5 Tips Untuk Yang Kecewa
Bagi sesiapa yang sedang kecewa, telah kecewa ataupun pernah dikecewakan di sini ada beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk mengubati kesan luka dikecewakan.
1. Ingat Allah masih ada untuk kita
Bila kt ditinggalkan, kadang-kadang kita rasa kita sudah tiada siapa-siapa lagi dan merasa dunia ini sudah berakhir tapi sebenarnya usahlah merasa dunia ini sudah berakhir kerana dunia ini tidak akan berakhir sebelum tibanya kiamat. Allah maha mendengar rintihan orang yang teraniaya.. Allah maha mengetahui betapa hambanya dalam kesedihan. Percayalah Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan mereka. Bila kita mengadu dan menceritakan kesedihan pada yang Esa, Insyaallah Allah akan suntikkan semangat untuk kita teruskan hidup seperti biasa tanpa orang yang kita sayang. Cepat atau lambat untuk pulih dari kekecewaan, itu urusan DIA.
Perbanykkan doa agar diceriakan hari-hari yang mendatang, perbanyakkan menyebut kalimah Allah. Ikhlaskan diri mohon pertolongan dr Allah, menangislah semahunya kerana Dia Maha mengetahui dan memahami rahsia hati kita. Dekatkan diri dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat dan juga membaca al-quran..InsyAllah hati akan jadi lebih tenang.
2. Sibukkan diri dengan aktiviti yang digemari
Elakkan bersendirian termenung dengan melakukan perkara-perkara yang digemari atau apa saja benda yang boleh membantu kita untuk tidak memikirkan si dia yang telah meninggalkan kita. Antaranya, keluar bersama rakan-rakan perempuan, beriadah, bersukan, ‘window shopping’ dan sewaktu dengannya. Ceriakan diri anda bila melakukan aktiviti dengan sahabat handai dan elakkan melakukankannya seorang diri. Kerana persekitaran yang meriah dan riuh rendah boleh membantu untuk mengurangkan rasa kecewa di dasar hati.
3. Menulis Blog
Menulis blog kini sudah menjadi satu ‘trend’ dikalangan belia dan penggemar internet. Ramai di antara penulis blog yang lebih telus ketika menulis entri di blog mereka. Mungkin juga kebanyakan penulis blog yang lebih suka untuk merahsiakan identiti diri yang menjadi faktor utama untuk menjadi lebih ‘transparent’ semasa menulis. Cara ini sangat berkesan untuk kita meluahkan perasaan kita kepada orang lain secara tidak langsung. Mungkin sesetengah orang berasa malu atau lebih suka untuk memendam rasa daripada bercerita pada rakan terdekat mereka. Jika perasaan itu ada, menulis blog adalah cara yang paling baik untuk anda mengurangkan perasaan yang terpendam di dalam hati. Percayalah..perasaan akan menjadi lega bila kita meluahkan apa yang di rasa.
4. Hentikan sebarang hubungan dengan si dia
Kenapa perlu berhubung lagi setelah dikecewakan??Jadi hentikan dari terus menghubungi dia. Mungkin agak berat tapi itulah yang terbaik untuk mengembalikan semangat kita yang telah ditinggalkan. Jangan sesekali rendahkan maruah kita dengan menghubungi dia..so please kuatkan hati dan kawal perasaan.
5. Berhubung dengan rakan-rakan yang berlainan jantina
Cara ini mungkin agak negative bagi sesetengah orang, tapi secara tidak langsung ia akan membantu kita untuk tidak terus mengingati si dia yang telah mengecewakan kita. Siapa tahu jika ada antara mereka itu jodoh yang dijanjikan Allah. Namun, haruslah menjaga batasan hubungan yer.
Diharap 5 tips di atas boleh membantu anda untuk mengubati perasaan kecewa setelah ditinggalkan…Insyaallah….Ingatlah bahawa Allah sentiasa menjanjikan yang terbaik untuk umatnya yang sentiasa mengingatinya di kala suka mahupun duka.
love,
aznishamsuddin
credit : ayat-ayatcinta.net
Maafkanlah bila hati
Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku
Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu
love,
aznishamsuddin
Subscribe to:
Posts (Atom)