Whatsapp untuk Pc/Desktop

Hai

rupanya senang je nak guna whatsapp guna pc nie . Semalam sepatah apa tak paham. pastu tadi saje godek-godek kot kot boleh kan. akhirnya lepas try and error berjaya pun.

Bila pikir balik ek eleh ape ke benak sangat semalam tak paham-paham hahaha itu lah nama belajar dari pengalaman hehehe


Okay step pertama bukak laman web nie https://web.whatsapp.com/


step kedua korang bukak whatsapp korang yang dalam henpon . Kemudian tengok gambar bawah nie. ada jumpa yang android, bb, windows bagai kan. pastue ikut step by step dalam gambar nie. Pastu dah siap pun. dah boleh guna kat pc/lappy korang.










Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
azneyshamsuddin
klik iklan nuffnang


Rahsia Mengandung | Telur Manusia Semasa Ovulasi



Kita biasa tengok telur itik, telur ayam, telur ikan, telur burung unta dan mungkin fosil telur dinasour. Tapi tahukah anda bagaimana rupa telur manusia?

Manusia memang melahirkan anak. Kita tidak bertelur seperti burung atau ayam yang mengeram telur untuk ditetas menjadi anak.

Tetapi untuk menjadikan anak perlu ada telur *ovum* dari wanita dan benih *sperma* dari lelaki. Saiz telur sangat kecil dan proses persenyawaan telur dan sperma berlaku di dalam badan.

Jadi memang susah untuk kita melihat rupa telur semasa ianya dilepaskan dari folikel kilang telur. Gambar yang diambil oleh Dr. Jacques Donnez ini menunjukkan dengan jelas saat telur manusia dikeluarkan dari folikel.


Ovulasi atau pelepasan telur dari kilang telur *ovari* adalah satu proses yang tidak dapat dijangka dengan tepat bila akan berlaku. Ovulasi berlaku sebulan sekali dan dengar kadar yang sangat cepat. Pelepasan telur akan tamat dalam masa 15 minitsahaja!


Dr. Donnez, ketua jabatan gynecology di UCL in Brussels, Belgium, tanpa sengaja telah melakukan pembedahan membuang sebahagian rahim *hysterectomies* seorang pesakit wanita berumur 45 tahun semasa proses ovulasi berlaku.

Gambar telur manusia semasa dilepaskan dari ovari ini adalah pertama kali dalam sejarah.

Lihat pada gambar dan kelihatan jelas folikel yang matang iaitu satu kantung yang penuh dengan cecair di permukaan ovari dan mengandungi telur di dalamnya. Sebelum telur dilepaskan, enzim akan memecahkan tisu folikel dan merangsang pelepasan telur.

Telur yang dilepaskan dari folikel akan melalui tiub falopian menuju ke rahim.

Telur matang yang dilepaskan boleh bertahan selama 12-24 sahaja sebelum ianya musnah. Kita hanya ada masa satu hari atau 24 jam selepas telur dilepaskan untuk mengandung!

Jikalau sperma suami sudah berada dalam rahim sebelum ovulasi atau telur dilepaskan, kita masih berpeluang tinggi untuk mengandung. Sebab sperma boleh hidup lebih lama dalam rahim iaitu 72 jam atau 3 hari.


Pengetahuan ini sangat penting bagi kita yang sedang cuba mendapatkan anak. Hubungan kelamin suami isteri perlu dilakukan sekerap boleh 3 hari sebelum ovulasi dan dalam masa sehari selepas ovulasi.

Tidak perlu menunggu ovulasi atau telur dilepaskan baru nak buat hubungan seks. Sperma mungkin mengambil masa untuk berenang dari pintu rahim menuju tiub falopian.


Walaupun berjuta-juta sperma dikeluarkan tetapi hanya beberapa sperma yang kuat, cergas dan sihat sahaja akan berjaya bertemu dengan telur.

