Tak Nak Jadi Dewasa Boley Tak???

  5 comments    



Dulu, saya nak cepat-cepat jadi dewasa..
Boleh pakai kasut tumit tinggi..
Boleh melaram, make-up muka..
Boleh cepat kerja, 
sebab orang selalu tanya apa cita-cita..
Boleh pegi mana-mana saya suka..
Boleh bercinta..
Boleh balik rumah lewat malam..
Banyak bendalah boleh buat kalau dah besar ni.


Lama-lama, baru saya perasan..
Saya dah tak baca komik doraemon, 
tapi baca majalah cleo..
Saya dah tak main masak-masak tapi memang masak betul-betul..
Saya dah lama dapat kunci 21..
Saya dah boleh mengundi..
Kahwin pun boleh, kalau saya nak.
Saya ingatkan seronok jadi dewasa ni..
Saya boleh buat keputusan sendiri, kakak dan abang saya dah tak boleh marah saya..
Saya bukan budak hingusan lagi tapi mahasiswi universiti..
Universiti saya kat Eropah pulak tu, tak penah-penah saya fikir nak pergi oversea..
Kalau pegi theme park, semua rides saya boleh naik, tiada halangan umur atau tinggi..
Dulu saya buat karangan "Saya Seekor Nyamuk" tapi baru-baru ni saya submit essay pasalForensic Evidence in Courts of Law..
Dulu saya mintak papa beli komputer sebab nak main games, tapi sekarang saya beli komputer untuk buat tugasan dan macam-macam lagi.

Rupa-rupannya..
Jadi dewasa ni..
Kena matang..
Kena professional..
Banyak tanggungjawab..
Banyak masalah, lagi banyak dari masa remaja dulu..
Banyak essay nak kene tulis..
Banyak pakai duit..
Tak boleh emosional tak bertempat..
Kena cari makan sendiri..
Kena buat keputusan, keputusan, keputusan dan keputusan..
Kena kawan dengan semua orang, biarpun tak sama minat dengan kita..
Kena berpada-pada kawan dengan berlainan jantina..
And banyak lagi la kena, kena, kena, kena, kena dan kena.
Namun itulah sunnatullahSaya kena hadapi dengan redha dan tabah.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." [Surah Al-Baqarah; 286]













Related Posts:

  • Kawen awal?? Perhatian: Nanti jangan lupa tinggalkan jejak kat ♥ yang ke-3 tue ea,,kalau ase malas komen jela.. senang nak follow n bw semula..maaf lah sekarang n… Read More
  • adek BalQis Azizi pernah tengok Aduh sayang dengan Mr labuci tak??mesti perasan kan budak perempuan kecik yang petah berkata-kata tue kan..serius budak nie memamng co… Read More
  • R I N D U ! ! R I N D U ! !..erm sape yang tak pernah R I N D U??sila angkad tangan hehehe..sekarang nie aku tengah R I N D U lah nie..adoii tapi disebab… Read More
  • buat pertama kali :) assalamulaikum.. ape nak tulis nie..fes time terjun dlm dunia penulisan nie hehe..cam kelakar je kan..harap-harap nanti berjaya la kot blog aku nie..… Read More
  • sakit mata dengan tekak aku tau!! hey kamu!! kamu lah.. laa tak payah nak pandang kiri kanan belakang..memang aku panggil kamu lah..hehehe..datang sini nak bw sambil baca ent… Read More

5 comments:

  1. nice ! bile dah dewasa nih rasa nak balik ke alam remaja dan kanak2.. was such a good time !

    ReplyDelete
  2. hehe betul..
    ase rindu sgt..
    xbnyak masalah melanda..

    ReplyDelete
  3. time kcik, smua parent yg uruskn.

    bila dah bsar gedabak ni, pndai2la nk idop

    ReplyDelete
  4. hehe 2 la..tyme kecik2 manja jekk..
    da besa da mak abah lak manja nan kita

    ReplyDelete
  5. hehe 2 la..tyme kecik2 manja jekk..
    da besa da mak abah lak manja nan kita

    ReplyDelete

Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!