Minum Air Gula


Sekarang nie Azney dah masuk 25 minggu, so minggu lepas nurse buat temujanji untuk minum air gula. Pagi tadi Azney buatlah ujian air gula. Apa itu air gula? Air gula ialah Modified Glucose Tolerance Test (MGGT)Kenapa kena minum air gula? Ujian ni untuk mengesan penyakit kencing manis semasa hamil - Gestational Diabetes Mellitus (GDM). Darah kena amek sebotol kecik pastu nurse bagi air gula segelas. Kena habiskan segelas pulak tue. Pergh.. memang manis betul la air gula tu. Rasa melekat kat tekak. lepas minum terus rasa pening-pening.Rasa nak muntah pun ada. Mujur tak muntah kalau tidak kena minum segelas lagi. lepas minum kena tunggu selama 2 jam lagi sementara darah kena amek sebotol lagi. jangan korang pegi makan pulak, duk berehat ke apa ke janji jangan makan sebab nanti amek darah lagi. selepas darah dah amek baru boleh makan. 


Penting jugak ujian (MGGT) nie sebab kadang-kadang ibu hamil nie berisiko untuk dapat kencing manis semasa hamil (GDM). fuhhh elok-elok tak pregnant takde tapi bila pregnant ada pulak kencing manis. naya betul rasa kan hehehe.


Gestational Diabetes atau juga dikenali sebagai Gestational Diabetes Melitus (GDM) adalah sejenis penyakit kencing manis ketika hamil. Ini lah penyakit yang hanya timbul apabila seseorang itu hamil sedangkan semasa belum hamil dia tidak mempunyai penyakit ini.Sekarang mana-mana wanita mengandung berumur 25 tahun keatas wajib minum air gula kerana risiko kencing manis kerap berlaku dalam lingkungan umur ini.


Antara ibu hamil yang berisiko dapat GDM ni:
  • berat badan berlebihan sebelum hamil (dengan BMI lebih daripada 30);
  • pernah melahirkan bayi besar dengan berat 4kg atau lebih;
  • pernah menghidap GDM dalam kehamilan sebelum ini;
  • sejarah keluarga dengan diabetes (ibu atau bapa, adik-beradik atau anak menghidap diabetes).
  • Jangkitan Kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada kulit

Apakah itu Ujian MGTT?

Untuk prosedur MGTT (modified glucose tolerance test), ibu-ibu akan diminta puasa bermula jam 10 malam pada hari sebelum temujanji di klinik.

Pagi esok pukul 8 pagi di klinik, darah dalam 2-3 ml akan diambil buat pertama kali untuk diuji kandungan glukosa.

Ibu-ibu kemudian perlu minum air glukosa yang disediakan - 75 mg glukosa dalam 200 ml air kosong.

Dua jam kemudian, darah akan diambil sekali lagi untuk melihat tahap toleransi ibu-ibu pada gula (penghasilan insulin atau tidak) dan kandungan glukos dalam darah.


Tips minum Air Gula :
1 Minum masa air tu masih suam.
2 Minum jangan berhenti. Sekali harung je, habiskan semua dalam cawan tu.
3 Basuh cawan sendiri. ( Hahaha, yang ni depends on klinik yang korang pegi tu lah )
4 Stanby air masak. Boleh bilas balik rasa manis dalam mulut.

Berapa Bacaan Normal Kadar Gula Dalam Darah?

Secara umumnya bacaan yang biasa di ambil untuk ibu mengandung di Malaysia adalah seperti berikut :
  • FBS (Fasting Blood Sugar) - Bacaan pertama yang diambil pada sampel darah yang di ambil ketika kita sampai di klinik. Normal : 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L
  • 2 Jam selepas - Bacaan yang di ambil pada sampel darah selepas 2 jam ibu hamil minum air glukos/air gula. Normal : < 7.8 mmol/L

Reference Range
  • Normal : < 7.8 mmol/L
  • Impaired : 7.8 mmol/L - 11.0 mmol/L
  • Diabetic : 11.1 mmol/L

result tak keluar lagi sebab lepas amek darah yang kedua azney terus balik office. memang tak larat sebab pening-pening. Erul ajak makan tapi Azney risau muntah pulak lepas makan. So Azney tapau nasi goreng jela kot-kot nanti bila lapar boleh makan. Ermmm sampai office tak sempat nak makan pun lagi azney terus muntah huhu mujur la tak muntah masa minum air gula tadi kalau tak kena repeat semula huhuhu. lepas muntah baru ada selera nak makan. Lega sikit sebab lapar terus rasa. Risau pulak bila teringat result nanti. huhu 


