Alhamdulillah Wan Hazim ditemui

  No comments    
categories: 
pix_gal0

PETALING JAYA: Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun yang dilaporkan hilang petang kelmarin selepas keluar bersendirian dari rumahnya di Jalan PJS 10/1, Subang Indah, di sini, ditemui semula, awal pagi semalam.
Wan Hazim Mohd Khadir ditemui kira-kira jam 2 pagi oleh seorang lelaki di Lebuhraya KESAS menghala ke Klang ketika kanak-kanak itu sedang berjalan merayau di bawah jejambat berhampiran Summit USJ di Subang Jaya.
Lelaki itu menghantar budak lelaki itu ke Balai Polis Subang Jaya dan budak berkenaan kemudian dihantar rumah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Cheras.

Ibunya, Wan Nor Azma Wan Yusof, 33, berkata beliau menerima panggilan daripada pihak polis pada jam 7 malam semalam menyuruhnya datang ke balai berkenaan untuk membuat pengecaman gambar.

“Sebaik saja tiba di balai itu pada jam 10 malam, saya membuat pengecaman gambar budak lelaki yang dihantar ke JKM Cheras itu. Saya mengesahkan gambar itu adalah Wan Hazim. Saya rasa lega sebab anak saya selamat dan saya akan mengambilnya Isnin ini pada waktu pejabat sebab malam ini dan esok tidak dibenarkan kerana di luar waktu pejabat, ” 
katanya ketika ditemui di balai berkenaan malam tadi.Baca selanjutnya di sini

credit : berita harian

0 jejari comel:

Post a Comment

Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!