DOWN

  No comments    
categories: 



I don’t know where I’m at
I’m standing at the back
And I’m tired of waiting
Waiting here in line, hoping that I’ll find what I’ve been chasing.

Not ready to let go
Cause then I'd never know
What I could be missing
But I’m missing way too much
So when do I give up what I’ve been wishing for.

I shot for the sky
I’m stuck on the ground
So why do I try, I know I’m gonna to fall down
I thought I could fly, so why did I drown?
Never know why it’s coming down, down, down.
Oh I am going down, down, down
Can’t find another way around
And I don’t want to hear the sound, of losing what I never found.



thanks for reading this entry..



love,
aznishamsuddin

1000 kisah di Taman Seribu Bunga

  No comments    
categories: 




minggu lepas punyer kesah..tapi tak kesah sebab nak jugak kesahkan minggu ini hari ini..lepas kenyang mencekik di rumah pengantin..sebok nak pegi jalan-jalan..pegi tempat FOC sebab taknak kena bayar..hehehe kedekut punya orangkan..dan terus decided nak pegi Taman Seribu Bunga & Tasik Ayer Keroh..sampai-sampai kat Taman Seribu Bunga terus pose..untuk makluman semua kami memang gila kamera..memang pantang huhuhu..posing-posing dalam Taman seribu Bunga sampai ke petang..masing-masing dah penat dan haus..tapi sempat plan singgah mane-mane beli air baru lepak Tasik Ayer Keroh..



dan masing masing tak tahu ape yang bakal menanti..sebelum itu ini antara keriangan kami semua semasa di Taman Seribu Bunga..sila lah jangan muntah dengan kecomelan kami smua hahaha..







  












okay bila sampai turn nak balik..kiter terperasan yang kete ada lampu.eh memng lah ade lampukan..maksudnya lampu menyala huhuhu..dan  sekali start amek kau..bateri dah com huhuhu..haaa nie lah musibah musibat yang terjadi kat kitorang lalalala..so dengan rasa rendah diri menerjah beberapa pengunjng dan menanya dorang ade jumper ke tak..hehehe



malang sekali tiada teeett T________T




yeay nasib baik che awi kita ada kawan..kawan tak pernah jumpa tapi terpaksa jumpa sebab mintak tolong..dan di taman seribu bunga jugak lah menjadi firstdate che awi dengan che zul huhu..semoga berkekalan sampai ke jinjang pelamin hendaknya..



lame giler kot tunggu enche zul hantar jumper..huhu sampaikan dah ramai yang datang lepas tue balik tapi kitorang je tak balik-balik..kesian betul..dah lah haus tak yah cakap lah..dan bila enche zul datang cepat-cepat dye buat kete Ariya hidup hehehe






bila dah hidup alhamdulillah syukur sangat..terima kasih ye awak..dannn lepas itu pegi minum kat Wan Husna..amek kau sampai 2 jenis air kite minum huhuhu..lepas minum-minum borak-borak..kitorang pun balik sebab dah pukul 7 huhuhu anak dara tak baik balik malam-malam kan..hehehe..




thanks for reading this entry..



love,
aznishamsuddin

Jangan jadi bodoh kerana Cinta

  2 comments    
categories: 




perlu ke sampai macam tue sekali..tahu tak bila kite kecewa Allah nak duga kita..so maknanya Dia sayang kita..tak perlulah sampai MURTAD..tue maknanya nak jauhkan diri dari Dia..mungkin si pelaku merasa Bila ditinggalkan, si pelaku rasa sudah tiada siapa-siapa lagi dan merasa dunia ini sudah berakhir tapi sebenarnya usahlah merasa dunia ini sudah berakhir kerana dunia ini tidak akan berakhir sebelum tibanya kiamat. Allah maha mendengar rintihan orang yang teraniaya..



Allah maha mengetahui betapa hambanya dalam kesedihan. Percayalah Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan mereka. Bila kita mengadu dan menceritakan kesedihan pada yang Esa, Insyaallah Allah akan suntikkan semangat untuk kita teruskan hidup seperti biasa tanpa orang yang kita sayang. Cepat atau lambat untuk pulih dari kekecewaan, itu urusan DIA.tapi kekecewaan yang tak mampu di bendung dan menyebabkan dan semua ini berlaku ....



Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.


Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.


Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.


Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.


Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.

Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.



Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.


Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.


Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia
.

Hati itu bukan hati aku lagi..

Heal my heart ya Allah..

Bless me with a new heart..


tapi sapelah aku nak menilai mungkin dia tertekan  dan terlalu sayangkan wanita itu..sebab tue dia bertindak sebegitu drastik..tapi aku pernah merasai bagaimana sakitnya bila tidak dihargai oleh orang yang kita sayang..tapi aku kuatkan semangat..aku cakap pada diri aku tak pe mungkin dia bukan yang terbaik dan sesuai untuk aku..walaupun rasa sayang masih bersisa tapi aku gagahkan jugak sebab aku taknak meratapi perpisahan yang aku tak pinta..mungkin ada hikmah semua tue berlaku kan? tengok sekarang aku dah jumpa lelaki yang begitu baik dengan aku dan pandai jaga aku..dan paling penting sangat penyabar..alhamdulillah..cukup lah sekali aku merasa bagai mana sakitnya bila ditinggalkan..




Jangan jadi bodoh kerana Cinta. Kerana hanya cinta, manusia sampai sanggup memurtadkan diri. Astaghfirullahala'zim. Kembalilah ke jalan ALLAH.



Klik di sini untuk meninjau laman Facebook Edward.



thanks for reading this entry..



love,
aznishamsuddin

Wedding Zamani :)

  No comments    
categories: ,


minggu lepas aku dengan cik shiela cik ariya dan cik awiyah telah pergi ke Taman Perkota di Melaka sebab menghadiri Majlis Resepsi kawan kami iaitu enche zamani dan ingat tak kes surat saman nie..haaa majlis dye lah tue hehehe..okay sambung balik citer tepat pukul 1  cik ariya  dan lain telah mengambil aku di rumah hehehe..kitorang mula plan sampai dalam pukul 1 tapi disebabkan ada hal so kitorang agak terlewat sampai ke majlis berbanding ofismate yang lain hehehe..tapi tak pe yang penting kami enjoy..

nasi berani punya budak beriyani :)..berasnya panjangggggg


excited lepas makan hehehe

sempat tengok pengantin bersanding time nie ofismate yang lain sume dah balik

enche zamani dan isteri  :)

kawan-kawan enche zamani :)

yeayy dan itu kami hehehe



 nak balik dah hehehe-->Taman Seribu Bunga sebenarnya



thanks for reading this entry..



love,
aznishamsuddin

Sedekah Hanya Dikira Dari Usaha Yang Baik

  1 comment    
categories: 

= hi there =





 "Sedekah Hanya Dikira Dari Usaha Yang Baik"..


Hadith :

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:


“ Sesiapa bersedekah seberat biji kurma dari usaha yang baik, dan tidak naik (sampai) kepada Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya Allah menyambutnya dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Allah memelihara sedekah itu untuk pemiliknya, sebagaimana seorang kamu memelihara anak-anak kudanya sehingga menjadilah sedekah itu setinggi gunung.”

(al-Bukhari dan Muslim)



Huraian :


Pemberian itu merangkumi sedekah dan hadiah. Jika pemberian itu dimaksudkan sebagai satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah, maka ia dinamakan sedekah, tetapi jika ia dimaksudkan sebagai satu penghargaan, sanjungan dan tanda kasih maka ia dinamakan hadiah. Allah menyuruh kita agar menginfakkan harta dan memberi sedekah dengan harta yang halal dan melarang kita daripada menginfakkan harta yang haram sebagaimana ia menyuruh kita agar memastikan agar makan, minum, pakaian dan segala harta benda yang kita gunakan di dunia ini adalah datang daripada sumber yang halal.



Sebenarnya bersedekah adalah antara amalan sunat yang dianjurkan dan digalakkan dalam Islam. Anjuran ini tidaklah hanya ditujukan kepada orang-orang kaya sahaja, malah orang-orang yang kurang berada pun dianjurkan bersedekah menurut kadar kemampuan masing-masing.


love,
aznishamsuddin