Bulan Ramadhan Al-Mubarak merupakan bulan yang mulia dan telah dikurniakan pelbagai keistimewaan berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Di antarannya :
Ibadah Puasa– Pada bulan ini disyariatkan Umat Islam berpuasa selama sebulan pada siang hari sebagainya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : ” Telah tiba kepada kamu bulan Ramdhan, iaitu bulan yang penuh dengan keberkatan. Allah telah mewajibkan ke atas kamu agar berpuasa pada bulan itu.” – Imam Ahmad
Nuzul Al-Quran
– Al-Quran telah diturunkan pada bulan ini yang menjadi petunjuk kepada Umat Islam dan untuk menjadi ‘pembeza’ di antara yang haq dan yang bathil.
Pintu Syurga dibuka luas
- Pada bulan Ramadhan juga pintu syurga di buka seluas-luasnya untuk orang-orang yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. Pintu Syurga terbuka luas membawa banyak pengertiannya sama ada pintu Syurga sememang Allah s.w.t membukanya seluas-luas hanya pada bulan ini dan boleh juga membawa maksud pada bulan ini Allah s.w.t telah mengurniakan pelbagai keistimewaan, ganjaran pahala dan kebajikan yang menjadi sebab memudahkan mereka masuk Syurga.
Pintu Rahmat terbuka luas
– Allah s.w.t telah membuka pintu Rahmat-Nya seluas-luasnya agar ia menaungi seluruh hambanya yang gigih beribadat dan beramal soleh. Allah s.w.t memberikan ganjaran pahala yang berlipat-kali ganda. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila tiba bulan Ramadhan, maka pintu-pintu Rahmat akan dibuka.” – Muslim
Pintu Langit terbuka luas
– Allah s.w.t telah membuka seluas-luasnya pintu langit pada bulan Ramadhan Al-Mubarak ini dan menurunkan Rahmat-Nya ke atas hamba-hambanya yang beriman. Amalan ketaatan dan doa akan naik terus kepada-Nya bersesuaian dengan sabada Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila masuk bulan Ramadhan pintu-pintu langit dibuka.” – Bukhori
Pintu neraka tertutup rapat
-Pada bulan Ramadhan Allah s.w.t telah menutup pintu-pintu Neraka ditutup serapat-rapatnya dan memberi peluang untuk hamba-hambanya beribadat dan melakukan kebajikan serta menghindarkan diri dari larangan-Nya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila masuk Ramadhan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup.” – Bukhori
Syaitan dan Jin di rantai
– Pada bulan ini Syaitan dan Jin dirantai agar tidak menganggu manusia atau menghasut orang-orang yang beriman. Namun tidak bermakna kejahatan dan kemaksiatan itu tidak berlaku kerana yang tinggal ialah manusia asuhan syaitan atau syaitan manusia dan juga nafsu jahat manusia yang sentiasa inginkan kesenangan duniawi semata-mata tanpa mengira halal atau haram sesuatu perbuatan tersebut. Sabda Rasulullah s.a.w : “Apabila tibanya malam pertama Ramadhan dan dibelengu syaitan-syaitan dan jin yang derhaka.” – Al-Tirmizi
Lailatur Qadr
– Satu bulan yang dimuliakan oleh Allah s.w.t berbanding 1,000 bulan seperti yang difirmankan oleh Allah s.w.t dalam surah Al-Qadr ayat 3. Sesiapa yang beribadat menepati pada malam tersebut maka ganjaran amalannya menyamai ibadah untuk 1,000 bulan.
credit to sumber
semoga ramadan tahun nie lebih bermakna bagi kita!.
ReplyDeleteharap begitu hendaknya...
ReplyDelete