Showing posts with label #AETravel. Show all posts
Showing posts with label #AETravel. Show all posts

#AETravel : Kuantan



Hai Isnin jumpa lagi kita. Penat terasa lagi sebab baru balik bercuti .Sabtu baru nie ikut erul jenjalan Kuantan. sepatutnya erul ada meeting pada pagi ahad kat Bukit Gambang Resort City tapi last minit cancel so erul decide nak pergi walaupun cancel.baru berangan nak tido kat Arabian Bay Suites cam Fynn Jamal dalam #RomantikaAstro akan datang ditayangkan hahaha

jalan lama Temerloh-Kuantan

erul amek azney dari kerja pukul 1 terus balik rumah mak untuk amek barang-barang ke Kuantan. kira nie kerja 2 kali. patah balik semula pastu pergi balik. Kalau dari tempat kerja azney dah jimat 15 minit. kalau dah patah balik dah jadi 30 minit pastu singgah beli coconut shake lagi. dah sekian . huhuhu Erul cakap ikut jalan lama sebab tak lah boring sangat pastu panas berbanding ikut hiway. memandangkan perjalanan nie tak jauh mana so azney tak tido dalam kereta selalunya kalau naik kereta mata nie memang cepat lah lena. bising erul kat sebelah sebab kena drive sensorang takde teman beborak.


Sampai Kuantan hujan pun membasahi bumi. last-last kitorang decide check in dekat Hotel Fargo Boutique je sebab susah nak jalan cari hotel dalam hujan. Mujur ada bilik kosong kalau tak parah lah kitorang hari tue. huhu  Hotel Fargo Boutique nie murah jugak dengan harga RM75 semalam. Pastu dekorasi dalam hotel nie pun cantik. Apa yang menarik kemudahan yang diberi juga berbaloi contoh cam WIFI percuma senang nak online haha , heater untuk masak air ke buat maggi ke , towel untuk yang tak bawak, hanger untuk gantung pakaian kot-kot basah kena hujan cam kitorang walaupun kitorang memang dah standby hanger dari rumah, kedai makan pun dekat je, kedai runcit 24jam pun ade kot-kot nak beli topup ke panadol ke, air panas dan sejuk untuk mandi hehe , Channel TV biasa dengan Astro ada jugak walaupun tak sepenuhnya,Aircond yang tiptop kesejukannya dikala dinihari hahaha, mineral water dan cawan disediakan untuk tetamu di setiap bilik dan sabun untuk mandi cuma berus gigi je tak disediakan hehehe. cuma susah nak cari parking kereta je sebab memang dalam bandar. Nak pergi Kuantan Parade ke MegaMall Kuantan ke East Cost Mall ke Teluk Cempedak Ke Tanjung Lumpur ke Esplanade Kuantan ke memang senang. jarak pun tak jauh cuma yang buat jauh sebab jalan sehala hehehe kena pusing dalam bandar dulu kan.



gambar sumber google

gambar sumber google

gambar sumber google






bilik comel kitorang yang last kopek hahaha. gambar tandas tak ambik sebab erul tengah guna dengan sebaik mungkin hahaha


Lepas check in mandi-madi rehat-rehat erul ajak main bowling kat MegaMall Kuantan. aktiviti yang takkan dilupakan kalau pergi mana-mana janji ada tempat melontar je. ehemmmm azney ape lagi join sekaki lah jugak walaupun tak berapa pandai melontar hahaha lepas bowling kitorang pusing-pusing dalam mall. lama tak datang Kuantan kan. last datang bulan 6 sebelum nikah hehehe. Tapi sebelum pergi melontar kitorang pergi makan kat Padang lalang untuk isi perut dulu. makanan kat sini memang murah pastu sedap. Kat Padang lalang nie banyak gerai. kalau nak makan memang senang. kenalah dengan harga dengan apa yang kita makan dan aktiviti lepas melontar pukul 9 kitorang gerak ke Teluk Cempedak sebab tak tahu nak pergi mana, malam tue hujan jugak. sejuk betul dibuatnya. kitorang jalan-jalan dekat down town Teluk Cempedak. banyak dah kelainan yang ada di Teluk Cempedak. Fast Food pun dah banyak kat sini. cuma perlu pilih dan bayar sahaja. Untuk masakan panas jangan risau sebab banyak disediakan di sini. Pukul 11 kitorang balik hotel sebab badan dah penat sangat. mungkin sebab hujan dan kesejukan balik terus tido. hehehe


