Segmen : Up followers blog dan twitter

  19 comments    
categories: 



Wajib CLICK DI SINI dan CLICK SINI terlebih dahulu.
Kalau rajin CLICK SINI juga!
Follow blog ini  (I will follow you back soon)
Follow twitter saya di @EYFAalias (I will follow you back soon)
Feel free to click "LIKE" my pages  https://www.facebook.com/EYFAalias
Buat satu entry bertajuk "Segmen : Up followers blog dan twitter" dan linkkan pada entry ini. 
Dalam entry itu sila bagitahu jumlah followers blog dan twitter anda berserta id twitter anda dan link blog anda.
Contoh
Blog : eyfaaliasstory.blogspot.com (2481 Followers) 
Twitter : @EYFAalias (566 Followers)
Tag kepada rakan-rakan anda yang lain (sekurang-kurangnya 2 orang) dan pastikan mereka tahu.
Hantarkan link entry anda pada entry ini  (Dalam fibox or entry lain tidak diterima)
Lepas senarai yang join segmen ni keluar anda wajib follow Twitter dan Blog semua peserta okay.


Segmen ini akan berjalan dalam tempoh masa SEMINGGU sahaja iaitu bermula dari 30/05/2012 dan tamat pada 06/06/2012. Selepas daripada tarikh ini, sebarang penyertaan tidak akan di terima. Senarai perserta akan di paparkan setelah tamat segmen ini.
Segmen ini tetap akan berlangsung walaupun kurang dari 10 orang peserta :)
P/S : TOP REFERRING URL AKAN BERPELUANG MENERIMA TOPUP BERJUMLAH RM10 (MAXIS/CELCOM/DIGI)


 Segmen : Up followers blog dan twitter

Blog : zaidatulaznishamsuddin.blogspot.com (575 Followers) 
Twitter : @azneys (169 Followers)



Annual Warehouse Sale CLOVER PLASTIK SDN BHD

  1 comment    
categories: 






okay sekarang nak cerita..kat company kite sekarang kemain sibuk sangat sebab nanti kitorang kat sini akan adekan Warehouse Sale besar-besaran..kira macam jualan dari gudang lah kihkihkih..sape-sape yang suka barang plastik ala-ala IKEA tue meh lah datang sini..kat mana??Merlimau Melaka jep..banyak sangat barang-barang yang kitorang ada kiranya lengkap lah untuk 1 rumah serta luar rumah..antara barang-barang yang kami akan jual seperti Prattan Stocker,Prattan Closet,File Stand,Dish Drainner,Grip Hanger,,cat Pit,,Dog Pit,Cottage..haaa yang ISTIMEWAnya hanya di company kitorang je kat tempat lain takde..sebab product-product ini hanya dieksport ke luar negara sahaja..










menarik bukan..nie baru sikit.ade banyak lagi barang-barang yang kami ada di sini..huhu so  apelagi jom lah meriahkan jualan gudang kami..orang-orang berhampiran dengan company kami cepat-cepat datang..bila?? JUMAAT 3.30 petang sampai 8.00 malam dan SABTU dan AHAD 10.00 pagi sampai 6.00 petang..haaa ape lagi jom lah serbu kami di sini..



Jual Benih bernilai RM100K

  4 comments    
categories: 


IDEA bank sperma pernah menimbulkan polemik di Malaysia pada lebih lima tahun lalu sedangkan bank seperti itu telah lama beroperasi di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.Bank itu popular dalam kalangan wanita bujang atau pasangan yang gagal mendapatkan zuriat sendiri.Mereka boleh membeli sperma seperti membeli baju dengan memilih jenis air mani berasaskan etnik, bentuk fizikal, latar belakang pendidikan dan kesihatan penderma.


Hakikatnya isu itu belum ada kesudahannya. Tiada undang-undang yang digubal khusus untuk menangani masalah itu.Bukan setakat menjual sperma, ovum wanita juga popular di seluruh dunia. Ia melibatkan urus niaga yang mencecah berbilion dolar setahun.Baka manusia itu boleh dibeli dengan mudah sehingga mencecah harga RM100,000 sebotol, bergantung pada siapa si pendermanya.


Golongan penderma wanita yang menjadi sasaran firma kesuburan pula ialah pelajar universiti khususnya wanita berketurunan Asia.Puncanya, golongan itu mudah dipujuk atas desakan wang, kos pengajian yang tinggi di samping keinginan untuk hidup mewah.Seorang wanita yang mengaku menjual ovumnya, Kline, berkata jual beli itu ibarat satu pelaburan yang menguntungkan.Dia yang berketurunan Cina-Vietnam mendakwa telah tiga kali terlibat dalam proses itu dengan memberikan ovumnya kepada sebuah agensi pembekal ovum di California, AS.


Kline memperoleh bayaran hampir RM100,000 untuk semua urus niaga itu."Mereka mengatakan banyak keluarga yang sukakan ovum wanita Asia," kata pelajar sebuah kolej di AS yang berumur 26 tahun ini.Natasha, seorang imigran Rusia yang bekerja di sebuah klinik di Cyprus juga terlibat dengan kegiatan menjual ovum.Katanya, dia berhijrah ke Cyprus setelah berkenalan dengan teman lelakinya melalui internet.


Malangnya, pengorbanannya itu tidak berbalas. Mereka akhirnya berpisah. Natasha hidup seperti pelarian di Cyprus. Dia tiada visa dan tempat tinggal, malah tiada pekerjaan."Mujur saya cantik dan sihat menyebabkan ovum saya bernilai," katanya yang meraih kira-kira RM50,000 untuk urus niaga itu.