".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Done Renewal Domain



Dah masuk tahun ketiga azney pakai domain azneyshamsuddin.com. Dulu masa mula-mula buat blog pakai zaidatulaznishamsuddin.blogspot.com fuhhhh kemain panjang lagi link blog hahaha. jenuh nak taip hehe dulu-dulu mana reti nak letak link blog pakai bantai je hahaha.


memang azney puas hati selama menggunakan domain dari NetKL. lancar je tak de problem. kalau tak de problem takkan boleh stay sampai 3 tahun kan hehehe. ada webmail, domain sendiri pastu tak de masalah domain cam sesetengah orang lain dan yang paling penting murah je hehehe. Tak sampai sejam bayar terus renewal. Azney renewal setahun je hehehe. lagipun confirm tak lupa sebab NetKL akan hantar email 2 minggu awal untuk reminder tentang renewal domain. so tak jadi masalah pun kalau renewal setahun. kalau nak renewal 2 tahun terus pun tak pe. tak de hal punya. 








".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Congo Bars


Hai !! Selamat Hari Raya Aidil Adha semua rasa nya tak terlambat lagi nak ucap hehehe. Hari raya baru nie sempat singgah rumah makcik Erul, kebetulan sangat sepupu Erul ada buat Congo Bars, Ya Allah sedap gilos uolss. hihihi Haaa sementara kenkonon ada niat di hati nak buat nie Azney google dan save dulu resepi Congo Bars nie. Tengok cam senang je tapi tak tau jadi ke idok nanti hahaha. Resepi nie Azney copy paste dari Azlita Masam Manis tue. hehehe



Congo Bars kredit : Azlita Masam Manis

Bahan-bahan :
  • 315 gm tepung gandum
  • 2 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 150 gm butter
  • 320 gm gula perang - boleh kurangkan
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 250 gm chocolate chips
  • 1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional
  • Kepingan badam untuk taburan - optional

Cara Menyediakan :
  1. Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
  4. Masukkan esen vanila.
  5. Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
  6. Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
  7. Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
  8. Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.


".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Ruam dan gatal semasa mengandung ?



Amaran!! Entry kali nie panjang sangat hehehe sila sediakan masa yang sebaik mungkin untuk membaca hahaha.


Time pregnant kali nie Azney mengalami gatal-gatal bila masuk trimester kedua. Waktu trimester pertama dulu muntah-muntah tak kira masa. haishhh banyak pulak alahan huhu. kat mana-mana mesti nak tergaru-garu. sampai membebel Erul sebab risau tinggal parut. Ermmmm memang penuh dah parut kat kaki penuh dengan duit syiling 1 sen hahaha. tapi nak buat macam mana dah memang gatal sangat. sampai 1 tahap bila mandi Azney sental dengan berus sabut sebab terlalu gatal. Bukan kat kaki je tapi seluruh badan gatal. 

penyelamat !!

Aishhh hari pertama boleh tahan lagi, kedua pun dok tahan lagi masuk hari ketiga dah tak leh tahan. Sapu Vco Pure Oil Catalyst kat tempat yang gatal-gatal. Mujur ada jugak kesan yang okay, gatal-gatal dah kurang, Azney sapu bila terasa terketik-ketik kalau tak memang Azney garu lah. Bahaya guna kuku nie. sebab kuman mana kita nak nampak kan. sental sini garu sana . pindah merata-rata dah kuman hehehe. Nak buat kerja kat opis pun tak senang yelah asyik tergaru-garu je. mujur ada VCO. Memang membantu sangat lah. Selepas mandi sapu kat tempat gatal nak-nak kat perut kekonon takut ada strectmark dengan parut. Sapu kat kaki yang gatal tue. Last-last ke hulu ke hilir duk usung VCO. Kat opis bawak, pasar bawak, sebab kalau gatal masuk tandas ke masuk kete ke boleh sapu kan hehe tak de lah macam beruk makyeh je tergaru-garu.

perut mengandung idaman setiap ibu mengandung hehe

ada lah perubahan dari takde selepas menggunakan VCO


Selain VCO yang jenis liquid Azney makan jenis Vco Softgel Catalyst, orang kata sesuai untuk ibu mengandung sebab senang beranak nanti. Mana-mana boleh je makan tapi saje gedik liquid untuk luaran softgel untuk makan haha. kenkonon taknak share padahal boleh je.Azney consume sekarang nie dah masuk 2 minggu try VCO softgel.Azney pun ada masalah HB Low. Orang kata memang sesuai. Tak tau la ada kesan tak sebab esok baru nak checkup huhu. nebes jugak sebab ubat KK dah lama tak makan sebab tinggal kat rumah mak, sekarang nie tinggal kat rumah MIL sementara MIL pergi Mekah.