Pagi ahad aktiviti yang sama, bangun kemas-kemas landing landing balik atas katil baru mandi. dah dekat pukl 12 baru check out. destinasi yang dituju Padang lalang lagi sebab makanan murah dan sedap. Erul cakap tanak makan nasi yang 1 lauk tapi yang banyak lauk tapi bila makan kat sini tak banyak lauk pun dia amik haishhh.gambar tak amik sebab henpon dalam kereta. dan azney lupa kitorang makan apa hahaha.


Lepas makan erul bawak azney jenjalan East Cost Mall. hajat dihati sebab nak beli seluar untuk ke USS hujung minggu nie. so cari yang murah-murah sudah. selalu seluar yang murah azney cari kat Padini je. sebab dah tahu saiz seluar yang sesuai. ambil dan bayar. eh , erul yang bayar kali nie hahaha. Kebetulan keluar dari Padini terserempak dengan Amy Mastura dan anak-anak. azney pandang sambil cakap dengan erul "eh keciknya dye kan b". "memang kecik pun time couple dengan dye dulu dulu. lupa nak bagitau " geram betul dengan statement tak leh blah erul nie.hahaha. Erul sebenarnya nak survey luggage bag yang besar tapi murah hehe sebab erul cakap luggage kata makin mahal harga makin bagus dan safety luggage nie. erm azney tak tahu betul ke tak ape yang erul cakap nie hahaha. kebetulan kitorang terjumpa kat butik ape kebenda nama pun tak ingat. tawaran memang terbaik RM599 free 2 luggage medium & small. kemain senyum lagi erul tapi erul cakap lagi seminggu kite ke Medan kita datang Kuantan untuk shopping ye hehe maka ada harapan lagi lah azney shopping hahaha.



oleh sebab masa awal lagi  erul ajak jalan ke Teluk Cempedak lagi sebab cuaca sangat cantik. tak hujan macam semalam. padahal erul nak mandi tapi azney taknak mandi sebab rasa leceh bila mandi tempat awam cenggini. huhu sampai Teluk Cempedak erul belanje aiskrim dulu sebelum  membuat  permintaan lain kat azney.


"sayang jom pergi sana. budak perempuan tue dah bangun.

"okay "


sampai je terus lah duduk. beralaskan kasut habes kemek kasut hahaha. dan yang paling best bagi erul ialah tido dengan selamber je dye baring atas pasir berbantalkan peha bini dye huhu mula-mula malu jugak tapi bila pikir balik buat ape nak malu kitorang dah nikah hahaha biar lantak lah orang pikir .sempat jugak rasanya erul tido 1/2 jam. azney ape lagi selfie dulu sekeping hahaha. bila erul rasa dye dah cukup tido dye pulak ajak jenjalan tepi pantai. hehehe masa bercinta dulu malu nak jalan tepi pantai berdua selalu lepak je tengok orang lalu lalang hehehe sekarang nie tak malu dah hahaha.  sebab dah nikah kannnnn hehehe :)

Photo: somi saya dengan selamber badak ajak lepak kat sini untuk tido 󾌡󾌡󾌡 amboi amboi dan dengan selamber buat peha saya sebagai bantal 󾰑󾰑 #TelukCempedak #Kuantan #AEDahNikah #AEMarried #AETravel #PhotoGrid



Bendera merah kat tepi pantai so erul memang tak boleh mandi dan kitorang decide balik je sebab tanak sampai rumah malam huhu sepanjang perjalan dari Kuantan ke Maran azney tido tak sedar diri. Sampai Maran baru tersedar sebab silau cahaya matahari. kesian laki aku kena drive sensorang tanpa teman. huhu. Pukul 7 lebih baru kitorang sampai rumah terus sumbat baju kotor dalam mesin basuh dan layan AF haha padahal tak pernah tengok pun AF . Erul kena keluar pulak sebab ada orang nak jumpa pasal projek komputer. azney nak ikut dye tak bagi pulak. so layan lah AF sampai tunggu erul balik. dan kesudahannya pukul 2 baru kitorang tidur. sampai termimpi-mimpi haha tak sabar nak tunggu next vacation hehe. Medan tunggu kami ye :)


terima kasih sudi baca :)
Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
azneyshamsuddin
klik iklan nuffnang

