Fettuccine Carbonara Sedap Tapi Simple

Sabtu baru nie ajak encik somi pergi shopping barang dapur. Alang-alang ambil barang untuk buat Carbonara. Dekat 2 bulan dok teringin nak makan Carbonara. Tu pun lepas rasa anak buah encik somi masakkan bila kami sekeluarga datang ke Bentong.


Sebelum nak buat tue ada lah jugak usha-usha resepi yang simple tapi mudah. yelah benda tak pernah buat semua rasa susah tapi bila dah buat. ek elehhhh senang je rupanya hahaha.



Okay jom kita mulakan macam mana nak buat Fettuccine Carbonara Sedap Tapi Simple nie.

Bahan-bahan :-

  • 1 Biji Bawang Holland
  • 1 Ulas Bawang Putih 
  • 8-10 ekor Udang/Ayam/Daging
  • Fresh Shitake Mushroom
  • 3-4 Sosej
  • 1/4 Susu Full Cream Dutch Lady
  • Fettuccine/Spagheti/Small Shell
  • 1 Tin Carbonara Cendawan Prego
  • Sedikit Parmesan cheese







Mula-mula tumis sebijik bawang Holland dengan bawang putih. Minyak jangan banyak sangat. Dalam 2-3 sudu makan sudah :)



Agak-agak dah garing masukkan Udang/Ayam/Daging. Kemudian masukkan Fresh Shitake Mushroom ke dalam kuali. Bila dah masak, masukkan Carbonara Cendawan Prego dan kacau sehingga sebati selepas itu tuangkan Susu Full Cream Dutch Lady ke dalam kuali. jangan banyak sangat sampai sekotak. Ala-ala cukup. hehe kemuadian masukkan Parmesan cheese. Gaul sehingga sebati dan masak. 







Masukkan air ke dalam periuk dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan 1-2 sudu cawan minyak ke dalam periuk. Masukkan Fettuccine/Spagheti/Small Shell ke dalam periuk dan tunggu sehingga lembut. 


last sekali angkat dan toskan air rebusan !




Letak kan Fettuccine/Spagheti/Small Shell dan sos carbonara dan taburkan Parmesan cheese. Siap boleh di makan. Sekejap je buat carbonara nie. sambil pejam mata pun boleh.


Related Posts:

  • Congo Bars Hai !! Selamat Hari Raya Aidil Adha semua rasa nya tak terlambat lagi nak ucap hehehe. Hari raya baru nie sempat singgah rumah makcik Erul, kebetul… Read More
  • Resepi Air Jagung KetagihRESEPI AIR JAGUNG VIRAL SEDAP DAN MANTAP!! Boleh buat utk berbuka dan saho! Jom share! Bahan-bahan yang diperlukan⤵⤵ Air Kordial Jagung … Read More
  • Strawberry Cheese Cake Strawberry Cheese Cake  C&P : Kak Hana & syapex kitchenBahan-bahanBahan-bahan A:-250 gm biskut mudah hadam - hana cume buh 18… Read More
  • Nasi Ayam ThaiBaru baru ni viral pulak Nasi Ayam Thai, maka Azni tak terkecuali untuk mencuba. Bahan -bahan untuk membuat pun senang dan mudah. Umphhh gitu.   … Read More
  • Kek Aiskrim Kit Kat Mudah dan Cepat Sekarang ni banyak sangat resepi mudah yang kita boleh cuba. Tak susah pun, bukak je YouTube tu. Orang yang tak reti masak pun boleh jadi chef … Read More

8 comments:

  1. tergolek golek udang dgn sosej tu .. geram tengok hehehe

    ReplyDelete
  2. wahhh sedapnya...terliur tiba-tiba petang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh buat simple je plus senang yaaa amat :)

      Delete
  3. omaigaddd sedapnyaaaaaaa. lama tak makan pasta based food nih! tolong masakkna! hehehe -blog kerusiburok-

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh boleh bila sampai dah habes. posmen makan hahaha

      Delete
  4. sedapnya....nak2 tgk udang tergolek2....lg terliur......

    ReplyDelete

Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!