Banyak sangat kebaikan VCO nie kalau nak terangkan sampai besok belum tentu habis. So azney listkan antara kebaikan VCO untuk perempuan hamil terutamanya. Orang tak mengandung pun boleh pakai makan VCO jugak. Kiranya semua lapisan lah boleh guna makan pakai VCO nie. Kelebihan dan kegunaan VCO Azney ada share kat sini sebelum nie. Oleh sebab rajin nie Azney share lagi dengan korang hehehe


Kebaikan VCO 
  • Menghilangkan jerawat/parut, bintik hitam & putih, kulit berminyak, kulit kering
  • Menghilangkan strechmark.
  • Tiada masalah keputihan ketika hamil.
  • Membekalkan tenaga segera yang mencegah rasa letih dan mengantuk
  • Membantu mengurangkan 'morning sickness' iaitu loya dan muntah di awal pagi atau alahan yang teruk (ibu hamil)
  • Berupaya memperbaiki kandungan asid di dalam rahim dan mengimbangi paras hormon wanita yang sentiasa berubah-ubah.
  • Mengawal paras hormon dan kesuburan serta meningkatkan metabolisme badan.
  • Proses bersalin secara normal juga menjadi lebih mudah dan lancar.
  • Mengurangkan risiko komplikasi dan mengelakkan kelahiran tidak cukup bulan (pramatang).
  • Mengurangkan sembelit/buasir yang sering dihadapi kerana ia memperbaiki sistem penghadaman dan pencernaan.
  • Mengawal kandungan gula dalam darah seoanjang kehamilan.
  • Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi semasa hamil.
  • Meningkatkan kualiti persekitaran rahim & susu ibu
  • Kulit bayi lebih lembut & mengurangkan masalah juandise/demam kuning pada bayi.
  • Sebagai minyak urut bagi rawatan ibu-ibu dalam pantang.
  • Dapat mengelakkan kekejangan dan rasa tegang semasa hamil (sapu pada betis dan peha)
  • Sapuan pada luka bersalin juga akan mencegah jangkitan kuman, mempercepatkan proses penyembuhan dan mengelakkan parut.

Kebaikan VCO yang dirasai

Kulit
  • Menghilangkan parut jerawat dan stretchmark bagi pada perut wanita yang hamil.
  • Masalah kulit berjerawat, berminyak, dan kering berkurangan.
  • Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
  • Jerawat cepat kecut dan susut
Rambut
  • Mengurangkan keguguran rambut.
  • Rambut lebih sihat dan bermaya
Metabolisma tubuh
  • Mengembalikan berat badan yang ideal dengan meningkatkan atau menurunkan berat badan 
  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin
  • Melindungi tubuh daripada kanser.
  • Sistem penghadaman lebih baik
  • Melawaskan masalah buang air besar & sembelit
  • Batuk dan selsema cepat hilang dengan menguatkan sistem imun tubuh
  • Mengurangkan masalah tidur berdengkur
Dalaman Wanita
  • Mengurangkan senggugut
  • Kesuburan
  • Kitaran haid lebih teratur
Wanita mengandung
  • Kurang masalah keletihan dan tidak bertenaga
  • Masalah jerawat atau kulit berminyak berkurangan walaupun perubahan hormon berlaku sewaktu kehamilan
  • Mengurangkan masalah sembelit
  • Tiada masalah keputihan sewaktu hamil
  • Masalah kulit meregang/merekah (stretchmark) dapat diatasi
  • Kulit bayi cantik, tiada jaundis/demam kuning

Azney google lah tentang ruam dan gatal-gatal nie. Kot-kot Azney sorang je yang kena sewaktu pregnant. Rupanya ramai yang kena alahan cam nie. Kebanyakkan ramai suggestkan VCO untuk mengatasi ruam dan kegatalan. kalau dah teruk sangat tue pergi jumpa doktor okay kot-kot ada penyakit lain macam yang azney jumpa nie.  



