Please Jangan Iri Hati Dengan Aku..

  2 comments    
categories: 


Aku tak tahu nape hamba allah nie dengki bebenor dengan aku..aku nie nak cakap baik take lah baik mane pun..nak cakap jahat tak delah jahat mane pun..nak cakap cantik memang takde lah..sebab aku sedar sape aku..aku tahulah kau cantik tapi tak perlu lah nak berlagak bagi..semua ciptaan ALLAH nie cantik-cantik belaka..dan cantik itu subjektif..lain orang lain pandanganya..ye dokk..


aku belajar pun tak tinggi mane pun..keje pun gaji bukan beribu riban..kau nak jeles jugak ke..hari-hari dok jadi stalker aku..tak penat ke weh..bawak-bawak lah bertaubat..aku tak ganggu hidup kau pun..kenapa perlu iri hati dan dengki mendengki.Tak ada untungnya , menambah dosa lagi ada.


kau ada hidup kau..jaga orang sekeliling kau sudah..jaga famili sendiri sudah..jaga sedara mara kau sudah..dan paling penting jaga diri sendiri k..takut nanti kalau ada orang yang tak suka kat kau sembur kau pulak..aku nie dah penat nak dengar sume tue..orang sekeliling dok bercakap kau macam-macam tapi aku diam jek..malas nak tokok tambah..


aku rasa kalau kau tahu apa yang orang cakap nie ade yang kau hamburkan semuanya kat wall facebook kau..adoy penat lah hari-hari baca post kau yang menyindir-nyindir orang nie..aku yang taknak baca pun dah terpaksa baca..nak remove kau kawan aku..kesian nanti friendlist kau kurang pulak kalau aku remove..mujur kau takde blog kalau ada mesti kurang followers kau kan..hehehe..


ada artikel mengatakan orang yang membiarkan dirinya di kuasai oleh iri dengki hidupnya akan menanggung beban berat yang tidak seharusnya ada. Bayangkan la , setiap kali melihat orang lain yang di dengkinya dengan segala kejayaannya, maka mukanya akan menjadi tertekuk , lidahnya akan sentiasa mengeluarkan sumpah seranah , bibirnya amat berat untuk tersenyum dan yang lebih bahaya lagi , bila hatinya semakin penuh dengan dengki , marah, benci, curiga, kesal, kecewa, resah, dan perasaan² negatif yang lainnya.


Nak ke kehidupan seperti itu? kehidupan yang menyesakkan. Bumi ini luas , jadi jangan di rasakan sempit hanya kerana sikap buruk ini. Seperti layaknya penyakit, ketika di pelihara akan mendatangkan penyakit lainnya. Demikian pula penyakit hati yang bernama iri dengki. Bila tidak di hilangkan , ia akan mengundang pelbagai penyakit lainnya. Tak guna berdengki kerana ia akan menyusahkan diri. Belajar la bersaing dengan cara yang sihat , jadikan kejayaan orang lain itu sebagai satu cabaran buat kita untuk turut sama berjaya.


Tidak sesulit mane pun untuk membuat kebaikan dan meraih kemenangan.Cuma jangan biarkan dengki menguasai diri tapi cubalah berlumba dalam keadaan kebaikan..Insyaallah semuanya akan di permudahkan..

2 comments:

Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!