#AETravel : Cameron Highlands

Hai. pagi pagi da ada yang bikin panas. Haish sejak bila dapat mc xleh cuti nie? omaigad !!! doktor bagi cuti 8 hari so kita guna lah dengan sebaiknya kan. so yang lain nak panas kenapa??


okayy kita rilex sudah. Jangan layan orang meroyan nanti dengan kita sekali meroyan okay?? hehe Nak share ari Jumaat lepas azney dengan erul ikut Kak Ngah Erul vacation kat Cameron Highlands. Saje saje je ikut bukan memang planning pun. Memandangkan kebetulan atau suratan azney dapat MC selama 8hari. kitorang decided ikut sekali.Vacation free sape taknak kan. hehe

Khamis petang sampai Bentong. Tidur semalaman kat rumah Kak Ngah. Kitorang gerak dari Bentong lepas semayang jumaat. Perjalanan dari Bentong ke Cameron Highlands rasanya ambil masa dalam 2 jam gitu. Sepanjang perjalanan azney memang tidur je sebab taknak pening haha



Kitorang sampai kat Cameron Highlands dalam pukul 5 lebih gitu lah. Pastu hujan renyai-renyai perghhh sejuk betul rasa hahaha Yang best kitorang menginap kat Rumah Peranginan Persekutuan. gila kentang betul. kitorang dapat banglo dengan kadar sewa RM100 semalam. Untung betul kakitangan kerajaan tapi lagi Untung Kak ngah laki bini.sebab selalu dapat murah.



awatttt gemok nieee.


excited sangat bila masuk-masuk bilik besar gedabak cenggini. serius memang besar dah macam hotel 5 bintang. memang puas hati betul dapat bilik nie. View dari bilik pun cantik jugak. Berkabus je macam kat luar negara dah rasa hahaha Disebabkan masih awal so kitorang solat Asar dulu sementara tunggu hujan berhenti. 






Lepas magrib kitorang siap-siap keluar untuk cari keperluan sedikit untuk memasak. Haaa kat banglo nie boleh memasak tau . Ada dapur, microwave, tong gas, peti ais dan ruangan untuk memasak.  rasa cam terlebih berbaloi pulak dapat banglo nie hehehe. Kitorang keluar ke Pasar Malam Tanah Rata. Ramai betul bila malam. sampai sesak jalan. Dan dan je bila kitorang sampai hujan pun turun huhuhu. tak sempat nak usha beria punnn dan paling tak best Kak Ngah suruh erul hantar azney masuk dalam kereta. sebab hujan takut sejuk. sebelum masuk kereta sempat lagi membeli stokin untuk tido malam. hehe kalau tak menggigil lah jawabnya. Harga tak mahal mana cuma RM5 sepasang hehehe.Erul beli payung warna pink sekaki RM10. comel ada strawberry hehehe.


azney dengan erul tunggu dalam kereta sementara Kak ngah dan yang lain beli makanan. Selepas tu kitorang singgah Pasaraya Jimat untuk beli keperluan yang lain tapi Kak Ngah dengan Erul je yang masuk sebab hujan kan.Sampai rumah Kak Ngah masak sup sayur . perghhh sedap betul sebab time sejuk-sejuk makan benda panas. huhuuu memang best.Selepas makan sempat tengok tv kejap tapi disebabkan sejuk mata pun layu. masing-masing semua tido awal. 




Bangun pagi tengok dah cerah je. dah macam kire kitorang ie pra honeymoon je. hehe . turun bawah untuk breakfist , Kak Ngah dah sediakan nasi air, telur separuh masak dan air untuk kitorang. hehe . kebetulan pulak ada berita tak syok. kena tukar bilik lain sebab banglo yang kitorang menginap nie dah ada orang booking untuk hari nie. huhu so ready kemas-kemas barang untuk pindah bilik lain. huhu sebelum pindah kita selpie dulu lah buat kenangan hehehe.






