Amaran!! Entry kali nie panjang sangat hehehe sila sediakan masa yang sebaik mungkin untuk membaca hahaha.
Time pregnant kali nie Azney mengalami gatal-gatal bila masuk trimester kedua. Waktu trimester pertama dulu muntah-muntah tak kira masa. haishhh banyak pulak alahan huhu. kat mana-mana mesti nak tergaru-garu. sampai membebel Erul sebab risau tinggal parut. Ermmmm memang penuh dah parut kat kaki penuh dengan duit syiling 1 sen hahaha. tapi nak buat macam mana dah memang gatal sangat. sampai 1 tahap bila mandi Azney sental dengan berus sabut sebab terlalu gatal. Bukan kat kaki je tapi seluruh badan gatal.
penyelamat !!
Aishhh hari pertama boleh tahan lagi, kedua pun dok tahan lagi masuk hari ketiga dah tak leh tahan. Sapu Vco Pure Oil Catalyst kat tempat yang gatal-gatal. Mujur ada jugak kesan yang okay, gatal-gatal dah kurang, Azney sapu bila terasa terketik-ketik kalau tak memang Azney garu lah. Bahaya guna kuku nie. sebab kuman mana kita nak nampak kan. sental sini garu sana . pindah merata-rata dah kuman hehehe. Nak buat kerja kat opis pun tak senang yelah asyik tergaru-garu je. mujur ada VCO. Memang membantu sangat lah. Selepas mandi sapu kat tempat gatal nak-nak kat perut kekonon takut ada strectmark dengan parut. Sapu kat kaki yang gatal tue. Last-last ke hulu ke hilir duk usung VCO. Kat opis bawak, pasar bawak, sebab kalau gatal masuk tandas ke masuk kete ke boleh sapu kan hehe tak de lah macam beruk makyeh je tergaru-garu.
perut mengandung idaman setiap ibu mengandung hehe
ada lah perubahan dari takde selepas menggunakan VCO
Selain VCO yang jenis liquid Azney makan jenis Vco Softgel Catalyst, orang kata sesuai untuk ibu mengandung sebab senang beranak nanti. Mana-mana boleh je makan tapi saje gedik liquid untuk luaran softgel untuk makan haha. kenkonon taknak share padahal boleh je.Azney consume sekarang nie dah masuk 2 minggu try VCO softgel.Azney pun ada masalah HB Low. Orang kata memang sesuai. Tak tau la ada kesan tak sebab esok baru nak checkup huhu. nebes jugak sebab ubat KK dah lama tak makan sebab tinggal kat rumah mak, sekarang nie tinggal kat rumah MIL sementara MIL pergi Mekah.
Banyak sangat kebaikan VCO nie kalau nak terangkan sampai besok belum tentu habis. So azney listkan antara kebaikan VCO untuk perempuan hamil terutamanya. Orang tak mengandung pun boleh pakai makan VCO jugak. Kiranya semua lapisan lah boleh guna makan pakai VCO nie. Kelebihan dan kegunaan VCO Azney ada share kat sini sebelum nie. Oleh sebab rajin nie Azney share lagi dengan korang hehehe
Kebaikan VCO
- Menghilangkan jerawat/parut, bintik hitam & putih, kulit berminyak, kulit kering
- Menghilangkan strechmark.
- Tiada masalah keputihan ketika hamil.
- Membekalkan tenaga segera yang mencegah rasa letih dan mengantuk
- Membantu mengurangkan 'morning sickness' iaitu loya dan muntah di awal pagi atau alahan yang teruk (ibu hamil)
- Berupaya memperbaiki kandungan asid di dalam rahim dan mengimbangi paras hormon wanita yang sentiasa berubah-ubah.
- Mengawal paras hormon dan kesuburan serta meningkatkan metabolisme badan.
- Proses bersalin secara normal juga menjadi lebih mudah dan lancar.
- Mengurangkan risiko komplikasi dan mengelakkan kelahiran tidak cukup bulan (pramatang).
- Mengurangkan sembelit/buasir yang sering dihadapi kerana ia memperbaiki sistem penghadaman dan pencernaan.
- Mengawal kandungan gula dalam darah seoanjang kehamilan.
- Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi semasa hamil.
- Meningkatkan kualiti persekitaran rahim & susu ibu
- Kulit bayi lebih lembut & mengurangkan masalah juandise/demam kuning pada bayi.
- Sebagai minyak urut bagi rawatan ibu-ibu dalam pantang.
- Dapat mengelakkan kekejangan dan rasa tegang semasa hamil (sapu pada betis dan peha)
- Sapuan pada luka bersalin juga akan mencegah jangkitan kuman, mempercepatkan proses penyembuhan dan mengelakkan parut.
