salam...
aeney aku na kongsi tips cmne na dapatkan mata yg galak..
khas tok mata sepet..
cm kat bawah nie..
:: TEBALKAN GARISAN MATA ::
Aplikasi penggaris mata membuatkan mata yang kecil kelihatan lebih besar semulajadi.
So ia juga salah satu asas solekan termudah jika korang pandai menguasai teknik dengan penggunaan pensil atau gel penggaris mata yang baik.
Kemudian sapukan maskara.
Lukis garis tebal dan bersayap seperti gaya solekan popular di zaman 50-andan 60-an.
Penekanan di bahagian ini akan memberikan efek mata yang galak.
Kemudian garis bawah mata (separuh sahaja).
Sapukan maskara.
Caranya, tekan kelopak mata atas dengan putik kapas dan lukis garisan di bahagian dalam bulu mata.
Mahir mengadun eyeshadow merupakan satu kelebihan buat si mata sepet.
Teknik yang betul amat penting memandangkan warna pembayang sukar dilihat pada kelopak mata jenis monolid.
Pastikan ia disapu melebihi/atas sedikit dari kawasan bebola mata supaya apabila mata dibuka, pembayang ini akan terserlah.
Mulakan solekan dari kanvasyang bersih, iaitu setelah disapu foundation, bedak asas dan primer eyeshadow.
Kemudian, celakkan kening dengan pensil coklat gelap.
highlight atau sapukan kawasan sudut dalam mata dan tulang kening dengan warna eyeshadow putih.
Di sudut luar mata, sapukan warna eyeshadow gelap seperti hitam atau coklat tua.
adunkan warna-warna gelap ini disekeliling kawasan bebola mata seperti bentuk bulan sabit. Kemudian highlight kawasan tengah bebola mata dengan warna putih.
Garis atas bulu mata dengan eyeliner hitam dan garis separuh sahaja pada garis bulu mata bawah.
Pakai bulu mata palsu dan lentikkan dengan pelentik bulu mata. Sapukan maskara agar bulu mata asli dan palsu bersatu.
:: JENIS PENGGARIS MATA ::
Pensil – Sesuai untuk mereka yang tidak begitu mahir bersolek.
Gel/krim – Khusus untuk mereka yang sudah mahir melukis garis mata.
Cecair – Perlukan tangan yang steady untuk mencipta garis bersayap yang kemas.
Kohl/celak – Seperti krayon untuk mencipta garis tebal.
0 jejari comel:
Post a Comment
Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!