Spontaneous Thursday #20

  No comments    
categories: 

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

click sini please !!

campaign image  

 

Sayangilah Seadanya

  1 comment    
categories: , , ,

Cinta tak semestinya bersama. Tak semestinya kita akan bersama dengan orang yang kita cinta. Bersederhanalah dalam menyayangi, mengasihi dan mencintai seseorang. Bimbang jika satu hari nanti tiba-tiba dia pergi jauh dari kita ? Boleh atau tak kita menerima hakikat tu ?


Jodoh pertemuan semua Allah dah tentukan. Jangan sekali-kali melawan takdir. Jika dia bukan untuk kita, bukan milik kita, terimalah hakikat. Jangan menyalahkan orang tu atau orang lain. Kalau kita salahkan orang lain, means that kita pun menyalahkan takdir Allah. Sedangkan Allah lebih tahu kan apa yang terbaik untuk kita.

Jangan paksa orang untuk sayang kita, untuk cintakan kita, untuk bersama kita. Biarlah dia cintakan kita, sayangkan kita dengan rela hati dia. Biarlah dia sendiri yang ikhlas untuk bersama kita. Sebab, kalau kita paksa orang lain untuk menyayangi kita, hakikatnya ianya tak ikhlas. Kita nak ke orang sayang kita, cintakan kita dengan pura-pura ? Jika kita terpaksa untuk lepaskan dia pergi, lepaskanlah dengan rela hati. Maybe tu yang terbaik buat kita dan untuk kebahagiaan dia. Kalau kita sayang orang tu, mesti kita nak tengok dia bahagia kan..


Tapi jika dia kembali semula pada kita, tanyala hati kita sama ada boleh menerimanya kembali atau tak. Bersyukurlah jika dia kembali semula pada kita, mungkin dia benar untuk kita..


Hargailah apa yang kita ada sekarang. Sayangilah orang yang sayang kita, cintailah orang yang mencintai kita. Jangan tinggalkan orang yang sayang kita semata-mata untuk orang lain. Sebab, belum tentu orang lain tu akan menjadi milik kita. Belum tentu orang lain tu pun akan mencintai kita sebagaimana orang yang telah cintakan kita.

Kalau saya sayang, kasih dan cinta pada seseorang tu, bererti saya menerima dia seadanya selagi dia tak mengkasari saya, menyakiti saya dan menjaga segala percakapan dengan saya. Paling tak suka dengan lelaki yang kasar-kasar. Suka yang jenis gentleman, cool, relax je. Kalau kita sayangkan seseorang tu dengan ikhlas, kita tetap sabar dengan dia, kita sanggup berubah untuk dia, terima baik buruk dia, yang mana tak elok kita perbetulkan. Macam saya, kalau saya sayang & cintakan orang tu, saya biarkan je dulu dia nak buat apa, nak pergi mana, dengan siapa. Saya sabar, simpan dulu. Sebab one day dia akan jadi milik kita juga.Yang penting kita adalah yang terakhir untuk dia. Begitulah. Once dah macam tu, and memanglah kita akan setia & jujur dengan dia.

The Simple Love
Cinta tu ada jarak masa ke ? Baru kenal ke, dah lama kenal ke, tu ukuran pada cinta ke ? Bagi saya, bila perasaan tu nak hadir, hadirlah. Kalau bercinta bertahun-tahun, kalau bukan jodoh, tak bersama juga. Kalau kenal sehari dua je pun, kalau dah memang jodoh, bersama juga, bahagia juga. Kan ? Jadi takde jarak pengukur. Tapi lagi bagus jika kenal-kenal, memahami antara satu sama lain sebelum mencintai sepenuhnya.


Bercinta lepas kawen. Ermmm sweet kan. Kalau dulu-dulu masa zaman belajar, selalu di beri pendedahan pasal cinta selepas kawen. Dengan saya sendiri nak macam tu juga. Kalau boleh tak nak cinta sebelum kawen. Sebab cinta sebelum kawen ni macam pura-pura. Cinta ialah menyalurkan perasaan itu dengan cara yang halal.Indah kan..