Kegatalan teruk ketika hamil




Rasa gatal yang teruk pada seluruh badan terutamanya pada waktu malam, serta gatal pada tapak tangan dan tapal kaki boleh jadi tanda satu penyakit hati yang jarang berlaku. Penyakit ini dikenali sebagai obstetric cholestasis (OC) atau kolestasis dalam kehamilan atau kolestasis intrahepatik dalam kehamilan (intrahepatic cholestasis of pregnancy-ICP) dan hanya boleh berlaku kepada wanita hamil.



Intrahati kehamilan (ICP) iaitu sejenis penyakit hati yang mampu mendatangkan risiko maut pada bayi jika tidak dirawat. Punca utamanya adalah disebabkan kandungan asid hempedu yang terlalu tinggi. Asid berkenaan yang berfungsi membantu proses penghadaman. Jika anda penghidap ICP, jumlah hempedu yang masuk ke usus kecil anda berkurangan.



Ini bermakna, gara hempedu akan mula terkumpul dalam badan anda. Asid hempedu menjadi toksin apabila ia terkumpul dan mampu memberi kesan buruk kepada jantung bayi. Ia sekaligus menyebabkan perubahan pada denyutan jantung bayi yng tidak dapat dikesan oleh alat denyutan jantung.



Penyakit ini digambarkan sebagai kegatalan yang tidak mampu dijelaskan dengan mata kasar. Kebiasaannya, ia terjadi tanpa timbulnya ruam. Bagaimanapun, ibu mengandung boleh menyedari dirinya dijangkiti ICP menerusi perubahan warna gelap pada air kencing, rasa tidak sihat dan lemah badan.


Ruam dan gatal semasa hamil

Ruam dan kegatalan sementara yang datang dan pergi tanpa sebab-sebab tertentu adalah perkara biasa dalam kehamilan. Peningkatan tahap hormon membuatkan anda lebih sensitif apabila bersentuhan dengan bahan-bahan tertentu yang biasanya tidak mempunyai kesan apa-apa. Contohnya, anda mungkin lebih sensitif terhadap klorin dalam kolam mandi.
SUMBER

Bahayakan kalau terlalu teruk. Sampai boleh membawa kematian baby pulak tu. huishhh risau pulak rasa. mujur Azney tak serius sangat. Oh ya sapa-sapa yang terasa teringin untuk mendapatkan VCO nie boleh lah contact Azney sebab Azney ada jual VCO nie hehe. Sambil-sambilan kononya. Yelah benda baik mestilah kita kongsi bersama kan . Harga asal RM39.90 tapi azney jual RM35.00 sahaja tak termasuk postage. Beli 2 jenis VCO jimat postage  :)


Vco Pure Oil Catalyst RM35
Vco Softgel Catalyst RM35
POSTAGE RM6 SM RM10SS

+6019-9415976
WhatsApp




".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Strawberry Cheese Cake




Strawberry Cheese Cake 
C&P : Kak Hana & syapex kitchen

Bahan-bahan

Bahan-bahan A:
-250 gm biskut mudah hadam - hana cume buh 180g je [ aku guna 180gm biskut oreo ]
-125 gm mentega tanpa garam - hana buh 90g

Bahan-bahan B:
-200 ml krim putar(whipping cream) - hana campur yogurt
-250 gm krim keju
-165 gm gula kastor - hana buh 140g
-1 sudu besar jus lemon

Bahan-bahan C:
-15 gm gelatin halal
-100ml air
* campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit (hana gune air panas, kacau dan sejuk kan)

Bahan-bahan D
-1 pack strawberry - potong jgn besar sgt, nanti berat dan jatuh ke bawah.

Topping:
-150 ml jus strawberry - hana gune jem stoberi jerk + 1sudu mkn gelatin + air sedikit = msk secara double boiler. Suamkan seketika then curahkan atas kek .
-1 sudu besar tepung jagung - x ltk

* Untuk topping aku guna strawberry filling. Cairkan dengan sedikit air panas



Cara-cara

Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci [ aku guna 7'' ].
Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim cheese td keatas adunan biskut.Ratakan dan letakkan buah strawberry.Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam. (hana dan k .zai cume masuk k an 2jam jerk sbb dh k eras)
Buat topping dgn mencampurkan jus strawberry dan tpg jagung.Masak atas api yg kecil.Apabila telah mendidih,tutup api. - utk topping hana buat seperti di atas.
Tuangkan jus stoberi hingga habis. Atur buah stoberi. simpan dlm peti ais skali lagi sebelum dihidangkan.




".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang