Showing posts with label Grand Hyatt Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Grand Hyatt Kuala Lumpur. Show all posts

Percutian Unggul di Grand Hyatt Kuala Lumpur

Assalamualaikum semua.


Lama tak muncul diri kan hehe rindu nak menulis. Kuala Lumpur siapa yang tak tahu. Semua rakyat malaysia kita tahu. Alaa nama pun ibu kota, of course lah terdapat banyak tarikan yang menarik dari budaya, tempat makanan, tempat membeli belah dan banyak lagi. Just name it,segalanya boleh korang rasai di Kuala Lumpur ni. So, bila ke sini, pastikan anda membuat tempahan awal di Trivago.com bagi memastikan anda mendapat penginapan yang selesa pada harga yang berpatutan.


Dah alang-alang bercerita pasal KL ni, Azni nak suggest kat korang sebuah hotel yang ohsem yang cukup berprestij dan terkenal di Kuala Lumpur ini iaitu Grand Hyatt. Sebut saja nama hotel ini, siapa yang tidak kenal. Hotel ini menjadi pilihan ramai selebriti dan VIP untuk mengadakan majlis perkahwinan seperti Anzalna Nasir dan ramai lagi. Hotel bertaraf 5 bintang ini diketegorikan antara best hotel di Kuala Lumpur yang menawarkan pengalaman mewah luar biasa kepada  pengunjungnya.

Hotel ini terletak di kawasan segitiga emas Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan dan tarikan utama disini. Hotel ini menawarkan 412 buah bilik yang berlatar belakangkan keindahan panorama ibu kota dan Menara Berkembar Petronas. So, boleh dikatakan hotel ini menjanjikan sebuah pengalam manis bagi anda jika anda menginap disini. Ya Allah best giler kan. yuhuuu !!! Maknanya memang stategik sangat untuk korang yang datang dari jauh nak jenjalan Kuala Lumpur nie.
Bila first time korang step into this hotel, korang dah boleh rasa kemewahan dan keunikan hotel ni. Lobi hotel ini dipanggil sky lobby mengetengahkan gaya rekaan moden kontemporari sesuai dengan lokasinya di kawasan eksklusif di tengah bandar Kuala Lumpur.Serius korang akan terpesona dengan kecantikan hotel nie. Sumpah tak tipu okey !


Nama Sky Lobby tu sebab basically lobi hotel ini berada di tingkat 39 dan memang dindingnya fully cermin. Pendek kata kalau first time datang tu, memang impress habis la.



Ok, now, let’s have a look at their facilities. Dari korang first step out of your car, sampailah ke bilik, ada staff yang akan bawakan beg korang. Rasa macam princess uolls. Then bila korang masuk bilik pulak, memang korang akan impress habis. Bilik yang disediakan sememangnya luas dan selesa. Hiasan bilik ini menyerlahkan elemen moden yang dipamerkan oleh hotel ini.




Apa yang paling best, setiap bilik diorang ada floor to ceiling window which mean korang akan dapat view sebenar Bandaraya Kuala Lumpur macam takde dinding tu. View dia memang superb especially kalau bilik yang korang pilih tu ada view KLCC! Boleh berselfie banyak-banyak buat stok nak post seminggu. And ambient dia sangatlaa romantic. Sesuai sangat bagi korang yang nak honeymoon. Feeling ala ala cerita mat salleh okay !



Then, for those yang stay lama dan ada bajet lebih, hotel ni menawarkan fitness trainer untuk korang tau. Haa,amazing kan. Mana nak cari personal trainer kat hotel ni, tapi of course lah berbayar. Macam kat gym biasa, trainer ni basically will help you untuk bersukan dengan cara yang betul. So, takdelah korang main hentam je and the best thing is u can arrange benda ni ikut time bila korang free.



Ok, enough with that, we move on to the pool. Ok seriously dia punya pool memang stunning gilaa. Dikelilingi oleh suasana flora yang menghijau, buat korang rasa macam kat bercuti kat resort pulak yang jauh dari kesibukan Bandar, walaupun sebenarnya kat tengah-tengah KL. Hotel ni menyediakan pool untuk dewasa dan kanak-kanak dan dibuka sampai jam 10 malam. Overall, I can say that this hotel punya facilities memang tip top dan sangat memuaskan. Teruja gilos okay .

Jadi guys, bagi yang ingin merasai pengalaman berbeza dan menikmati keindahan bandaraya Kuala Lumpur, hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur ini adalah pilihan terbaik bagi korang . book grand hyatt on Traveloka sekarang!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
azneyshamsuddin
klik iklan nuffnang