petang isnin mendapat berita yang mengejutkan dari enche B..susi (adik kepada ju,salah seorang kawan kami) dan ramzi lemas di sungai..dalam hati berdoa semoga mereka dapat diselamatkan..kejadian berlaku pada hari ahad lepas ketika susi dan ramzi serta 3 yang lain mandi manda di sungai berhampiran..
agak terkilan kerana aku hanya dapat tahu berita nie pada hari kedua kejadian..memandangkan kami telah ke melaka kerana ada urusan yang penting dilaksanakan..
siapa sangka siapa menduga ajal maut sudah ditakdirkan buat arwah..takziah buat Ajura dan sekeluarga diatas pemergian adik dan sepupu tersayang..walaupun pahit untuk ditelan kerana kehilangan orang-orang yang tersayang secara mengejut akibat lemas di sungai..
baru je seminggu nak rapat dengan susi..time birthday party anak saudara arwah..sebelum tue kalau jumpa hanya senyum tak berborak sangat..tapi pada hari birthday tu kami sibuk dekat dapur masak serta menyediakan makanan untuk birthday wawa..masih terbayang-bayang lagi..arwah memang baik..segala suruhan dan permintaan yang kami minta arwah buat.. al fatihah..
semalam kedua-dua jenazah selamat dikebumikan..semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..
al fatihah....
agak terkilan kerana aku hanya dapat tahu berita nie pada hari kedua kejadian..memandangkan kami telah ke melaka kerana ada urusan yang penting dilaksanakan..
siapa sangka siapa menduga ajal maut sudah ditakdirkan buat arwah..takziah buat Ajura dan sekeluarga diatas pemergian adik dan sepupu tersayang..walaupun pahit untuk ditelan kerana kehilangan orang-orang yang tersayang secara mengejut akibat lemas di sungai..
baru je seminggu nak rapat dengan susi..time birthday party anak saudara arwah..sebelum tue kalau jumpa hanya senyum tak berborak sangat..tapi pada hari birthday tu kami sibuk dekat dapur masak serta menyediakan makanan untuk birthday wawa..masih terbayang-bayang lagi..arwah memang baik..segala suruhan dan permintaan yang kami minta arwah buat.. al fatihah..
semalam kedua-dua jenazah selamat dikebumikan..semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..
al fatihah....
antara artikel akhbar yang menyiarkan tentang kehilangan arwah berdua ..
MENTAKAB – Kegembiraan enam remaja mandi-manda di Sungai Semantan dekat Kampung Kelubi, di sini, bertukar tragedi apabila dua daripada mereka dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas.
Dua sahabat terbabit, Susisanti Amaqmus, 15 dan Mohd Ramzi Ariyanto, 16, dari Taman Netas Jaya, di sini, bersama empat lagi rakan turun ke Sungai Semantan untuk mandi di satu kawasan cetek.
Bagaimanapun, menurut rakan-rakan mangsa, Susisanti pergi ke kawasan air berpusar dan tiba-tiba terkapai-kapai meminta tolong.
Mohd Ramzi yang melihat Susisanti terkapai-kapai, cuba memberikan pertolongan, tetapi dia juga hilang apabila tiba di kawasan air berpusar itu.
Ketua Polis Daerah, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, kejadian berlaku jam 12.30 tengah hari kelmarin apabila enam sahabat terdiri daripada tiga lelaki dan tiga perempuan turun ke sungai untuk mandi.
Menurutnya, polis yang menerima maklumat pertama daripada orang awam pada jam 2 petang kelmarin, menghantar pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada polis, Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam.
“Usaha mencari dijalankan sehingga petang semalam (kelmarin) dan ditangguhkan pada sebelah malam, namun disambung semula pada hari ini (semalam),” katanya, semalam.
Abdul Aziz berkata, seramai 21 penyelamat terlibat setakat ini dibantu beberapa bot nelayan tempatan sedang giat menjalankan operasi.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba Temerloh, Hashnudin Hussain berkata, operasi mencari dan menyelamat diteruskan pagi semalam hingga ke jambatan Kampung Sungai Buloh, kira-kira enam kilometer dari lokasi mangsa dipercayai lemas.
Menurutnya, pihaknya juga meminta kerjasama orang ramai khususnya nelayan sungai supaya melaporkan segera kepada pihak berkuasa jika ada menemui mangsa di sepanjang Sungai Semantan dan Sungai Pahang.
