Report Polis

  3 comments    
categories: , ,





semalam lepas habes kerja balik rumah terus,,lepas tue amik helmet pakai kat kepala teru pegi balai polis merlimau,,sebab duit aku hilang lah boleh baca kat sini..aku pegi dengan makcik aku..kitorang sampai sebelum pukul 7 tak sure sangat sebab dah kelam kabut tapi lebih kurang tue lah..sebab tak lama kami sampai slot akasia Dejavu Di Kinabalu tue ditayangkan..tunggu kejap kat ruang menunggu sebab tunggu turn tapi takde pengadu pun melainkan kitorang je..


Sebelum duduk ade pakcik polis tue namenya Salleh tanye aku nak buat report ape,,aku cakap lah tentang duit aku hilang dalam bsn..ermmm dia pun same jugak pernah kena macam aku..lagi banyak dari aku..lebih kurang RM5rat..huhu tapi dye cakap dye malas nak betah-betah dengan staff bsn tue dia biarkan je kes senyap cmtue je....*aikk padahal dia tue polis dalam hati jelah..hehehetak lama akak polis tue panggil Koperal Salmiah rasanya,,mesra sangat boleh borak-borak lagi tue..akak sebelah dia pun mesra jugak,,errr nama dia Malah..


Habis buat report akak tue cakap aku kena datang esoknya(harinie lah) sebab dah abis waktu pejabat dan kena bayar rm2..ape lagi aku mintak tolong makcik aku lah amikkan..tapi tak sure bile dia boleh amikkan sebab waktu lunch aku terhad..waktu dia pun terhad..kalau boleh nak time lunch aku sebab nanti senang boleh terus pegi bsn..boleh settle report nie cepat-cepat..aku nie dah give up dah..banyak sangat urusan..haishhh kalau tak mengenangkan aku nakraya nak beli barang persiapan raya takdelah aku nak buat report bagai,,tapi bila dipikirkan balik..takkan nak biar perkara nie terjadi..kasi warning sikit pada pihak bank..jangan sesuka hati je nak tindas kita nie sebagai pengguna mereka..kalau takde kitorang tutuplah alamatnya bank tue..yang bestnya akak polis pun tue bagitahu aku jugak,,yang bsn nie memang suka makan duit orang..dah banyak kali dah report macam aku nie..dan korang boleh baca kat sini jugak tentang kes cam aku nie dan nak jugak pesan jangan simpan duit kat bsn..keluaarkan dan simpan dalam bank lain..huhh !!pasnie gaji aku nak keluarkan semua lepas tue simpan kat bank islam..

p/s : nak amek pukul bape report nie huhuhu

nak beli persiapan raya tolong klik sikit
campaign image

GiveAway preloved items

  1 comment    
categories: 




anis athia

JOIN HERE



mask from Etude House (Berharga RM30+)

 

perfume from The Body Shop (Berharga RM70+) Japanese Cherry Blossom Eau De Tollte


produk penjagaan muka from The Body Shop
Moisture White Shiso Concentrated Target Perfector (Berharga RM90+)



dan klik yang bawah ini juge hehehe


campaign image

Cantiknya Lisa Surihani hasil sentuhan Epie Temerloh

  5 comments    
categories: , ,



cantik bukan??
Epie Temerloh merupakan MUA yang aku cukup kagumi hasil kerja tangan beliau..bukan setakat Lisa Surihani saje Scha Al Yahya,,Ramlah Ram,Yatt Hamzah,,Bienda,,Elyana,,Haiza,,Saida Taruddin,,Fasha Sandha haaa ramaikan artis yang guna khidmat dia nie kan..sebab tue meletupp..kalau nak tengok hasil kerja beliau boleh lah terjah SINI..sape-sape yang nak kawen ke bertunang ke dinner dan sebagainya sila la ke FB  Epie Temerloh atau sms ke 019-3445429.


sedikit info yang aku kopi pes dari facebook Epie Temerloh  mengenai diri beliau..


