Showing posts with label Temerloh. Show all posts
Showing posts with label Temerloh. Show all posts

#Banjir : Temerloh di penuhi air

#Banjir : Mentakab pula dinaiki air selepas Temerloh

  3 comments    
categories: , , ,

Semalam air makin naik makin tinggi. Keadaan makin teruk. Pada hari nie Mentakab pula dinaiki air. Risaunya kitorang kat sini. Semalam Erul pergi keluarkan duit tapi rata-rata atm sudah kehabisan duit. Manakala kedai-kedai runcit mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang sesuka hati. Bagi orang ramai terpaksa juga membeli untuk buat bekalan sekiranya banjir melanda kawasan mereka.

Air bersih juga cepat-cepat tadah buat simpanan risau nanti bekalan air bersih ditutup. Elektrik masih ada cuma penuhkan powerbank kot kot nanti takde elektrik. Lilin 2 kotak Erul beli untuk waktu malam sekiranya lektrik tiada.

Ya Allah Ya Allah Ya Allah

#Banjir : Temerloh

Hari nie tak lepas pergi kerja sebab banyak jalan sudah dinaiki air. Hari hujan dan air menjadi lebih cepat. Air sungai bergerak dengan laju.

Terima kasih kepada semua yang prihatin dengan dugaan yang kami alami. Ramai yang berkongsi info tentang banjir. Banyak tempat sudah dinaiki air dan kawasan yang tak dijangka pun dinaiki air. Jalan jalan hanya untuk kenderaan berat sahaja kerana bahaya untuk kenderaan ringan.

Bekalan elektrik kebanyakan tempat sudah diputuskan oleh pihak TNB. Kami kini dalam tempoh berjaga jaga kerana sungai berhampiran tempat kami kini makin naik. Semoga dugaan ini kami dapat hadapi dan tiada kemalangan jiwa. Ibu bapa tolong pastikan anak anak tidak bermain air banjir kerana banyak buruk dari baik.

#Banjir : Air makin naik di Temerloh

  No comments    
categories: , , ,


Suasana di Temerloh kini dalam berjaga-jaga kerana air sungai makin naik. Rata -rata tempat dilimpahi air.Hujan masih turun walaupun tidak lebat dan berhenti dalam masa 2 jam hujan kembali.

Tadi Azney dengan Erul sempat melihat keadaan di Temerloh. Banyak tempat sudah dinaiki air. Azney nak balik rumah kat kampung pun tak lepas sebab air sudah melimpah atas air. Kenderaan ringan tak lepas lalu. Kalau cam hilux ke lori besar boleh lalu.

Kawasan rumah mertua Azney sekarang masih selamat, tiada lagi tanda-tanda untuk banjir tapi kami masih dalam berjaga-jaga. Bekalan makanan kami cuba kami sediakan untuk sebarang kemungkinan.

Ramai yang berpendapat banjir kali nie lebih teruk dari banjir tahun 2007 dan kemungkinan lebih teruk dari tahun 1971. Apa apa pun Azney doakan mangsa-mangsa banjir supaya dalam keadaan selamat.

#Temerloh : Persiapan Akhir Istiadat Berkhatan Dan Bertindik YM Paduka-Paduka Anakanda YAM Tengku Muda Pahang


Meriah !! Menjadi sejarah betul rasanya sepanjang hidup di Temerloh tak pernah lagi dapat melihat Istiadat Diraja. Dapat jumpa Sultan dengan Sultanah dulu pun semasa umur 9 tahun diberi peluang membuat persembahan untuk baginda. dan rasa bertuah jugak sebab dapat bersalam dengan baginda dan Sultanah. hehe kalau ingat balik senyum sorang sorang rasa hahaha..



kali ini diberi peluang lagi . kini di temerloh  pada malam 18 April 2014...Istiadat Di Raja Bersama Rakyat Pahang di Temerloh.


Semua persiapan tempat sudah bersedia...


YAM Tengku Muda Pahang meninjau sendiri persiapan akhir...




Sebelum itu pada sebelah petang ADUN Tahan memeriksa persiapan akhir....



Pada malam 17 April di Masjid Abu Bakar Temerloh, Majlis Solat Hajat, bacaan Yasin, Tahlil Doa Selamat sempena Istiadat Di Raja Bersama Rakyat Berkhatan dan Bertindik Paduka-Paduka Anakanda YAM Tengku Muda Pahang.



Beberapa foto-foto persiapan beberapa kanopi lagi....




















Semua rakyat Pahang di jemput hadir pada malam 18 April 2014 ini.




Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.