Carmen Pislaru, seorang wanita dari Romania yang bekerja di Cyprus pula mendakwa kesempitan hidup selepas melahirkan anak keempat sebagai punca dia terjebak."Doktor bertanya adakah saya ingin menjual ovum. Dia seakan-akan mengetahui saya tertekan gara-gara tidak mampu membayar kos perubatan."Seminggu selepas memikirkannya, saya menerima tawaran itu dengan bayaran RM8,000," ceritanya yang tidak menyesali tindakannya itu.Satu kes unik di Sepanyol pula melibatkan seorang imigran dari Chile, Nicole Rodriguez yang menyambung pengajian di negara itu.




AKTIVITI menjual sperma dan ovum menggalakkan pertambahan golongan gay dan lesbian."Saya baru memasuki sebuah kolej di Sepanyol. Peraturan di negara itu tidak membenarkan saya bekerja sambilan, jadi menjual ovum ialah cara mudah untuk mendapatkan wang," tutur Rodriguez.


Ceritanya, musim sejuk membantunya kerana kulitnya yang berwarna hitam menjadi agak putih."Selepas menjalani proses yang memenatkan itu, di tepi bantal saya terdapat sampul surat yang agak tebal berisi wang."Saya seperti seorang pelacur yang mendapatkan ganjaran dengan menjual tubuh," katanya.Bayaran RM6,000 itu lebih daripada mencukupi untuk Rodriguez menanggung kos sara hidup selama tiga bulan di Sepanyol.


Derma ovum

Sejak berdekad lamanya permintaan global terhadap ovum manusia berkembang pesat sehingga tidak mampu dikawal lagi dengan lebih 250,000 bayi telah dilahirkan melalui cara itu.Keinginan wanita bujang, wanita tua yang sudah menopaus dan pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak merancakkan lagi perniagaan pelik ini.Wanita dari negara miskin juga akan menjual telur mereka kepada doktor tempatan yang kemudian menjualnya dengan harga yang mahal kepada keluarga kaya di Barat.


Cyprus yang merupakan negara Kesatuan Eropah membenarkan aktiviti itu dengan alasan ia lebih berbentuk derma yang akan diberi pampasan berupa wang.Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Menteri Kesihatan negara itu, Carolina Stylianou.Kerajaan Cyprus menganggarkan nisbah 1:50 wanita di negara kepulauan itu yang berumur 18 hingga 30 tahun terlibat dengan aktiviti menjual ovum.


Seorang pakar biologi dari Universiti Northwestern, Chicago, AS, Laurie Zoloth berpendapat, fenomena menjual ovum adalah sisi buruk sistem kapitalis yang sanggup memperdagangkan apa sahaja yang bersumber daripada manusia.Seorang peguam, Andrew Vorzimer menyifatkan urus niaga itu menunjukkan 'kejahatan budaya Barat'.


"Saya pernah melihat kontrak penderma ovum yang memperoleh bayaran sebanyak RM600,000," katanya.


Sebuah firma kesuburan di Britain baru-baru ini mencetuskan kontroversi kerana menawarkan bayaran RM3,000 kepada pelajar Universiti Cambridge yang sanggup menderma ovum mereka.Secara umum, penderma perlu mengambil dadah untuk merangsang pengeluaran telur. Sasaran mereka ialah pelajar berumur 18 hingga 35 tahun selain memiliki sifat baik hati, jujur dan sihat tubuh.Pengarah Perubatan Klinik Kesuburan Create London, Geeta Nargund, berkata idea itu mengundang risiko yang tinggi.Bagi Josephine Quintavalle daripada kumpulan kempen Comment on Reproductive Ethics, retorik menderma ovum untuk mendapatkan pampasan merupakan helah pihak tertentu bagi menjana keuntungan mudah.



Soal etika
TERDAPAT segelintir pelajar kolej di Barat yang menjual ovum disebabkan desakan wang. - Gambar hiasan


Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman memberitahu, dahulu negara ini pernah dikejutkan dengan polemik pengenalan bank sperma."Mungkin ada syarikat tertentu dan hospital swasta yang menawarkan perkhidmatan sebegini termasuk menjual ovum wanita dan sperma lelaki.


"Saya yakin ia berlaku di negara ini walaupun saya tidak pernah menerima sebarang aduan," katanya.


Ujarnya, ini mungkin disebabkan tiada pasangan atau individu yang mahu melaporkan perkara itu kerana malu."Masyarakat negara kita terkenal dengan adat ketimuran. Ia kes terpencil selain mereka mendapatkan rawatan itu di luar negara."Bagi mereka yang beragama Islam, perkara ini dilarang sama sekali dalam agama," katanya.


Menurut bekas Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM), Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed, jualan sperma dan ovum hanya menggalakkan pasangan gay dan lesbian untuk memperoleh anak."Ini boleh menimbulkan masalah sosial yang serius apabila ramai lelaki dan wanita menganggap institusi perkahwinan tidak lagi penting," ujarnya.


Tutur Abdul Latiff, membeli ovum yang dijual tidak menjamin pembelinya mendapat anak yang bijak dan sihat."Walaupun baka terdiri daripada individu terpelajar, faktor persekitaran dan pembelajaranlah yang akhirnya merangsang perkembangan pemikiran anak."Malah, individu yang menderma juga tidak dikenali. Sekiranya berlaku ketirisan atau kecuaian, anak yang lahir mungkin mengalami penyakit yang serius," katanya.




#wordless wednesday Spongebob Life....

  6 comments    
categories: 

#wordless wednesday Gambar Gambar Gambar

  No comments    
categories: 

Gambar 1 ~ benda pe ni ?

Gambar 2 ~ syok je main benda ini

Gambar 3 ~ aduh,sakit nya !