Freebies : Cute Background [random]

  1 comment    
categories: 


= hi there =
life, love, quotes


malam nie rasa sayu sangat..tak tahu kenapa..ermm bosan pun ada..okay memandangkan takde keje nie..aku nak bagi korang freebies again..tapi kali nie background yang kiut miut lagi tue..
haa ape lagi copy & paste jelah..


background : (url background korang) ;


code di atas nie korang boleh letak di  bawah aku ulang lagi sekali di BAWAH kode-code di bawah ini mengikut kesukaan kamu semua..


.post-title { 

.post blockquote {

#comments-block .comment-body p { 

.sidebar h2 {



















Manis Orangnya

  No comments    
categories: ,
khairul fahmi a.k.a. apek jadi duta minyak wangi simplysiti



suka part Adam Yahya..manis orangnya haha..

HOT !! 7 cara diet bijak

  1 comment    
categories: ,
= hi there =

Ramai mengamalkan diet secara drastik. Tahukah anda bahawa diet begitu boleh memberi masalah lain kepada diri seperti pitam, pengsan, tekanan darah rendah secara mengejut dan fungsi badan berubah secara mendadak.




Pakar kesihatan turut melarang diet drastik ini. Amalkan diet bijak seperti:



1. Jangan tinggalkan sarapan kerana hendak kurangkan makan. Sarapan penting walaupun hanya secawan oat dan minuman bercoklat panas.


2. Kawal pemakanan. Jika sebelum ini waktu tengah hari anda mengambil satu pinggan nasi, kurangkan kepada setengah pinggan. Jangan tinggalkan langsung makan tengah hari.


3. Jika sebelum ini anda suka makanan bergoreng, ubah kepada masakan cara merebus, mengukus ataupun panggang.


4. Anda gemar makan daging tetapi diet menyebabkan anda tidak mengambil daging. Anda masih boleh menikmati daging tetapi hanya bahagian tidak berlemak.


5. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.


6. Ambil makanan rendah lemak, contohnya kopi dan teh tanpa susu pekat dan yogurt rendah lemak.


7. Amalkan makan malam tidak terlalu lewat, sekitar jam 7.30 malam.



Walaupun berdiet, anda masih boleh menikmati sarapan, makan tengah hari dan makan malam pada kadar terkawal. Makanan disyorkan:



Sarapan
- Satu mangkuk bubur nasi dengan kacang panjang, daging hancur dan sedikit sayur campur ataupun,
- Sekeping tosai dicecah dengan kari dal ataupun,
- Dua keping roti jala bersama sedikit kari ayam.



Makan tengah hari
- Sepinggan nasi ayam sama ada dipanggang ataupun dikukus ataupun,
- Sedikit nasi putih, ikan dan sayur campur ataupun,
- Satu mangkuk mihun sup ataupun mi rebus dicampur isi ayam, daging dan bebola ikan ataupun,
- Satu keping capati + ayam + satu mangkuk kecil sayur.



Minum petang (antara 3-6 petang)
- Cukuplah sebiji epal atau buah-buahan lain seperti betik, anggur, kiwi dan tembikai ataupun,
- Secawan teh o panas dengan sekeping roti bakar.



Makan malam
- Seelok-eloknya makan malam di antara jam 7.30 hingga 9 malam sahaja.
- Cukuplah mengambil sekeping kebab ayam bersama semangkuk salad ataupun,
- Semangkuk sup sayur, tomyam ataupun
- Hanya menjamah ikan kukus dan sayur-sayuran sudah memadai.



Setiap kali bangun pagi, tengah hari dan sebelum tidur, amalkan minum secawan teh cina ataupun teh biasa dicampur perahan limau nipis ataupun limau kesturi. Apabila diamalkan berterusan, pasti anda gembira dengan berat badan anda yang lebih sempurna


love,
aznishamsuddin

SEGMEN: BLOG PILIHAN ZAMANI 84

  9 comments    
categories: , ,



hensome??kehkeh ini bukan abang aku sebab aku takde abang..dan dia bukan adik aku sebab dia lebih tua dari aku kihkih..dia adalah scandal aku..ceit podah..eh jangan salah paham..dia adalah abang Zam..mula-mula jumpa blog dia aku ingat blog ofismate aku sebab?? nama dorang sama..kelakar betul..hampir-hampir nak tanye dah ofismate aku tue..nasib baik aku terlebih pandai..aku godek segala entry mentry enche zamani nie hehehe..rupanya bukan kahkahkah..



sudah cukup sudah cukup sampai disini saja #boleh pulak nyanyi lagu nirwana..banyak pulak bebel mak jemah nie..sebenarnya nak cakap bagitahu..ini merupakan owner blog ZAMANI 84..abang hensome lagi macho bergaya nie ada mengadakan segmen..segmen siapa cantik siapa buruk SEGMEN: BLOG PILIHAN ZAMANI 84..haaa yang speselnya kalau terpilih blog korang akan dipromosikan secara esklusif selama seminggu di dalam satu entri STICKY POST serta jeng jeng jeng  abang Zam  akan masukkan blog yang terpilih itu dalam bloglist abang Zam sampai bila2!


wah menarik bukan?? ape lagi kelik laju-laju lah banner abang ohhhsemmm tue..


love,
aznishamsuddin

Jom SIHAT dengan D'EXPOSE FITNESS CENTRE !!