Jadi, masa yang paling baik untuk bersama suami adalah beberapa hari sebelum telur dilepaskan.

sumber : http://rahsiamudahhamil.com/


Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
azneyshamsuddin
klik iklan nuffnang

Review BeautyOAT Mudah dan Sedap !!

  2 comments    
categories: ,



Kecantikan dan kesihatan adalah milik setiap insan maka kita perlu lah hargai apa yang kita miliki. Tak gitu ? hehe Azney baru-baru nie berpeluang mencuba BeautyOAT. Apa itu BeautyOAT ?? BeautyOAT ialah satu produk kesihatan yang berasaskan Collagen Plus + Oat Drink Formula. BeautyOAT merupakan produk kesihatan pertama dan satu satunya produk collagen plus yang mengandungi Oat, Marine Collagen, ekstrak Sakura dan ekstrak delima. 


Fungsi setiap kandungan Beauty Oat:

  • Oat - adalah makanan semulajadi yang kaya dengan serat dan sumber protein serta membantu penyerapan semula kolestrol yang lebih rendah.
  • Kolagen Marine - Menegangkan,melembutkan serta menganjalkan kulit.Selain itu, fungsi kolagen marin ini adalah mengurangkan anti penuaan seperti garis halus,kedutan dan kekeringan.
  • Ekstrak Sakura - Bahan semulajadi untuk anti keradangan,pemutihan dan anti-glycation. Ia juga membantu dalam mengurangkan pengeluaran melanin untuk kulit yang lebih cerah.
  • Ekstrak Delima - Mengurangkan kerosakan radikal bebas terhadap badan.

Gabungan semua bahan ini telah dikaji dan terbukti untuk mencegah penuaan awal, memulihkan masalah kulit, mencantik dan menyuburkan rambut, menegangkan payudara, menguatkan tulang, mencerahkan kulit, mengurangkan pigmentasi kulit dan mengurangkan kadar kolestrol. 


Ada yang tak suka oat ? Jangan risau kerana BeautyOAT nie sedap. Memang sesuai sangat untuk sesiapa yang agak kureng dengan oat.InsyaAllah nanti jatuh cinta. Macam Azney sendiri memang kureng sikit dengan oat tapi bila dah mencuba sendiri BeautyOAT nie terus jatuh cinta. Bukan Azney sahaja yang suka tetapi Mak mertua Azney pun suka jugak. Siap bawak bekal pergi umrah baru-baru nie. Hahaha Kakak ipar Azney pun turut menyukai BeautyOAT nie siap mintak untuk bawak balik Kelantan. Tengok lah penangan BeautyOAT buat kali pertama.


Apa yang best tentang BeautyOAT nie adalah semua peringkat dan jantina boleh ambil. Lagi satu bila kita ambil BeautyOAT nie perut tak rasa lapar . Sekiranya tak makan tengahari pun tak pe. Badan masih bertenaga walaupun hanya secawan BeautyOAT pada waktu pagi.Azney jenis susah makan pagi. Makan pagi cuma kadang-kadang. Tengahari pun kalau sibuk terlupa jugak. hehehe.


Sepanjang tempoh pengambilan BeautyOAT nie Azney dapat rasakan ada sedikit perubahan terhadap Azney. Contoh kulit muka makin elok,tak kusam, jerawat susah dah naik, jerawat cepat kering bila period. 


Antara kelebihan dan kebaikan tentang BeautyOAT yang lain adalah 

  • Kulit akan Semakin tegang & halus
  • Jerawat akan cepat mengecut & kering.. So masalah pertumbuhan jerawat dapat di atasi. 
  • Pigmentasi kulit berkurang, kesan bekas jerawat semakin pudar dan kulit kelihatan cerah sikit dari biasa. 
  • Akan mengenyangkan perut dalam masa yang agak lama juga sehingga ke tengahari dan kadang kadang sampai petang. 
  • Badan akan menjadi lebih bertenaga walaupun sarapan dengan BeautyOAT sahaja.
  • Badan Tak Rasa Lemah / Mengantuk
  • Lelaki dan Perempuan boleh minum
  • Kurangkan Tahap kolesterol
  • Elak heart disease dan over weight 
  • Ibu mengandung / Ibu menyusu juga boleh amalkan.


