Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Nora Danish lawat Fasha Sandha dan bayinya

  No comments    
categories: , , , ,


Pelakon Nora Danish telah meluangkan masa melawat pelakon Fasha Sandha dan bayi lelakinya, Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram di kediaman pelakon tersebut di Kuala Lumpur malam tadi.

Apa yang menarik, Nora turut membawa anak lelakinya, Rayqal, untuk mengenali adik lelakinya itu. Sejurus selepas beliau melawat keluarga Fasha, Nora terus memuat naik gambar tersebut di laman Instagram peribadinya.


Fasha yang masih sedang berpantang selamat melahirkan Rayfal di sebuah hospital swasta di ibukota pada 15 April lalu.

Dalam perkembangan lain, Nora dikhabarkan sedang sibuk menjaga ibunya yang sedang sakit. Khabarnya, ibu Nora baru saja dibenarkan pulang ke rumah selepas dimasukkan ke hospital akibat penyakit darah tinggi selama beberapa hari.


 
hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!


".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."


love,
aznishamsuddin





Like fanpage saya
klik iklan nuffnang nak kawen.

Ibu nafi bayi dianiaya

  1 comment    
categories: ,




KOTA BHARU- “Saya tahu bagaimana keadaan anak saya. Apa yang disebarkan melalui laman sosial facebook kelmarin bukan gambaran sebenar seperti yang berlaku terhadapnya,” kata ibu bayi yang didakwa mengalami kecederaan di kaki kanannya, Nurul Wahidah Zulkarnain, 18, ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semalam.

Gambar bayi lelaki seberat 2.7 kilogram, yang menerima rawatan di HRPZ II, akibat masalah jaundis (demam kuning) itu, tersebar di laman sosial berkenaan dalam keadaan yang menyayat hati dengan matanya tertutup serta kaki kanannya yang berdarah dan menitis di atas tilam semasa di tempatkan dalam katil khas ketika menerima rawatan di hospital, menyebabkan ramai yang melemparkan tohmahan negatif terhadap pihak HRPZ II.

“Saya dan suami, Mohamad Saiful Naaian, 22, hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan mengenai penyebaran gambar anak dalam lama facebook, melalui Pegawai Perhubungan Awam hospital, Zaid Ahmad dalam keadaan kaki kanan anak sulung yang berdarah.

“Selepas mendapat penjelasan pihak hospital, kejadian berkenaan tidaklah berlaku seperti apa yang dilaporkan dan tiub yang digunakan untuk mengambil darah di kaki kanan anak tercabut namun hanya berlaku sedikit pendarahan dan segera dibersihkan oleh kakitangan hospital,” katanya.

Sementara itu, Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Ghazali Hasni Md Hassan berkata, kejadian itu tidak menjejaskan keadaan bayi malah dia juga tidak mengalami kecederaan, namun ia telah disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang dipercayai merupakan seorang penjawat awam, sehingga mengundang persepsi negatif kepada hospital.

“Saya menegaskan di sini, kejadian bayi lelaki berusia 19 hari yang mengalami pendarahan di bahagian kaki kanan kira-kira jam 6.30 pagi semalam (kelmarin), selepas saluran tiub untuk diambil darahnya tercabut ketika menerima rawatan di hospital ini dan disebarkan melalui facebook bukan berpunca dari kelalaian kakitangan hospital. 

“Dengan penjelasan ini, saya berharap masyarakat mendapat gambaran jelas tentang kejadian sebenar yang berlaku di hospital dan mengharapkan agar pihak berkenaan tidak sewenang-wenangnya menyebarkan gambar bayi itu tanpa mendapat keizinan pihak hospital,”katanya.

Kelmarin, laman sosial facebook ‘neposan’ menjadi perhatian umum, apabila gambar bayi itu tersebar dan mendapat kecaman ramai.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddian Abdul Rahman berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan namun akan bertindak sekiranya kejadian itu dilaporkan kepada pihaknya.

sumber : sinar harian


".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
zaidatulaznyscorner
Shaz Beauty Care Zaidatulazni Shamsuddin

 klik iklan nuffnang nak kawen.

Nama Anak Perempuan Azad dan Eira, Amarra Sofea Rose

  No comments    
categories: ,


baby-eira-syazira-azad
Pada 11 Januari 2013 baru-baru ini, Azad Jazmin dan Eira Syazira telah dikurniakan seorang bayi perempuan yang diberikan nama Amarra Sofea Rose.