Temerloh: “Jika ditakdirkan dia sudah tiada, saya hanya berharap Allah SWT temukan saya dengan jasadnya,” rintih seorang kakak, Ajura Amaqmus, 25, apabila adik kesayangannya, Susisusanti yang berusia 15 tahun sehingga kini masih belum ditemui selepas lemas bersama seorang rakannya, Mohd Ramzi Ariyanto, 16, ketika mandi bersama empat lagi rakan mereka di Sungai Semantan, Kampung Kelubi, Mentakab, di sini, kelmarin.
Kedua-dua mangsa dari Taman Seri Netas Maju, Mentakab.
Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, enam sahabat terbabit masing-masing tiga lelaki dan perempuan ke sungai berkenaan untuk mandi, namun Susisusanti dikatakan ‘bermain’ air di tempat dalam.
Dipercayai, secara tiba-tiba air sungai di tempat gadis itu berada dikatakan ‘berpusing’ menyebabkan dia terkapai-kapai ditelan arus.
Melihatkan kejadian itu, Mohd Ramzi cuba menyelamatkan Susisusanti, tetapi tidak berjaya menyebabkan dia turut hilang bersama gadis berkenaan.
Ajura yang juga seorang ibu tunggal berkata, kali terakhir dia bertemu Susisusanti, anak kelima daripada tujuh beradik itu pada Sabtu lalu kira-kira jam 7.30 malam.
“Ketika itu dia hendak keluar rumah dan memaklumkan akan bermalam di rumah seorang rakannya, saya hanya mengangguk kepala tanda setuju memandangkan dia sudah biasa ke rumah rakannya yang tinggal tidak jauh dari sini,” katanya memaklumkan mereka tinggal bertiga bersama seorang anak perempuannya berusia sembilan tahun di taman perumahan berkenaan.
Katanya, Susisusanti yang sudah tidak bersekolah adalah seorang pendiam dan banyak menghabiskan masa di rumah jika dia keluar berniaga di bandar Temerloh.
“Berderau darah saya apabila dimaklumkan mengenai kejadian ini kira-kira jam 1 tengah hari kelmarin...saya amat sayangkan dia, saya berharap dapat bertemu jasadnya jika ditakdirkan dia sudah pergi (meninggal dunia),” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Ajura berkata, adiknya adalah seorang yang mendengar cakap kerana jika dia tidak membenarkan gadis itu keluar, Susisusanti tidak pernah membantah dan hanya akan duduk di rumah.
“Saya tidak sangka, tidak sampai setahun kami menetap di sini pada Disember tahun lalu, saya terpaksa berdepan tragedi hitam ini yang menimpa adik kandung sendiri,” katanya memaklumkan sebelum ini mereka menetap di Muadzam Shah, Rompin.
Menurutnya, ibu mereka, Ramlah Musa, 40, yang menetap di Batu Pahat, Johor, tiba di bandar ini kelmarin selepas dimaklumkan mengenai kejadian menimpa Susisusanti.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Aziz Salleh berkata, sehingga kini usaha pasukan mencari dan menyelamat masih gagal mengesan mangsa dan operasi berkenaan dihentikan kira-kira jam 6 petang semalam berikutan hujan lebat.
“Bagaimanapun, kita akan menyambung semula operasi berkenaan jam 8 pagi esok (hari ini),” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
MOHD RAMZI
SUSISANTI
Abdul Aziz ketika meninjau operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di Kampung Kelubi.
Mangsa pertama ditemui jam 8.30 pagi semalam kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi enam rakan terbabit mandi
MENTAKAB – Pasukan mencari dan menyelamat berjaya menemui kedua-dua mayat mangsa lemas di Sungai Semantan dekat Kampung Kelubi dalam operasi hari ketiga semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, Hashnudin Hussain berkata, mayat Mohd Ramzi Ariyanto, 16, ditemui pasukan mencari dan menyelamat dan penduduk kampung jam 8.30 pagi semalam kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi dia mandi bersama lima lagi rakan pada petang Ahad lalu.
Menurutnya, berdasarkan laporan awal pihaknya percaya kedua-dua mayat yang ditemui itu adalah mangsa yang dicari namun perlu pengesahan dan dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk tindakan lanjut.
“Pada jam 2.15 petang semalam, satu lagi mayat dipercayai Susisanti Amaqmus berusia 15 tahun ditemui di lokasi mereka mandi.
“Selepas gerakan mencari berjaya menemui mangsa pertama pada sebelah pagi, usaha mencari diteruskan sehinggalah berjaya menemui mangsa kedua beberapa minit selepas operasi disambung semula pada sebelah petang,” katanya.
Kejadian berlaku jam 12.30 tengah hari Ahad lalu apabila enam remaja terdiri daripada tiga lelaki dan tiga perempuan termasuk mangsa mandi di Sungai Semantan.
Tenggelam akibat arus berpusar
Susisanti dan Mohd Ramzi dari Taman Netas Jaya, di sini tersilap langkah apabila memasuki kawasan air berpusar lalu hilang dari pandangan rakannya.
Menurutnya, polis yang menerima maklumat pertama dari orang awam jam 2 petang Ahad menghantar pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada polis, Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Ketua Balai Bomba Temerloh Hashnudin Hussain berkata, operasi mencari dan menyelamat diperluaskan sehingga ke jambatan Kampung Sungai Buloh kira-kira enam kilometer dari lokasi mangsa dipercayai lemas.
Sementara itu, abang mangsa, Hendra Budiman Aryanto 26, ketika ditemui di tempat kejadian masih bersedih dengan kejadian yang menimpa adiknya.
“Dia anak nombor dua, dia tak bagi tahu pun nak ke mana pada hari kejadian,” katanya.
Saksi kejadian yang mahu dikenali Ana berkata, kejadian berlaku ketika paras air Sungai Semantan cetek dan berpasir pada Ahad lalu.
Menurutnya yang tinggal kira-kira 20 meter dari tempat kejadian berkata, enam rakan terbabit mandi di kawasan cetek itu dan kedengaran suara mereka yang sangat seronok.
“Saya tengah basuh pinggan, tiga anak saya minta izin nak mandi sungai juga tapi saya larang. Tak lama kemudian anak saya jerit bagi tahu ada orang lemas.
“Masa tu saya tengok hanya ada empat mangsa yang cuba menyelamatkan diri, dua lagi mangsa pertama sudah tenggelam.
“Ada pemancing yang selamatkan budak-budak tu, ada yang sempat capai kayu. Empat berjaya naik ke darat dua lagi terus hilang,” katanya.
Cetek bukan bermakna selamat
Ketua Polis Daerah, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh menggesa ibu bapa dan orang ramai memantau pergerakan anak masing-masing kerana bimbang kejadian lemas itu berulang.
Menurutnya, kebanyakan kejadian lemas berlaku apabila musim air cetek atau pada musim kemarau kerana kelihatan paras air sungai berpasir dan boleh mandi manda.
“Tanggapan itu salah kerana walaupun paras air sungai kelihatan cetek tetapi ada kawasan tertentu yang keadaan dasar sungainya curam.
“Ini yang boleh menyebabkan orang ramai atau kanak-kanak tidak perasan kerana kawasan seperti itu sangat berbahaya terutama di kawasan air berpusar,” katanya.
Beliau menasihati ibu bapa memantau perkembangan anak-anak supaya menjauhi aktiviti mandi sungai tanpa pengawasan pada musim kemarau ini.
Temerloh: Keajaiban berlaku apabila mayat mangsa lemas, Susisusanti Amaqmus, 15, timbul betul-betul di depan ibunya, Ramlah Musa, 40, yang berada di lokasi gerakan mencari mayat gadis berkenaan dilakukan di Sungai Semantan, Kampung Kelubi, Mentakab, di sini, semalam.
Mayat Susisusanti yang lemas bersama seorang rakannya, tiga hari lalu ketika mandi di sungai itu timbul di depan Ramlah pada kira-kira jam 2.15 petang.
Kakak mangsa, Ajura, 25, menyifatkan perkara itu sebagai kuasa Allah untuk menunjukkan betapa mulianya kasih seorang ibu terhadap anak yang amat disayanginya.
“Ibu saya tiba di bandar ini dari Batu Pahat, Johor, Ahad lalu, apabila dimaklumkan mengenai kejadian menimpa adik saya dan nyata kehadirannya amat bermakna dalam usaha mencari mayat adik saya,” katanya.
Terdahulu, mayat seorang lagi mangsa, Mohd Ramzi Ariyanto, 16, ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian, jam 8.30 pagi semalam.
hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
Like fanpage saya
klik iklan nuffnang nak kawen.
0 jejari comel:
Post a Comment
Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!