#DIY : Paper Doily Wedding Bunting

Paper Doily Bunting

siapa suka vintage? sepp siapa yang suka. bukan apa sebab hari nie nak share sedikit tentang hiasan dalam vintage iaitu DIY Paper Doily Wedding Bunting..  Paper Doily Wedding Bunting nie sesuai untuk majlis yang bertema kan vintage atau inggeris dan birthday party !! okay jom kita mulakan.


DIY Doily Bunting
bahan bahan yang diperlukan ialah doily paper, gunting , tali atau riben, pensel, pembaris dan gam pistol hehehe


DIY Doily Bunting
lukiskan bentuk segi tiga di atas doily paper




DIY Doily Bunting
kemudian gunting ikut garisan yang dilukis tadi



DIY Doily Bunting
tinggal kan dalam 20 inci hujung tali untuk ikat pada tiang atau pokok nanti hehe


DIY Doily Bunting
letakkan gam pada tali . pastikan guna gam pistol tue tau supaya tahan lama tak tanggal

DIY Doily Bunting
gamkan doily paper pada tali/riben. jarakkan dalam 3-5 cm setiap 1.

DIY Doily Bunting
tadaaa dah siap boleh gantung..


Step By Step: Paper Doily Bunting

Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.

Kemalangan Jalan Raya ?? Apa yang perlu saya buat???

memandangkan baru baru nie kemalangan .. kalau ada yang baca mesti tahu hehehe so ada sedikit buat kajian camne prosedur kalau berlaku kemalangan..




Jika anda atau seseorang yang dikenali terlibat di dalam kemalangan jalanraya, adalah penting untuk bertenang dan tidak merasa cemas. Langkah-langkah berikut mungkin boleh membantu.


 



KEMALANGAN JALAN RAYA – APA YANG HARUS DILAKUKAN?

• Sila bertenang dan jangan cemas.
• Jika ada sesiapa yang tercedera, telefon 999 untuk bantuan.
• Jika tidak ada sebarang kecederaan, alihkan kenderaan anda dari aliran
trafik ke tempat yang selamat, jika boleh.
• Catatkan nama dan alamat pemandu-pemandu lain yang terbabit.
• Catatkan model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat.
• Catatkan nama dan alamat saksi-saksi, sekiranya ada.
• Buat lakaran kasar tentang kemalangan dan lokasi kenderaan terlibat sejurus
sebelum dan selepas kemalangan (Gambar mengenai kemalangan, jika ada, akan membantu).
• Bertukar maklumat mengenai nama syarikat insurans/pengendali takaful masing-masing.
• Jangan berbincang tentang siapa yang bersalah. Ini mungkin menimbulkan
kesulitan dalam mengendalikan tuntutan anda.
• Jika kenderaan anda perlu ditunda, pastikan bahawa kenderaan tersebut akan
dihantar ke bengkel yang betul. Hubungi syarikat insurans/pengendali takaful
anda atau nombor“hotline” kemalangan syarikat tersebut bagi mendapatkan
maklumat tentang bengkel kenderaan yang sepatutnya.
• Laporkan kemalangan kepada polis dengan segera.
• Laporkan kemalangan kepada syarikat insurans/pengendali takaful anda dengan
segera, walaupun anda tidak berniat untuk membuat sebarang tuntutan. Pihak
ketiga yang terlibat dalam kemalangan tersebut mungkin ada membuat tuntutan
insurans daripada syarikat insurans/pengendali takaful anda dan akan menyebabkan
kehilangan NCD anda.
• Isikan borang tuntutan dengan lengkap dan masukkan maklumat tambahan yang
berkaitan. Jika ada sebarang keraguan, dapatkan nasihat dari syarikat insurans/
pengendali takaful anda.


JAGA KESELAMATAN KENDERAAN ANDA
• Kunci kenderaan anda.
• Jangan tinggalkan kunci dalam kenderaan anda.
• Jangan tinggalkan kenderaan anda dengan enjin terpasang walaupun untuk seketika sahaja.
Kecurian kenderaan selalunya terjadi di kedai runcit, stesen minyak, ATM dan kawasan luar rumah
apabila kenderaan dibiarkan seketika untuk melakukan tugasan ringkas atau hanya untuk
membuka pintu pagar rumah.
• Pastikan semua tingkap kenderaan anda ditutup rapat.
• Jangan tinggalkan barang berharga di dalam kenderaan anda. Tetapi, jika terpaksa, letakkan
barang-barang berharga di tempat yang tidak dapat dilihat atau di dalam but. Pastikan tiada
sesiapa melihat anda menyimpan barang-barang berharga di dalam but kenderaan anda.


