Giveaway 10K Followers Mialiana.com


Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
  2. Follow blog Mialiana.com, Add  Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  3. Wajib Follow blog, Like Fanpage dan Add Google+ semua sponsor (rujuk senarai sponsor)
  4. Buat entri bertajuk Giveaway 10K Followers Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senarai sponsor :
❤ Kerinchi MyKeledek | Fanpage
❤ Alycia | Fanpage
❤ Aida Hanafiah
❤ Amir Rofie | Google+
❤ Chekgu Skolah | Fanpage
❤ Anastasyea | Google+
❤ Sha Dhira | Fanpage
❤ Rafina Mimi | Fanpage
❤ Paly | Fanpage
❤ Dayang Deno | Fanpage
❤ Cikgu Kaca Mata | Fanpage
❤ Ieta | Fanpage
❤ Deq'Nyss | Google+
❤ Keyme Keymo | Google+
❤ Nur Dzafirah | Fanpage

Senarai hadiah yang ditaja bernilai RM 1,474 :
❤ 1 x Jus Delima Pompure bernilai RM 150
❤ 1 x Glutaking bernilai RM 150
❤ 1 x Tropica Bioherb Shampoo Herba bernilai RM 35
❤ 1 x Kain pasang Satin Cotton Vietnam bernilai RM 65
❤ 1 x BB Plus Collagen bernilai RM 180
❤ 3 x tudung DeZahra bernilai RM 75 serta Brooch bernilai RM 6
❤ 1 x Teddy Bear bernilai RM 100
❤ 2 x Bantal Love mialiana.com bernilai RM 35
❤ 1 x Wang Tunai RM 50
❤ 1 x Novel Cintaku Luruh di Oxford bernilai RM 34
❤ 1 x Novel Dia Yang Aku Pilih bernilai RM 22
❤ 1 x Farcheese Powder bernilai RM 25
❤ 3 x Doodle bernilai RM 10
❤ 2 x Multifunctional Buff (Seamless Magic Scarf) bernilai RM 15
❤ 9 x Topup bernilai RM 10
❤ 4 x hadiah misteri bernilai RM50.00

 jom support Mia Liana ya... join Giveaway ini dengan klik banner di atas...

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
klik iklan nuffnang nak kawen.

Giveaway Ramadhan by JiwarOsak


Giveaway Ramadhan by JiwarOsak

JOM Sertai Giveaway Ramadhan yang dianjurkan oleh Jiwarosak.Com dan disponser oleh
AbgferOz | Emma Eshya | Cik Amabee | Puteri Insyirah | Atie Eryati | JR EvolusiKu | Miszz Nadea | Nor Syazwani | Amirul Syahnaz | Ieta Mat Sa’ad | Nadz Fisol | Nurmujahidah Ismail | Kak Noor Noorlia | Delima Zamrud | Nurul Syarafina | Edo Hayra | Schu Hada | Anastasia Ann | Khairul Zamri | MahaMahu | MahaGosip | Diari sedetik lebih Farisha | Ainul Asyirah Asyiqeen | Sempoi Jerk | Masni Abdul Kadir | Ahmad Siddiq Adnan

hanya 3 STEP dan anda mungkin memenangi hadiah yang menarik..
Terdapat pelbagai jenis hadiah dan cash yang boleh dimenangi.. untuk maklumat lanjut layari blog penganjur di AbgferOz

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
klik iklan nuffnang nak kawen.

