Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts
Kad Raya Ohsem
Dah lama tak hapdet blog rasanya kan..huhu sibuk sangat gayanya kan..sampai sekarang dah dekat nak raya persiapan raya 1 pun tak buat lagi..tengok??? kemaen sibuk lagi kan..hahaha okay kelmarin balik dari kerja dapat 1 bungkusan pos laju..wahhh eksited sungguh rasanya..hehehe
tapi semalam baru bukak..hahaha tengok betapa aku sangad sibuk hahaha...terima kasih kepada Wan Hazel sebab bagi kad raya dan tak lupa jugak kepada Kak Shida bagi kaen pasang dan kad raya yang comell..
terharu weh dapat kad raya sebab ade jugak yang ingat kat kite..hehe haa ade sape-sape nak bagi kite tak??boleh lah anta kat sini
C326 Jalan Kuantan Bandar Baru 28000 Temerloh Pahang
gedik betul kan :D
bye...
thanks for reading this entry..
love,
aznishamsuddin
selamat hari raya aidil adha...
Semakin hari semakin dekat kita dengan hari raya korban atau juga dikenali sebagai hari raya aidiladha. buad semua yang sudi datang follow mollow blog ney terima kaseh banyak-banyak ea...hehehe kepada yang balek kampung tue semoga hati-hati di jalan raya..huarghhh sedey sebab tak dapat balek kampung kat terengganu..kalau kat sana raya lagi meriah,,macam-macam hidangan ada..kalau kat pahang nan melaka biasa-biasa jekkk..so tak merasa sangad la hari raya ney..tapi rasa bertuah sebab tahun lepas beraya kat umak makde dapat tengok live cmne ibadah korban dijalankan..fuhhh real bebeh dapat tengok part lembu kena sembelih...subanallahhhhh....ok la tak mo bebel panjang-panjang nanti orang meluat pulak kan..hehehehe...
Bila ayam dah tak selera makan,,
kambing pula resah,,
lembu pura2 buat gila,,
unta jer nampak cool,,
tu tandanya raya korban dah dekat..
SELAMAT HARI RAYA KORBAN
lagu raya evergreen lebih menusuk kalbu...
alhamdulillah da 20 ramadhan..da dekat da na raya kan..huaaa tak sabar na tunggu..bila na dekat syawal kita mesti na dengar lagu raya kan..sebab baru terasa kemeriahan hari raya kan..tue belum campur mercun bunga api lagi hehehe,,nak nak plak lagu raya yang dulu-dulu kan..tapi dalam banyak-banyak lagu raya yang paling aku suka lagu raya Rafeah Buang Bila Takbir Bergema..perghhh memang syiokk la hehehe..dengar-dengar itu bedok telah berbunyi,,sebulan puasa tamatlah hari ini,,lekaslah adikku hiaskan rumahmu,,biar serba baru untuk para tamu..lalalalalala chewahhh ada bakat tak???..
hahahaha lagu-lagu lama yang laen pun aku suka jugak..cam lagu Sanisah Huri Aidilfitri,,Dayangku Intan Senandung Di Hari Raya Untukmu,,Rahimah Rahim Selamat Berhari Raya..hehee ada banyak lagik la..
bila dengar lagu-lagu raya nie aku ingat time aku kecik-kecik dulu..bangun awal nie terus pegi mandi pas siap mandi pakai baju raya..ealakan baju baru..da siap pakai makan dulu..pastue tunggu kawan-kawan datang rumah pegi kubur heee..da g kubur tue jangan harap la balik rumah sendiri..pegi beraya la..ape lagi kumpul duet raya ramai-ramai..dalam kocek baju jangan cakap la penuh dengan sampul duet raya..huishhh bestnya la time dulu-dulu..sekarang da besar takkan na buad cam tue kan..kalau da remaja siket da mula kumpul kad raya..sebelum cuti sekolah da collect alamat membe-membe clas..hahaha bila cuti anta kad kat membe-membe..kalau da tak sempat bagi pakai tangan terus..siap pesan baca kat rumah hehehe..
tapi sekarang,,,
orang da tak pakai kad raya..semua serba serbi canggih..paki sms,,mms,,email,,facebook nan twitter..kan best kalau tradisi mase kita kecik-kecik dulu diteruskan..huiashhhh tak sabar na raya..na balik jumpa ma abah kat rumah..huahua da la sambut ramdhan tak dapat balik..rinduuuu wehhh!!!!
