Ya...Saya Serius!

  No comments    
categories: , ,


Kenal sudah hampir lima tahun,berkawan rapat sudah masuk tahun ketiga dan berkasih sayang hampir setahun lamanya, namun sudahkah korang mengenali ketelusan isi hati sang teruna? Betulkah si dia mahukan sesuatu yang kekal berpanjangan? Jom ketahui tanda-tanda utama yang menunjukkan si dia serius terhadap sesuatu perhubungan.




Perkenalkan Keluarga Dan Sahabat

Lelaki yang memandang berat terhadap perhubungan akan cuba untuk memperkenalkan pasangan kepada ahli keluarga atau rakan taulan yang rapat dengan dirinya. Ini menunjukkan bahawa mereka menganggap pasangan seorang yang penting dan bermakna dalam hidup.Pada kebiasaannya, seorang lelaki akan cuba untuk menyembunyikan hubungan yang mereka rasakan tidak serius. Ini adalah bagi mengelakkan perspektif negatif yang mungkin timbul daripada kaum keluarga.Namun, sekiranya mereka mempunyai alasan kukuh untuk tidak mengenalkan kepada ahli keluarga, sang kekasih pula perlu cuba untuk memahami situasi tersebut.Misalnya masa yang tidak kena atau keadaan yang tidak mengizinkan mereka berbuat sedemikian.



Mengambil Berat

Sudah menjadi tanggungjawab seorang lelaki untuk menjaga kaum yang lemah.Sekiranya sang arjuna mengambil berat terhadap setiap perkara yang korang lakukan,ia menunjukkan bahawa mereka benar-benar serius terhadap perhubungan itu. Ini kerana kebiasaannya, lelaki yang hanya berminat terhadap hubungan jangka pendek tidak akan mempedulikan apa yang dilakukan oleh pasangan mereka. Tiada perasaan tanggungjawab wujud terhadap diri  korang timbul dalam sanubari. Ada kemungkinan juga para jejaka belum bersedia untuk berkongsi hidup lantaran hubungan yang dijalinkan berkisar untuk menghilangkan kesunyian diri. Tiba tahap apabila tidak lagi sunyi,  korang  mungkin akan ditinggalkan pula. sebagai bukti yang tidak disampaikan melalui kata-kata, kejerihan lelaki menghargai kehadiran teman istimewa dalam kehidupan mereka. Selain itu, cara ini juga digunakan untuk mengenali diri kekasih dengan lebih mendalam. Bukan senang tau untuk seorang lelaki mengambil sedikit masa mengimbau dan mengenang kembali kenangan lama apatah lagi sesuatu yang dirasakan penting bagi korang.



Berkongsi Masalah

Lumrah seorang lelaki, sukar untuk berkongsi masalah terutamanya yang melibatkan masalah peribadi. Mereka hanya akan berkongsi masalah kepada orang yang mereka betul-betul percaya sahaja. Sekiranya mereka sudah bersedia untuk berkongsi masalah, ini merupakan petunjuk bahawa sang Adam sudah mula mempercayai dan menerima  korang sebagai sebahagian daripada hidup.Tetapi awas!  korang  perlu bijak untuk mengesan sama ada luahan hati itu sebetulnya ikhlas atau hanya cuba untuk menagih simpati. Berhati-hatilah kerana seorang lelaki tidak akan menceritakan segala masalah jika baru sehari dua perkenalan kerana kebiasaannya ia akan mengambil masa yang lama. Jika pada permulaan perkenalan pelbagai masalah dikongsi oleh si dia,  korang  seharusnya lebih berhati-hati.


Percayalah pada isi hati dan naluri  korang .Jangan bertindak terlalu terburu-buru. Tiada gunanya mendambakan diri kepada yang tidak menghargai dan tidak menganggap korang sebagai seorang penting.Ingatlah bahawa  korang juga berhak berasa istimewa.


ni

"..entry copy paste je nie..."
thanks for reading this entry..
love,
aznishamsuddin
 campaign image  

Yay! Senangnya nak Dapat Duit Raya dari Annas Easkey

  No comments    
categories: 



saya suka Annas Easkey kerana

saya sukakan hasil kerja yang dihasilkan oleh Annas Easkey..gambar-gambar yang ohsem yang membuatkan setiap mata yang memandang berasa model tersebut begitu sempurna tanpa ada sedikit cacat cela pada dirinya..dan saya rasa beliau lah orang yang sesuai untuk merakam saat-saat yang terindah setiap orang..hasil yang begitu drastik dan sangat cantik..

baju raya saya bewarna
hitam dan hot pink..wow saya tak tahu kenapa saya memilih warna pun tersebut untuk raya tahun ini..sebab saya bukan jenis yang cerewet untuk pemilihan warna..

kata-kata semangat buat Annas Easkey
saya berharap abam Annas Easkey bersabar dengan dugaan yang abam alami huhu..saya tahu macam mane bila orang ambil hak kita tanpa kita ketahui..begitu sakit..yess orang akan cakap alaa blog je pun..memang tapi banyak kenangan dan coretan yang kita kongsikan selama ini..banyak memori yang tersimpan..so berharap oarang yang tidak mempunyai hati dan perasaan tersebut akan sedar dan meminta maaf dengan abam Annas Easkey..memandangkan hari raya bakal menjelma nie..saya rasa abam Annas Easkey boleh memaafkan "beliau"..so ape lagi kepada orang yang hack tue sila-sila lah ye...



thanks for reading this entry..
love,
aznishamsuddin
 campaign image  

Kad Raya Ohsem

  2 comments    
categories: ,



Dah lama tak hapdet blog rasanya kan..huhu sibuk sangat gayanya kan..sampai sekarang dah dekat nak raya persiapan raya 1 pun tak buat lagi..tengok??? kemaen sibuk lagi kan..hahaha okay kelmarin balik dari kerja dapat 1 bungkusan pos laju..wahhh eksited sungguh rasanya..hehehe

tapi semalam baru bukak..hahaha tengok betapa aku sangad sibuk hahaha...terima kasih kepada Wan Hazel sebab bagi kad raya dan tak lupa jugak kepada Kak Shida bagi kaen pasang dan kad raya yang comell..
terharu weh dapat kad raya sebab ade jugak yang ingat kat kite..hehe haa ade sape-sape nak bagi kite tak??boleh lah anta kat sini

C326 Jalan Kuantan Bandar Baru 28000 Temerloh Pahang

gedik betul kan :D
bye...

thanks for reading this entry..
love,
aznishamsuddin
 campaign image  

Wordless wednesday #Sekeping Kad Raya & Ferrero Rocher ♥ ♥ ♥

  3 comments    
categories: ,





thanks for reading this entry..
love,
aznishamsuddin

campaign image   

Kalau ada jodoh...

  2 comments    
categories: ,



for reading this entry..
love,
aznishamsuddin

campaign image