Al Fatihah buat arwah :'(

  No comments    
categories: , ,


petang isnin mendapat berita yang mengejutkan dari enche B..susi (adik kepada ju,salah seorang kawan kami) dan ramzi lemas di sungai..dalam hati berdoa semoga mereka dapat diselamatkan..kejadian berlaku pada hari ahad lepas ketika susi dan ramzi serta 3 yang lain mandi manda di sungai berhampiran..



agak terkilan kerana aku hanya dapat tahu berita nie pada hari kedua kejadian..memandangkan kami telah ke melaka kerana ada urusan yang penting dilaksanakan..



siapa sangka siapa menduga ajal maut sudah ditakdirkan buat arwah..takziah buat Ajura dan sekeluarga diatas pemergian adik dan sepupu tersayang..walaupun pahit untuk ditelan kerana kehilangan orang-orang yang tersayang secara mengejut akibat lemas di sungai..



baru je seminggu nak rapat dengan susi..time birthday party anak saudara arwah..sebelum tue kalau jumpa hanya senyum tak berborak sangat..tapi pada hari birthday tu kami sibuk dekat dapur masak serta menyediakan makanan untuk birthday wawa..masih terbayang-bayang lagi..arwah memang baik..segala suruhan dan permintaan yang kami minta arwah buat.. al fatihah..


semalam kedua-dua jenazah selamat dikebumikan..semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..



al fatihah....



antara artikel akhbar yang menyiarkan tentang kehilangan arwah berdua ..



MENTAKAB – Kegembiraan enam remaja mandi-manda di Sungai Semantan dekat Kampung Kelubi, di sini, bertukar tragedi apabila dua daripada mereka dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas.

Dua sahabat terbabit, Susisanti Amaqmus, 15 dan Mohd Ramzi Ariyanto, 16, dari Taman Netas Jaya, di sini, bersama empat lagi rakan turun ke Sungai Semantan untuk mandi di satu kawasan cetek.

Bagaimanapun, menurut rakan-rakan mangsa, Susisanti pergi ke kawasan air berpusar dan tiba-tiba terkapai-kapai meminta tolong.

Mohd Ramzi yang melihat Susisanti terkapai-kapai, cuba memberikan pertolongan, tetapi dia juga hilang apabila tiba di kawasan air berpusar itu.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, kejadian berlaku jam 12.30 tengah hari kelmarin apabila enam sahabat terdiri daripada tiga lelaki dan tiga perempuan turun ke sungai untuk mandi.

Menurutnya, polis yang menerima maklumat pertama daripada orang awam pada jam 2 petang kelmarin, menghantar pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada polis, Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam.

“Usaha mencari dijalankan sehingga petang semalam (kelmarin) dan ditangguhkan pada sebelah malam, namun disambung semula pada hari ini (semalam),” katanya, semalam.

Abdul Aziz berkata, seramai 21 penyelamat terlibat setakat ini dibantu beberapa bot nelayan tempatan sedang giat menjalankan operasi.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Temerloh, Hashnudin Hussain berkata, operasi mencari dan menyelamat diteruskan pagi semalam hingga ke jambatan Kampung Sungai Buloh, kira-kira enam kilometer dari lokasi mangsa dipercayai lemas.

Menurutnya, pihaknya juga meminta kerjasama orang ramai khususnya nelayan sungai supaya melaporkan segera kepada pihak berkuasa jika ada menemui mangsa di sepanjang Sungai Semantan dan Sungai Pahang.




Temerloh: “Jika ditakdirkan dia sudah tiada, saya hanya berharap Allah SWT temukan saya dengan jasadnya,” rintih seorang kakak, Ajura Amaqmus, 25, apabila adik kesayangannya, Susisusanti yang berusia 15 tahun sehingga kini masih belum ditemui selepas lemas bersama seorang rakannya, Mohd Ramzi Ariyanto, 16, ketika mandi bersama empat lagi rakan mereka di Sungai Semantan, Kampung Kelubi, Mentakab, di sini, kelmarin.

Kedua-dua mangsa dari Taman Seri Netas Maju, Mentakab.

Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, enam sahabat terbabit masing-masing tiga lelaki dan perempuan ke sungai berkenaan untuk mandi, namun Susisusanti dikatakan ‘bermain’ air di tempat dalam.

Dipercayai, secara tiba-tiba air sungai di tempat gadis itu berada dikatakan ‘berpusing’ menyebabkan dia terkapai-kapai ditelan arus.