jom kita layan lagu raya dulu..:)
Rafeah Buang- Bila Takbir Bergema
Dengar-dengar itu bedok telah berbunyi
Sebulan puasa tamatlah hari ini
Lekaslah adikku hiaskan rumahmu
Biar serba baru untuk para tamu
Jangan kau lupa ketupat di dapur
Rendang di kuali jangan biar hangus
Cuba lihat itu kanak-kanak berlari
Di halaman rumah bermain bunga api
Bangunlah anakku pakai baju baru
Kawanmu semua telahpun menunggu
Dapatkan ayahanda sujud di kakinya
Serta jangan lupa nindamu kedua
Kita bermaaf dengan keikhlasan
Moga bertambah rahmat dari Tuhan
Dengar-dengar itu takbir sedang bergema
Hening dan mulia di pagi hari raya
Sebulan puasa tamatlah hari ini
Lekaslah adikku hiaskan rumahmu
Biar serba baru untuk para tamu
Jangan kau lupa ketupat di dapur
Rendang di kuali jangan biar hangus
Cuba lihat itu kanak-kanak berlari
Di halaman rumah bermain bunga api
Bangunlah anakku pakai baju baru
Kawanmu semua telahpun menunggu
Dapatkan ayahanda sujud di kakinya
Serta jangan lupa nindamu kedua
Kita bermaaf dengan keikhlasan
Moga bertambah rahmat dari Tuhan
Dengar-dengar itu takbir sedang bergema
Hening dan mulia di pagi hari raya
Sanisah Huri- Aidilfitri
Kini tiba masanya berhari raya
Muslimin dan muslimat sembahyang bersama
Menyembahkan diri pada yang kuasa
Bermaaf dan maafan di antara kita
Sesudah bersembahyang di pagi hari
Menziarah pusara kaum keluarga
Bunga ditabur doa pun dibaca
Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat
Selamat hari raya hari mulia
Dari hati ke hati kutujukan kata
Untuk ayah bonda dan juga keluarga
Putera puteri negara di sempadan sana
Allah Allah Allahu Akbar (2x)
Kepada suaminya yang dikasihi
Maaf zahir dan batin mohon si isteri
Kalau salah terkasar bahasaku
Ampun dan maaf kekanda yang dinda harapkan
Kepada kekasihku yang baik budi
Bimbingan dan panduan selalu diberi
Kalau kusalah silap kau maafkan
Mudah-mudahan kita akan berkekalan
Allah Allah Allahu Akbar (2x)
Muslimin dan muslimat sembahyang bersama
Menyembahkan diri pada yang kuasa
Bermaaf dan maafan di antara kita
Sesudah bersembahyang di pagi hari
Menziarah pusara kaum keluarga
Bunga ditabur doa pun dibaca
Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat
Selamat hari raya hari mulia
Dari hati ke hati kutujukan kata
Untuk ayah bonda dan juga keluarga
Putera puteri negara di sempadan sana
Allah Allah Allahu Akbar (2x)
Kepada suaminya yang dikasihi
Maaf zahir dan batin mohon si isteri
Kalau salah terkasar bahasaku
Ampun dan maaf kekanda yang dinda harapkan
Kepada kekasihku yang baik budi
Bimbingan dan panduan selalu diberi
Kalau kusalah silap kau maafkan
Mudah-mudahan kita akan berkekalan
Allah Allah Allahu Akbar (2x)
Dayangku Intan - Senandung Di Hari Raya Untukmu
Ku senandungkan lagu untuk mu yang jauh di mata
Daku kirimkan kasih di angin lalu
Semoga kan hilang rasa rindu
Hilang pilu resah di kalbu
Maafkan daku kerana tak dapat bersama mu sayang
Di hari raya hari yang bahagia
Kerana tugas pada negara
Dan semoga kekal sejahtera
Ku harap dikau gembira
Oh di samping ayah serta bonda
Untuk keluarga tercinta
Ku ucapkan Selamat Hari Raya
Dengarlah sayang aku hulur pengganti diriku
Semoga kau akan terhibur selalu
Di dalam suasana hari raya
Terimalah dengan rasa bangga
Rahimah Rahim-Selamat Berhari Raya
Selamat berhari raya
Ucapan ku untuk semua
Kita mengeratkan semula
Hubungan saudara
Yang terpisah
Yang jauh berkirim salam
Yang dekat berkunjung-kunjungan
Maaf dipinta dan diberi
Semoga ikatan berkekalan abadi
Dalam kita bergembira
Pasti ada yang berduka
Enak menjamu selera
Jangan lupa yang tiada
Selamat berhari raya
Walau di mana kau berada
Suka-duka silih berganti
Apa pun dugaan
Tabahlah menghadapi
Ucapan ku untuk semua
Kita mengeratkan semula
Hubungan saudara
Yang terpisah
Yang jauh berkirim salam
Yang dekat berkunjung-kunjungan
Maaf dipinta dan diberi
Semoga ikatan berkekalan abadi
Dalam kita bergembira
Pasti ada yang berduka
Enak menjamu selera
Jangan lupa yang tiada
Selamat berhari raya
Walau di mana kau berada
Suka-duka silih berganti
Apa pun dugaan
Tabahlah menghadapi
Subscribe to:
Posts (Atom)