Eira Syazira selamat melahirkan bayi perempuan seberat 4.2 kilogram itu menerusi pembedahan “Caesarean” pada kira-kira pukul 8.50 pagi di hospital Columbia Asia, Puchong.
Menurut Azad Jazmin, nama Rose pada bayi perempuan yang dilahirkan isterinya, Eira Syazira itu adalah bersempena nama ibunya, Roshidah dan ibu Eira iaitu Rohani. Nama Rose juga dipilih sebagai tanda penghargaan buat ibu dan ibu mertuanya.
anak-eira-syazira-azad-jazmin
Bercerita lanjut mengenai nama anaknya, Azad berkata, nama Sofea Rose sebenarnya sudah lama dipilih oleh mereka berdua dan perkataan Amarra pula telah ditambah baru-baru ini.
Azad yang begitu gembira dengan pengalaman baru sebagai bapa ini, mengakui menitiskan air mata tanpa disedari setiap kali melihat wajah anak perempuannya, Amarra Sofea Rose.
Eira Syazira dan Azad Jazmin walaubagaimanapun masih belum bersedia berkongsi gambar anak mereka untuk tatapan umum.



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya

http://www.facebook.com/zaidatulaznyscorner

AzSha Marketing

 klik iklan nuffnang nak kawen.

Doakan Ahmad ADAM Syukri cepat sembuh !!

  7 comments    
categories: ,
assalamualaikum semua..arghhh malas betul kite nak bangun pagi tadi..tapi terkejut aii sebab si comel asyik maen kaki kite je..hehehe tak dapat kaki dye gigit-gigit tangan aku pulak sampai lah aku bangun aishhh mane tak sayang kalau cerdik sangat sampai cam tue sekali hehehe...cisss sekali tengok jam baru 6..ahh tido lah kejap lagi hehehe....


tibe-tibe kena gigit lagi dengan si comel nie,,nak ajak bergurau lah tue..amek kau dah pukul 7.30 pagi..kecik besar kecik besar aku tengok henpon huhuhu..abes melepas lahhh subuh adesss...bangun je terus on lappy kihkihkih..login efbie pastue ternampak sesuatu yang sangat menyayatkan hati..sayu hati aku pagi-pagi nie..mood sedih pilu sampai ke malam terbawak-bawak..betapa berat mata memandang  lagi bahu yang memikul..begitu lah yang dapat aku dapat sampai kan..aku sebak sedih bila aku bukak satu page nie..Ya Allah besar sungguh dugaan yang diterima oleh si kecil ini..








siapa yang aku ceritakan nie?? dia lah Ahmad Adam Syukri,,bayi yang mengalami kerosakan pada otak..Ya Allah mengalir air mata aku bila aku tengok gambar-gambar yang  mama Adam postkan..mungkin aku agak terlewat tahu tentang kisah Adam tapi aku hanya manusia yang mempunyai perasaan belas kasihan..dan naluri aku sebagai perempuan cukup buat aku mudah tersentuh bila perkara-perkara sebegini..aku dapat bayangan kan betapa kuatnya  mama Adam  menghadapi dugaan yang dihadapi beliau..





Adam lahir secara vacuum pd 4/3/12 dan sewaktu kelahirannya adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen.scan mri pd 9/3/12 menunjukkan otak adam mengalami kerosakan yg amat teruk..adam tidak pandai menelan air liur dan bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup.adam juga perlu bergantung pd mesin suction krn tidak pandai menelan air liur untuk sedut air liur dlm rongga hidung dan mulutnya. Mata kanan adam mengalami injured,begitu jg dgn telinga sblh kanan yg tidak dapat mendengar krn krosakan pd bhgian dalam telinganya.Doktor pakar otak mengesahkan adam akn terlantar seumor hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal mmg amat tipis.doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak adam sebagai kematian saraf otak..




kepada korang yang mahu mengetahui perkembangan Adam boleh lah Like FanPage Adam nie..




NORAISYAH MD MALENA
LOT 432 TMN SUSUR JAMBU
LN JAMBU SELATAN
96100 SARIKEI SARAWAK

Mobile : 013-3439702

02040007292201 CIMB
Noraisyah Md Malena

derma ikhlas korang di perlukan
sekurang-kurangnya kita dapat meringankan sedikit beban ibu ADAM
 yang bercuti tanpa gaji untuk menjaga ADAM..




".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
 campaign image    

10 Info tentang bayi yang menarik

  No comments    
categories: ,




1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.


2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.


3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel.


thanks for reading this entry..
love,
aznishamsuddin
 campaign image