Segmen BW Cuti-Cuti By Emas Putih

  15 comments    
categories: ,



13.11.12/00.00am - 26.11.12/11.59pm (2 Weeks)

RM10 topup untuk 3 blogger bertuah by random.


".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

click sini please !!

campaign image campaign image campaign image campaign image    campaign image

Aku Dan Dia

  No comments    
categories: ,

aku ingat lagi bila kami bertentang mata..kami berkenalan pada sambutan hari jadinya..mulanya dia malu-malu tapi aku nie kira cepat mesra so dia rasa selesa bersama aku..hehe dalam hati kemain suka..yelah orang nak berkawan dengan kta ye dak??hehehe..


aku layan dia sebaik habes semasa dia datang rumah kami (hostel)..dengan orang lain dia kurang sikit tapi dengan aku boleh bergelak ketawa..siap main lari-lari lagi..hehehe so sweet..lepas tue aku bawak dye jalan-jalan pegi minum..hehe dia kemain suka.sampai taknak layan orang lain..


lepas tue aku pergi rumah dia untuk tolong mak dia memasak..yelah kan nak buat birthday party katenya..so ape lagi excited giloss time nie..yelah nak kawan dengan dia punya pasal..hehehe dia aku tak tahu ke mana dengan papanya..tapi takpe aku rela..nanti tak surprise lah kan..aku dengan housemate aku masak habes baik untuk birthday party dia dengan abangnya..eh lupa enche bakal pun ade time nie tau..enche bakal lah masak kari ayam,,aku kira support enche bakal sambil -sambil goreng sosej nuget buat air..hehehe kawan aku,Liza masak mee goreng dengan bihun goreng..memang riuh rendah dibuatnya..dah macam rumah sendiri dibuatnya..hehehe nasib dia takde time nie..


bila semua dah siap majlis pun nak mula baru dia sampai..hehe geram betul aku rasa time nie..yelah dia comel sangat..rasa na cium-cium je..huhubila time potong kek aku lah orang paling excited sebab nak tengok dia potong kek..hehehe banyak gambar aku ambik tapi hampehh gegar belaka..nak cepat punya pasal..


lepas potong kek makan-makan..baru acara bukak hadiah..hehe excitednya aku time nie sebab mesti dia nak bukak hadiah dari kami semua..dan yang paling penting dia duduk dengan aku time nie..tak kisah dah kat orang lain..enche bakal pun redha jelah bila dia duduk dengan aku..huhuhu


time nie yang paling sweet sebab time aku nak balik dia pun nak ikut aku..woww *kelip-kelip mata excitednya..sampai cam tue sekali dia nak kawan dengan aku..hahaha last-last mak dia tak bagi..hehehe..sampai rumah tersenyum-senyum aku sorang-sorang hahaha..siapakah dia yang aku maksudkan??hensome ke?bergaya?adakah aku curang dengan enche bakal??dia sebenarnya ialah....


memey

 
tunggu mak memey amek time nie..




time birthday party memey 


dan sekarang memey dah jadi anak angkat kami hehehe..sayang memey..

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

click sini please !!

campaign image campaign image campaign image campaign image    campaign image

Review : Istanbul Aku Datang

  4 comments    
categories: , , ,




lambatnya review filem nie..huhu bukan ape..mood nak menulis tue macam chipsmore kejap ade kejap tak de..hehehe okay majoriti rakyat malaysia sukakan cerita Istanbul Aku Datang..aku termasuk dalam golongan yang sangat sukakan filem ini..haishh tak tahu nak mula macam mane sebab best sangat filem nie..


Pelakon utama, Lisa Surihani, Beto Kusyairy, Tomok, Aizat...sangat teruja! Sinematografi yang sungguh cantik dan jalan cerita yang fresh..


walaupun berkisar dengan kisah cinta yang biasa tapi yang menjadikan luar biasa apabila filem ini dihasilkan di Istanbul..so cantik gilosss permandangannya..teruja dan rasa nak sangat ke sana..sejujurnya filem ini sangat syiokkk dan mampu membuatkan aku menangis tersedu-sedu bila part Arzad pujuk Dian untuk bersamanya kembali..setepek kena dekat aku..hoho pelik enche bakal tengok aku nangis..shhh aku tak cakap pun kat dia kenapa aku nangis hoho..Pelakon yang berlakon dalam filem ni pun sangat best dan dialog yg dilontar pun sangat bersahaja.aku suka beto sangat-sangat..auchhh so so so best bila dye berlakon dalam filem nie..sumpah tak tipu..lakonan lisa pun best jugak hehe..tomok pun best sebab tak sangka dye akan curang dengan lisa sebab dye nampak baik sangat..huhuhu i hate you !!









lisa sangat comel dalam filem nie..so sweet dan agak sengal-sengal ubi hehehe..