Melihatkan kejadian itu, Mohd Ramzi cuba menyelamatkan Susisusanti, tetapi tidak berjaya menyebabkan dia turut hilang bersama gadis berkenaan.

Ajura yang juga seorang ibu tunggal berkata, kali terakhir dia bertemu Susisusanti, anak kelima daripada tujuh beradik itu pada Sabtu lalu kira-kira jam 7.30 malam.

“Ketika itu dia hendak keluar rumah dan memaklumkan akan bermalam di rumah seorang rakannya, saya hanya mengangguk kepala tanda setuju memandangkan dia sudah biasa ke rumah rakannya yang tinggal tidak jauh dari sini,” katanya memaklumkan mereka tinggal bertiga bersama seorang anak perempuannya berusia sembilan tahun di taman perumahan berkenaan.

Katanya, Susisusanti yang sudah tidak bersekolah adalah seorang pendiam dan banyak menghabiskan masa di rumah jika dia keluar berniaga di bandar Temerloh.

“Berderau darah saya apabila dimaklumkan mengenai kejadian ini kira-kira jam 1 tengah hari kelmarin...saya amat sayangkan dia, saya berharap dapat bertemu jasadnya jika ditakdirkan dia sudah pergi (meninggal dunia),” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Ajura berkata, adiknya adalah seorang yang mendengar cakap kerana jika dia tidak membenarkan gadis itu keluar, Susisusanti tidak pernah membantah dan hanya akan duduk di rumah.

“Saya tidak sangka, tidak sampai setahun kami menetap di sini pada Disember tahun lalu, saya terpaksa berdepan tragedi hitam ini yang menimpa adik kandung sendiri,” katanya memaklumkan sebelum ini mereka menetap di Muadzam Shah, Rompin.

Menurutnya, ibu mereka, Ramlah Musa, 40, yang menetap di Batu Pahat, Johor, tiba di bandar ini kelmarin selepas dimaklumkan mengenai kejadian menimpa Susisusanti.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Aziz Salleh berkata, sehingga kini usaha pasukan mencari dan menyelamat masih gagal mengesan mangsa dan operasi berkenaan dihentikan kira-kira jam 6 petang semalam berikutan hujan lebat.

“Bagaimanapun, kita akan menyambung semula operasi berkenaan jam 8 pagi esok (hari ini),” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.






MOHD RAMZI

SUSISANTI

Abdul Aziz ketika meninjau operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di Kampung Kelubi.

Mangsa pertama ditemui jam 8.30 pagi semalam kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi enam rakan terbabit mandi


MENTAKAB – Pasukan mencari dan menyelamat berjaya menemui kedua-dua mayat mangsa lemas di Sungai Semantan dekat Kampung Kelubi dalam operasi hari ketiga semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, Hashnudin Hussain berkata, mayat Mohd Ramzi Ariyanto, 16, ditemui pasukan mencari dan menyelamat dan penduduk kampung jam 8.30 pagi semalam kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi dia mandi bersama lima lagi rakan pada petang Ahad lalu.

Menurutnya, berdasarkan laporan awal pihaknya percaya kedua-dua mayat yang ditemui itu adalah mangsa yang dicari namun perlu pengesahan dan dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk tindakan lanjut.

“Pada jam 2.15 petang semalam, satu lagi mayat dipercayai Susisanti Amaqmus berusia 15 tahun ditemui di lokasi mereka mandi.

“Selepas gerakan mencari berjaya menemui mangsa pertama pada sebelah pagi, usaha mencari diteruskan sehinggalah berjaya menemui mangsa kedua beberapa minit selepas operasi disambung semula pada sebelah petang,” katanya.

Kejadian berlaku jam 12.30 tengah hari Ahad lalu apabila enam remaja terdiri daripada tiga lelaki dan tiga perempuan termasuk mangsa mandi di Sungai Semantan.