Kesan ini akan dapat dilihat seawal 14 hari jika amalkan selalu.


Rasa BeautyOAT nie manis sedikit dan ada rasa vanila. Oleh itu, takde lah rasa susah nak telan.


Cara pengambilan BeautyOAT

  • Sediakan air suam 180ml.
  • JANGAN GUNA AIR PANAS kerana akan menghilangkan segala nutrien yang ada
  • Koyakkan & masukkan dalam gelas kemudian tuang air suam tadi
  • Kacau sehingga larut & sudah siap untuk diminum.

Mudah je kan?


Pengambilan BeautyOAT disarankan ambil sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Noted : 1 sachet boleh guna 2 kali sehari.



Harga
RM79.00 (WM) / RM89.00 (EM)
1 kotak - 18 sachet x 30gm










More details: 

Twitter: beautyoatofficial
Instagram: beautyoatofficial




Segala pertanyaan/order boleh hubungi:

ZURAECA SDN.BHD.
Hotline: +6012-2444 014 / +6012 2444 041
Email: Babeskin365@gmail.com
Address: 12-C,Jalan BS 9, 43200 Cheras,Selangor.


Like fanpage saya












hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."



love,


azneyshamsuddin








klik iklan nuffnang





Pengalaman Menghadapi Ujian Medsi dan Temuduga di UTM


Sebelum nie Azney ada bagitau yang Azney dapat berita baik. Alhamdulillah Azney telah menghadiri Ujian Medsi serta Temuduga untuk Program Sarjana Muda Pendidikan (ISMP). Hehe tak sangka dah hampir 5 tahun Azney meninggalkan zaman belajar dan bertuah kerana terpilih untuk mengambil Ujian dan temuduga nie. Azney pergi ke UTM sehari sebelum 14HB dengan anak buah Erul , Atiesa memandangkan dia nie belajar kat sana.


Hari sebelum  bergerak ke Johor, dokumen dokumen yang wajib ada disediakan. Dokumen yang original dan penting adalah
  • Sijil Kelahiran
  • Kad Pengenalan
  • Diploma/STPM
  • Sijil MUET
  • Sijil-sijil kokurikulum
  • Sijil-sijil berkaitan


**************************************************

Pukul 8 dah terpacak kat Makmal Interaktif UTM. Ujian Medsi mula pukul 8.30 pagi. Slip Medsi dengan alat tulis dah bawak sekali. Tapi bila masuk Makmal Interaktif rupanya guna komputer jawab ujian nie. Hehehe. Dulu pernah sekali ambil Medsi tapi jawab guna kertas dan pensel je. hehe.


Soalan-soalan Ujian Medsi kebanyakannya berkisar tentang diri kita, sikap, minat dan perasaan kita. Kebayakan jawapan adalah YA atau TIDAK. Kira memang senang untuk dijawab tetapi soalan-soalan macam psikologi. Kena pandai jawab sebab kemungkinan soalan 17 akan hampir sama dengan soalan bernombor 3 contohnya. Selepas 1 jam ujian pun tamat. Dalam hati berdebar-debar sebab selepas nie akan ada temuduga pulak. huishhhh risaunya lah.


Calon-calon kena masuk dalam sebuah bilik kuliah untuk menunggu giliran. Temuduga dijalankan dengan 2 orang calon serentak. Maka debaran makin kuat. Kalau berdua maka ada penilaian dari penemuduga. Akan ada perbandingan. Azney dapat nombor last sekali so berpasangan dengan Suziana. Suziana dalam kos lain iaitu elektrik. Tetapi kami boleh berborak macam dah lama kenal je hehe walaupun dia muda beberapa tahun dari Azney.


