Kisah berkisar dan berkitar di dalam bahtera pada zaman Nabi Allah Nuh Alaihissalam, sewaktu Allah turun ujian banjir yang maha besar hingga mengorbankan umatnya yang kufur. Dikhabarkan setiap haiwan berpasangan dan setiap haiwan mempunyai kisah masing-masing, yang mana kita sebagai makhluk Allah yang lemah wajib mengambil ikhtibar sewajarnya.
Hatta tatkala sekian lama belayar tanpa ketahuan bila hujungnya, Nabi Allah Nuh memerintahkan sepasang itik (mungkin spesis itik nila atau seangkatan dgnnya) ke kaki langit bagi mengetahui bila air akan surut (mungkin kelihatan daratan di sana) dan segeralah pulang walau apa jua berita. Dahulu sang itik boleh terbang. Maka berenanglah (mungkin terus terbang) mereka keduanya ke sana dengan penuh rasa hormat. Ditunggu-tunggu oleh baginda khabar baik yang mungkin dibawa oleh kedua itik dgn penuh sabar, namun bayangan mereka tidak kunjung tiba. Timbul rasa gelisah baginda akan kelakuan sang itik kedua. Setelah tidak tertahan dgn kealpaan itik, lalu sebagai utusan yang kedua, diperintahkan merpati dua sejoli ke arah yang sama bagi tujuan yang sama dan sedikit kerja tambahan iaitu memanggil pasangan itik kembali ke bahtera. Dengan rasa bangga, terbanglah mereka kedua dgn riang ke kaki langit. Tiba di kaki langit, dilihat mereka, amat riang sekali kedua itik bermain air. Tanpa berlengah, mereka pun tumpang sekaki.....nak berenang mungkin tak boleh, main cecah-cecah kaki ke air amatlah galak. Sehingga lupa perintah suruh kembali segera. Penulis pun tak tahu nak gambarkan riangnya mereka berempat bermain air, cuma sekadar ingin gambarkan yang mereka amat seronok bermain air hingga leka perintah nabi. Gambaran lamanya mereka bermain air adalah sehingga kaki mereka yang putih menjadi MERAH. Namun setelah kaki menjadi merah, sedarlah mereka akan kesalahan mereka kepada perintah yang diberi. Lalu, segera mereka kedua terbang meninggalkan dua sang itik kembali ke bahtera menyampaikan khabar sambil memohon ampun dari Nabi Nuh. Lama sesudah itu barulah muncul kedua sang itik tanpa rasa malu. Maka murkalah nabi Allah Nuh, disumpahlah sang itik (beginilah tuturnya lebih-kurang, kalau salah mohon maaf), ''Ku pohon diambil kuasa terbangmu, dan carilah kamu makan di paya kotor''. Disebabkan kedua merpati segera memohon ampun, maka tidaklah disumpah cuma diberikan tutur begini (kalau salah harap maaf), "Dgn sikap kamu yang begini, maka ku angkat kalian menjadi sahabat kepada manusia, jinak-jinak tapi tidak". Tambahan pula merpati sudah mendapat balasan awal iaitu kakinya menjadi MERAH. Apa yang penulis nak sampaikan adalah MORAL yang boleh diambil dari kejadian tersebut, agar taatlah akan perintah Allah dan nabi-Nya. Kalau kita tengok kaki burung merpati, memang merah maka cerita ini dikenang-kenang dan burung ini juga manusia jadikan sebagai sumber penghantaran berita pada zaman dahulu, sekarang ianya dipelihara disebabkan sifatnya yang jinak-jinak, boleh lepas bebas tanpa rasa ragu kerana ianya akan kembali sendiri ke 'rumah'nya kemudian. Tentang itik pulang, ada benarnya ia tidak boleh terbang seperti burung dan juga mencari makan 'menyudu' di air kolam yang keruh. WALLAHU A'LAM.
Guna steroid baru badan jadi ??
11 hours ago
0 jejari comel:
Post a Comment
Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!