Mengapa kita dicipta?

  No comments    
categories: 
Pada satu ketika, saya menonton sebuah rancangan realiti yang memaparkan kerenah bayi yang baru belajar berjalan. Untuk episod kali itu, mereka meletakkan beberapa orang bayi di satu sudut, kemudian jauh bertentangan dari sudut itu merekamembunyikan permainan yang boleh menarik perhatian anak-anak kecil itu. Ternyata mereka berjaya. Bayi-bayi comel itu menoleh ke arah permainan tersebut dan terus bertatih cuba mendapatkannya. Permainan yang dibunyikan itu jelas menjadi matlamat mereka. 

Namun, di pertengahan jalan, sengaja di letakkan beberapa alat permainan lain khusus untuk mengganggu fokus bayi-bayi tersebut. Ada bola, ada cermin, kerusi dan sebagainya. Oh, ternyata fokus si kecil itu benar-benar terganggu. Nampaknya ada yang sudah ralit dan terpesona melihat wajah sendiri di cermin, ada yang sibuk dengan bola dan ada juga yang sedang menangis kerana gagal memanjat kerusi. Oh, mereka sudah terlupa dengan ‘matlamat utama’ mereka. Alahai, betapa comelnya! Terkekeh-kekeh saya ketawa. 



Namun dalam ketawa, minda kecil ini bagai dijentik sesuatu. Kalau mahu dijadikan ibarat, sebenarnya hidup kita juga begitu. Umpama bayi kecil itu, kita tahu matlamat utama kita. Namun adakalanya, kita hilang fokus terhadapnya. Mungkin ada sesuatu yang buat kita terpesona. Mungkin ada sesuatu yang buat kita terluka dan menjeruk rasa. Lalu buat seketika, kita lupa kepada yang lebih utama dari yang utama. 

Sahabat-sahabatku yang baik, begitulah kita dalam memenuhi tuntutan hidup sebagai seorang khalifah. Kadang-kala ujian dan godaan hidup ini membuat kita kalah. Lupa kepada Allah. Lupa kepada tuntutan dakwah. Benar, kita hanya manusia biasa dan itulah kelemahan kita yang cukup nyata. Mudah hilang fokus. Mudah terbawa-bawa dengan apa yang ada di persekitaran kita. 

Namun mujur kita bukan bayi kecil itu. Syukur kerana kita sudah dewasa dan sudah punya akal yang jitu. Justeru, bangkit segera. Meski terpesona dengan godaan dunia, meski kecewa dengan ujian yang melanda, jangan berlama-lama. Kembalikan fokus kita . 

Dunia yang ada ini hanya sementara. Kita perlu mencari bekal untuk ke dunia yang kekal buat selama-lamanya. Lap air mata. Hentikan ketawa yang sia-sia. Pujuklah hati kita untuk kembali memikirkan satu perkara. Mengapa kita dicipta? 


---------------------------------------------------------------------------------------------
SEBARKAN KEBAIKAN. SALING BERPESAN-PESAN
LIKE & SHARE

Like fanpage saya
  
hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.

0 jejari comel:

Post a Comment

Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!