Taraaa cantiknya bilik. cuba teka harga semalam berapa? heheh cuma RM25 sahaja tapi bilik macam hotel 3 bintang. semua ada. astro, tv, peti ais, katil sampai dua walaupun besar 1 bujang 1 tapi kira cukup la untuk kitorang. Oh ye lupa kalau datang sini kena bawak tuala sendiri ye sebab tak disediakan cuma mandian dengan syampo je ada. dan korang kena self service sebab tak service cam kat hotel hotel tau.






selepas angkut segala bagai barang dalam bilik baru azney erul dengan anak buah erul dan bibik jalan-jalan dekat Healthy Strawberry Farm, kebetulan datang tak kena time so strawberry tak dapat lah nak petik sendiri. cuaca pun asyik hujan je kat sana. banyak aktivit tak dapat dibuat sebab sejukkkkk hehehe. Healthy Strawberry Farm nie macam-macam ada bukan strawbery je tapi pokok kektus , bunga-bunga yang cantik pastu yang menarik boleh makan aiskrim strawberry. nyum nyum semangkuk cam erul makan nie RM5.00. memang menyelerakan. so deliciousssss hahaha. azney tak leh makan sebab dalam tempoh berpantang huhuhu so tumpang tengok jelah. eh lupa nak bagitau untuk masuk Healthy Strawberry Farm nie percuma je tak yah kena bayar pun  hehe


nyumnyumnyum meleleh air liur tau :P

acecece kekonon bajet cam cite hindustan



candid by erul muah muah muah


Lepas makan aiskrim masing-masing balik bilik sebab dah tak tahu nak buat apa. dah habis tawaf Healthy Strawberry Farm. Lepas balik bilik tengok astro tak berapa nak elok. so azney erul dengan anak buah decide nak lepak lobi. tengok tv kat lobi lagi baik tapi erul sibuk dengan COC dye. kat mana-mana mesti nak main COC huhuhu sadis betul. sanggup kalau bateri habis balik bilik charge tau. azney je lah sensorang tengok tv. huhuhuhu oh kebetulan pulak time nie hujan turun selebat lebatnya so memang kitorang tak dapat pegi mana-man. sebab sejuk dan susah berjalan dalam hujan. nanti basah segala-galanya. huhuhu



Pukul 5 lepas asar Kak Nagah ajak kitorang jalan Tanah Rata sebab hujan dah berhenti dan cari makanan untuk makan malam. Pasar malam Tanah Rata nie macam-macam ada dannnnn harga sangat murah kalau untuk buah , sayur sayuran, bantal,baju hujan, payung paling laku hehehe dan macam-macam lagi.
Azney dengan erul ada beli sikit buah tangan untuk abang angkat erul dan kiriman dari kawan erul. untuk makan malam erul belikan azney udang galah celup tepung dengan nasi ayam. huhu tapi bila sampai bilik dah sejuk maybe faktor cuaca kot huhuhu .kebetulan pulak kitorang memang nak lepak bilik sebab malam tue ada Oppo Piala Malaysia. nasib baik sangat siaran astro dah okay.kalau tak memang cari mamak lah huhuhu.









Hari terakhir kak ngah bawak kitorang pergi Kea Farm, kat Kea Farm nie lagi banyak benda murah. lagi murah dari Tanah Rata. dan kat sini lagi banyak buah-buah kering, bunga,jagung madu, sayur dan buah buahan. tengok lah strawbery nie kemain cantik lagi. haa nak bagi tips untuk jimat korang beli by tray sebab 1 tray 1 kg pastu boleh dapat 4 packaging strawberry. 1 tray harga rm20 sahaja. tapi kena pandai cari sebab bukan semua peniaga jual harga cam tue.Lepas habis shopping Kak Ngah bawak kitorang singgah Kat Bharat Tea Plantation untuk beli sedikit teh sebagai buah tangan hehe. tapi orang kemain ramai. nak singgah minum teh pun susah sebab tempat duduk penuh. pastu dengan orang duk selfie lagi hehehe