MELETAK KENDERAAN
• Letakkan kenderaan anda di tempat yang terang – kecurian kenderaan biasanya berlaku pada
waktu malam di kawasan yang gelap.
• Letakkan kenderaan anda di tempat yang mempunyai kawalan keselamatan – pencuri kenderaan
tidak sukakan saksi dan lebih menyukai tempat letak kereta yang tidak berjaga.
• Letakkan kenderaan anda di dalam kawasan rumah bukannya di luar. Kunci pintu kenderaan dan
pagar rumah bagi meningkatkan keselamatan kenderaan anda.


KESELAMATAN
• Pencuri professional boleh mencuri mana-mana kenderaan. Walau bagaimanapun, anda boleh menyukarkan pencuri dari mencuri kenderaan anda. Kenderaan yang mempunyai tahap
keselamatan yang lebih akan menyulitkannya dari dicuri.
• Keupayaan kewangan dan pemilihan peribadi anda akan menentukan tahap ciri keselamatan dan
jenis alat-alat pencegah kecurian yang terbaik untuk anda.
• Alat pencegah kecurian yang boleh didapati adalah:
- Penghalang gerak enjin berelektronik
- Kunci pintu dan kunci pencucuhan yang lebih baik
- Kunci yang mempunyai corak atau kod keselamatan
- Radio/pemain cakera padat yang berkod keselamatan atau yang mukanya boleh ditanggalkan
- Penandaan nombor kenderaan pada cermin
- Alat amaran penggera
- Kunci stering/gear brek
- Alat pengesan berelektronik




Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan, anda boleh membuat sama ada tuntutan kerosakan sendiri atau tuntutan pihak ketiga. Bagi tuntutan kerosakan sendiri, hubungi syarikat insurans atau pengendali takaful anda dengan segera untuk mendapatkan nasihat mereka.

Jika syarikat insurans anda mencadangkan atau menghendaki kerja pembaikan dilakukan di bengkel panel yang diluluskan, hantar kenderaan anda seperti yang dinasihatkan. Syarikat insurans atau pengendali takaful anda akan menolak tuntutan jika kenderaan anda tidak dihantar ke bengkel yang diluluskan mereka. Syarikat insurans anda akan menghantar pelaras kerugian untuk menilai kerosakan kenderaan anda sebelum membenarkan kerja baik pulih dijalankan.


Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.

waaa dapat pergi Cardiff UK

wahhh tahniah buat adik sepupu , syadiq berjaya terpilih dalam 1MCC-Astro Kem Bola Cardiff Training Programme. bukan calang calang orang yang dapat pergi ke Cardiff UK. teruja betul rasa bila kecik kecik lagi dah dapat pergi tempat orang.. waaaa bila lah agaknya ada peluang macam tue. huhuhu.


seramai 32 orang yang terpilih dalam 1MCC-Astro Kem Bola Cardiff Training Programme. mereka akan berada di sana lebih kurang 2 minggu bermula dari 14mac  sehingga 24 mac 2014 untuk mengikuti latihan  seperti  latihan bola sepak, pengajaran kepimpinan sukan, sekolah dan stadium as well as English dan Welsh Classes.

dan yang paling best kan dorang akan dapat menonton secara live perlawanan Cardiff City Football Club (CCFC) menentang Liverpool FC pada 22 Mac, sabtu ini.. waaaa.....


kat bawah nie sedikit gambar yang adik sepupu kongsikan di facebook dia. hehe terasa macam kat sana pulak bila tengok gambar gambar neh.








Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.

GA Mac 2014 by Emas Putih

Assalamualaikum

Sila tekan banner di atas jika nak join.





Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.

kereta kena langgar



cerita nie berlaku hari rabu lepas. elok elok je lepas enche tunang antar aku pergi keje.. memang kebetulan betul lah.. tak sampai 10 minit enche tunang muncul balik depan opis.
"kete kena langgar" enche tunang dengan cool je bagitau.

