Showing posts with label #AETravel. Show all posts
Showing posts with label #AETravel. Show all posts

#AETravel : Medan | Kualanamu- Parapat


Assalamualaikum !! Horas Horas Horas !! Perkataan yang selalu Azney dan Erul dengar sepanjang 4H3M di Medan . Alhamdulillah tercapai jugak hajat untuk berhoneymoon hehe. Cuti tahun dah habis cuti MC pun dah habis so terpaksa lah apply cuti tanpa gaji 4 hari semata-mata untuk Medan nie. Giler kaww sape tak nak pergi nak-nak honeymoon nie di sponsor pulak tue hahaha.Flight kitorang pukul 7.40 pagi tapi pukul 5.00 lagi dah terpacak kat KLIA2. Sampai di Kualanamu pun pukul 7.40 pagi jugak. Waktu di Indonesia lewat 1 jam. kira bangun pukul 8 kat mesia masih pukul 7 lagi lah hehehe.




Sampai di Kualanamu Airport kami disambut oleh Pak Ali selaku pemandu pelancong kami selama 4H3M di Medan. Sementara menunggu group yang kedua sampai Azney dan Erul pergi mencari simkad di Medan nie. Kami jumpa sebuah kedai nama Grapari bersebelahan dengan money chager yang paling menarik pekerja di money chager dok lambai-lambai kami suh tukar duit dengan dorang heheh naik takut pulak Azney siap menyuruk belakang Erul lagi hahahaha.Time kitorang nak beli kartu nie kira ada 2 orang pelanggan sedang berurusan kat kaunter. Perkerja kat Grapari nie cantik betul lah. dah gaya nengok sinentron je hahaha. Ohya kartu tue simkad hehehe. Harga simkad simPATI nie murah je kalau convert duit malaysia tapi kalau dalam indonesia nampak benor mahal sebab ada ribu ribu hahaha. Harga simkad dalam Rp25000 pastu tambah pulsa untuk internet dengan telefon sekali dalam Rp76000.Pulsa tue kalau kat malaysia topup lah. hehe padahal kat dalam simPATI tue dah ada pulsa bernilai Rp3000. kot kot tak cukup ke nanti dah malas nak beli pulsa.




Selepas group kedua sampai Pak Ali membawa kami menaiki bas yang disewa khas untuk menuju ke Parapat. Sepanjang perjalanan untuk ke sana Azney dan Erul memang tertidur sebab sepanjang malam sebelum bertolak kami memang tak tidur. Perjalanan ke Parapat mengambil masa 3- 5 jam. Sedar tak sedar Pak Ali buat annouce untuk singgah di Toko bernama Paten yang terkenal di Kota Siantar . Di Paten ini terdapat makanan ringan ting ting, teng teng, tang tang, ala ala bepang kacang di Malaysia tapi pelbagai jenis. Di sini kita boleh merasa sebelum membeli. 1 jenis berharga Rp25000 kalau ambil 5 Rp100000 percuma 1. waa dah jimat di situ tapi kami cuma beli 4 kotak sahaja sebab masih takut takut untuk guna duit rupiah haha nilai sampai ribu ribu.





Kat Paten nie jugak lah Azney pestime rasa Teh Botol. Kalau kat Indonesia memang pemes. Kat Malaysia je belum jumpa Teh Botol. Botol cam botol Cocacola cuma isi dan rasa je lain hehe. Rasa bukan macam teh malaysia tau. rasa macam pelik sikit.Tak tahu nak cerita camne.



Kami kat Paten tak lama pun sebab perjalanan lagi 2 jam Pak Ali bagitau, Azney dengan Erul awal-awal memang tak tidur lagi sebab syok sangat pemandangan sepanjang perjalanan ke Perapat. Tapiiiiii tak lama pun terlelap jugak akhirnya hahaha. Last-last kitorang tersedar bila Kak Ngah cakap " okay kita singgah makan tengahri dan solat kat sini ye " hehehe. Kitorang lunch dengan solat kat Restoran Panorama Masakan Minang | Melayu. Makanan yang disediakan memang mabeles. nasi putih dengan pelbagai jenis lauk. Makanan tak sempat ambil gambar sebab lupa gara-gara terlalu lapar hahaha. konon pagi breakfirst kat Airport tak nak huhu.




Selepas Makan dan Solat kami meneruskan perjalanan ke Parapat. Kematu rasa punggung dalam bas sebab asyik duduk dalam bas. Oh ya baru Azney perasan yang pemandu kereta motor disini kalau mahu memotong mesti bunyikan hon sebagai tanda untuk memotong. Kalau kita di Malaysia selalunya bagi signal kan. Dannnn yang paling kagum sebab banyak giler Innova dan Avanza di sini. Kayanya dorang !! jenama Honda pun banyak jugak hahaha Azney pun tak mampu kaww.


