Erk ada yang tersentap ke??

  No comments    
categories: 

\Assalamualaikum../

Baru aku sedar bila kita senang lenang tanpa kerja da je pihak yang kurang senang..bila kita berada di atas ada je yang kurang senang..maka macam-macam la umpat keji yang dikeluarkan..ermmm lumrah hidup..tak pe aku sabar lagi…


Tak salah kalau kita da sikap jaga tepi kain orang tapi biarlah pada perkara yang betul..kadang-kadang da memang aku tak de keje na buat cmne..aku melagha jela..update blog je tue pn salah,,update status pn salah..padahal aku guna telepon jela weii..bukan telepon kau pn..kalau na jaga sangat kebajikan cmnie haaa sekarangkan budak-budak banyak yang buang bayi merata-rata..sape punca??remaja zaman sekarang..anak-anak muda yang baru nak naik mencari kebebasan dalam hidup..jiran-jiran tak de plak nak jaga sebab ape??anak dorang pn sama..kau jaga laa kebajikan dorang gak..sibuk jek na jaga hal aku..tue lahh melayu nie banyak sangat pepatah melayu sebelum jaga tepi kain orang kena lah tengok kain sendiri dulu koyak ke tidak berjahit ke tidak..nanti tak pasal-pasal kena pulang buah keras balik cam pepatah nie paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih…


Bila kena batang hidung sendiri baru la na tersentap..kalau tak dok mengata mengumpat je kejenya…Orang cam nie da banyak sangat aku jumpa..so kadang-kadang aku rase baik aku diam dan hanya mendengar dari berkata bukan-bukan..sebab apa??kalau aku bercakap nanti aku plak yang dituduh menyampaikan cerita yng disebarkan..ye idak??betul la tue…kalau tak kena jadi bahan aku palak yang terikut-ikut mengumpat…



Lagi satu aku rasa kalau kita berkawan jangan lah terlalu rapat,,sebab kawan yang terlalu rapat dengan kita nie lah kadang-kadang jadi duri dalam daging kita..dye sume benda da tahu buruk baik kita dan sebaliknya..bila da melanda perang dunia yang ke berapa tah mula la kutuk mengutuk berlaku..bukan ape,,sebab aku da pernah alami semua nie dulu..aku serik weh,,sebab tue sekarang aku kalau berkawan bese-bese je..tak rapat sangat la kiranya…


Apa aku da carut nie weh..korang tak merasa mengarut ke..da macam mak nenek plak aku ase..tapi aku juz na bagi pandangan apa yang aku rasa apa yang aku tengok dah lalui hari-hari dan sebelum nie..agak-agak aku da matang ke??hehehe...

Tips bertemu bakal mertua...

  2 comments    
categories: 
Assalammualaikum....

Apa khabar, semoga anda sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan ceria selalu disamping orang yang disayangi.

Oklah, pada kali ni, saya nak bagi satu tips. Tips ini khas untuk si teruna dan dara. Especially.. bagi yang sudah mempunyai "kekasih" dan merancang untuk bertunang atau pun mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat ini, iaitu, tips bertemu dengan bakal ibu & bapa mertua.

Pertemuan dengan bakal mertua ini sememangnya penting dan amat mendebarkan, lebih-lebih lagi jika ia adalah merupakan pertemuan kali yang pertama. Seperti yang orang jawa selalu kata.. "first impression is important", eh orang jawa kata ke?.. Tak kisahlah.. yang penting inilah masa yang agak genting untuk menentukan sama ada anda akan di sayangi ataupun kurang disenangi oleh bakal mertua anda. Jika kali pertama berjumpa pun bakal mertua anda sudah kurang senang dengan diri anda, pastinya, perjalanan anda untuk hidup bersama dengan anak mereka akan menjadi sedikit sukar. Jadi, pastikan anda melakukan yang terbaik sewaktu perjumpaan kali pertama dengan bakal mertua anda.

Tips #1 : Masa

Antara waktu yang paling sesuai untuk pertama kali bertemu dengan bakal mertua, adalah pada hari-hari keraian dan "bersempena" seperti pada hari raya, hari kenduri, ataupun sempena apa-apa majlis dimana, tuan rumah (bakal mertua anda) mengalu-alukan kedatangan anda.

Berbanding, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, pada hari-hari biasa... lebih-lebih lagi, jika kedatangan anda itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh bakal mertua anda pastinya keadaan akan menjadi sedikit janggal.

Jadi, elakkan datang berjumpa dengan bakal mertua anda secara tiba-tiba atau pun atas desakan kekasih anda semata-mata. Itu bukanlah suatu cara yang elok, walaupun niat hati kekasih anda adalah murni, iaitu hendak memperkenalkan anda dengan ibu-bapanya.. tapi pastikan ia dilakukan dengan penuh tertib dan bukannya secara mengejut atau pun "surpriseee".