Kalau nak hurai pasal cinta ni, takkan habis. Terlalu banyak.Apa yang saya katakan dalam entry ni, sekarang ni, itu yang saya rasa, yang saya nak sampaikan, yang saya nak share. Current feelings kot. hehe. Kalau faham, fahamlah. Kalau ada yang memahami, memahamilah..

credit to someone..

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

click sini please !!

campaign image  

 

Selamat Hari lahir Ma

  3 comments    
categories: ,

salam jumaat semua
12102012
tarikh yang cun melecun
birthday ma saya hari nie
nak amek kesempatan nak wish untuk ma saya..
tadi dah wish dah kat ma sebenarnya..
tapi 
nak jugak wish kat sini
hehehe
ma cakap terima kasih..
pastu dah cakap nanti kita sambut birthday ma dengan enche bakal sekali..
hehehe

buat ibu saya
Puan Zaroslaanin Binti Idris

saya sayang ma saya

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

click sini please !!

campaign image  

 

Spontaneous Thursday#19 : ibu seperti apakah syurga itu?

  No comments    
categories: 








".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."



love,
aznishamsuddin

click sini please !!

campaign image  

 

9 Ayat "POWER" Seorang Perempuan

  5 comments    
categories: ,


hyosung, korean, kpop, secret



Jom kenali 9 ayat power perempuan..alaa mesti korang dah biasa dengarkan..hehehe sebab aku pun same jugak kadang-kadang guna ayat-ayat cinta nie..hehehe so boipren-boipren yang kat luar sana tue kalau kalau tengah gaduh ke dating ke awek korang keluar ayat super power nie harap paham lah kenapa ye..hehehehe..



1. Ok. Fine!


awek-awek akan selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.dah geram sangat lah tue kononya hahaha...



2. Bagi saya 5 minit


Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.

betul kan?? sebab aku lah tue..hehe tak padan dengan diri sendiri..kalau menunggu si pakwe lambat sikit pun dah melenting hehehe..


3. Tak ada apa-apa atau lebih glemer, nothing!


Ayat ini menunjukkan awek-awek sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman..malas nak berbunyi nanti keluar semua kata-kata nista pulak..kecik ati kang si boipren hehehehe..


4. Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!


Ini adalah cabaran bukan kebenaran. awek-awek sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat...
jangan jadi bebal sangat tau enche boipren,,kitorang memang suka berbunga-bunga sikit ayat..nak bagi kias-kias sikit katekan..hehehehe


5. Keluhan kuat


Ini sebenarnya adalah satu ayat. awek-awek akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya...
mungkin dah takde ayat nak marah enche boipren so jalan terakhir dengan mengeluh kuat-kuat biar enche boipren tahu yang awek dorang dah penat bergaduh dengan korang hehehehe...



6. Tak apa lah


Jika makwe korang berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda ..kira habes 
sadis dah nie,,makwe korang guna konsep redha je bile korang buat salah padahal dalam hati berasap-asap tau hahahaha...



7. Terima kasih


haaa yang nie aku selau guna hehehe sebab bile awek-awek korang berterima kasih kepada korang dan jangan persoalkannya. Jawab saja "sama-sama". Tetapi jika wanita berkata "terima kasih banyak-banyak ye!", itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab "sama-sama"... hehehehe


8. Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)


Ini adalah cara paling sopan bagi awek-awek untuk mengatakan F**K You!...Jadi awas .... jangan dapat ayat ini wahai enche boipren..dah geram sangat-sangat nie kalau awek-awek terkeluar ayat nie tau..



9. Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat


Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri...hehehe kira macam konsep redha jugak lah yang nie hehehe..




Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh makwe-makwe dan terutamanya aku kot hehehehe dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata makwe-makwe dan pakwe-pakwe sekelian??? betul atau tidak .. tepuk dada tanya sama hud hud kihkihkih....




".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

click sini please !!

campaign image