Showing posts with label Air terjun Niagara. Show all posts
Showing posts with label Air terjun Niagara. Show all posts

Air terjun Niagara Membeku

  No comments    
categories: ,
AIR TERJUN NIAGARA FALLS terkenal dunia setinggi 178 kaki yang ditebingi AS dan Kanada turut membeku tatkala Amerika dan Kanada dilanda musim sejuk paling sejuk sejak 40 tahun.

Di sesetengah tempat suhu mencecah -50 darjah celcius. Berikut disiarkan gambar NIAGARA FALLS dalam keadaan beku.










Picture: Reuters/Aaron Harris)
REF - http://metro.co.uk/2014/01/09/niagara-falls-frozen-in-time-as-arctic-chill-blankets-us-4255596/


Fakta tentang air terjun ini:


Air terjun Niagara (Bahasa Inggeris: Niagara Falls, Bahasa Perancis: les Chutes du Niagara) ialah satu kelompok air terjun yang besar di Sungai Niagara yang terbentang di sempadan antarabangsa yang memisahkan wilayah Ontario, Kanadadan negeri New York, Amerika Syarikat. Air terjun ini terletak 27 km di barat dayaBuffalo, New York, 120 km di selatan Toronto, Ontario di antara bandar berkembarNiagara Falls, Ontario dan Niagara Falls, New York.

Air terjun Niagara sebenarnya terdiri tiga buah air terjun. Dua buah bahagian utama yang dipisahkan oleh Goat Island ialah Air terjun Horseshoe, yang terletak di bahagian sebelah Kanada, dan Air terjun Amerika, yang terletak di bahagian sebelah Amerika Syarikat. Satu lagi air terjun yang lebih kecil pula ialah Air terjun Bridal Veil yang terletak di bahagian sebelah Amerika Syarikat dan dipisahkan daripada air-air terjun utama oleh Luna Island. Sistem air terjun ini terbentuk apabila glasier mula mencair pada penghujung era glasier Wisconsin (zaman air batuterakhir) dan air-air itu, yang berasal dari Tasik-tasik Besar yang juga baru terbentuk, membina laluan menerusi Tubiran Niagara dalam perjalanan menuju ke Lautan Atlantik. Walaupun tidak terlalu tinggi, sistem ini adalah amat lebar. Lebih 168,000 m³ padu air jatuh dari garis rabungnya pada setiap minit.[1]

Air terjun ini terkenal kerana keindahannya dan juga sebagai sumber bernilai tinggi untuk penjanaan hidroelektrik. Menguruskan keseimbangan di antara kegunaan rekreasi, komersil dan perusahaan telah menjadi satu cabaran bagi penjaga air terjun ini sejak tahun 1800-an.






Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin


klik iklan nuffnang nak kawen.