saya ap atau lebih dikenali dng name aptemerloh serba sedikit mengenai diri sy,hobi di waktu lapang adelah membaca novel atau majalah....sy berkeja sebagai make up artis dah hampir 5 tahun selepas sy tamatkan pelajaran di tingkatan 2,setelah itu sy terus berhijrah ke kota raya kuala lumpur unk mendalami bidang make up dan dandanan rambut,berkat kesabaran sy skg sy selesa berdiri di atas name ap temerloh dng hasil hasil karya sy yg dipaparkan di astro ria gadis cuci the seris...tv3 cahaya berbisik dan unk majalah paper dll....skg sy senang di sekeliling sy semua kekewan memberikan sokongan padu terutama sekali keluarga tercinta....sekian nak tahu lebih lanjut jumpe dng sy sje lah senang ok cau cin cau....



jangan lupa klik yang bawah nie sekali tau..
campaign image

credit : Facebook : Epie Temerloh 

Ingin Menjadi Sempurna di mata L E L A K I

  5 comments    
categories: ,



Ingin menjadi impian para jejaka? Segala percakapan, pemakaian dan perlakuan si gadis penting bagi menyempurnakan ideologi untuk bergelar pasangan terbaik.Tidak pasti bagaimana caranya? Jom teliti sikap perempuan yang cukup disenangi jejaka.


Sikap Keibuan
Biasanya lelaki lebih terpikat pada gadis yang bersikap lembut, mengambil berat serta penuh kasih sayang.Wajah yang ayu mampu membuatkan lelaki berasa tenteram ketika stres, cemas dan gelisah serta senang hati ketika mahu bermanja.


Penuh Pengertian
Sikap pengertian membuatkan lelaki dihargai dan berasa diterima seadanya.Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan lain-lain.Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, gadis yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh yang bukan-bukan,sebaliknya cuba mengerti bait persoalannya.


Menghargai
Berbeza dengan perempuan yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai. Saat dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan, penghargaan tersebut membuatkan mereka berasa bangga dan disayangi.


Menjaga Penampilan
Sudah menjadi lumrah setiap gadis menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Tatarias yang baik mencerminkan perempuan tersebut menghargai dirinya.Jika ditakdirkan suatu hari nanti pasangan tersebut akan menjadi teman hidup, tidakkah si jejaka mahukan seorang yang boleh menjaga diri serta temannya juga?

Pandai Berbicara
Gadis yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual merupakan ciri-ciri yang membuatkan lelaki tertarik! Meski topik perbualan yang disukai berbeza, namun sang dara tetap berupaya mengimbanginya.Dengan kata lain, menjadi pendengar yang baik serta bijak mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Jika gadis itu seorang yang pandai berseloroh lantas boleh menerima jenaka dengan baik, tentunya dia melengkapkan ciri-ciri impian si kacak.

Keanak-Anakan
Dalam batasan yang wajar, sifat keanakanakan menjadi sesuatu yang menarik dimata lelaki. Malah tidak dinafikan lelaki akan berasa terhibur dengan keletah kaum hawa.Namun para gadis perlu tahu, sifat keanakanakan bukannya sifat yang terlampau mengada-ngada tetapi ia lebih pada sisi yang menyenangkan serta mencuit hati.

Menghormati Diri Sendiri
Gadis yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan serta tahu apa yang baik dan buruk perlakuan seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang diinginkan dan mengelak sesuatu yang dirasakan perlu serta dalam masa yang sama tetap menjaga maruah dirinya.

Simpati dan Prihatin
Seseorang yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah,menyayangi kanak-kanak dan tidak memilih bulu merupakan ciri-ciri yang paling utama di dalam senarai setiap lelaki. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Kecantikan dalaman yang termaktub dalam dirinya tersergam indah dan cukup jelas untuk dilihat.


Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Para gadis dengan ciri-ciri ini memperoleh lebih nilai di mata lelaki. Mengapakah iamenjadi pilihan lelaki? Ini kerana mereka tahu peranan tatkala berhadapan dengan orang yang lebih tua dan berperangai mengikut suasana, selain mudah diajak ke mana sahaja serta tidak kekok berada di bandar mahupun kampung.


jangan lupa klik bawah nie..sayang korang..
campaign image

Duit aku dalam BSN L E S A P !!

  15 comments    
categories: , ,


sekarang tak tahu nak mulakan cerita macam mana..dalam hati nie cukup rasa sebal sedih kecewa marah dan macam-macam lagi lah..di sebalik keriangan aku untuk membeli blah baju raya di online terjadi sesuatu yang tak diduga oleh aku..sedih wooo huhuhu..duit aku dalam bank hilang cmtue je..korang bayangkanlah aku sepatutnya ade balance Rm200 kot..petang isnin aku nak keluarkan duit kat 7e kat tempat aku tue..alih-alih bila aku tekan punya tekan..baki tidak mencukupi dan traksasi tidak berjaya..haaaa wtf!!!..ape kes pulak nie..padahal aku baru keluar RM450..aku check balance hanya RM49.52 je..perghhhh nak menangis je aku rasa..


Semalam lepas habis kerja aku tak puas hati lagi..pegi ATM BSN caw Merlimau..aku buat penyata mini..tue pun sebab akak opismate aku tue yang suruh..dan nie yang keluar..


nampak tak??ada orang yang keluarkan duit aku sebanyak RM170 tahu..perghhhh aku tak tahu nak carut ape nie tapi aku rasa pelik lagi hairan sebab sepanjang bulan nie memnag aku tak pernah jejakkan kaki ke atm melainkan pada 1hb aetu..sampai rumah aku terus membebel sorang-sorang sebab nak ingatkan ade ke tak aku keluarkan duit pada 27hb tue..dengan nama Allah aku memang tak keluarkan..kalau bukan aku sape pulakkan..???nie yang aku pelik nie....walaupun ade yang cakap tak banyak tapi RM170 duit jugakkan..


Tadi aku mintak tolong dengan Ari mintak tolong bawak aku ke bank BSN..aku tak puas hati betul lah..yelah kan duit dalam bank pun boleh hilang..sampai bank aku tengok ade 2 orang je customer..dalam hati cakap sempat kot sebelum pukul 2..tak sampai 10 minit no aku dipanggil..aku mintak sis *sebab dia cina tue tolong kemaskini buku bank aku..lepas tue aku mintak penyata tarikh sekian sekian untuk rujukan aku..lepas siap print penyata tue aku tanye sis tue..

aku : sis boleh tak saya nak tahu pada tarikh 27hb nie pengeluaran atau potongan??
sis : pengeluaran..
aku : kat mana ye??boleh tak tahu pukul berapa??
sis : ATM  merlimau..tak boleh lah dik..
Aku : errrr bukan ape,,setahu saya,,saya tak pernah keluarkan duit pada tarikh nie..*sedih aku time nie..


last-last akak sebelah sisi tue bagi aku borang..dia suruh aku buat report dulu..bila report dah ada baru boleh buat ada pihak dari cawangan Melaka siasat..*sedikit sinar harapan buat aku..


aku keluar bank pastue jumpa pulak abam polis nie..borak-borak sambil cerita kes aku nie..last-last dia ajar aku macam mana nak isi report tue..heeee ade gak orang simpati huhuhu...sekarang nie kat ofis dah..kalau korang boleh nampak rupa aku sekarang nie ibarat macam ayam berak kapur tahu..punya lah sebal sekali..tapi bila aku ingat semula..pada hari jumaat 1hb buat pertama kali aku keluarkan duit pada pagi tue,,aku memang tak check balance dan print resit tranksasi yang aku buat padahal sebelum-sebelum nie aku buat dan aku simpan sampai resit tue dah takde tulisan..ermmm benda nak jadi kan..aku tak tahu pun yang seminggu sebelum tue yang duit aku dah LESAP !!!