Akhirnya kami selamat sampai ke Parapat lebih kurang pukul 4 petang. Pak Ali bawak kitorang ke tempat shopping di Parapat. Dari tempat nie boleh nampak Tasik Danau Toba. serius memang cantik tak sabar rasa nak pergi tengok depan-depan. Kat sini tak banyak sangat kedai tapi memang rambang mata woooo dan Pak Ali cakap boleh tawar menawar kat sini so kena pandai lah ye. Azney dengan Erul beli baju 2 helai untuk pakai hari kedua nanti. Aktiviti yang lain kitorang banyak bergambar je hahaha. Nak beli baju pun kena keluar calculator jugak tahu kot-kot dorang tipu kite ke. hahaha 2 helai baju kitorang dapat Rp120000. itu pun dah abes tawar huhu tak pelah yang penting baju cantik hahahaha.Kemudian kitorang nak balik Erul ajak turun bas semula sebab nak beli seluar pendek pulak. Ingatkan kenapa rupanya tempat yang kitorang menginap nanti ada kolam renang, sebab tue je.ehemmm. Lepas kitorang beli Pak Ali bawak kitorang semua ke tempat kitorang bermalam nanti.









Parapat View Hotel tempat kitorang bermalam. kawasan memang cantik pastu kat atas bukit, boleh nampak Danau Toba dari tempat kitorang menginap plus sejukkk. Pekerja hotel pun mesra alam siap tolong angkat beg dari bonet lagi.Kat Malaysia susah rasanya nak jumpa servis cam nie huhuhu. Hujan turun dengan sedu sedannya maka bertambah sejuk lah. huaaa confirm tidur lena malam nie. Kat sini pukul 6 pun dah macam pukul 7 di Malaysia sebab dah gelap. Waktu sembahyang sama jugak di malaysia cuma beza waktu sahaja. Pukul 7 di Malaysia Pukul 6 di Indonesia cenggitu la sebab Azney ada install application prayers dalam henpon.Okay lepas dapat bilik masing-masing dah tak sabar dan angkat beg untuk ke bilik tapi sebelum tue Kak Ngah annouce pukul 7.30 makan malam. Masa tengah heret beg untuk ke bilik ada pekerja hotel datang tolong kitorang, pekerja hotel nie angkat beg kitorang ke bilik.










Bilik kitorang dapat memang cantik, luas pastu bersih. Toilet pun cantik dan bersih siap ada air panas sejuk lagi. Kipas jangan cari sebab kat Parapat nie sejuk. tak pasang kipas pun tak pe hehehe.Sementara kemas-kemas barang Eruldah lesap sebab pergi mandi kolan renang. Pukul 7.30 kitorang turun makan, cuaca masih hujan pastu sejuk sangat. mengigil rasa. Makan malam kitorang  makan ayam rendang, sup sayur, ikan masak merah , keropok dan air suam. memang sedap dan lain sikit dengan makanan Malaysia.Lampu time makan malam ala ala candle light dinner tau. samar samar gitu hehehe memang romantik habis.Lepas makan masing-masing balik bilik dan beradu masing-masing dah penat sebab perjalanan jauh. okay bersambung hari kedua di entry seterusnya....



Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
azneyshamsuddin
klik iklan nuffnang

#AETravel: Universal Studio Singapore

Masuk minggu nie maknanya 3 minggu berturut-turut azney berjalan hehe. Rezeki lepas kawen kot. InsyaAllah bulan depan Azney dengan Erul akan ke Medan pulak. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Sebelum kawen dulu nak bercuti memang payah yelah kadang kewangan kadang cuti kadang kesihatan. Tapi sekarang nie terlebih lebih pulak haha Alhamdulillah. 


Kali ini Azney ke Singapura, lokasi yang dituju USS lah. memang menjadi impian sebelum kawen nak datang sini. Alhamdulillah dapat jugak datang sini tapi kali nie Azney dan Erul bercuti bersama Kak Ngah dan anak-anak Kak Ngah. Azney join travel trip untuk cikgu-cikgu Kolej Vokasional Bentong yang Kak Ngah buat kebetulan sangat ada kekosongan so Azney join la. Erul memang taknak pergi memulanya tapi last minit cakap nak pergi pulak dannnn nasib bertuah ada tempat kosong.  Pakej yang kitorang join tersangat lah murah berbanding pakej-pakej lain.  Pakej nie hanya boleh beli dengan Kak Ngah Erul sebab Kak Ngah Erul nie buat bisnes travel luar dan dalam negara. Jangan risau jangan takut kena tipu. Selama 3H2M kitorang stay kat Scholar Inn UTM kebetulan anak Kak Ngah ada study sana dan penginapan ini termasuk dalam pakej yang kitorang join nie. 