Sampai giliran kami berdua. Mula-mula masuk bilik temuduga wajib bagi salam dulu. Selepas itu kami dipanggil untuk buat ujian warna dahulu. Selepas itu baru kami mula temuduga. Solan pertama berkaitan tentang latar belakang diri kita tetapi dalam bahasa inggeris. huhuhhuhu menggagau jugak lah nak jawab. tetapi hentam keromo jelah walaupun tergagap-gagap hehe dah lama tak hadapi interview hehehe. Slepas itu giliran Suzianan.


Soalan kedua berkenaan dengan PT3. errrr memang tak study apa-apa tetapi Azney jawab je ape yang Azney rasa logik. hehehe Soalan ketiga berkenaan Kolej Vokasional pulak. Masak-masak sebab soalan yang tak pernah-pernah tahu tentang Kolej Vokasional. Ermmmm ape lagi goreng jela apa yang tahu.


Soalan yang keempat ialah kena mengajar. Azney mengajar tentang insurans sebab Azney memang tak ingat langsung tentang Bahan Binaan. Modul bahan Binaan semester pertama tahun 2007 dulu hahaha. Modul pun dah hanyut dek banjir. huhuhu


Akhirnya tamat pun temuduga Azney. Last sekali kami berdua berpeluang untuk bertanya apa-apa soalan. Azney ambil peluang. Soalan pertama "Kenapa dalam surat tawaran temuduga ada tulis semester II ? soalan kedua "Bila keputusan akan dapat keluar?

Jawapan yang Azney perolehi semester masih pertama tetapi lewat 1 semester kerana semester 1 kemasukan pada bulan September. Tapi kali nie kemasukan bulan Febuari. Jawapan kedua pulak selalunya seminggu atau 2 minggu sebelum daftar di UTM. Kemungkinan tarikh daftar pada 20 Febuari 2015.


Alhamdulillah berakhir sudah temuduga Azney selepas itu cepat-cepat pergi beli tiket bas untuk balik Pahang. Sampai Pahang dalam pukul 8 lebih. Badan penat sangat sampai keesokan harinya terasa lagi penat sebab jalan jauh. Semua berharap Azney dapat masuk UTM nanti tapi Azney masih gundah gulana sebab berjauhan dengan Erul selama 4 tahun. huaaaaaa. Apa-apa pun kita tunggu keputusan nanti !






Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
azneyshamsuddin
klik iklan nuffnang




Review : Ephyra Skin Bar Memang Terbaik !!


Tak sia sia join GA Kak Mia sebab Azney terpilih dalam  50 Blogger bertuah . Siap dapat lagi Ephyra Skin Bar pulak tue. Bau wangi betul. Kulit muka pun da okay sikit sekarang. Lepas Azney misscarige dulu, muka memang tak jaga sangat pun. Kt hidung nie mula lah rasa tajam tajam . Pastu Azney guna Ephyra Skin Bar nie. Ehemmm 2 hari je hidung dah takde lagi tajam tajam. 

Kira dalam tempoh sebulan nie Azney dapat lah rasa yang kulit muka makin okay, makin sihat, merah merah jambu gitu hahaha.

Ingatkan Ephyra Skin Bar nie untuk kulit muka sahaja. Tetapi untuk badan pun boleh sebab baru-baru nie Azney guna Ephyra Skin Bar untuk mengurangkan kegatalan dan keradangan kerana mengalami gatal gatal selepas mencuci rumah akibat banjir.
ini hasil yang Azney perolehi selepas menggunakan Ephyra Skin Bar selama 2 hari. Ada nampak perubahan kan? Kulit dah makin elok radang pun dah kurang.

Official Facebook : https://www.facebook.com/oceanlife2u
Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 (office hours only)



Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Oceanlife Marketing Sdn Bhd. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

** Ejen/dealer Ephyra lain dilarang membuat promosi di ruangan komen entri review peserta giveaway ini. Harap maklum.

Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
azneyshamsuddin
klik iklan nuffnang