5 Tanda Kita Dah Ready Untuk Berkahwin

  No comments    
categories: 
Hidup berumahtangga merupakan suatu pengalaman manis yang berlaku dalam sejarah lakaran hidup kita.


Tapi adakah kita benar-benar tahu dan yakin yang kita telahpun bersedia untuk memulakan ikatan perkahwinan tersebut? Bagaimana kita boleh mengetahui tanda-tanda yang kita telah bersedia untuk melayari bahtera perkahwinan tersebut?


Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan bersama kita 5 petanda yang jika kita sedang laluinya ataupun ianya terdapat dalam diri kita,kita memang dah sedia nak kahwin.

Petanda 1: Rela Berkongsi

Rela berkongsi bermaksud kita bukan hanya sanggup dan telah bersedia untuk berkongsi kasih, sayang dan cinta diantara korang berdua.

Tetapi, ia jauh meliputi lebih banyak aspek dalam kehidupan seharian kita. Aspek-aspek yang dimaksudkan adalah seperti wang, perasaan, masa, pendapat, harta-benda, rumah, makanan, dan lain-lain perkara dalam kehidupan seharian kita.


Petanda 2: Boleh Berfikir Secara Terbuka

Kadang-kala, ketika kita melayari bahtera rumahtangga kita, perselisihan pasti akan terjadi. Justeru itu, kita haruslah berfikiran terbuka dan boleh berbincang dengan baik dan tenang sesama korang berdua ketika sesuatu perselisihan itu berlaku.

Mungkin punca perselisihan korang berdua hanyalah kerana perkara-perkara remeh. Jika kitaa berfikiran terbuka dan boleh menerima kesilapan diri masing-masing, perjalanan hidup berumahtangga korang pasti lebih mudah dan berjalan dengan lancar.


Petanda 3: Anda Boleh Menjawab Soalan “Kenapa Aku Nak Kahwin” Dengan Baik

Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main-main. Seumur hidup, sekali je kahwin ni. Beberapa persoalan yang perlu kita tanya diri kita sendiri sebelum berkahwin adalah seperti

Mengapa kita perlu berkahwin?

Adakah kedua-dua belah pihak keluarga kita berdua boleh menerima kita berdua untuk berkahwin?

Apakah yang ingin kita berdua capai dalam hidup setelah berkahwin untuk jangka masa panjang?

Jika kita boleh menjawab soalan-soalan tersebut dengan baik, maka memang telah terbuktilah kita berdua telah bersedia untuk berkahwin.


Petanda 4: Sanggup Bertolak Ansur

korang berdua boleh bertolak ansur jika sesuatu pilihan atau keputusan kritikal perlu dibuat. Ada juga kadang-kala korang berdua akan berselisih faham. Jika perkara tersebut berlaku, salah-satu pihak harus beralah dan bertolak ansur. Jangan ikutkan sangat ego kita.


Petanda 5: Bersedia Menerima Sifat Dan Tabiat Pasangan

Memang kita perlu akur, ketika bercintan-cintun dulu, semuanya indah-indah dan baik-baik belaka. Bak kata orang, nak control macho la (kalau yg lelaki) atau nak control cun bagi yang perempuan.

Setelah berkahwin nanti, sifat-sifat atau tabiat-tabiat yang selama ini tersembunyi dan tidak ditunjukkan secara terus ketika bercinta dulu, harus kita terimanya dengan hati yang terbuka. Memang tiada sesiapa pun yang sempurna di dunia ini. Pasangan kita pasti mempunyai kekurangannya yang tersendiri.

Begitulah beberapa petanda jika ianya telah muncul dalam diri kita, usah teragak-agak untuk hantar rombongan meminang (bagi yang lelaki) atau cepat-cepat suruh kekasih kita belikan cincin tunang (bagi gadis).


0 jejari comel:

Post a Comment

Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!