Mengapa kita dicipta?

  No comments    
categories: 
Pada satu ketika, saya menonton sebuah rancangan realiti yang memaparkan kerenah bayi yang baru belajar berjalan. Untuk episod kali itu, mereka meletakkan beberapa orang bayi di satu sudut, kemudian jauh bertentangan dari sudut itu merekamembunyikan permainan yang boleh menarik perhatian anak-anak kecil itu. Ternyata mereka berjaya. Bayi-bayi comel itu menoleh ke arah permainan tersebut dan terus bertatih cuba mendapatkannya. Permainan yang dibunyikan itu jelas menjadi matlamat mereka. 

Namun, di pertengahan jalan, sengaja di letakkan beberapa alat permainan lain khusus untuk mengganggu fokus bayi-bayi tersebut. Ada bola, ada cermin, kerusi dan sebagainya. Oh, ternyata fokus si kecil itu benar-benar terganggu. Nampaknya ada yang sudah ralit dan terpesona melihat wajah sendiri di cermin, ada yang sibuk dengan bola dan ada juga yang sedang menangis kerana gagal memanjat kerusi. Oh, mereka sudah terlupa dengan ‘matlamat utama’ mereka. Alahai, betapa comelnya! Terkekeh-kekeh saya ketawa. 



Namun dalam ketawa, minda kecil ini bagai dijentik sesuatu. Kalau mahu dijadikan ibarat, sebenarnya hidup kita juga begitu. Umpama bayi kecil itu, kita tahu matlamat utama kita. Namun adakalanya, kita hilang fokus terhadapnya. Mungkin ada sesuatu yang buat kita terpesona. Mungkin ada sesuatu yang buat kita terluka dan menjeruk rasa. Lalu buat seketika, kita lupa kepada yang lebih utama dari yang utama. 

Sahabat-sahabatku yang baik, begitulah kita dalam memenuhi tuntutan hidup sebagai seorang khalifah. Kadang-kala ujian dan godaan hidup ini membuat kita kalah. Lupa kepada Allah. Lupa kepada tuntutan dakwah. Benar, kita hanya manusia biasa dan itulah kelemahan kita yang cukup nyata. Mudah hilang fokus. Mudah terbawa-bawa dengan apa yang ada di persekitaran kita. 

Namun mujur kita bukan bayi kecil itu. Syukur kerana kita sudah dewasa dan sudah punya akal yang jitu. Justeru, bangkit segera. Meski terpesona dengan godaan dunia, meski kecewa dengan ujian yang melanda, jangan berlama-lama. Kembalikan fokus kita . 

Dunia yang ada ini hanya sementara. Kita perlu mencari bekal untuk ke dunia yang kekal buat selama-lamanya. Lap air mata. Hentikan ketawa yang sia-sia. Pujuklah hati kita untuk kembali memikirkan satu perkara. Mengapa kita dicipta? 


---------------------------------------------------------------------------------------------
SEBARKAN KEBAIKAN. SALING BERPESAN-PESAN
LIKE & SHARE

Like fanpage saya
  
hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.

3 PERKARA buat kita bertahan :)


Ada 3 perkara yang membuat kita terus bertahan di dunia ini..

| TUHAN | KELUARGA | CINTA |

Mungkin CINTAlah hal paling kita lalui setiap hari, tanpa disedari kita menemuinya didepan mata, kadang sudah lama ia berkembang tanpa disedari.. bila masanya kita menyedari kita sudah pun terlewat.

Sebagai contoh bila seseorang meluahkan perasaan di saat yang dirasa kurang pasti. Maka terlontarlah kata yang tersirat, apalah salahnya kalau dia berharap lebih sekarang? apa juga salahnya ketika dia melafazkan sedikit perasaan cintanya dengan tidak sabar.

Semua itu hanya permainan kata² yang terangsang di otak, tidak lebih dari itu. Hal yang dirasa terlambat pun apa "BENAR² TERLAMBAT". Jika kita mahu berfikir sejenak, semua itu hanya permainan perasaan yang di lontarkan otak.

Jadi JANGAN PERNAH menjadikan perasaan yang saat ini ada dirasa salah. Entah itu menurut pasangan kamu baik atau tidak atau mungkin lingkungan sekitar. Jangan pernah memandang suatu perasaan berdasarkan his like or dislike.

Jawapan tentang perasaan itu yang diberikan secara sepontan, dan wajar bila masanya kau juga mengatakan hal yang sama seperti dia.

Perjalanan masih terlampau panjang. Salah jilka kau merasa ragu. Lebih baik melangkah menatapnya dengan perasaan yang dibawa saat ini. Dari pada tetap di tempat menatapnya dari kejauhan.

*** CINTA ITU TIDAK ADA YANG SALAH, YANG SALAH HANYA KEADAAN



thanks for reading this entry..



love,
aznishamsuddin

Mini GA I Love Monopod By Emas Putih

As-Salam


Hadiah :
1 x Monopod bernilai RM45
15 x Button Badge Limited Edition by Emas Putih
10 x Bookmark Limited Edition by Emas Putih

Mini GA ini Seminggu Sahaja !! Syarat simpler giler!!
Nak join sila tekan banner di atas :)

Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.

