Showing posts with label Kek Aiskrim Kik Kat Mudah dan Cepat. Show all posts
Showing posts with label Kek Aiskrim Kik Kat Mudah dan Cepat. Show all posts

Kek Aiskrim Kit Kat Mudah dan Cepat




Sekarang ni banyak sangat resepi mudah yang kita boleh cuba.

Tak susah pun, bukak je YouTube tu. Orang yang tak reti masak pun boleh jadi chef terus.Hari ini kami ingin kongsikan resepi yang sangat mudah. Sekarang ni kalau nak cari kek ais krim bukannya murah. Jadi lebih baik anda buatnya sendiri dirumah.

Bukan sahaja mudah tetapi sangat puas hati sebab boleh buat sebanyak mana yang anda suka.

Kek ais krim ni memang tengah popular lebih-lebih lagi di butik kafe. Lepas ni kalau anda dah pandai buat kek ais krim ni, habis lingkuplah kedai-kedai kek yang ada dekat Malaysia.

Bahan-bahan:
Kit kat (ikut banyak mana mengikut citarasa anda sendiri)
Biskut oreo yang sudah dibuang krim dan dihancurkan
1 sudu mentega yang telah dicairkan
Krim putar
Ais krim (mengikut citarasa anda)
Smarties atau hiasan lain


Cara menyediakan:




1. Susun kit kat di sekeliling bekas kek
2. Masukkan oreo yang telah dihancurkan, tambah 1 sudu mentega cair
3. Gaulkan dan tekan sehingga padat
4. Masukkan ais krim
5. Salutkan bahagian atas dengan krim putar
5. Hiaskan mengikut kretiviti dan citarasa anda. Siap!
**seeloknya sejukkan selama 4 jam atau semalaman



Memang sangat mudah. 15 minit sahaja sudah siap. Lepas ni boleh la anda buat setiap kali ada sambutan hari jadi.

Selamat mencuba!

sumber
 
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang