikelilingi gunung-gunung tinggi dari semua arah. Ini bermaksud yang secara semula jadi, setiap tahun dari mid-November hingga awal Februari, kawasan ini tidak menerima pancaran cahaya matahari. Matahari Palsu ini bersaiz 40 meter persegi pada saiz, 8 meter lebar menjelang 5meter tinggi dan terletak kira-kira 870 meter di atas kampung. 


Giacomo Bonzani, arkitek yang mencipta Matahari Palsu dan rekaan bagi cermin dibuat oleh Emilio Barlocco, seorang jurutera untuk penduduk di sana.matahari palsu tersebut merupakan sebuah cermin gergasi yang di letakkan di lereng pergunungan dan berfungsi memantulkan cahaya matahari ke kawasan tersebut. Apa yang menariknya, Matahari Palsu ini sebenarnya dikawal oleh satu perisian komputer yang menjejaki matahari dan kecondongan  supaya dapat memantulkan cahaya matahari ke kawasan tersebut. Ia telah sebenarnya menjadi satu tarikan pelancong, sejak pemasangannya 5 tahun lepas. 



Viganella mirror4 550x366 Viganella   The Italian Village that Built Its Own Sun



Viganella mirror31 550x412 Viganella   The Italian Village that Built Its Own Sun


Viganella mirror 550x309 Viganella   The Italian Village that Built Its Own Sun




Menurut  Giacomo Bonzani ,keseluruhan kos projek itu kira-kira 100,000 Euro bersamaan dengan Rm 369 569.89 !!

"Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik?"

  No comments    
categories: 

Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya:
"Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 8 alasan engkau."

  1. dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
  2. nak jaga mata, hati dan kemaluan
  3. nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja
  4. nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa aje
  5. dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala
  6. dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga
  7. nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama
  8. saya sayang dan cintakan anak pakcik ♥


Published with Blogger-droid v2.0.4