Kenal sudah hampir lima tahun,berkawan rapat sudah masuk tahun ketiga dan berkasih sayang hampir setahun lamanya, namun sudahkah korang mengenali ketelusan isi hati sang teruna? Betulkah si dia mahukan sesuatu yang kekal berpanjangan? Jom ketahui tanda-tanda utama yang menunjukkan si dia serius terhadap sesuatu perhubungan.
Perkenalkan Keluarga Dan Sahabat
Lelaki yang memandang berat terhadap perhubungan akan cuba untuk memperkenalkan pasangan kepada ahli keluarga atau rakan taulan yang rapat dengan dirinya. Ini menunjukkan bahawa mereka menganggap pasangan seorang yang penting dan bermakna dalam hidup.Pada kebiasaannya, seorang lelaki akan cuba untuk menyembunyikan hubungan yang mereka rasakan tidak serius. Ini adalah bagi mengelakkan perspektif negatif yang mungkin timbul daripada kaum keluarga.Namun, sekiranya mereka mempunyai alasan kukuh untuk tidak mengenalkan kepada ahli keluarga, sang kekasih pula perlu cuba untuk memahami situasi tersebut.Misalnya masa yang tidak kena atau keadaan yang tidak mengizinkan mereka berbuat sedemikian.
Mengambil Berat
Sudah menjadi tanggungjawab seorang lelaki untuk menjaga kaum yang lemah.Sekiranya sang arjuna mengambil berat terhadap setiap perkara yang korang lakukan,ia menunjukkan bahawa mereka benar-benar serius terhadap perhubungan itu. Ini kerana kebiasaannya, lelaki yang hanya berminat terhadap hubungan jangka pendek tidak akan mempedulikan apa yang dilakukan oleh pasangan mereka. Tiada perasaan tanggungjawab wujud terhadap diri korang timbul dalam sanubari. Ada kemungkinan juga para jejaka belum bersedia untuk berkongsi hidup lantaran hubungan yang dijalinkan berkisar untuk menghilangkan kesunyian diri. Tiba tahap apabila tidak lagi sunyi, korang mungkin akan ditinggalkan pula. sebagai bukti yang tidak disampaikan melalui kata-kata, kejerihan lelaki menghargai kehadiran teman istimewa dalam kehidupan mereka. Selain itu, cara ini juga digunakan untuk mengenali diri kekasih dengan lebih mendalam. Bukan senang tau untuk seorang lelaki mengambil sedikit masa mengimbau dan mengenang kembali kenangan lama apatah lagi sesuatu yang dirasakan penting bagi korang.
Berkongsi Masalah
Lumrah seorang lelaki, sukar untuk berkongsi masalah terutamanya yang melibatkan masalah peribadi. Mereka hanya akan berkongsi masalah kepada orang yang mereka betul-betul percaya sahaja. Sekiranya mereka sudah bersedia untuk berkongsi masalah, ini merupakan petunjuk bahawa sang Adam sudah mula mempercayai dan menerima korang sebagai sebahagian daripada hidup.Tetapi awas! korang perlu bijak untuk mengesan sama ada luahan hati itu sebetulnya ikhlas atau hanya cuba untuk menagih simpati. Berhati-hatilah kerana seorang lelaki tidak akan menceritakan segala masalah jika baru sehari dua perkenalan kerana kebiasaannya ia akan mengambil masa yang lama. Jika pada permulaan perkenalan pelbagai masalah dikongsi oleh si dia, korang seharusnya lebih berhati-hati.
Percayalah pada isi hati dan naluri korang .Jangan bertindak terlalu terburu-buru. Tiada gunanya mendambakan diri kepada yang tidak menghargai dan tidak menganggap korang sebagai seorang penting.Ingatlah bahawa korang juga berhak berasa istimewa.
"..entry copy paste je nie..."
thanks for reading this entry..
love,
aznishamsuddin
0 jejari comel:
Post a Comment
Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!