4.8/5.0 bintang saya kasi hehehe

xoxo

aznishamsuddin


<<PUBLISH>>

campaign image campaign image campaign image campaign image    campaign image

Takleh Ping kat Facebook dah ek ??...

  6 comments    
categories: 
assalamualaikum..


pening kepala pikir ape yang silap ape yang salah blog aku nie..adeshhh setiap kali nak ping kat facebook mesti tak boleh..kesian dah aku rasa kat diri aku..hoho sebab tue yang buat aku hilang semangat nak berblog ermmm....

aku dah tak leh kongsi dengan sape-sape dah huhuhu..tiap kali aku paste link blog aku -->http://zaidatulaznishamsuddin.blogspot.com/ mesti jadi macam nie..



lepas tue kalau aku klik post mesti jadi cam nie pulak..


cane nak selesaikan nie..pening -pening..hope ade lah yang sudi tolong huhuhu


".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."



love,
aznishamsuddin

click sini please !!

campaign image campaign image campaign image campaign image    campaign image

Ingin Menjadi Sempurna di mata L E L A K I

  1 comment    
categories: ,


Ingin menjadi impian para jejaka? Segala percakapan, pemakaian dan perlakuan si gadis penting bagi menyempurnakan ideologi untuk bergelar pasangan terbaik.Tidak pasti bagaimana caranya? Ayuh teliti sikap perempuan yang cukup disenangi jejaka.


Sikap Keibuan
Biasanya lelaki lebih terpikat pada gadis yang bersikap lembut, mengambil berat serta penuh kasih sayang.Wajah yang ayu mampu membuatkan lelaki berasa tenteram ketika stres, cemas dan gelisah serta senang hati ketika mahu bermanja.


Penuh Pengertian
Sikap pengertian membuatkan lelaki dihargai dan berasa diterima seadanya.Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan lain-lain.Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, gadis yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh yang bukan-bukan,sebaliknya cuba mengerti bait persoalannya.


Menghargai
Berbeza dengan perempuan yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai. Saat dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan, penghargaan tersebut membuatkan mereka berasa bangga dan disayangi.


Menjaga Penampilan
Sudah menjadi lumrah setiap gadis menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Tatarias yang baik mencerminkan perempuan tersebut menghargai dirinya.Jika ditakdirkan suatu hari nanti pasangan tersebut akan menjadi teman hidup, tidakkah si jejaka mahukan seorang yang boleh menjaga diri serta temannya juga?

Pandai Berbicara
Gadis yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual merupakan ciri-ciri yang membuatkan lelaki tertarik! Meski topik perbualan yang disukai berbeza, namun sang dara tetap berupaya mengimbanginya.Dengan kata lain, menjadi pendengar yang baik serta bijak mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Jika gadis itu seorang yang pandai berseloroh lantas boleh menerima jenaka dengan baik, tentunya dia melengkapkan ciri-ciri impian si kacak.

Keanak-Anakan
Dalam batasan yang wajar, sifat keanakanakan menjadi sesuatu yang menarik dimata lelaki. Malah tidak dinafikan lelaki akan berasa terhibur dengan keletah kaum hawa.Namun para gadis perlu tahu, sifat keanakanakan bukannya sifat yang terlampau mengada-ngada tetapi ia lebih pada sisi yang menyenangkan serta mencuit hati.

Menghormati Diri Sendiri
Gadis yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan serta tahu apa yang baik dan buruk perlakuan seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang diinginkan dan mengelak sesuatu yang dirasakan perlu serta dalam masa yang sama tetap menjaga maruah dirinya.

Simpati dan Prihatin
Seseorang yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah,menyayangi kanak-kanak dan tidak memilih bulu merupakan ciri-ciri yang paling utama di dalam senarai setiap lelaki. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Kecantikan dalaman yang termaktub dalam dirinya tersergam indah dan cukup jelas untuk dilihat.


Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Para gadis dengan ciri-ciri ini memperoleh lebih nilai di mata lelaki. Mengapakah iamenjadi pilihan lelaki? Ini kerana mereka tahu peranan tatkala berhadapan dengan orang yang lebih tua dan berperangai mengikut suasana, selain mudah diajak ke mana sahaja serta tidak kekok berada di bandar mahupun kampung.