Silap hari bulan... anda yang akan "surprise".


Tips #2 : Pakaian

Bagi lelaki, jangan sesekali datang dengan baju t-shirt yang mempunyai gambar "tengkorak berdarah"... kemudian.. datang pula dengan segerombolan rakan-rakan "mat motor" anda.. fuh.. silap-silap kena reject pula anda nanti. Seelok-eloknya. kenakan baju kemeja lengan pendek beserta dengan seluar slack.

Bagi perempuan pula.. sudah semstinya baju kurung sudah kelihatan agak sopan. Saya kira tiada masalah bagi perempuan dari segi pemakaian.

Saya tahu.. mungkin anda kurang selesa dengan baju berkolar atau pun baju kurung. Tapi.. seperti yang saya nyatakan tadi, first impression itu penting. Berikan keyakinan kepada bakal ibu & mertua anda bahawa anda adalah seorang yang matang dan bertanggungjawap. Biar tenang dan sejuk sedikit hati bakal mertua anda melihat anda. Barulah lega sedikit hati mereka nak melepaskan anak mereka kepada anda.


Tips #3 : Topik perbincangan

Satu masalah yang seringkali dialami apabila kali pertama bertemu dengan bakal mertua.. ialah masalah mengenai "topik perbualan", maklumlah, anda orang muda, manalah tahu sangat nak bual-bual dengan orang yang lebih tua, lebih-lebih lagi jika anda semamangnya adalah seorang yang pendiam. Fuh!!.. ini memang agak kritikal, takkan anda hanya ingin berdiam diri sahaja? Apa topik yang sesuai untuk dibualkan yer?. Saya dahulu pun mengalami masalah ini.. tak tahu apa yang hendak dibualkan apabila bertemu dengan bakal mertua saya dahulu. Sudahlah saya ini seorang yang pemalu dan pendiam.. bakal mertua saya tu pun sama.. jenis pendiam juga orangnya, Oh!.. memang sunyi sepilah sewaktu pertemuan itu nanti.

Jadi, disini, saya nak bagi satu tips (alangkah baiknya jika saya tahu tips ini sebelum bertemu bakal mertua saya dahulu) . Jika anda adalah seorang yang pendiam dan tidak tahu apa topik yang ingin dibualkan dengan bakal mertua anda nanti.. pastikan, sebelum anda datang kerumah kekasih anda. Tanya kekasih anda terlebih dahulu.. apakah perkara yang diminati oleh ibu bapanya?. Adakah mereka minat memancing? Minat bola? minat kereta? minat berkebun? berniaga?.. atau paling mudah.. ketahui, apa pekerjaan ibu bapa kekasih anda.

Dari situ.. maka.. bolehlah anda membuat sedikit kajian dan bacaan berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan ibu-bapa kekasih anda itu. Jika ibu-bapa kekasih anda itu guru.. maka.. anda kenalah ambil tahu sedikit isu-isu berkaitan dengan guru sekarang ini seperti kes buli pelajar ke.. isu -isu yang berkaitan dengan pendidikan ke.. atau apa-apa sahaja isu yang berkaitan.

Saya tahu.. mungkin anda kurang minat dengan isu-isu tersebut.. tetapi.. untuk menambat hati bakal mertua anda.. anda perlu tahu serba sedikit tentang perkara-perkara yang bakal mertua anda minati. Barulah boleh "mahsyuuukkk" orang kata. Tetapi.. jika pekerjaan bakal mertua anda adalah pegawai penyelidik kimia dan anda sememangnya tidak tahu apa-apa langsung tantang kimia. Maka.. bincangkanlah isu-isu umum.. seperti.. cuaca.. jerebu.. kuih raya.. buat sendiri ke beli.. jualan murah.. dan sebagainya. (sebab itulah saya cadangkan anda berjumpa sewaktu menyambut hari raya.. banyak sikit idea boleh dibualkan).

Walau apa-apa pun isu yang anda bualkan nanti.. pastikan anda bersetuju dan bersependapat dengan kenyataan-kenyataan serta ayat-ayat bakal mertua anda itu. Ini bukanlah waktu yang sesuai untuk anda berbahas dan menunjukkan kehebatan anda berpidato... bak orang kata.. "angguk"kan sahaja selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat agama.

