Tutorial tukar warna HURUF PERTAMA di Title Post..

  5 comments    
categories: 






hai assalamualaikum semua..baru tadi sign in blogger..tengok ade 4 comments..thanks awak-awak yang sudi tinggalkan komen kat entry kite..heee kite tahu kite tak pandai sangat nak berblog nie..hahaha okay jangan panjang lebar sangat membebel..sekarang kite ke tajuk utama..ye "Tutorial tukar warna huruf pertama di Post"..cammane?? oo nie antara tutorial yang paling senang kalau korang nak tahu..hanya search copy & paste sahaja..senang bukan?? Tutorial nie kalau yang tak tahu macamane jadinya nanti..sila tengok tajuk entry nie..perasan tak huruf awal dye besar dan warna lain berbanding huruf dan ayat yang lain..hehehe Tutorial ini  Pretty2 Shy yang tanye..okay sekarang jom kita mula..


sila ikut step yang kite bagitahu untuk memudahkan awak-awak semua menjadi  bila buat tutorial ini..heee


image32_2.gifDashboard > Design > Edit HTML > Tick Expand Widget Templates..


image32_2.gifsearch code di bawah nie

]]></b:skin>

jumpa?? bagus hahaha..

image32_2.gifcopy code di bawah ini dan paste di atas code yang awak-awak search tadi..

.post-title:first-letter {
font-size: 150%;
color: #ADD8E6;
}


dan bila awak-awak semua sudah paste..code tersebut akan jadi seperti di bawah ini..


.post-title:first-letter {
font-size: 150%;
color: #ADD8E6;
}
]]></b:skin>


image32_2.giflepas tue awak-awak semua boleh preview dulu sebelum save..



ABC : boleh tukar saiz font korang tue nak besar ke kecik..
ABC : boleh ubah warna font tue ikut suka hati korang heee..



thanks for reading this entry..
sharing is caring



love,
aznishamsuddin



CINTA SAMPAI KE SYURGA

  4 comments    
categories: 

  





Ya Allah,
Damaikan hati yang gundah ini,
Sungguh, aku tak dapat menahan rasa cinta ini dari terus berputik,
Kau Maha Tahu akan isi hatiku,
Sampaikanlah rasa cinta ini pada dirinya,
Aku takut apakah cinta ini akan diterima,
Kerna aku hanya orang biasa...




Ya Allah,
Hidupkan hatiku dengan kehidupan hati kekasihMu,
Hidupkan rohku dengan kehidupan roh kekasihMu,
Hidupkan akalku dengan kehidupan akal kekasihMu,
Hidupkan keperibadianku dengan keperibadian kekasihMu,
Hidupkan jasadku dengan adab, sunnah dan hukum hakam kekasihMu,
Hidupkan seluruh kehidupanku dengan kehidupan seluruh diri kekasihMu




Ya Allah,
Aku akan menziarahi masjid tempat kekasihMu bersemadi,
Datang kerana rindu dan cinta pada kekasihMu,
Datang kerana ingin beribadah di masjid mulia itu,
Terimalah aku sebagai tetamu bumi barokah itu,
Sampaikan rasa cinta ini pada kekasihMu Ya Allah,
Moga cinta ini mampu membawaku ke syurga.

thanks for reading this entry..



love,
aznishamsuddin


"saya P E R E M P U A N itu..."

  2 comments    
categories: 










saya perempuan itu..

di mata mereka saya memang 

banyak berkata-kata..

di mata mereka saya memang 

banyak ketawa..

di mata mereka saya memang 

suka tersenyum..

di mata mereka saya 

tidak pernah ada masalah..

di mata mereka saya 

selalu ceria..

di mata mereka saya 

cukup kuat..



tapi saya yang sebenar ialah 


perempuan yang 

kuat merajuk..

perempuan yang 

mudah kecil hati..

perempuan yang 

suka memendam rasa..

perempuan yang 

lemah..

perempuan yang 

cepat tersentuh hatinya..

perempuan yang 

cukup manja..

perempuan yang 

kolot..

perempuan yang 

selenga..

perempuan yang 

lurus..

perempuan yang 

pemarah..





dan yang paling penting saya yang sebenarnya

perempuan yang pendiam bila ada masalah 

dan 

banyak menangis dalam diam...



thanks for reading this entry..



love,
aznishamsuddin

Sinopsis Drama Seindah Sakura Slot Akasia TV3 versi Novel & Drama

  No comments    
categories: ,








sape tengok  Drama Seindah Sakura ??? best kan..Suka lakonan Fasha Sandha & Fahrin Ahmad..Kelakar sangat..Gelak sorang-sorang kalau tengok..Buat mase nie baru 1 episod miss huhuhu..tapi takpe Tonton kan ade.. Untuk pengetahuan semua Drama Seindah Sakura adalah adaptasi dari novel. Drama Seindah Sakura arahan Zul Huzaimy dan menjalani pengambaran sekitar Kuantan, Pahang dan Kota Paris.Drama terbitan Temenggong Pictures ini menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato’ Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don dan Mak Mah serta pelakon-pelakon hebat yang lain.

Sinopsis Drama Seindah Sakura Slot Akasia TV3 versi Novel & Drama



Sinopsis Novel :

SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam.


Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil ter halang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu.


Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi.


Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya. Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar...


seindah sakura, drama seindah sakura, drama seindah sakura tv3, novel seindah sakura, pelakon seindah sakura, Pelakon dalam seindah sakura, sinopsis seindah sakura, sinopsis seindah sakura tv3, sinopsis, pelakon drama seindah sakura, Slot Akasia Seindah Sakura, tonton online drama seindah sakura, OST Seindah Sakura

Sinopsis Drama :

Menceritakan kisah sedih menyayat hati kehidupan Shakira (Fasha Sandha) yang terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan bersama neneknya sejak mereka ditinggalkan ibunya sejak kecil. Walaupun Shakira telah ditinggalkan oleh ibunya, dia terus tabah meneruskan kehidupan daifnya bersama nenek tersayang, nek kiah.


Shakira kini bakal menduduki peperiksaan SPM. Kadang kala, Shakira terpaksa ponteng sekolah kerana masalah kesihatan Nek Kiah (Mak Mah) yang memerlukan penjagaannya. Pada masa yang sama, sekolah Shakira juga menerima kemasukan cikgu baru, Airil (Fahrin Ahmad). Shakira yang selalu tidak hadir ke kelas membuatkan airil tertanya-tanya. Tapi tanpa soal selidik, Airil terus mendenda shakira.


Sehinggalah pada suatu hari Pak Jamil pergi berjumpa dengan pengetua sekolah untuk menceritakan tentang nenek Shakira dimasukkan ke hospital. Sejak itu barulah Airil mengetahui punca utama Shakira sering tidak hadir ke sekolah. Sejak Airil cuba memberi kata-kata perangsang dan menjadi peneman shakira semasa di hospital sehinggakan mereka mula menyimpan satu rasa di dalam hati masing-masing. 


Datuk Malik (Dato’ Eizlan Yusof), bapa saudara kepada Airil merupakan seorang pengusaha kaya yang selalu bersedekah kepada anak yatim dan fakir miskin termasuklah Shakira. datuk malik jugak melayan Shakira seperti anaknya sendiri. Enam bulan telah berlalu dan Shakira telah selesai menduduki SPM. Satu hari tu Datuk Malik kelihatan resah dan punya masalah. Apabila ditanya Shakira, Datuk Malik sebenarnya mahu melamar Shakira. Shakira amat terkejut.

Apa akan terjadi seterusnya? Adakah shakira akan berkahwin dengan Datuk Malik demi membalas jasa lelaki yang dianggap seperti ayahnya? Ataupun Shakira akan menunggu kepulangan cinta pertamanya iaitu Airil? Siapa yang menjadi pilihan Shakira?









Lagu Buatku Di Sana (Mafa berduet bersama Ronnie OIM)





Lagu Harapan  Hyper Act




thanks for reading this entry..



love,
aznishamsuddin






sumber : Alaf 21, Utube, Google

pakcikmaindengananakbenggali !!!

  No comments    
categories: 


gambar sekadar hiasan..

kemain laju eh korang klick sini..pantang 18sx huhu..aku nak marah nie..pakcikmaindengananakbenggali??pakcik kau..korang ingat belog aku belog lucah ke weh..woo woo sila jangan sentap aznie..hari jumaat hari mulia nie..huhuhu..





acane plak keyword nie boleh pulak tersangkut dalam belog aku nie..kalau korang tak percaya sila searh keyword nie..rupa-rupanya tersangkut dekat entry nie haaa...



adesss gelabah aku nok..ingat betul lah belog aku nie belog lucah..aisemenn..buat aku sentap je..


thanks for reading this entry..



love,
aznishamsuddin