  5 comments    
categories: , ,

fashion, fit, fitness, happy, healthy


punya excited balik keje semalam terus makan..sikit jekk hahaha nak kurus punya pasal..makan sambal mangga muda & ikan goreng..perghh tue pun dah buat aku kecur air liur..adess boleh hancur diet aku..hukhukhuk..makan tak lebih 1 senduk okay..hahahalepas makan borak-borak dengan makteh..kelmarin dah plan malam nie nak pegi senamrobik lagi.. nak kurus katakan..hahaha excited sebab ahad lepas dah join clas senamrobik nie..tue yang beria-ria sangat nak join..



dalam pukul 7 lebih mandi..siap-siap tunggu pukul 8.30..lepas isyak jek terus keluar rumah..Fashanu,sepupu aku dah mula buat perangai sebab?? nak ikot lah ape lagi..tapi makteh taknak bawak sebab dia suka buat perangai..kang tak jadi pulak nak senamrobik makteh aku cakap.. budak-budak katekan..



sampai di E'xpose Fitness Center..mak aih lagu bollywood dah kedengaran almaklum lahh,, malam nie tema dia bollyfit hahaha.. #ceh ape skema bebenor aku nie..naik aras 1..sampai depan pintu jengah kepala dulu..hahaha malu-malu kucim katekan..masuk letak barang aku ape lagi terus gelek lah wehh !!..hahaha malu-malu tapi bila orang kat situ sporting aku pun dah jadi tak malu dah hahaha...



baru 10 minit dah macam kau orang mandi 1 jam..punyalah berpeluh..gelek punya gelek lebih kurang 10 lagu rasanya..habis dalam masa 1 jam lebih..memandangkan kitaorang tak jadi ahli lagi so kitaorang bayar jelah RM3 sorang huhu murah kan??memang lah promosi punya harga hehehe..kalau dah jadi ahli kena bayar yuran tahunan RM60 lepas tue bulanan RM20 untuk 4 sesi.. kalau RM40 untuk 8 sesi..kalau unlimited sesi kena baya RM90 sahaja..kelebihan menjadi ahli di E'xpose Fitness Centre nie ialah..dapat T-shirt serta boleh menyertai  roudtour di semua lokasi yang terlibat..menarik bukan??


menarik di E'xpose Fitness Center nie  sebab

E'xpose Fitness Centre menyediakan kelas senamrobik bagi yang berminat.mari sertai D'Expose Fitness Center agar kehidupan kita menjadi lebih sihat dan terjamin. Alamilah kehidupan yang cergas dan anda pasti akan menyukainya.

bukan ape bersenam nie ada banyak kebaikanya..antaranya..


  • Melancarkan Otak
otak yang cerdas amat penting dalam kehidupan seharian.khususnya bagi mereka yang bekerja dalam bidang yang memerlukan daya pemikiran yang tinggi. Marilah bersenam agar otak kita lebih cergas. Pergerakan variasa dalam senamrobik membantu perjalanan darah ke otak sekaligus membekalkan oksigen dengan baik.

  • Senaman menjaga Saraf
senamrobik mampu untuk membantu saraf kita bekerja dengan lancar dan sihat. Ia juga mampu menghalang daripada penyakit saraf otot dan kehancuran saraf. Tambahan juga, ia mampu untuk menghalang daripada penyakit Dementia atau dikenali sebagai Pelupa & Nyanyuk.

  • Membakar Lemak dan Menyihatkan Badan
Lemak penting untuk badan. Namun, dalam keadaan lemak yang berlebihan, ia amat berbahaya kepada badan. Antara penyakit yang terkenal ialah arteosklerosis (enapan lemak di salur darah yang membawa kepada komplikasi).Kurus tidak bermakna kita sihat. kita mungkin tidak gemuk namun kita mungkin mempunyai banyak kandungan kalori di dalam badan. Senaman membakar lemak. Bagaimana lemak terbakar? Secara biokimia, tenaga pertama yang digunakan di dalam badan ialah karbohidrat diikuti dengan lemak, dan protein. Kandungan karbohidrat di dalam badan tidak banyak. Dalam kekurangan tenaga, karbohidrat akan disimpan untuk kegunaan otak dan jantung, manakala bahagian lain akan menggunakan lemak untuk mendapatkan tenaga. Bersenam memerlukan jumlah tenaga yang banyak. Dalam keadaan kekurangan karbohidrat, lemak akan ditukar menjadi glukosa (lipolysis) untuk menampungi keperluan badan yang inginkan glukosa. inilah yang dimaksudkan dengan pembakaran lemak. Dengan ini kita akan terhindar dari penyakit yang disebabkan oleh lemak, seperti arterosklerosis yang membawa kepada kegagalan jantung berfungsi, strok , obesiti dan lain-lain lagi.





macam korang tengok timetable kat atas tue lah..kalau nak betul-betul badan cantik Cikgu Aya cakap,,#cikgu Aya nie lah instruktur Fitness Centre nie..amik lah classes Zumba & Bollyfit..comfirm suami tak cari lain kehkehkeh..kalau tengok Cikgu Aya punya badan,, dia macam anak dara & aku tak percaya yang anak sulung dia berusia dalam lingkungan 19 tahun..mak aihh memang tiptopp mantapp marveloss lahhh...



aku mula-mula join aku boleh rasa badan aku ringan je..memang lain lah lepas join senamrobik dengan Cikgu Aya nie..aku malam tak penat sangat dah boleh kontrol makan dengan baik..kalau dulu balik keje lepas mandi makan terus terbungkam atas katil..sampai lah keesokan pagi..#ape teruk bebenor anak dara nie weh..tue kisah salam talam silam hahaha



haa sape-sape yang duduk di area Merlimau, Muar & Jasin tue meh lah join E'xpose Fitness Centre nie..bukan sahaja badan cantik tapi badan kita sihat..comfirm dah takde lagi masalah perut buncit dan lemak berlebihan hehehe #dah macam jurucakap produk kecantikan pulak gayanya hahaha..so ape lagi jom lah join..malas nak bebel panjang-panjang huhuhu..


add as friend cikgu Aya -->klik sini


love,
aznishamsuddin