semalam duk borak-borak dengan ofismate kak lyn & ariya masa rehat,,borak tentang puasa..lepas tue tibe-tibe terkeluar pulak pasal baligh..aku cakap lah aku 1st period time aku umur 16 tahun..haaa??? tue reaksi dorang..pelik ke?? aku rasa tak kot..kak lynn cakap badan boley tahan gak..ariya cakap dia 1st period time sekolah rendah..serius aku tak bohong..boleh pulak kak lynn cakap aku tak normal..
kebanyakkan kawan aku 1 st period pun paling lewat 14 tahun aku je yang lambat tapi ada 1 kes membe aku nie dia kena makan ubat baru period ada..kalaau tak datang takdelah jawabnya bulan tue..wahh tibe-tibe rasa untung kalau bulan puasa..tak makan ubat tak period pastue boleh puasa sebulan hahaha..lepas tue aku google lah pasal nie..bak tahu jugak aku nie normal ke tak..boleh mengandung ke tak nie..adoii..konfius den..google punye google jumpa artikel nie kat sini..
Perubahan ketika akil baligh pada gadis :
- Akil baligh bermula dari umur 8 hingga 12 tahun dan berakhir di sekitar umur 16 tahun atau lebih.
- Peringkat akil baligh mengambil masa selama 3 hingga 5 tahun.
- Akil baligh lazimnya bermula 2 tahun lebih awal di kalangan perempuan berbanding lelaki. Perempuan mencapai ketinggian maksimum dalam sekitar dua tahun lebih awal dari lelaki.
- Bayi perempuan dilahirkan dengan memiliki tulang dan sistem saraf yang lebih matang, dan meningkat perlahan-lahan semasa peringkat kanak-kanak.
- Kematangan seksual yang lebih awal di kalangan perempuan adalah sebab mengapa ketinggian lelaki adalah 10 peratus melebihi perempuan apabila mencapai peringkat dewasa,,oleh kerana lelaki lebih lewat matang, mereka mempunyai masa yang lebih lama untuk membesar.
- Perubahan biologi berbeza dari segi masa dan bila ianya bermula, namun perubahan ini berlaku secara tetap dan boleh dijangkakan.
Kitaran haid anda :
- Sukar untuk tahu secara tepat bila haid pertama anda akan datang. Ada yang datang semasa di sekolah rendah dan ada pula di sekolah menengah.
- Purata haid pertama berlaku pada umur 12 tahun. Kitaran pertama lazimnya tidak banyak, hadir selama tiga hingga tujuh hari dan akan berlangsung sekali setiap bulan.
- Jangan cemas sekiranya haid anda tidak teratur terutamanya untuk dua tahun pertama. Mungkin juga haid anda untuk tempoh berikut bukan bercorak bulanan, contohnya sekali setiap dua bulan. Badan mengambil masa supaya keteraturan kitaran haid berlaku.
- Berjumpalah dengan doktor sekiranya selepas dua tahun bermulanya haid, kitaran masih tidak teratur atau bila-bila masa sekiranya kehadiran haid menyakitkan.
maknaya aku nie normal lah kan..walaupun aku lambat period..huhu usai sudah semua tanda tanye hehehe..jangan bimbang enche bakal..huahuahua
0 jejari comel:
Post a Comment
Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!