#WdayA&E : Pelamin Idaman

okay hari nie nak share tentang pelamin idaman hati wakaka lawak sangat lah tue kekonon nya..kalau boleh nak yang simple dan cantik dan kalau boleh lah kan nak tema rustic vintage huaaa..tapi keknya bila dah survej kat internet pastu pegi tengok kat butik jadi rambang mata betul lah. tak tahu nak pilih yang mana. bila berkenan pulak kat Temerloh tak de yang sanggup nak buat huhu sadisnya hati ini..

kalau dari jauh pulak caj transport lebih mahal dari pakej pelamin. guana tue.. pening cik azney pikir tau hehe takpe kita cuba survey lagi . apa kata jom tengok apa pelamin impian cik azney hahaha











yang nie ada kat Temerloh . tak pergi lagi butik nie waaa teruja kot..

amacam berkenan tak? mesti berkenan jugak kan . alaa tahu dah hahaha.
Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.

#WdayA&E : Survey Pakej Kawenggg



step pertama kekonon nya lah. haha nak booking tarikh punya pasal sebab rasa macam dah suntuk sangat nie. persiapan memang zero huhu.ahad baru nie join bestie dengan tunang dye tengok pakej kawin kat butik butik pengantin yang ada dalam Temerloh. kekonon pagi pegi tapi tunang bestie asyik dengan kerja di ladang haha . lawak betul hakim nie,tunang bestie,Wahidah :). kami pergi mencekik dulu dekat Nasi Ayam Kak Mala,Temerloh Mall. lepas perut kenyang baru pergi survey.



butik pertama jadi pilihan C-Kin Anggun Collection CAC, lokasi CAC nie kat no 19 tingkat 1&2,Jalan Pak Sako 1, 28000 Temerloh . Berhampiran Kaid Johar sebaris dengan restoran E-station , bersebelahan kedai Emas dan atas kedai Kasut . danm yang paling menarik kedai CAC nie sahaja yang berwarna ungu. memang senang nak cari lah kiranya tapi malangnya tutup pulak. mungkin sebab rehat. pastu pergi Butik Tradisi, lokasi butik nie tak jauh mana dari CAC no 12 tingkat 1, Jalan pak sako 1.mula mula sampai pintu pun dah teruja sebab nampak baju cantik-cantik semua.tapi malang betul lah. layanan pekerja di berikan kepada kami kurang memuaskan. sepatah ditanya sepatah dijawab.alasan sebab penat dengan kerja T_T haishh last last kami keluar cari butik lain.



Butik Gubah Sanding. memang meletop kalau butik nie di temerloh. rata rata orang kat sini akan ambil pakej dengan diaorang. lokasi pun bukan jauh mana pun dalam bandar baru temerloh no. 4, tingkat 1, jalan pak sako 2, Temerloh. bangunan berhadapan dengan CAC je. layanan memang terbaik.sangat puas hati tapi yang hampa sikit hehe tak tahu ada baju untuk enche tunang haha.



antara busana yang ada di Butik Gubah Sanding hehe boleh tengok di FB Butik Gubah Sanding untuk lebih teruja hahaha


banyak yang dibincang wahidah dengan hakim tapi aku dok melilau tengok baju mana yang berkenan. kekonon nak buat peach /blue mint hehe tapi bila dah sampai haaa amek kau rambang mata pulak. hahaha selepas dah puashati kitorang pergi semula C-Kin Anggun Collection CAC. haa nasib memang baik. sebab bukak pun hehehe


cantikkan pelamin nie. teruja betul dibuatnya. serius memang berkenan. 

baju nie pun terbekenan kekonon untuk akad nikah nanti huaaa acane neh ..

antara busana pengantin yang ada di CAC



last last jadi pening sebab tak tahu nak pilih yang mana hahaha pakej semua lebih kurang je tapi nak pilih yang terbaik dulu aku decide nak pergi dengan enche tunang.

selasa baru nie ajak enche tunang pergi tengok pakej.waktu lunch aku gunakan dengan sebaiknya haha padahal hampir 2 jam aku rehat haritu. kawen punya pasal lah. kami singgah Butik Koleksi Imah. kebetulan owner butik enche tunang kenal pakej sekali anak dia kawan sebaya enche tunang. memang terbaik. lokasi berhadapan depan CAC kira memang takkan sesat punya lah hehehe

terkenan yang nie hahaha pelamin kaweng kawan enche tunang aka anak owner Butik Koleksi Imah

test baju yang terkenan tapi tak muat pulak dah hampanya rasa huhu ermmm kitorang decide nak ambil dengan Butik Koleksi Imah je tapi dalam hati nie pening pulak nak pikir warna apa hahaha. so rasanya minggu nie kena teruskan lagi misi pencarian pakej kawengggg lagi hahaha.

pening rupanya nak kaweng nie. haha kalau boleh nak yang murah tapi berbaloi hehe eh ada lagi ke macam tue? haa itu pasal kena survey betul betul kan..kalau macam nie gayanya kaweng. memang boleh buat aku jadi pening sokmo lah jawabnya..



Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.