Tenggelam akibat arus berpusar

Susisanti dan Mohd Ramzi dari Taman Netas Jaya, di sini tersilap langkah apabila memasuki kawasan air berpusar lalu hilang dari pandangan rakannya.

Menurutnya, polis yang menerima maklumat pertama dari orang awam jam 2 petang Ahad menghantar pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada polis, Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Ketua Balai Bomba Temerloh Hashnudin Hussain berkata, operasi mencari dan menyelamat diperluaskan sehingga ke jambatan Kampung Sungai Buloh kira-kira enam kilometer dari lokasi mangsa dipercayai lemas.

Sementara itu, abang mangsa, Hendra Budiman Aryanto 26, ketika ditemui di tempat kejadian masih bersedih dengan kejadian yang menimpa adiknya.

“Dia anak nombor dua, dia tak bagi tahu pun nak ke mana pada hari kejadian,” katanya.

Saksi kejadian yang mahu dikenali Ana berkata, kejadian berlaku ketika paras air Sungai Semantan cetek dan berpasir pada Ahad lalu.

Menurutnya yang tinggal kira-kira 20 meter dari tempat kejadian berkata, enam rakan terbabit mandi di kawasan cetek itu dan kedengaran suara mereka yang sangat seronok.

“Saya tengah basuh pinggan, tiga anak saya minta izin nak mandi sungai juga tapi saya larang. Tak lama kemudian anak saya jerit bagi tahu ada orang lemas.

“Masa tu saya tengok hanya ada empat mangsa yang cuba menyelamatkan diri, dua lagi mangsa pertama sudah tenggelam.

“Ada pemancing yang selamatkan budak-budak tu, ada yang sempat capai kayu. Empat berjaya naik ke darat dua lagi terus hilang,” katanya.

Cetek bukan bermakna selamat

Ketua Polis Daerah, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh menggesa ibu bapa dan orang ramai memantau pergerakan anak masing-masing kerana bimbang kejadian lemas itu berulang.

Menurutnya, kebanyakan kejadian lemas berlaku apabila musim air cetek atau pada musim kemarau kerana kelihatan paras air sungai berpasir dan boleh mandi manda.

“Tanggapan itu salah kerana walaupun paras air sungai kelihatan cetek tetapi ada kawasan tertentu yang keadaan dasar sungainya curam.

“Ini yang boleh menyebabkan orang ramai atau kanak-kanak tidak perasan kerana kawasan seperti itu sangat berbahaya terutama di kawasan air berpusar,” katanya.

Beliau menasihati ibu bapa memantau perkembangan anak-anak supaya menjauhi aktiviti mandi sungai tanpa pengawasan pada musim kemarau ini.




Temerloh: Keajaiban berlaku apabila mayat mangsa lemas, Susisusanti Amaqmus, 15, timbul betul-betul di depan ibunya, Ramlah Musa, 40, yang berada di lokasi gerakan mencari mayat gadis berkenaan dilakukan di Sungai Semantan, Kampung Kelubi, Mentakab, di sini, semalam.

Mayat Susisusanti yang lemas bersama seorang rakannya, tiga hari lalu ketika mandi di sungai itu timbul di depan Ramlah pada kira-kira jam 2.15 petang.

Kakak mangsa, Ajura, 25, menyifatkan perkara itu sebagai kuasa Allah untuk menunjukkan betapa mulianya kasih seorang ibu terhadap anak yang amat disayanginya.

“Ibu saya tiba di bandar ini dari Batu Pahat, Johor, Ahad lalu, apabila dimaklumkan mengenai kejadian menimpa adik saya dan nyata kehadirannya amat bermakna dalam usaha mencari mayat adik saya,” katanya.

Terdahulu, mayat seorang lagi mangsa, Mohd Ramzi Ariyanto, 16, ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian, jam 8.30 pagi semalam.


hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
klik iklan nuffnang nak kawen.