"haaa? camne boleh kena langgar?kat mana?teruk ke?langgar dengan apa? " aku punya soalan kemaen lagi.

aku apalagi bergegas lah pergi tengok keadaan kereta aku. teruk ke idok. dah lah time tue roadtax tak buat lagi. insurans je baru on. ya Allah mujur sangat tau insurans dah on.aku tengok kete teruk jugak lah abes bahagian tepi kanan. kemek bumper koyak mujur ada klip kalau tak londeh terus. aishhh.. sampai bonet pun lari sikit. ada calar sikt.tengok dari depan kereta senget ke kanan.. oh sedihnya tengok #CiliPadi cam tue.


enche tunang bagitau yang langgar tu sepasang suami isteri bangsa india naik motor. punya nak kejar lampu isyarat sampai kereta aku dirempuhnya. yang paling aku sakit hati roadtax takde insurans takde. haa acane nak claim insurans tue?? mujur bukan aku yang bawak kalau aku tue memang kaw kaw india tue aku buat. kereta kot bukan basikal. T__________T dan yang paling best pulak kebetulan ada peronda kat simpang belah kanan.. ermm apa lagi lampu neno neno on terus pergi kat india tue. polis tue cakap benda nie boleh settle kalau pemilik kereta nak settle luar atau dalam(balai). enche tunang bagitau india tue  pergi hospital dulu sebab isteri dia macam ada luka sikit. kalau ikutkan hati memang nak settle balai tapi india tue cakap boleh settle luar dan boleh bayar so enche tunang bagi tempoh sampai pukul 4 untuk settlekan isteri dan duit baiki kereta. mujur enche tunang cerdik haha amek detail bagai senang kalau apa-apa berlaku nanti.



lepas tue cepat-cepat pergi ambik roadtax dekat ambank.prepared sebab nak buat report polis kan.bila naik kereta yaAllah teruknya bunyi. dengan aircond panas ada bunyi bising pastu bila amek selekoh tayar bergesel..eeeeee sakitnya hati. huhu lepas settle roadtax enche tunang antar aku balik opis dulu.enche tunang terus pergi bengkel yang selalu kitorang hantar. pihak bengkel anggarkan dalam rm1800 untuk siap semua huaaa menagis wooo kalau kena keluar duit sendiri padahal bukan kita yang buat. bila tengok macam tak caya je motor langgar pun jadi cam nie teruknya.


enche tunang tunggu india tue sampai pukul 4 kalau dia tak bayar enche tunang buat report. tapi dalam hati dapat rasa dah memang india tue takkan bayar. choiii betul lah.. sebab pukul 4 isteri india tue cakap tunggu pukul 6 pulak. aiyoooo amaakkkk...dah nampak tanda tanda main tarik tali. tunggu pukul 6 takde jugak. tunggu pukul 7 takde jugak tapi yang best ada orang cal ugut-ugut pulak. tak payah report polis. mujur enche tunang yang cakap.kalau aku tue memang aku hentam balik.huishhh..







last last buat report sebab nak claim insurans. ciss tak pasal pasal insurans aku jugak kena claim. tapi india tue cakap nak bayar tapi entah ye ke tidak. ya aku bengang tue kalau tak mampu cakap lah tak boleh bayar tak payah main tarik tali macam nie. badigol betul lah.. ini tidak bila call je cakap boleh bayar. bila tanya berapa sanggup bayar sanggup sampai rm2k. kemain lagi... berlagak betul.


malam tue buat report tapi tak bawak kereta. naik dengan membe. sampai sana aiyakkk polis nak ambil gambar pulak. mujur polis tue okay mintak kitorang bawak kereta esok hari untuk ambil gambar. tapi selepas eksiden tue aku dah ambil gambar awal-awal. untuk claim insurans la kekononnya.



petang pukul 2 baru hantar kereta kat balai polis untuk ambil gambar dan salinan report.lepas settle pergi AmAssurance pulak untuk tanya tentang insurans kereta.mujur sangat boleh claim lagi pastu pihak insurans mintak kami hantar kereta ke bengkel panel. haaaa oihak insurans anggarkan dalam Rm3k untuk kerosakan kereta sebab kereta masih boleh bergerak.

hari isnin baru hantar kereta ke bengkel sebab tunggu turn huhu.. ini lah kali pertama kena claim insurans dan kereta ditabrak oleh orang huaaaa..nanti aku cerita camne prosedur untuk claim insurans ye.. :)



Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.