Dari Bharat Tea Plantation sehingga ke Ringlet azney dah start pening last-last azney tido. sedar bila Kak Ngah singgah kat Masjid di Raub untuk sembahyang Asar. Sepanjang perjalan kitorang duk menguyah strawberry je bukan apa makin jauh dari Cameron makin masam hehe.



selfie dari kitorang sebelum balik hehehe :)






#AETravel : Tasik Chini Resort



Minggu minggu minggu lepas berpeluang pergi ke Chini, bape banyak minggu nie. punya lah lama kepam dalam draft hahaha. sebenarnya bukan untuk bercuti tapi ada majlis perkahwinan sepupu sebelah suami. hoho alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke panggal lengan ye dak?? Ape lagi ambil peluang bercuti lah. kire Pre-honeymoon katenya hahaha.




kitorang gerak secara berkonvoi untuk ke Chini. Azney, Erul,Mak naik sebuah kereta dengan Kak La, Kak Long dan Abang Ar naik kereta masing masing.
Lebih kurang dalam pukul 5 kitorang sampai Chini kalau tak silap tempat pakteh tue nama Pusat Bandar DARA.  

lena mak aka mak mertuaku dengan Suffiah aka anak buah buahan hehe tido sepanjang perjalanan ke rmah Pakteh hehehe




Hari pertama kami stay homestay yang Pakteh sediakan. kecuali Kak Long dan Kak Ani sekeluarga tinggal di Tasik Chini Resort. Mak Ngah sekeluarga pastu keluarga anak-anak Mak Ngah pun tinggal sekali dalam homestay yang disediakan. Azney Kak La dan Suffiah berpeluang ikut Abang Ar hantar keluarga kak Long , Kak Ani (isteri Abang Ar) dan anak-anak ke Tasik Chini Resort. Perjalanan dari Pusat Bandar DARA Chini ke Tasik Chini Resort mengambil masa dalam 15-20 minit. bagi Azney yang tak pernah sampai nie rasa cukup lama duduk dalam kereta untuk kesana. Perasaan jangan cakap. excited okay!! hahaha



teruja !! bila sampai sini. cantik betul bila waktu petang nak nak bila time matahari nak terbenam. 


check in time !!!padahal bukan Azney pun haha Kak Long dengan Kak Ani je huhu. tak pe masa untuk Azney dan Erul esok pulak. selepas kenduri. haishh tak sabar rasanya. lepas dorang check in Azney, Kak La , Abang Ar dan Suffiah pun balik ke homestay .Perjalan waktu malam rupanya dventure sebab lampu jalan di sepanjang ke Tasik Chini memang takde. gelap gelita, seram mehhh. 




Malam kenduri rumah pakteh memang takde kerja nak buat. banyak dihabiskan dengan tengok TV. bukan ape. kebanyak persiapan untuk merewang penduduk setempat dah buat. so kira macam kitorang nie datang untuk makan jelah. seronok bukan?





Hari kedua kenduri berlangsung dengan lancar. pukul 11.30 kitorang sekeluarga makan. bukan ape makan awal. hehe mak nanti susah bila ramai orang. crowded kan. biar settle awal . nanti takde kelam kabut dengan orang sebelah nak makan. Pengantin sampai sedang elok sangat lepas kitorang makan. tak ke mujur tue hahaha.lepas makan balik homestay sebelah rumah Pakteh. gambar lupa nak ambil. tak teringat langsung hehehe.

Pukul 3 cam tue rasanya masing-masing dah mula kemas untuk balik. Anak-anak Mak Ngah ada yang balik awal. selepas salam peluk cium dapat tapau lauk lagi kitorang terus ke Tasik Chini Resort hehe excited sangat dah rasanya.Sampai-sampai terus letak barang dalam bilik. Azney ,Erul ,Mak dengan Kak La ambil bilik KakLong sebab Kak Long ada hal di Kuantan. yang tinggal kami dengan Abang Ar sekeluarga. Rehat-rehat dalam bilik dulu sebelum aktiviti naik bot pusing Tasik !! 



muka excited nak naik bot hehe



Senarai harga sebuah bot mengikut tempat/pax . korang boleh pilih nak sewa sebuah bot dengan lokasi yang korang nak pergi. perkara wajib bila datang sini tau. jangan duk kepam dalam bilik je. tak best langsung kalau cam tu.