Pengalaman Menghadapi Ujian Fizikal Jawatan Kostabel Wanita Part 1

meh nak cite meh..pakat dekat-dekat rapat-rapat baca apa yang ditulis setelah sekian lama entry yang di kepam berminggu-minggu dalam draft T_T..tapi kali panjang tau ai nak menaip haha..kesian korang kena baca panjang-panjang hahaha..tapi jangan risau sebab entry kali ini ada part 1 dan part 2..hehehe


pernah tengok sini ??kalau pernah mesti tahu apa nak diceritakan hehe..laaa koya betul lah kan kat atas tajuk dah bagi hint dah punggg...huhu sadis T__T walaupun tak lepas tapi bersyukur sebab pernah hadapi camne ujian fizikal untuk jawatan kostabel nie haaa...



awal bulan rasanya kalau tak silap dapat sms dari Kak Su bahagian Sukan & Latihan IPD Temerloh..huhu mati-mati ingat ada orang saje nak memain dengan kita hahaha..



tak balas pun sampai lah terdetik di hati nak usha laman web polis kat sini..sekali check ada nama huhu..cuak habes terus..dua hari lepas tue pergi IPD TEMERLOH amek surat tawaran dekat Kak Su.. :) dengan muka sememeh selamba je masuk cari kat Kak Su..hehehe



sebelum pergi kena prepared untuk ujian ..so kena lah bawak seluar pendek, T-shirt lengan pendek, myKad dan salinan myKad, sijil-sijil yang berkaitan dan salinan sijil-sijil, ballpen, 5 keping gambar errr apa lagi ye huhu .. rasanya tue je..tak payah lah korang nak bawak kasut sukan ke seluar track ke memang tak guna langsung..




kenapa kena pakai seluar pendek ??baju lengan pendek ?? takkan pakai tudung kan?? takkan tak payah pakai kasut sukan?? alaaa malu lahhh nanti ???mesti terbayang-bayang kan..jangan risau ye...sebab nanti dorang akan buat ujian fizikal tue dalam dewan..lepas tue semua perempuan..takde sorang pn lelaki..so lantak korang lah nak seksi camne pun dalam dewan tu huhu..





dannnnnn make sure syarat-syarat kelayakan memang kira layak lah sebelum pergi ujian fizikal nie..Ketinggian  wanita 157 sentimeter tanpa sepatu dan berat minimum 46 untuk perempuan ..kerana apa?? kerana kalau korang yang tak cukup 1cm cam eden nie haaa memang takkan lepas punya walaupun fizikal yang lain korang boleh buat..make sure kan jugak BMI dgn tinggi n berat seimbang..huhu kalau tak kena reject :) kalau berat dah okay sekali pun huhuhu...tapi takpe still cool bebeh hehehe...





pukul 6 lebih dah sampai IPD Raub..huishhh nebes bukan main..sampai-sampai kemain mak ayah hantar anak-anak dorang huhu..ai xpe cik abang yang antarkan hehehe..mula-mula sampai kemain ayu je pakai baju kurung bagai..lepas tue kena tunggu untuk buat pemeriksaan dulu sebelum masuk dewan..huishhh sementara tu sempat lah beramah mesra dengan orang lain..sempat jugak berkenalan hehehe...




lebih kurang 10 minit ramai je yang beratur depan kitorang..dok perkenalkan diri tapi dah lupa sapa nama dorang hewhewhew..nama dipanggil satu-satu..lepas tue kalau nama korang kena panggil korang kena jawab kuat-kuat tau haaa baru boleh jadi polis..bak kata abang polis tue lah..bergegar satu dewan pun tak pe hehehe..



bila nama dipanggil dorang check salinan sijil bagai dengan my Kad korang..betuk ke idok sama ke idok..pastu dorang bagi borang untuk korang isi..borang tue lupa nak snap..ada dalam bonet keta..nanti ai letak ye..bia korang tahu camne rupa borang tersebut hehehe..lepas isi borang korang kena bagi balik kat akak-akak polis tue..lepas bagi tue lah korang kena tukar pakaian..auw auw auw..



jeng jeng nanti kita sambung Part 2 pulak ye hehehe ...



hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
klik iklan nuffnang nak kawen.