Kebaikan VCO yang dirasai
Kulit
Ruam dan gatal semasa hamil
Bahayakan kalau terlalu teruk. Sampai boleh membawa kematian baby pulak tu. huishhh risau pulak rasa. mujur Azney tak serius sangat. Oh ya sapa-sapa yang terasa teringin untuk mendapatkan VCO nie boleh lah contact Azney sebab Azney ada jual VCO nie hehe. Sambil-sambilan kononya. Yelah benda baik mestilah kita kongsi bersama kan . Harga asal RM39.90 tapi azney jual RM35.00 sahaja tak termasuk postage. Beli 2 jenis VCO jimat postage :)
- Menghilangkan parut jerawat dan stretchmark bagi pada perut wanita yang hamil.
- Masalah kulit berjerawat, berminyak, dan kering berkurangan.
- Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
- Jerawat cepat kecut dan susut
- Mengurangkan keguguran rambut.
- Rambut lebih sihat dan bermaya
- Mengembalikan berat badan yang ideal dengan meningkatkan atau menurunkan berat badan
- Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
- Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin
- Melindungi tubuh daripada kanser.
- Sistem penghadaman lebih baik
- Melawaskan masalah buang air besar & sembelit
- Batuk dan selsema cepat hilang dengan menguatkan sistem imun tubuh
- Mengurangkan masalah tidur berdengkur
- Mengurangkan senggugut
- Kesuburan
- Kitaran haid lebih teratur
- Kurang masalah keletihan dan tidak bertenaga
- Masalah jerawat atau kulit berminyak berkurangan walaupun perubahan hormon berlaku sewaktu kehamilan
- Mengurangkan masalah sembelit
- Tiada masalah keputihan sewaktu hamil
- Masalah kulit meregang/merekah (stretchmark) dapat diatasi
- Kulit bayi cantik, tiada jaundis/demam kuning
Azney google lah tentang ruam dan gatal-gatal nie. Kot-kot Azney sorang je yang kena sewaktu pregnant. Rupanya ramai yang kena alahan cam nie. Kebanyakkan ramai suggestkan VCO untuk mengatasi ruam dan kegatalan. kalau dah teruk sangat tue pergi jumpa doktor okay kot-kot ada penyakit lain macam yang azney jumpa nie.
Kegatalan teruk ketika hamil
Rasa gatal yang teruk pada seluruh badan terutamanya pada waktu malam, serta gatal pada tapak tangan dan tapal kaki boleh jadi tanda satu penyakit hati yang jarang berlaku. Penyakit ini dikenali sebagai obstetric cholestasis (OC) atau kolestasis dalam kehamilan atau kolestasis intrahepatik dalam kehamilan (intrahepatic cholestasis of pregnancy-ICP) dan hanya boleh berlaku kepada wanita hamil.
Intrahati kehamilan (ICP) iaitu sejenis penyakit hati yang mampu mendatangkan risiko maut pada bayi jika tidak dirawat. Punca utamanya adalah disebabkan kandungan asid hempedu yang terlalu tinggi. Asid berkenaan yang berfungsi membantu proses penghadaman. Jika anda penghidap ICP, jumlah hempedu yang masuk ke usus kecil anda berkurangan.
Ini bermakna, gara hempedu akan mula terkumpul dalam badan anda. Asid hempedu menjadi toksin apabila ia terkumpul dan mampu memberi kesan buruk kepada jantung bayi. Ia sekaligus menyebabkan perubahan pada denyutan jantung bayi yng tidak dapat dikesan oleh alat denyutan jantung.
Penyakit ini digambarkan sebagai kegatalan yang tidak mampu dijelaskan dengan mata kasar. Kebiasaannya, ia terjadi tanpa timbulnya ruam. Bagaimanapun, ibu mengandung boleh menyedari dirinya dijangkiti ICP menerusi perubahan warna gelap pada air kencing, rasa tidak sihat dan lemah badan.
Ruam dan gatal semasa hamil
Ruam dan kegatalan sementara yang datang dan pergi tanpa sebab-sebab tertentu adalah perkara biasa dalam kehamilan. Peningkatan tahap hormon membuatkan anda lebih sensitif apabila bersentuhan dengan bahan-bahan tertentu yang biasanya tidak mempunyai kesan apa-apa. Contohnya, anda mungkin lebih sensitif terhadap klorin dalam kolam mandi.SUMBER
Vco Pure Oil Catalyst RM35
Vco Softgel Catalyst RM35
POSTAGE RM6 SM RM10SS
+6019-9415976
WhatsApp
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
azneyshamsuddin
klik iklan nuffnang