Pakej ke USS Singapore

RM350-400 (3 Hari 2 Malam)
Termasuk : 
Transport bas pergi dan balik 
(BENTONG - JOHOR - USS - JOHOR - BENTONG)
**kitorang semua dari Bentong bukan dari lain negeri so naik kat Bentong
Tempat tinggal 2 malam
Ticket masuk USS
*Makanan dan passport tidak termasuk dalam pakej

Untuk makanan  bajet dalam RM100 pun dah cukup untuk di JOHOR tapi kitorang untung sangat sebab Kak Ngah sponsor makan minum dan tempat tinggal kitorang selama 3 H 2M hehehe. so kitorang cuma bayar RM200 untuk tiket USS dan caj transport sahaja.

untuk perbelajaan di USS korang bawak dalam RM270 pun dah cukup kira SGD100. Azney bawak RM313 bila convert ke SGD jadi SGD120 sahaja. huhu keciknya duit malaysia. Tapi jangan risau memang cukup.







yang depan nie lah nie anak sulung Kak Ngah , Along Tiesa yang study UTM tue.
ade yang kenal tak ??



Hari yang di tunggu-tunggu telah tiba. kitorang semua bangun dengan awal untuk ke USS. Siapa yang tak eksited kan hehe sepanjang perjalanan memang riuh je dengan kitorang, orang lain biasa je hahaha. Sebelum masuk ke Singapore benda yang wajib ada ialah passport dan borang lawatan untuk memasuki Singapore.




Dan untuk masuk ke USS pulak korang wajib kena ada tiket . Kalau takde tiket so korang tengok jelah globe UNIVERSAL kat luar tu hehehe




nie lah tiket untuk masuk USS tue.
Tiket ke USS Singapore dia murah sebab korang boleh dapat free meal voucher $5 dan free retail voucher $8  harga RM185. 


Bila sampai acara paling wajib ialah bergambar di globe yang ada di depan USS nie. time nie kitorang lambat sampai orang pun ramai kat globe tue. memang ikut dan jelah bergambar. cuaca kat sini sama je dengan Malaysia. hahaha  sejuk panas suam suam.








Bila dah rasa habes bergambar di globe kitorang semua masuk ke dalam USS. Korang kena scan dulu tiket yang korang beli tu sebelum masuk dan yang paling best tiket nie digunakan untuk semua permainan yang ada dalam USS dan tak perlu dibayar dah. kira memang berbaloi dengan harga. USS nie luas sangat kawasanya sampai tak tahu nak mula yang mana. time kitorang masuk nie manusia kemain ramai tau padahal baru pukul 10. Benda pertama korang kena ada ialah map kot-kot korang takut sesat ke hehe. Dalam USS nie ada 7 zone iaitu hollywood, madagascar, far far away, the lost world, ancient egypt, sci-fi city, dan new york. Dannnnnnn yang paling menarik setiap langkah korang akan ambil gambar sebab USS nie kira tempat wajib ambil gambar. kejap-kejap ambil gambar dan korang tak perlu segan-segan sebab orang lain pun sama jugak sibuk dengan bergambar hahaha. contohnya macam kitorang lah hahaha.








Hollywood zone




Sci Fi City | Transformers The Ride zone . Area paling wajib!!!


Memula kitorang terus ke zone Sci Fi City sebab ada transformers. tapi kecewa kot sebab barisan untuk giliran dah sampai keluar pastu kitorang kena tunggu 120 minit untuk tunggu giliran. itu belum lagi masa untuk naik transformer ride. rasanya ada sampai 4 jam. kat situ dah rugi masa kan. dannnnnn ada yang lebih menarik perhatian kitorang iaitu Bumblebee dan optimus prime . ape lagi berlari-lari kitorang tahu. dah macam kanak-kanak. Untuk bergambar dengan Bumblebee dan Optimus Prime kena beratur dan masa untuk bergambar sangat lah pendek. so kena cepat-cepat. Tapi tengah-tengah beratur Optimus Prime dah nak masuk sebab dah abes masa kot mujur ada Bumblebee.






Bumblebee yang mesra alam. siap joget-joget lagi tau hehehe





Light camera and action . kat sini boleh tengok betul-betul bagaimana Filem Steven Spielberg, dalam suasana ribut taufan yang berlaku di New York, memang gerus dan rasa cam real nak-nak bila ada api terbakar atas air, bot terjatuh, kapal rempuh masuk dalam bangunan arghhh semuanya best lah.


aktiviti yang nie pun seronok jugak bila berada di Waterworld. sebab kita akan tengok scene dalam filem waterworld dilakonkan di depan mata. haa kalau yang duduk seat depan memang confirm kena air lah. Pastu dorang punya pelakon memnag kelakar dan sempoi habis lah. jangan terkejut bila tiba-tiba kena tembak dengan pistol air panjang dorang. Macam-macam aksi dapat tengok antaranya bom meletup, tembak menembak . serius memang terhibur.







Semasa di Jurassic Park kitorang naik pelampong besar yang muat dalam 9 orang kekonon masuk ke zaman dinosour. aktiviti nie memang best dan untuk jimat korang bawak raincoat sendiri sebab kat sana 1 rain coat SGD4 kalau beli 2 percuma 1. hehe macam azney memang bawak sendiri. beli kat Guardian atau Watson pun boleh. Taknak pakai raincoat pun tak pe kalau korang jenis redha je kalau pakaian basah.




Revenge of The Mummy (Ancient Egypt) memang best gila roller coster ni. Roller coster The Mummy adalah indoor, gelap dan memang tak nampak apa-apa, paling menakutkan roller coster yang pernah main. Serius korang akan menjerit je sepanjang naik roller coster. Tapi memang menyeronokkan. dannnn nak bagitau bag atau barang kena letak dalam loker. 45minit yang pertama adalah free. lebih dari tue t kena bayar SGD3 utk 1 hour tambahan. Loker disediakan di pintu masuk roller coster tersebut.sebab bag tak dibenarkan bawak masuk.

 








Enchanted Airways roller coaster (Far Far Away) nie kira macam roller coaster junior lah. lebih kecik lebih comel berbanding roller coaster nie.tapi menjerit-jerit jugak lah walaupun junior hahaha.




aktiviti yang kami buat adalah bergambar dan bergambar baergambar sampai memory henpon azney penuh tahu hahaha










Permainan yang tak sempat main . maybe next year nak pergi lagi sebab tak puas. serius memang best USS nie sampai boleh hilang stress dan terasa macam budak-budak je bila kat sana. USS lebih menarik berbanding Genting Highland.

1. Human & Cyclon Roller Coster (Sci-Fi City) tutup
2. Canopy Flyer (The Lost World) orang ramai giler
3. Transformers: The Ride-3D (Sci-Fi City) terlalu lama dan panjang
4. Sesame Street tak perasan yang nie hahahaha

Tip untuk korang yang teringin ke USS

1) Lebih baik beli tiket secara online supaya tidak perlu beratur panjang dan untuk menjimatkan masa.

2) Pastikan tiba seawal mungkin supaya korang boleh mencuba kesemua permainan dan pertunjukan. USS beroperasi dari jam 10 pagi hingga 7.00 malam.

3) Pakai kasut atau sandal yang selesa kerana di sini korang perlu banyak berjalan dan kadang-kadang berlari.

4) Kalau korang tidak suka beratur panjang, lebih baik bercuti ke sini pada hari-hari bekerja. Selain lebih selesa, harga tiket juga lebih murah.Untuk lebih selesa beli lah express card supaya tak payah beratur untuk mencuba segala permainan yang ada.

5) Lebih baik bawa botol minuman sendiri kerana air kosong boleh diisi secara percuma. Kalau tidak, anda boleh membeli botol minuman yang disediakan dan setiap isian semula adalah percuma.Jangan lupa bawak roti kot-kot lapar nanti ke sebab makanan berat tak boleh bawak masuk huhu.

6) Terdapat tiga lokasi selera yang halal di sini iaitu Celebrity Café & Bakery, Mel’s Drive-in dan Oasis Spice Café. tapi kitorang tak makan pun sebab mahal lagipun kitorang bawak bekal roti dan air.

7) Sebelum bertolak pulang, jangan lupa dapatkan pelbagai cenderamata di Universal Studios Store yang terletak berhampiran pintu masuk utama.Tapi kitorang beli kat Transformers je huhu.sebab dah tak teringat kat Universal Studios Store pun ado.


8) Bawak duit dalam RM270 sahaja. cukup untuk beli sehelai Tshirt dan cenderahati lain contoh macam keychain. Macam kitorang beli Botol air Bumbleblee sahaja dah SGD 28.50 siap ada air sekali pastu dapat tali. Tshirt USS SGD29.90 sehelai keychai SGD7.50. nampak marah murah bila convert ke RM pitammmmm.