Elak penyakit akibat jerebu

  No comments    

TAHUKAH anda fenomena panas yang melanda bumi boleh mendatangkan kesan secara langsung dan tidak langsung kepada kesihatan manusia?


Kesan langsung berkaitan dengan peningkatan suhu panas manakala kesan tidak langsung adalah disebabkan cuaca panas seperti kejadian jerebu dan kemarau hingga menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan air untuk minuman dan pertanian.

Bagi negara yang beriklim khatulistiwa, fenomena cuaca panas tidak menunjukkan kesan yang besar disebabkan adaptasi penduduknya adalah lebih baik berbanding mereka yang menetap di negara beriklim sejuk.

Sebagai contoh, semasa berlaku fenomena El Nino pada 1997 dan 1998, negara kita pernah mencatatkan suhu maksimum sehingga 41 darjah Celsius. Bagaimanapun kesan akibat suhu panas ini adalah tidak begitu ketara.

Kini negara berhadapan dengan masalah jerebu yang boleh menyebabkan penyakit seperti serangan asma, gangguan mata dan jangkitan saluran pernafasan (URTI).

Ketika berlakunya fenomena cuaca panas orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan seimbang dan meminum air dengan lebih kerap serta sentiasa menjaga kesihatan badan.

Apa itu jerebu ?
Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan.
Ia disebabkan oleh campuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.

Apakah bahan pencemaran udara yang bertanggung jawab kepada kesan kesihatan semasa jerebu ?

Bahan utama pencemar udara semasa jerebu termasuk:
Bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter
Ozon
Gas Karbon monoksida
Gas Nitrogen dioksida
Sulfur dioksida

Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan Kesan Kesihatan Apakah Indeks Pencemaran Udara?

IPU ialah indeks yang dibentuk berdasarkan kepada lima bahan pencemar udara seperti yang di atas untuk menunjukkan status kualiti udara dan hubungannya kepada kesihatan dalam pemahaman yang mudah untuk mengambil tindakan seterusnya.

Nilai IPU

Status Kualiti Udara, Diskripsi
0 hingga 50 > Baik
51 - 100 > Sederhana
101 - 200 > Tidak sihat

Kumpulan berisiko mungkin terjejas
201 - 300 > Sangat tidak sihat
Orang ramai terjejas
Lebih daripada 300

Bahaya

Apakah kemungkinan kesan jerebu ke atas kesihatan ?
Kesan jerebu ke atas kesihatan dikaitkan dengan tahap keterukan status kualiti udara. Semakin tinggi tahap IPU, semakin bertambah kesannya kepada kesihatan .
Faktor-faktor lain seperti jangka masa dan intensiti aktiviti luar, tabiat merokok, umur, dan status kesihatan seseorang individu memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepada kesihatan .
Kemungkinan kesan kesihatan termasuk;
Kesukaran untuk bernafas
Serangan jantung
Gatal-gatal pada tekak
Gatal-gatal pada mata
Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan
Gatal-gatal pada kulit

Langkah penjagaan
Penutup hidung (nasal mask) mesti digunakan jika indeks pencemar udara (IPU) melebihi 200.
Bagaimanapun bagi mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit lelah, jantung dan paru-paru serta warga emas dan kanak-kanak, adalah dinasihat memakai penutup hidung walaupun IPU lebih rendah daripada itu.
Orang ramai juga dinasihatkan minum air yang banyak, basuh bahagian tubuh terdedah kepada jerebu dan kurangkan aktiviti di luar rumah.Perokok juga dinasihatkan tidak merokok apabila keadaan udara berada pada tahap tidak sihat iaitu IPU melebihi 100. 




hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
klik iklan nuffnang nak kawen.