Tips #4 : Rajin-rajinkan diri

Jika lelaki, kedatangan ke rumah bakal mertua lebih sesuai dengan duduk dan berbual-bual. Tetapi bagi perempuan, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, tunjukanlah sedikit kerajinan anda. Mungkin anda boleh ke dapur membantu memasak atau membuat air ataupun membasuh pinggan mangkuk selepas makan (sesuai jika kedatangan anda sememangnya dijemput khas untuk makan tengahari atau malam bersama keluarga bakal mertua anda). Yer.. mungkin cara ini agak kelihatan seperti ke"kampung"an sedikit.. tetapi.. hasilnya tidak pernah mengecewakan.. :). Tak percaya? Anda boleh cuba...

Oklah!.. panjang pula cerita saya kali ini. Saya rasa, cukuplah sampai disini sahaja dulu untuk kali ini, insyallah.. jika ada masa kita bertemu lagi di lain kali. Akhir kata, saya doakan saat pertemuaan anda dengan bakal mertua anda berjalan lancar dan selamat menawan hati bakal mertua anda. Untung-untung.. kuranglah sedikit wang hantaran anda nanti.. he! he! he!...

Wassalam...

Mohd Suhaimy Abu Bakar

#Doa ketika jatuh cinta

  No comments    

3 cara untuk memahami mood lelaki

  No comments    
categories: 
6415612083_50717c4d9f_z_large
Jika wanita sememangnya sudah terkenal dengan waktu dimana mereka akan cepat marah, tidak ceria, dan mood tidak baik terutamanya ketika mereka datang bulan (haid), lelaki juga mempunyai masa yang sesuai yang perlu difahami. Faktor ini disebabkan oleh pengaruh hormon yang akan mempengaruhi emosi seseorang tanpa kita sendiri sedari. Jadi apakah cara terbaik untuk memahami mood lelaki?
Sekiranya anda ingin mengajak mereka berjalan atau membantu menyelesaikan sesuatu tugas, minta bantuan mereka antara pukul 9-12 pagi..\*O*/
#Lelaki yang baru sahaja bangun tidur akan dipengaruhi oleh hormon testosteron, yang akan membuatkan mereka berasa aktif. Hormon ini akan membantu menaikkan semangat mereka untuk menjadi hero pada anda. Sekiranya anda ingin meminta bantuan mereka untuk mengubah almari baju, sofa atau barangan berat yang lain, dinasihatkan meminta bantuan pada waktu ini.
Sekiranya anda inginkan mereka bersetuju dengan cadangan anda, nyatakan cadangan anda antara pukul 3-4 petang..\*O*/
#Mungkin anda mempunyai cadangan untuk melakukan sesuatu, sebagai contoh destinasi percutian atau sebagainya. Nyatakan cadangan anda pada waktu ini. Ia kerana pada waktu ini kandungan hormon testosteron yang ada dalam tubuh lelaki berada dalam keadaan yang rendah. Ini akan membuatkan pemikiran mereka menjadi lebih matang dan peratusan cadangan anda untuk diterima adalah amat tinggi.
Sekiranya anda ingin berbincang atau luahkan mengenai sesuatu isu yang sensitif, lakukannya antara jam 8-10 malam..\*O*/
#Pada waktu ini pula, hormon oxytoxin akan memenuhi tubuh seseorang lelaki dan akan membantu mereka untuk berasa segar dan menenangkan. Mungkin ada sesetengah perkara yang anda tidak bersetuju terhadap mereka dan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini adalah melalui perbincangan. Sekiranya anda berbincang pada waktu ini, kebiasaannya lelaki akan lebih bersikap terbuka dan lebih memahami.


#Pekena ikan bakaauuu Muara Sungai Duyung, Melaka

  No comments    
categories: 
\assalamualaikum/..selamt bercuti kepada yang bercuti pada hari ini..kepada yang bekerja cam aku nie haa..\*o*/

Jumaat 25hb 11 2011,,makcik-makcik aku sebelum tue da planning nak makan ikan bakar kat Alai..memandangkan nenek aku datang dari pahang da lame so makcik-makcik aku ajak ler nenek aku g makan..\*o*/sebab nenek aku mesti da bosan kan asyik makan asam pedas jekkk..tue menu wajib bila di melaka hee..\*o*/..

lepas jek maghrib kitorang siap-siap dan terus gerak ke  Muara Sungai Duyung, Melaka..\*o*/ memandang kan makcik aku yang sorang lagi da sampai awal sebab kami agak lewat dye nan suami da tempah awal-awal so bila kami datang kami tolong melantak jela hehehe \*o*/..

menu kami malam tue ikan pari bakar,,kupang udang pengantin,,sayur kangkung,,air watermelon nan orange ermmm lagi ape ea aku pn da tak engad hehehe\*o*/..nasi cam besa la kat melaka nie..nasi lemak 60 sen agaknya*sebab aku nengok kecik jekkk...


jom menikmati panorama yang menyelerakan jom....




ney nasi aku..*abaikan jari tue hehehe