Kami sewa sebuah bot dengan harga RM100 untuk pusing Tasik Chini.


muka excited masing-masing hehe

Kak La Erul dan saya Azney :)

Eh eh ada pengantin tengah shoot kat bawah sementara tunggu turn naik bot. Time nie ada 2 famili tengah tunggu turn naik bot. jangan bimbang bukan sebuah bot je ada. ada banyak korang cuma tunggu sahaja.

yeayyy Erul dah standby dengan jaket keselamatan. wajib pakai bila naik bot demi keselamatan. malang tak berbau kan.

hehe teruja sangat time nie hehehe tak sabar dah naik hahaha
masing-masing tengah syok yang belakang je selok nak bergambar hehehe

time nie angin kuat tibe-tibe. cuaca pun gelap je. tapi sempat record video semasa dalam bot. cepat-cepat hantar dalam group famili hahaha kasi jeles sama itu orang lain sebab tak join hehehe.






terpaksa pusing balik sebab hujan turun dengan lebat secara tiba-tiba. nasib baik sempat kalau tak dah terbalik bot yang kitorang naik hehe. tak pasal-pasal jadi benda yang buruk.








Hari Kedua pukul 8.30 sarapan pagi dulu. kasi perut yang kosong penuh dulu hehehe.selepas makan kami semua dah ready nak naik bot. sementara tue Faries  aka anak buah buahan bawak 1 plastik roti untuk bagi ikan-ikan kat pelantar bot makan. Naik bot nie kira ambil masa dalam 45 minit gitu. orang yang bawak bot tue akan bawak kita pusing-pusing tempat yang menarik di Tasik Chini. Azney pun xtau sangat sebab orang yanag bawak bot pagi nie kurang bercakap. tak macam hari semalam ramah betul. belum lagi sampai lokasi pertama dah banyak cakap. tunjuk nie tunjuk itu tapi sebabkan hujan tak jadi pulak.






selfie dulu sebelum naik bot. haha bukan selalu dapat berkepit cam nie. lagipun Erul nie susah nak bergambar berdua. pas nikah nie lah baru dapat tue pun puas bergaduh dulu hehehe.
tengok lah kemain happy lagi dorang dapat naik bot hehehe. nak nak bile dapat jumpa bunga teratai. serius memang cantik. sampai berebut-rebut nak ambil buah teratai hehe








yeayyyy dah sampai kampung orang asli. Kampung Cendahan




kami di sini oh yeayyy !!!


tengok apa yang kami jumpa. hehehe murah je dorang nie jual. Dorang nie pulak ramah je bila orang luar datang tempat dorang. hehe dan yang pest bila sampai disini ada acara menyumpit. so sape-sape yang tak pernah cuba dan tak tahu camne nak menyumpit boleh lah cuba. serius bila sekali dah main rasa nak main banyak kali tahu. hehehe














okay masa pun dah abes. pemandu bot eh yeke pemandu bot?? lantak lah. ajak kami balik sebab masa kat sini dah habes. korang boleh luangkan masa disini lebih kurang 20 minit. tapi bile dah terlalu asyik sangat dengan menyumpit sampai tak sedar masa nak balik dah dekat hehehe.


perjalan untuk balik ke jeti mengambil masa lebih kurang dalam 10 minit. hehe ingatkan jauh sangat sebab nampak macam jauh tapi sebenarnya dekat je hehe. lepas sampai kami pun balik chalet untuk kemas-kemas barang. Tepat pukul 12 kami checkout dari resort. Pengalaman yang paling seronok bile dah berkahwin kerana dengan percutian ini azney dapat kenal sedikit sebanyak famili Erul. hehe

lepas nie kemungkinan kami ke USS pulak insyaAllah kalau ada keizinan. 




Like fanpage saya
  


hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.