Showing posts with label Kenapa kena minum air gula ?. Show all posts
Showing posts with label Kenapa kena minum air gula ?. Show all posts

Result Air Gula (MGTT)




Oh yeahhhh !!! Alhamdulillah result air gula dah keluar. hehe Memula nebes jugakkan kot-kot kena repeat ke pastu ada kecing manis ke tapi alhamdulillah result Ujian MGTT Azney okay. Tue pun nurse amek kat Lab sebab kertas result tak jumpa lagi huhu. Tak tahu lah camne orang lab nie buat kerja bak kata nurse yang pantau Azney hehehe.


Nie dia result air gula tue. Alhamdulillah normal . oh yeahhh. 



Apa itu MGTT ( Modified Glucose Tolerance Test ) Azney dah terangkan waktu kena minum air gula minggu lepas . Semalam result pun dah keluar. Kena standby untuk suntikan ATT pulak lagi 2 minggu. Tapi kali nie kalai yang ke 2 .Sakitt ooo . @ minggu lepas dah kena sekali. Nanti Azney cerita tentang ATT nie ye .


".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Minum Air Gula


Sekarang nie Azney dah masuk 25 minggu, so minggu lepas nurse buat temujanji untuk minum air gula. Pagi tadi Azney buatlah ujian air gula. Apa itu air gula? Air gula ialah Modified Glucose Tolerance Test (MGGT)Kenapa kena minum air gula? Ujian ni untuk mengesan penyakit kencing manis semasa hamil - Gestational Diabetes Mellitus (GDM). Darah kena amek sebotol kecik pastu nurse bagi air gula segelas. Kena habiskan segelas pulak tue. Pergh.. memang manis betul la air gula tu. Rasa melekat kat tekak. lepas minum terus rasa pening-pening.Rasa nak muntah pun ada. Mujur tak muntah kalau tidak kena minum segelas lagi. lepas minum kena tunggu selama 2 jam lagi sementara darah kena amek sebotol lagi. jangan korang pegi makan pulak, duk berehat ke apa ke janji jangan makan sebab nanti amek darah lagi. selepas darah dah amek baru boleh makan. 


Penting jugak ujian (MGGT) nie sebab kadang-kadang ibu hamil nie berisiko untuk dapat kencing manis semasa hamil (GDM). fuhhh elok-elok tak pregnant takde tapi bila pregnant ada pulak kencing manis. naya betul rasa kan hehehe.


Gestational Diabetes atau juga dikenali sebagai Gestational Diabetes Melitus (GDM) adalah sejenis penyakit kencing manis ketika hamil. Ini lah penyakit yang hanya timbul apabila seseorang itu hamil sedangkan semasa belum hamil dia tidak mempunyai penyakit ini.Sekarang mana-mana wanita mengandung berumur 25 tahun keatas wajib minum air gula kerana risiko kencing manis kerap berlaku dalam lingkungan umur ini.


Antara ibu hamil yang berisiko dapat GDM ni:
  • berat badan berlebihan sebelum hamil (dengan BMI lebih daripada 30);
  • pernah melahirkan bayi besar dengan berat 4kg atau lebih;
  • pernah menghidap GDM dalam kehamilan sebelum ini;
  • sejarah keluarga dengan diabetes (ibu atau bapa, adik-beradik atau anak menghidap diabetes).
  • Jangkitan Kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada kulit

Apakah itu Ujian MGTT?

Untuk prosedur MGTT (modified glucose tolerance test), ibu-ibu akan diminta puasa bermula jam 10 malam pada hari sebelum temujanji di klinik.

Pagi esok pukul 8 pagi di klinik, darah dalam 2-3 ml akan diambil buat pertama kali untuk diuji kandungan glukosa.

Ibu-ibu kemudian perlu minum air glukosa yang disediakan - 75 mg glukosa dalam 200 ml air kosong.

Dua jam kemudian, darah akan diambil sekali lagi untuk melihat tahap toleransi ibu-ibu pada gula (penghasilan insulin atau tidak) dan kandungan glukos dalam darah.


Tips minum Air Gula :
1 Minum masa air tu masih suam.
2 Minum jangan berhenti. Sekali harung je, habiskan semua dalam cawan tu.
3 Basuh cawan sendiri. ( Hahaha, yang ni depends on klinik yang korang pegi tu lah )
4 Stanby air masak. Boleh bilas balik rasa manis dalam mulut.

Berapa Bacaan Normal Kadar Gula Dalam Darah?

Secara umumnya bacaan yang biasa di ambil untuk ibu mengandung di Malaysia adalah seperti berikut :
  • FBS (Fasting Blood Sugar) - Bacaan pertama yang diambil pada sampel darah yang di ambil ketika kita sampai di klinik. Normal : 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L
  • 2 Jam selepas - Bacaan yang di ambil pada sampel darah selepas 2 jam ibu hamil minum air glukos/air gula. Normal : < 7.8 mmol/L

Reference Range
  • Normal : < 7.8 mmol/L
  • Impaired : 7.8 mmol/L - 11.0 mmol/L
  • Diabetic : 11.1 mmol/L

result tak keluar lagi sebab lepas amek darah yang kedua azney terus balik office. memang tak larat sebab pening-pening. Erul ajak makan tapi Azney risau muntah pulak lepas makan. So Azney tapau nasi goreng jela kot-kot nanti bila lapar boleh makan. Ermmm sampai office tak sempat nak makan pun lagi azney terus muntah huhu mujur la tak muntah masa minum air gula tadi kalau tak kena repeat semula huhuhu. lepas muntah baru ada selera nak makan. Lega sikit sebab lapar terus rasa. Risau pulak bila teringat result nanti. huhu 


".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang